........... Isu Rosmah Dan Jet Eksklusif : Apa Yang Penting - Saya Sangat Gembira Dan Akan Terus Buat Kerja Saya ! | dinturtle - Blogger PARTI MELAYU

Isu Rosmah Dan Jet Eksklusif : Apa Yang Penting - Saya Sangat Gembira Dan Akan Terus Buat Kerja Saya !

Thursday, November 21, 201315comments




Dah alang2 cover isu Rosmah dan Jet Peribadi, baik saya teruskan saja perkembangan terbaru. Mkini - ada melaporkan program Rosmah sepanjang trip beliau ke Qatar dan UAE -

10 November: Tiba di Doha

11 November, Doha: Menyampaikan ucaptama di forum Ahli Perniagaan Wanita Antarabangsa Qatar ke-4.

Bertemu PM Qatar Sheikh Abdullah di ISF Complex untuk menyampaikan jemputan Najib untuk melawat Malaysia pada tahun depan.

12 November: Mengunjungi Qatar Foundation untuk membincangkan kerjasama dengan program PERMATA (projek pendidikan awal kanak-kanak yang dinaungi Rosmah).

Menghadiri pameran fesyen amal untuk mempromosi fesyen Islam, dan turut menghadiri majlis minum teh bersama isteri PM Qatar Sheikha Alanoud Bint Abdalrahman Althani.

Nov 13, Dubai: Menghadap Wanita Pertama UAE Princess Haya Bint Al Hussein di Burj Khalifa di Dubai.

Nov 14: Menyaksikan majlis menandatangan memorandum persefahaman di antara Alliance International Investment (AII) untuk program Permata Pintar di Dubai. Universiti Kebangsaan Malaysia akan bekerjasama dengan AII untuk memperluaskan program ke bahagian lain di Timur Tengah.

14 November: Mengunjungi Bandar Kemanusiaan Antarabangsa di Dubai yang menempatkan kesemua kakitangan PBB yang mengusahakan bantuan kemanusiaan untuk mempelajari kerja-kerja bantuan, terutama untuk membantu wanita dan kanak-kanak.


Anda boleh lihat program dan gambar2 lawatan Rosmah di Laman Resmi Isteri Perdana Menteri di Laman Web Pejabat Perdana Menteri - KLiK.

( hmmm .... dan kita nak bising pulak Menteri MOTAC senaraikan nama anaknya dilaman web MOTAC ! )

Bersama PM Qatar
Bandaraya Kemanusian Antarabangsa Dubai
MOU antara Permata-Alliance International Investment, Dubai
bergambar kenangan bersama Menteri Tenaga dan Industri Qatar
Saya perasan media pro pembangkang melebihkan bagian lawatan Rosmah ke Majlis Fesyen sepertimana tajuk artikel Mkini, tapi saya OK jer. Nah, sila lihat gambar dari pertunjukan Fesyen itu -


KLiK untuk lagi gambar2.

Menurut Shahidan, ia adalah satu lawatan Resmi tapi menurut Azalina ia bukan lawatan resmi. Dan Shahidan kata kita sebagai rakyat Malaysia seharusnya merasa bangga - "Lawatan tersebut bukan seronok-seronok, tetapi beliau telah menjalankan tanggungjawabnya," dan "Apa yang saya boleh katakan ialah lawatan ini menguntungkan dan sangat positif " ditambah lagi - "Tentang hasil daripada lawatan tersebut, saya akan bentangkan kemudian,"

Oooooops .... jangan kutuk ! Sebelum anda kutuk tanyakan diri anda soalan dari Shahidan ini -

“Saya sedih kerana ramai yang melahirkan kebencian terhadap dirinya. Berapa banyak pelabur yang kamu boleh bawa ke Malaysia? Tiada satu pun! Beliau telah banyak menyumbang kepada negara dengan percuma."

Kutuk banyak2 nanti -  Pelabur akan takut untuk datang ke sini. Jadi fikir berkali2 sebelum anda kutuk Rosmah, ok.

