........... Isu Kalimah Allah Pusingan Baru - 10 Point Solution VS Enakmen Syariah | dinturtle - Blogger PARTI MELAYU

Isu Kalimah Allah Pusingan Baru - 10 Point Solution VS Enakmen Syariah

Friday, November 15, 20133comments

Dibawah adalah titah Sultan Selangor berkaitan isu kalimah Allah. Saya harap tidak ada portal atau media pro PR yang cuba SPIN titah Tuanku itu sebagai cubaan mengheret Tuanku dalam kemelut kalimah Allah.

Bagi saya titah Sultan dibawah adalah mudah, baginda cuma menyebut kembali apa yang SUDAH PUN termaktub didalam Enakmen Syariah yang berkuatkuasa di 9 negeri termasuk negeri Selangor. ( KLiK )

Ada 25 perkataan yang dilarang digunakan ...... dan Allah adalah salah satunya. Begitu juga 10 perkataan seperti Subhanallah, Alhamdulillah dan lain2.

Undang2 sudah ada .... samada kita akur atau engkar saja, samada kita mahu menguatkuasakannya atau tidak saja  ...... atau cuba memandai2 mengubah mengikut jalan belakang.

Yang terakhir itu saya rujuk kepada perjanjian 10 Point Solution antara kabinet Najib dengan pihak gereja 2 tahun lalu. ( KLiK ) Ini adalah pandangan peribadi saya - 10 Point Solution itu bercanggah dengan Enakmen Syariah dalam point ini -


Demi semangat 1 Malaysia dan akuan bahawa ramai yang berhijrah antara Sabah, Sarawak dan Semenanjung Malaysia, tidak terdapat larangan bagi mereka yang membawa kitab Injil dan bahan bacaan Kristian semasa melawati negeri-negeri tersebut.

Undang2 yang sedia ada meLARANG tapi 10 Point Solution mengGATAL mengizinkan . Itu maksud saya dengan - memandai2 mengubah mengikut jalan belakang !

Percanggahan ini harus diteliti semula supaya tidak menimbulkan masalah baru pula nanti kerana saya tidak menolak kemungkinan berlakunya kes2 percanggahan antara 10 Point Solution - Enakmen Syariah yang disengajakan bagi memanjangkan perbalahan.

Apapun Sultan Selangor sudah bertitah mempertahankan apa yang termaktub dalam Enakmen Syariah Negeri Selangor. TAHNIAH! saya persembahkan ...

Saya harap 8 negeri lain yang punya Enakmen sama supaya ikut mempertahankan apa yang sudah termaktub dalam undang2.

PS - Baca juga artikel tahun lepas yang saya kira masih lagi relevan - Kalimah Allah - Apakah Status alKitab Sekarang Ini ?



Share this article :

+ comments + 3 comments

....................
Reply To This Comment ...................
November 15, 2013 at 10:12 AM

soalan: jika bukan islam didapati telah melanggar Enakmen Syariah, bolehkah individu itu dihadapkan ke mahkamah syariah?

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
November 15, 2013 at 11:06 PM

Jawapnya tak buleh ... Tapi jika bukan islam meletakn kalimah Allah kat tokong mereka jabatan agama Islam berkuasa merampas kalimah Allah itu ...

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
November 15, 2013 at 11:44 PM

Sekiranya mahlamah persekutuan lmembenarkn akhbar krisstian menggunakan kalimah Allahi digunakn maka jawapnnya aadalah berbeza. Pemilik tokong berhak menggunakan kalimah itu dengan bebasnya dan keputusan mahkamah itu akan dijadikan sumber hukum. Sebab itu karpal singing mahu menjadi pencelah dalam isu malimah Allah ini. Mahukah kita melihat kalimah Allah dan Muhamad terpampang di dalam rumah berhala dan kita tiada kuasa apa2 ke atasnya. Inilah masalah sebenar yang menyebabkn mereka yang sedar akan musibah yang timbul menentangnya. Manakala yang perasan ada ilmu islam menyokong kalimah Allah dibenarkan oleh puak kafir tidak melihat isu ini sebagai perkara utama. Manakala yang gila kuasa politik akan menjual apa saja demi menjadi pm. Dan pengikutnya tidak kisah pun kalimah Allah dipaparkan bersama berhala. Jilapun merela sedar tentang musibah yang timbul selepas itu mereka akan menuyalahkan lerajaan kerana gagal mengambil keputusan yang tepat dal isu lalimah Allah ini.

Post a Comment