........... Isu Sekolah St Thomas - Kerajaan Negeri Lebih Sanggup Pindah Dari Bayar Sewa RM1 ? | dinturtle - Blogger PARTI MELAYU

Isu Sekolah St Thomas - Kerajaan Negeri Lebih Sanggup Pindah Dari Bayar Sewa RM1 ?

Wednesday, November 27, 20131comments


Dah sebulan sejak saya menulis dua artikel mengetengahkan masalah yang diutarakan oleh wakil Badan Bertindak Selamatkan SK St Thomas Kuantan, Pahang - KLiK.

Sepatutnya dah ada artikel susulan tapi wakil ibubapa itu senyap terus .... ( kepada sesiapa yang nak minta tolong saya higlightkan sebarang masalah, saya minta anda berikan kerjasama SAMPAI HABIS ISU. Jangan biarkan isu tergantung. Dah beberapa kali jadi ... ada yang dah tercapai maksud peribadi, terus senyap. Hilang semua perjuangan atas nama rakyat, atas nama bangsa bla bla bla ...  Lepas ni jika berlaku lagi, sipengadu pula yang akan saya balun ! )

Kebetulan TMI ada siarkan perkembangan terbaru mengenai isu Sekolah St Thomas ini, jadi saya akan lapurkan sebagai penutup kes. 

1 - Usul tergempar isu sekolah mubaligh ditolak - Mkini 25 Nov

( Jangan lihat isu ini dari sudut politik hanya kerana yang bersuara adalah MP pembangkang. Dah kebetulan rakyat Kuantan pilih dia, maka kerja dia lah nak ambil tahu. Yang penting disini adalah kebajikan pelajar2. )

- MP Kuantan, Fuziah Salleh kesal apabila usul tergemparnya untuk membincangkan penempatan sementara 1,190 pelajar sekolah di Kuantan ke satu lagi sekolah berdekatan ditolak timbalan Yang Dipertua Dewan, Datuk Ronald Kiandee atas alasan ia tidak perlu disegerakan.

Tidak perlu disegerakan ? Bukankah bermula 15 Disember depan, sesi persekolahan akan menyaksikan kedua2 sekolah rendah dan menengah St Thomas akan dipindahkan ? Padahal pihak tuantanah iaitu organisasi mubaligh St Gabrielle, Monfort Brothers dan Archbishop of Kuala Lumpur membenarkan kedua-dua sekolah itu kekal di atas tanah mereka sehingga Disember 2015.

Dan terbaru adalah kenyataan dari pihak tuan tanah sepertimana laporan TMI - St Thomas schools in Kuantan moved out rather than pay RM1 rent, says priest
   .
“What can we do if they want to move out instead of paying us minimal rent, and it can be even just RM1? We just did not want to be taken for granted,"

"The Education Ministry then wrote to us, seeking an extension of time to use the land, and we responded that we could allow an extension until 2015, and asked for a minimal rental," Mitchel said.

Nah, kenapa yang tergesa2 nak pindah dan menyusahkan pelbagai pihak ? Saya percaya pihak kerajaan masih boleh melanjutkan lagi tempoh itu untuk beberapa tahun lagi sehingga sekolah baru siap dibina ( asalkan sanggup berbincang dengan elok ? )

He said the church had no immediate plans for any development on the land.

Entahlah ... mungkin pemimpin2 kerajaan ni LEBIH TAHU tentang masalah rakyat dan apa yang LEBIH BAIK buat rakyat daripada rakyat sendiri... dan dalam kes ini, lebih tahu dari ibubapa murid2 terlibat.

Share this article :

+ comments + 1 comments

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
November 27, 2013 at 10:12 PM

saya dok kat kuantan. ada bertanya beberapa kawan. setiap satu mempunyai cerita yg tersendiri. sampai kita pun tak tau mana yg nak percaya. sewa ke, percuma ke, tapi nak pindah segera. sekolah menengah dengar khabar dapat peruntukan. banyak duit buat baiki bangunan tahun ni, kemudian pindah. tah apa-apa tah punya bingai punya kerja. kata duit tak boleh alih kerana peruntukan. tu satu cerita.

ada cerita lain, kawasan bahagian jamban sekolah dah ada yg beli. dan pelbagai lagi isu. nak sekolah mana pun tak abis meeting lagi. ibu bapa yg lari tu, mungkin sakit kapla pasal tak tau mana satu yg nak ikut. kasi input nanti tak betul pulak.

puziah nak bincang kat parlimen, sapa nak ambil kisah. yg sign surat tu tpm. dia sahaja yg berkuasa nak tutup sekolah. ingat mereka tak kisah pasal ibu bapa tu? tapi rasanya ada banyak yg terlindung dalam kain yang tak mahu ditonjolkan. tu yg buat keputusan yg menyakitkan hati tu. banyak yg difikirkan, tetapi agenda yang sebenarnya menutup ruang untuk melihat perkara yang betul.

nak buat sekolah baru dalam bandar ? kawasan mana pun tak tahu. rasanya kena tunggu semua pejabat kerajaan pindah ke kota sas. masa tu, boleh la ambil kawasan wisma nak buat sekolah. tu pun kalu tak ada yang nak bikin kacau.

Post a Comment