Kita kena percaya kepada cakap Shahidan -

 “Hasil lawatan sangat positif. Kita mesti berbangga dan berterima kasih atas usaha dan kerja keras isteri Perdana Menteri."

Saya percaya selain dari program resmi yang lebih kepada aktiviti NGO seperti yang disebut di atas, pasti telah diatur pertemuan2 JUTA-JUTA dengan para pelabur yang mana berita mengenainya tidak harus disebarkan sehingga perjanjian termeterai.


Sebelum anda berani mempertikaikan kenyataan itu, sekali lagi tanyakan diri anda - Berapa banyak pelabur yang kamu boleh bawa ke Malaysia ?  Tiada satu pun !


                                       **********************************

Terakhir adalah jawapan dari Rosmah sendiri -

“Saya tidak mahu bercakap tentang ini, saya tidak mempunyai komen dan tidak mahu merendahkan diri saya seperti mereka. Saya sangat gembira dan akan terus membuat kerja saya,”

Pegawai khas beliau, Datuk Siti Azizah pula berkata -

“Beliau ke sana tidak mewakili kerajaan, tetapi untuk kepentingan kerajaan. Ini menjustifikasikan penggunaan jet itu,”

Azizah berkata, mereka menggunakan saluran betul untuk memohon jet itu termasuk memohon kepada Kementerian Luar sebelum ia dibawa ke Kabinet untuk mendapatkan kebenaran.

“Permohonan dibawa kepada perhatian Kabinet dan diluluskan,” - TMI.


So .... anda puas hati dengan jawapan yang telah diberikan setakat ini tentang kewajaran rombongan Rosmah pakai kemudahan Jet Eksklusif ?

Rasanya ramai yang masih mahu mempertikaikan sejauhmana relevannya program diatas dengan apa yang dikatakan oleh Shahidan sebagai 'membawa pelaburan' dan Azizah sebagai 'kepentingan kerajaan'. 

Saya sendiri masih pegang kepada pendirian awal iaitu rombongan Rosmah masih boleh pergi cuma satu pembaziran besar kerana menggunakan Jet Eksklusif berbanding Jet Komersil yang perbezaan dari segi prestij, keselesaan atau penjimatan waktu tidak berbaloi dengan kosnya.


Sebab itu saya katakan sebelum ini, jawapan terbaik yang seharusnya kerajaan berikan pada peringkat awal lagi adalah - Itu adalah HAK KABINET nak bagi siapapun naik Jet !

Apa yang dapat kita pelajari dari episod ini adalah, berapapun kos yang terpaksa ditanggung oleh rakyat bagi membiayai kelakuan para pemimpin dan isteri mereka, KERAJAAN LEBIH TAHU !

Oya, satu lagi ..... asalkan Rosmah -

Saya sangat gembira dan akan terus membuat kerja saya

Share this article :

+ comments + 15 comments

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
November 21, 2013 at 8:04 PM

.....kerja saya? Kerja apa tu?

....................
Reply To This Comment ...................
November 21, 2013 at 9:08 PM

Bro Din,

Mcm yang dia kata la..."saya sangat gembira dan akan terus buat kerja saya"....in other words, saya peduli apa u alls nak bising...asalkan i can do whatever the hell i want...

hmmm....

....................
Reply To This Comment ...................
November 21, 2013 at 9:18 PM

@AnonymousMengharumkan nama negara dan mencari pelaburan :)

....................
Reply To This Comment ...................
November 21, 2013 at 9:20 PM

@Sharifah Rashidah bt. Syed AhmadWell ... itulah persepsi rakyat kalau begitulah cara diorang jawab

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
November 21, 2013 at 9:58 PM

kalau bgt..lebih baik hantar aku je..alu lebih berpengalaman dlm menarik pelabur sebab itu mmg kepakaran aku. yg hantar rosmah apehal? itu bukan kepakaran dia.kerajaan mmg sudah buat silap besar tetapi masih hendak menegakkan benang basah. jgn fikir rakyat tak tahu...

