........... Isu Rosmah Naik Jet Eksekutif - Jawapan Terbaik Dari Azalina | dinturtle - Blogger PARTI MELAYU

Isu Rosmah Naik Jet Eksekutif - Jawapan Terbaik Dari Azalina

Thursday, November 21, 201329comments


Nampak gayanya nak kena sambung lagi isu Rosmah naik jet eksekutif. Lagi dipertahankan, selagi itu kita balun ! Mula2 kita baca apa Shahidan kata -

“Saya sedih kerana ramai yang melahirkan kebencian terhadap dirinya. Berapa banyak pelabur yang kamu boleh bawa ke Malaysia?” tanya beliau kepada wartawan.

“Tiada satu pun! Beliau telah banyak menyumbang kepada negara dengan percuma."

“Maafkan saya, awak tidak berlaku adil kepadanya. Jika kamu seorang yang baik, kamu akan membawa pelabur ke sini. Kamu telah mencipta banyak kebencian terhadapnya. Pelabur akan takut untuk datang ke sini.

“Beliau telah membina negara ini,” katanya.
- TMI.


Jadi atas dasar itu kerajaan berhak membelanjakan tambahan RMSetengah juta (?) untuk bawa Rosmah naik jet eksekutif !

Rosmah telah bina negara ini ? hmmmm ......  Apa pandangan anda tentang kenyataan ini ? Saya rasa Shahidan perlu berikan BUKTI2 dari sudut mana yang Rosmah telah membina negara ini !

Jika Shahidan berjaya yakinkan rakyat bagaimana Rosmah telah membina negara ini, saya percaya ramai yang akan menyokong Rosmah selepas ini. Gunakan kesempatan terbaik ini !

Kemudian Azalina pula bangkit mempertahankan Rosmah. Yang ini lebih dipercayai berbanding laporan TMI sebab ia dalam bentuk video -




KLiK untuk ke Youtube.


- Rosmah dijemput sebagai tetamu, untuk merasmikan bla bla bla... 
- BUKAN mewakili kerajaan, beliau mewakili diri sendiri
- di beri anugerah bla bla bla
- Mesyuarat kabinet dapat surat permohonan dari Kementerian Luar dan kabinet beri kelulusan Rosmah naik private jet.
- ITU HAK KABINET ( nak bagi siapapun naik private jet )

- Beliau pergi sebagai pemimpin ( ? ).
- Kita tidak boleh menghina hanya kerana beliau isteri PM
- Ini strategi yang dibuat oleh pembangkang seolah2 benda tu tak elok
- Ini niat jahat ! 


Hmmm ..... Bagaimana Kementerian Luar boleh dapat surat  peribadi Rosmah ? Kenapa Kementerian Luar pula yang memohon private jet untuk Rosmah menghadiri satu majlis yang diakui oleh Azalina sebagai PERIBADI yakni bukan mewakili kerajaan ?

Hak kabinet nak bagi siapapun naik private jet ? Sombongnya jawapan ... Mungkin dalam fikiran kabinet, mereka boleh buat APASAJA yang mereka mahu dengan duit rakyat .... duit rakyat adalah HAK mereka untuk gunakan sesuka hati !


Adakah anda iktiraf Rosmah sebagai pemimpin ? Saya tidak. Saya cuma iktiraf Rosmah sebagai isteri pemimpin. Sebab tanpa status sebagai isteri PM, Rosmah is nobody. Pemimpin adalah seorang yang berdiri atas dirinya sendiri bukan menumpang nama orang lain.


Saya hairan jugalah, kenapa dalam isu ini semua orang menuding jari kepada pembangkang saja yang bising ? Serius saya cakap - RAKYAT yang bukan pembangkang pun berbulu !

Sebenarnya jawapan terbaik oleh kerajaan sudahpun diberikan oleh Azalina - Kabinet berhak nak hantar siapapun dengan jet eksekutif kerajaan. - Take it or leave it.

Jawapan lain cuma memanjangkan isu dan buat rakyat meluat jer.  Jawapan diatas mungkin bunyi sombong tapi sekurang2nya kabinet mengambil sepenuh tanggungjawab dan menyelamatkan Rosmah dari dijadikan sasaran.

Lagipun memang kerajaan / kabinet dilihat sombong pun oleh rakyat ... tak pernah nak dengar suara rakyat, semua ikut kepala konsultan RM7.2 Billion jer.