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
November 21, 2013 at 11:02 PM

Ungkapan Rosmah ibarat Emperor Nero memain biola semasa Rome dijilat api. Allah help us...from these kind of people. Not forgetting anak bangsawan Hishammudin yang tengah reconsider dan study lebih dalam lagi untuk nak BAN kereta lebih pada 12 tahun.

Alfie

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
November 21, 2013 at 11:58 PM

Perkara pokok sebenarnya adalah polisi asas kemudahan jet persendirian, peruntukan berdasarkan kelayakan utk kriteria individu yg macam mana yg boleh menggunakannya. Memang la kabinet berhak memberi kebenaran kepada sesiapa yg difikirkan layak asalkan menepati kriteria tetapi sedikit menyimpang ler kalau kriteria tu dilonggarkan semata2 yg memohon adalah isteri Perdana Menteri. Ini sudah kira bagi wrong signal la selepas ini bila asalkan bini PM atau pon mana tau kut2 PAS memerintah nanti bini2 PM boleh menggunakan private jet sebab UMNO dah start dulu. Yg salah jadi tak salah pas tu sbb UMNO dah buat dulu. Lepas tu kelam kabut pak2 menteri (Azalina pon kira "Pak" jugak laa) cuba untuk menjustifikasi mcm budak terencat jer dlm parlimen bila pembangkang mula mengungkit2 isu semacam itu. Budaya bodek membodek...cium tangan...sampaikan com bontot pon ada (dlm kes Anwar and coffee boys) ler menjadi bahan sumpah seranah rakyat yg terasa seperti diperbodohkan. Parlimen skrg nie mmg penuh dgn badut2 sarkas...yg duduk atas wheelchair ada...yg mcm mr bean pon ada...yg menang anugerah popular pon ada...mcm2 badut laaa...ITULAH AKIBATNYA KALAU RAKYAT MEMILIH UTK BUTAKAN HATI DAN BUTAKAN MATA KETIKA MENGUNDI. Aku rasa Tun Mahathir pon dah naik menyampah dah dgn puak2 dlm UMNO skrg nie...agaknya dia mungkin menyesal tak tendang badut2 nie dulu sebelum dia letak jawatan. Entah laa...aku rindukan era pemerintahan Tun Mahathir...nampak steady dan bergaya jer Parlimen masa tu...

....................
Reply To This Comment ...................
November 22, 2013 at 1:30 AM

@AnonymousI Like ! :)

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
November 22, 2013 at 8:09 AM

'Saya sangat gembira dan akan terus membuat kerja saya'

alaaa..... mcm shopping tu..... lu rakyat suma duduk bawah kaki I punya suami. Dia menang tanpa tanding punyer. lagi mo banyak songeh! Menang undi pop-ular 100%, ader paham kah?

So, wa suka hati lah mo kasih abis duit korang!

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
November 22, 2013 at 9:41 AM

Siapa nak buat surat permohonan guna jet balik kampung raya atau nak bercuti nanti, sila kemukakan pada kabinet segera ya. Masukkan justifikasi menarik pelabur.

KolekKecil

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
November 23, 2013 at 12:51 AM

Anon2 bangang di atas tu...cubalah bukak sket dan bersihkan minda anda dari persepsi negative sepanjang masa....at least rosmah tak duduk goyang kaki as the first woman...byk dah jasa dia jugak compare dgn sesetengah pemimpin pembangkang yg hanya tau berkokok di siang hari....