Apalah sangat setengah juta lagi, kan ? 

PS - Kemaskini 2:30am - baru baca dari ameno dan saya cilok gambar ini -



Betul ke benda di atas ni ? Tak sabar rasanya nak ambil gambar PESAWAT PERIBADI ROSMAH ! 

Yang ini belum berlaku lagi dan jadi ada eloknya KABINET berikan pengesahan apakah telah berikan keizinan atas dasar IKUT SUKA AKU LAH! 

Tapi mungkin saja surat diatas itu palsu ...

Share this article :

+ comments + 29 comments

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
November 21, 2013 at 3:05 AM

Kau ni bingai la...Bukan jawapan terbaik tapi tembelang terbaik telah dipecah oleh Azalina bila mengaku lawatan Rosmah adalah atas kapasiti peribadai.. huhu...

....................
Reply To This Comment ...................
November 21, 2013 at 3:09 AM

Alamak Din,

Makin lama makin kalut dibuatnya. Sekarang timbul pula jet peribadi. Itu hari Rosmah menabung utk beli apa aku pun lupa. Sekarang buka tabung lain pula beli jet peribadi. Tabung buluh aku masih tak penuh-penuh.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
November 21, 2013 at 3:17 AM

Najib dan Rosmah Tak Habis Habis Menyusahkan UMNO dan Barisan Nasional.. Rosmah terlalu Ego, Sombong.. Rosmah Kerja Free kata Shahidan.. Janganlah Buat Hanmba Rakyat Nie Boddo Sangat...Kalau Yea Pon setakat ambik 10%, 20%, 30%...Nanti Mahkamah Akhirat..Jawab leeeaa..

PRU14 Kalau masih ada Najib dan Rosmah.. Maka Terkuburlah UMNO, Jatuhlah Kerajaan BN.. Jadi TOLAK..TOLAK...TOLAK Dua Individu Ini.. Cukup2 Cukup2 Sudah... Pergilah Pergilah Pergilah... Orang Semuanya dah MENYAMPAH..MELUAT...

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
November 21, 2013 at 3:40 AM

Kesihan Sungguh kat Shahidan Kassim... Berpeluh2 Nak Menjawab Isu Yang Tak Sepatutnya Menajdi Isu Kalaulah Si Rosmah Pendek Rambut Mengerbang Floam itu tak naik Jet Rasmi Negara....

Sungguh Tak Adil Bila mana Seorang Menteri Membuang Masa Kat parlimen Nak Menjawab Soalan bertalu2 dari Mampuz Pokok Sena dan Ice Cream Azmin Anak Ali..

Siapa Yang Boddoh Tak Da Otak Kat Sini.. Yang Terang2 Salah... Salah Perdana Menteri.. Spt Kata Azmin Ali.. Macam Mana Mesyuarat Jemaah Menteri Yang Dipengerusikan Oleh Perdana Menteri Memberi Kelulusan Untuk Isteri Perdana Menteri Mengunakan Jet Rasmi Negara???

Macam Mana Menteri ke Timbalan Menteri ke.. Setiausaha Kanan ke Kiri Ke, Pegawai Ke Nak Jawab Soalan Ini...

Shahidan Kata Urusan Rasmi... Azalina Kata Urusan Peribadi...??????

Cilakoooo lah Rosmah Niehhh. Betul2 Menyusahkan Ramai Pemimpin BN, Pemimpin UMNO Nak kena Jawab Pasal Dia..

Say Sokong Tan Sri Muhyiddiin Ambil alih Jawatan Perdana Menteri Serta Merta dan Bagi YB Datuk Ahmad Zahid Hamidi Jadi Timbalan...

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
November 21, 2013 at 3:45 AM

Isu-isu terkini mengenai Pasangan Bors Malaysia...RM7.2 Billion dan Lebih Lagi..., RM500K dan Lebih Lagi....

SoalNya KeMana Najib Ah Jib Gor...Pok Dogol Nie (Watak seorang Boddo dalam Wayang Kulit) dan Rosmah Al Foam Pintu Gerbang Nak Bawa Malaysia...

Ke Arah 1 BANGKRAP... 1MERUDUM...1JAHANAM????

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
November 21, 2013 at 8:25 AM

najib sibuk suruh rakyat berjimat...tapi KABINET sesuka hati mak bapak dia NAIK PRIVATE JET..no more vote for you BN..i swear..