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
November 23, 2013 at 12:53 AM

Kerja mempromosikan malaysia di mata dunia dan melaksanakan tugas sbg wanita pertama malaysia

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
November 23, 2013 at 1:44 AM

wat happen to your nose che mah?mcm paruh belatuk aku tengok.satu lagi cerita pasal biografi,alih2 jadi bini pm.sebelum najib ada org lain tak?ohhh tolonglah Ya Allah gantikan kami pm yg ada dgn pm lain.tak tahan dah kami rakyat didungukan oleh flom kami

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
November 23, 2013 at 2:52 AM

@anonymous 12:51 am dan 12:53am..., apa pulak yg nak dibandingkan Rosmah dgn Pemimpin Pembangkang? Rosmah Pernah Jadi Calon di dalam mana2 pemilihan UMNO ke BN ke Jadi Wakil Rakyat ke???

soal atau Isu sekarang Rosmah gunakan :-
1. Jet Milik Kerajaan untuk Kegunaan Peribadi seperti Kata Azalina?
2. Kenapa Surat Undangan Menjemput Perdana Menteri Qatar di hantar oleh Rosmah? Mana Pergi Semua Pemimpin BN yang lain? Mana Perginya Menteri dan Timbalan Menteri Luar Negara yg sepatutnya Bust Kerja itu?
Rujuk Malaysia Kini yang Dok Hantam Kerajaan sekarang: -
http://www.malaysiakini.com/news/247386
3. Tugas sgb Wanita Ke-Dua (Rosmah Bukan Wanita Pertama - Ini kerana Permaisuri Agong adalah Wanita Pertama kerana Malaysia adalah sebuah Negara Raja Berpelembagaan. Yang di-Pertuan Agong ialah Ketua Negara, manakala Perdana Menteri ialah Ketua Kerajaan. rujuk:-
http://www.mkn.gov.my/mkn/default/article_m.php?mod=4&fokus=12
Shahidan pulak pie tempelak Wartawan..jadi Boss Wartawan pon dah Bising:
http://www.malaysiakini.com/news/247368

Pokoknya: Macam mana Perdanan Menteri atau Jemaah Menteri Kabinet Boleh Memberikan Kelulusan Untuk Rosmah guna-pakai Jet Milik Kerajaan Untuk Tujuan Peribadi???

Nasib Baik Bolg2 Pembangkang TAK BUAT ISU : ROSMAH OFIS GIRL TERHEBAT DI DUNIA - Ini kerana Rosmah sudah bertindah sebagai Ofis Girl PM Office bilamana dia antar Surat Rasmi Negara?

Macam Mana Isteri Perdana Menteri Terlibat secara Langsung Di dalam Urusan Pentadbiran Negara? Ini Negara Malaysia Yg ada Perlembagaan dan Undang2 ke Negara Ah Jib Gir aka Ah Jib Dor????

Allahu'alam... makin tulis makin menyelirap darah tak pasai2 Kena sakit Darah Tinggi....

Sudah2 sudahlah Tak Payah backed-up lagi.. Dah Salah Kata Salah... Mohon Maaf Lain Kali Tak Buat Lagi..

Ikut Macam Tan Sri Muhyiddiin.. Sanggup Berkorban Mintak Maaf pd Keluarga Allahyarham walaupon TS Muhyiddin tak kata apa2 yang boleh menyingong.. Gentleman Laaa Sikit... At least ada telor!!!

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
November 23, 2013 at 5:02 AM

isunya sekarang ialah rosmah dah jadi imilda marcos versi malaysia. cukai dinaikn subsidi dikurangkn ... apakah ini kerajaan mengutamakan rakyat. rakyat disuruh berjimat dan segala bagai ... tetapi bini pempin guna duit kerajaan ... kononnya dia bekerja ... siapa yang bayar gaji dia ... kerajaan? apa jawatan dia ... floam? ... jpa iktiraf tak waran perjawatan tu .. Berapa gajinya sebulan ? Pertikaian di sini kenapa perlu kabinet luluskn permimtaan imilda marcos versi malaysia dan bazirkn rm setengah juta tersebut ... Itu adalsh wang rakyat fan rakyat berhak pertikailn ... Lainlah jika itu duit dia ... Kalau duit mak bapa dia pun ... Mak bapa dia akan tanya juga penjelasannya. Pokok itamanya ... Kenapa dia tak naik kterbang bisnes class ... Ianya pun selesa juga dan boleh sampai kat distinasi yang floam nak pergi ...

Post a Comment