....................
Reply To This Comment ...................
November 21, 2013 at 8:27 AM

Menyesal aku undi PAKATAN!

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
November 21, 2013 at 9:29 AM

masih bebal lg nk sokong BN/UMNGOK/BONGOK......haahh....

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
November 21, 2013 at 9:38 AM

Nko ni baru kenal DT ke? Din ni selalu ada double meaning..ckp lain, maksudnya lain..tapi kalo yg dah terang2 straight, tak payah la nak kona2...so, pahamkan betul2..artikel yg ni ada double meaning...kat mana? Pd perkataan "terbaik" tu la..paham?

....................
Reply To This Comment ...................
November 21, 2013 at 9:52 AM

@Anonymousanon 3:05 mungkin masih baru disini :)

....................
Reply To This Comment ...................
November 21, 2013 at 9:57 AM

Satu perkara yang orang kena faham adalah cara saya menilai sesuatu berita itu kadang2 BUKAN dari sudut politik.

Adakalanya ( malah sering ) saya melihat satu2 isu itu dari kacamata rakyat yang tidak berpolitik. Tidak timbul pemimpin itu dari parti mana, kalau saya lihat salah maka saya tegur.

....................
Reply To This Comment ...................
November 21, 2013 at 10:15 AM

Kalau sape? Yg rase beliau boleh tarik ramai pelabur luar masuk negara, boleh buat permohonan peruntukkan dari kerajaan untuk perbelanjaan pergi balik. Aku rase tak Salah untuk kerajaan sediakan peruntukkan, tetapi biarlah bersuaian. Yang penting Ada bukti akan hasilnya.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
November 21, 2013 at 10:36 AM

Cilako siot kerajaan sekarang ni..aku ni bukanla puak pembangkang dan bukan penyokong tegar puak kerajaan umno.. aku keja gomen jgak, kalau mcm kami pencacai gomen ni guna keta jabatan, marah, kena surat tunjuk sebab, tatatertib lah..macam-macam lagi.. tapi kalo si Rosmah ni bole pulak guna jet.. tak adil, tak adil.. kalo macam ni la pemimpin kerajaan, yang ikan bilis bawah kerajaan pun ikut sama la.. jgn mrh pulak

....................
Reply To This Comment ...................
November 21, 2013 at 10:51 AM

Assalmualaikum, cher congak segala yang telah dibalun oleh kadok-katek hippo NajiBoRos ini dan bawa kepada SPRM supaya dapat dipasti dan diodit!
Tengok kalauSPRM berani ambil tindakan..
So sway Malasyia dapat sissy PM seperti bin Tun Razak ni!

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
November 21, 2013 at 10:58 AM

Salam Pok Din,

Apakata Najib Pecat Idris Jala Serta Merta Hari Nie dan LANTIK Rosmah Besi Al Floam utk Menerajui PEMANDU... Sebab Idris Jala gagal bawak masok Pelaburan dan Jemaah Menteri Bersungguh-sungguh backing Rosmah Memainkan Peranan Penting dalam Membawa Masok Pelabur Asing..

Kita Nak Tengok juga Kehebatan Rosmah Pendek nie boleh bawak masok Berapa Banyak Pelaburan Asing..

Ataupon Bagi Portfolio MITI MUstapha Mohammed kat Rosmah!!!

Kadang2 Menteri ke Timbalan Menteri ke ... Kalau dah Salah tu mengaku ajea lea..

BIAR NAJIB AH JIB GOR ..JIB DOH YANG JAWAB....nanti tak berani berdepan dgn Pembangkang kat Parlimen... Dia akan bagi Jawapan BERTULIS LAGI...

Sama macam isu Belanjo Boros RM7.2 Billion.. Ah Jib Gor CUMA bagi jawapan Bertulis.. Tak berani bagi jawapan bersuara kat Parlimen...

Apa nak Jadi Perdana Menteri sebagai Menteri Kewangan Takut Nak Jawab Kat Parlimen kee???

....................
Reply To This Comment ...................
November 21, 2013 at 11:16 AM

@AnonymousHmmmm .... patut Shahidan tujukan soalan itu pada PEMANDU ... betul jugak, ek.

....................
Reply To This Comment ...................
November 21, 2013 at 11:16 AM

Cerita politik kita jawab cara politik :-

1. Kita mohon kepada DPS Rosmah jawab persoalan ini secara tuntas. Kenyataan akbar boleh, perjumpaan bersemuka pun boleh. Selalu isu-isu sensasi melibatkan beliau tidak di jawab. Itu kenapa semua pihak kalut kerana keterlibatan persona cara total.

2. Kita mohon penjelasan menggunakan pesawat peribadi tersebut. Peribadi tidak bermakna milik sendiri. Mungkin peribadi di miliki ahli koporat yang tidak menonjol. Mereka ramai di Malaysia. Cuma kita tidak tahu. Selalu nya bisnes mereka di luar Malaysia. Di sini mungkin hanya di lihat penglibatan belakang tabir.

3. Maruah Umno kepada pelaku nya. Jika isyarat nya dari PM Najib sendiri, Parlimen boleh mendengar penjelasan beliau. Dulu beliau pernah menyatakan bahawa apa yang di keluhkan dan suarakan pembangkang dan sebahagian rakyat ; jawapan PM Najib ada isu-isu yang benar dan ada sebahagian separa benar dan sahih nya kebanyakan isu-isu semua karut belaka yang di jadikan isu.

Jadi kita mohon kedua-dua nya bersuara. Boleh lagu tu dinturtle ?

....................
Reply To This Comment ...................
November 21, 2013 at 11:32 AM

@maaeserius selalu dia .....

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
November 21, 2013 at 12:21 PM

Soal naik private jet tuh sbnrnyer xjn mnjadi 'big isu' kalo yg naik tuh binik guaneng, binik n ajis ke atau binik ANUwar...tambah2 plak dapat surat jmptan gitu n dpt plak merasmikn satu persidangan kat ngr org....

Mau berita ini pecah smp ke planet len puak pmbangang Malaysia jaja utk mnunjukkn kehebatan binik2 puak depa....ntah2 slpstuh mahu di anugerahkan pingat mcm Nek Jijah dpt dulu dari Abim...lupelak nama anugerah tuh....

Dahla tuh,..xsah la korg termakan hasutan pyak haram tuh....xsahla di perbesarkan kes/isu /org yg dah besar tuh... :)...pada Rosmah cube2 la bermuhasabah diri nape bkn jer pembangkang meluat pada anda tapi pro kjaan pon jugak... Pasti ada yg xkene...

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
November 21, 2013 at 12:31 PM

Salam abg din,

Makin meluat dengan si rambut gerbang ni.. yg saya pelik kenapa die nak susah payah cari pelabur invest kat malaysia.. tu MITI punye keje.. MATRADE pun dah ade..

Kenapa die memandai mandai? Xde sape yg suruh die pegi dubai tu.. Jawapan Shahidan dengan Azalina ni jawapan standard untuk balaci..

Memang TSMY yg luluskan penggunaan jey eksekutif untuk Big Mama ni.. Tapi kalau yang kat atas tu suruh luluskan, nak cakap cmne? Memang patut TSMY bersara.. jadi kambing hitam memanjang. Nila bala kalau PM jenis takut bini.

....................
Reply To This Comment ...................
November 21, 2013 at 12:44 PM

1.'kerajaan / kabinet dilihat sombong pun oleh rakyat' - memang depa sombong tahap haramjadah. 2. 'Rosmah sebagai isteri pemimpin'. - dia ni bini pemerintah bukan isteri pemimpin.
adakala pemimpin takdak kuasa memerintah & adakala jugak pemimpin yg ada kuasa memerintah. pemerintah ada yg adil, ada yg melampaui batas & ada yg tak cerdik. pemimpin selalu dijalan yg benar & lurus. firaun, napolean, genghis khan, hitler, stalin, saddam hussein, presiden2, perdana2 menteri & apa ka jadah lagi semuanya pemerintah.

....................
Reply To This Comment ...................
November 21, 2013 at 1:41 PM

Dikatakan FLOM pergi kerana ingin membawa pelabur ke Malsysia. Apa ke jadahnya bawa izat, istri menteri perdagangan, juga istri menteri kabinet yg.lain. Mereka semua tu tak da kena mengena dgn industri. Mereka semua adalah geng shopping. Silap2 bawa jet tu melencong ke London. Lagi habis duit rakyat.
Kalau FLOM tu bawa pak menteri.perdaganhan aku boleh percaya tapi bawa istrinya apa yg dia tahu. Wahai Azalina bukan semua org kau boleh klentong. Kau pun tumpang sekaki.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
November 21, 2013 at 1:57 PM

Big Mama dah bersuara!! "Saya gembira dan akan terus bekerja." Tu jawapan die pada pengkritik dia.. takde sekelumit rasa bersalah gunakan kemudahan jet eksekutif untuk urusan peribadi die. Dari JPM, Ahli Parlimen sampai ke Menteri backup die.. nak cakap macam mana lagi bro.. macam %$&@#!

....................
Reply To This Comment ...................
November 21, 2013 at 2:25 PM

@AnonymousTu yang TPM nak merajuk tu... asyik dijadikan kambing hitam jer

....................
Reply To This Comment ...................
November 21, 2013 at 2:27 PM

@Esa Adamnilah jadinya bila buat sesuatu tak fikir panjang, tak telus. Mulalah kelam kabut nak cari alasan nak back-up.

Yang heran tu, suami dia buat senyap jer ....

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
November 21, 2013 at 3:15 PM

salam,

ramai nak defend kak mah kita. pakat berlumba-lumba nak defend. tp ketua pemuda bn umno diam jer. tak kisah ke bini bos kena balun. dengar cite terror bangat kalu berbahas. mesti semua orang puas hati jika kp ulas.

pada saya, tarak hal pun kak mah nak naik jet. pi mana pun tak kisah pun. kalu boleh, nak tumpang juga. syok juga kalu kak mah dpat bagi sepasang kasut dia yg dah terpakai, atau beg tangan dia yg dia tak guna dah dekat 2 tahun. kasi isteri, mesti dia suka sebab sama dengan jenama petaling street, tapi tak beli kat situ. dengar org ckp la, harga semua tu rm k k k . tak ramai pun ikut dia beli, tapi ramai pulak yg tahu yer.

ye la, ramai melayu yg sokong pm, aka presiden umno, mr ah jib gor. tu yg menang tanpa bertanding. ertinya segala yg pm buat itu disenangi oleh ahli-ahli umno. so ahli umno akan memberi undi mereka kpd semua calon umno yg pasti menang. calon umno yg pasti menang pulak no hal kerana dia merupakan calon pm yg menang tanpa bertanding. so apa yg mereka buat adalah demi mr presiden. mr presiden pula beranggapan semua ahli suka bangat sama dia sebab dia padai ckp omputih, anak dia pandai ckp cina, isteri dia pulak, memang ada aura ke atas ahli umno.

tapi yg menjadi masalah ialah pengundi yg bukan ahli umno. mereka juga bukan pengundi pembangkang. so nak campak kat mana mereka ni. cukup ke dgn apa yg sahidan dan azalina cakap. nak percaya? terima semua itu tanya bantahan. tak apa la, pru 14 lambat lagi. mungkin orang yg bkn ahli umno akan lupa.5 tahun sesuatu yg panjang. banyak lagi isu yg akan timbul. bolehkah pengundi bn yg bkn ahli umno akan terus kekal menyokong bn, ada yg akan beralih bertukar kepada bn, pengundi muda akan bertambah dan sokong bn dengan semua isu semasa ini. tak apa la, mungkin gula-gula akan diberikan 5 tahun lagi. kita pun tak tahan dengan isu-isu yg memualkan ini. penyokong bn pun mula dah goyang. moga pakatan pun tak terus timbul isu. harap terus tunjuk bukti anda bekerja agar kami terasa nak mengudi anda atau tiada undi 5 tahun lagi. moga Allah swt merahmati dan memberkati negara kita dan rakyatnya .

....................
Reply To This Comment ...................
November 21, 2013 at 4:18 PM

aku baca blog lain, dia respon xnak jawab. nnt PM jawab la tu agak nya.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
November 21, 2013 at 10:03 PM

yg pasti kami akan menghukum bn dlm pru akan dtg..dah beri peluang tapi pm terbukti amat lembik queen control...baik resign je..

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
November 22, 2013 at 3:18 PM

biar siapapun orang itu ... yang mana perangainya adalah setara dgn imilda marcos ... orang itu sepatutnya dibalun ... tak payah lah defence imilda marcos versi malaysia dgn ayat tu ... meluat org membacanya ...

Post a Comment