........... ISMA - Pembela Maruah Melayu Islam | dinturtle - Blogger PARTI MELAYU

ISMA - Pembela Maruah Melayu Islam

Tuesday, November 26, 201322comments




Sejak akhir2 ini nama NGO Ikatan Muslimin Malaysia ( ISMA ) semakin kerap keluar dalam media bila terdapat isu2 politik semasa yang hangat. Saya mula perasan akan kehadiran ISMA 3 tahun lepas semasa isu kalimah Allah mula diperdebatkan ketika Pilihanraya Sarawak, waktu itu yang mula2 bangkit bersuara mempertahankan kalimah Allah adalah gabungan Ngo dibawah nama PEMBELA. ( KLiK ). Waktu itu tidak ramai yang berani bersuara dalam isu ini.

ISMA adalah salah satu Ngo dibawah PEMBELA. Mereka juga salah satu NGO dibelakang Himpunan Sejuta Umat dua tahun lepas.


ISMA semakin mendapat nama bila Marina mengugut mahu menyaman mereka ekoran tindakan ISMA menyebarkan 70 ribu risalah dimasjid2 seluruh negara mengaitkan nama Marina sebagai salah seorang dalang dibelakang COMANGO berdasarkan jawatan beliau selaku salah seorang ahli lembaga Pengarah SIS.

Komen ISMA tentang Marina - ISMA, SIS, Comango dan saman.

ISMA bukan organisasi yang sanggup berkompromi dengan begitu mudah dan longlai sekali di hadapan wajah anti-Islam dan anti-insaniyah, atau mudah mencairkan identiti dan menggadai prinsip dalam apa jua keadaan atau tekanan, walaupun perlu hadir ke mahkamah untuk membuktikan kesungguhan dan keseriusan mereka.

Komen ISMA tentang tindakan mereka menyebarkan risalah -

Dalam konteks ini, ISMA bertindak mewakili suara umat Islam di Malaysia yang menolak sebarang usaha untuk mempromosi amalan LGBT, hak asasi mutlak untuk murtad yang bertentangan dengan syarak dan norma masyarakat timur.

ISMA memahami tuntutan untuk berdakwah secara hikmah itu adalah perkara penting. Namun, dalam situasi terkini yang menyaksikan serangan bertubi-tubi oleh gerakan dan individu yang mengancam kedaulatan Islam di Malaysia, ini menuntut ISMA untuk bersikap tegas dan lantang dalam memperjuangkan isu-isu dan kepentingan Islam. ( Tiada alasan untuk berlembut dengan Comango )

TERBARU adalah komen menarik dari ISMA mengenai kenyataan Najib yang menganggap pengelak cukai sebagai Pengkhianat negara - PM, boros harta awam juga khianat.

Baca juga pandangan ISMA mengenai isu2 ini ( saya copy link laman web ISMA ) -

Dalam isu Kalimah Allah - Menjawab pemikiran Mujahid Rawa.

Isu Liberal - Liberal Muslims have only themselves to liberate, not Islam.


Secara peribadi saya teruja dengan kebangkitan ISMA ini memandangkan orang Melayu sudah kehilangan SUARA yang mampu mewakili sebenarnya dilemma orang Melayu.

Umno ? Jangan nak buat lawak la ....

Perkasa ? Maaf, perjuangan anda sudah tidak sekental dulu ... Perkasa sudah dilihat sebagai terlalu menjaga hati Umno yang terlalu menjaga hati kaum lain.

Untuk mengenali ISMA dengan lebih dekat lagi, sila baca - 

Mengapakah ISMA berbeza ?

Kuasa politik Melayu lemah punca Islam dihina.

Share this article :

+ comments + 22 comments

....................
Reply To This Comment ...................
November 26, 2013 at 8:23 PM

Sedang memerhati kemana halatujunya...jgn jadi ulamak2 yg masuk ikut pintu belakang dan dihamparkan permaidani merah. halatuju mereka bukan politik,hanyalah fahaman minoriti yg mmbidaahkan majoriti...

....................
Reply To This Comment ...................
November 26, 2013 at 8:36 PM

Apa yang sedih, Umno takut dengan bayang nya sendiri apabila secara terbuka menyokong ISMA, PERKASA dan NGOs Melayu Islam dalam platfom sama.

Berbeza dengan DAP yang bergerak secara menyeluruh sehingga melibatkan gereja dan evangelista. Pengaruh dan kekuatan menghidupkan COMANGO dan melayu berhaluan sama bersekongkol mengangkat semua agama itu sama, LGBT dan aktiviti-aktiviti melampaui sehingga berjuang songsang pemansuhan Perlembagaan Malaysia.

Melayu liberal, melayu berfahaman syiah, penyokong cauvinis yang sembunyikan identiti boleh di kategori musuh-musuh Islam yang bergerak aktif di belakang tabir di sokong peranan media pembangkang dari masa ke semasa meracuni fikiran pembaca- pembaca nya dengan artikel-artikel memburukkan kerajaan dan tokoh- tokoh nya.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
November 26, 2013 at 8:52 PM

saya dh selalu kecewa dgn perkembangan perjuangan bangsa. maka saya akan tunggu dan lihat. sejujurnya saya x optimis sgt. pengalaman mengajar kita berhati2

melayu hampa

....................
Reply To This Comment ...................
November 26, 2013 at 9:07 PM

Ya, kita sokong bergantung pada isu2 yang diperjuangkan bukan kepada badan yang memperjuangkannya.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
November 26, 2013 at 9:49 PM

Salam,

Saya pernah join usrah ISMA masa di universiti dulu. Memang banyak manfaat yang boleh kita dapat. Usrah saya di bawah sorang senior medic. Memang respek kat die, jenis humble. Antara top student batch die. Masa tu, ISMA belum bergiat aktif dalam arena politik tanah air, masyarakat umum pun tak tau kewujudan ISMA ni. Yang tau biasanya student IPTA. ISMA bergerak dalam lingkaran IPT, belum bersedia masuk gelanggang politik.

Apabila ISMA mengumumkan penubuhan sayap politik sebelum PRU13, orang ramai dah mula sedar adanya pilihan politik Islam selain PAS. Tapi bilangannya masih sedikit. Perlu diketahui tujuan ISMA masuk ke dunia politik disebabkan kegagalan PAS sebagai parti berteraskan agama Islam yang bertanggungjawab menjaga kesucian Islam di Malaysia.

Jika dilihat tahun-tahun selepas PR berkuasa di beberapa negeri, suara yang menghina, mempertikaikan agama Islam serta bangsa Melayu semakin lantang. Suara ini kebiasaannya dipelopori oleh DAP. PAS yang diharap dapat mengimbangi keadaan ini jelas sekali tidak mampu berbuat apa-apa. Tambah parah ada pula ahlinya yang ikut sama menyokong.

Ketika ISMA baru mengumumkan penyertaan dalam PRU13, niat murni ini disalaherti oleh penyokong PAS. Malah menuduh ISMA "anjing suruhan UMNO" berfungsi memecahkan undi. Walaupun ISMA kalah dalam kesemua kerusi yang ditandingi, diharap masyarakat umum terutama beragama Islam dapat menyedari ada jalan lain selain PAS yang boleh kita harapkan. Wallahualam.

....................
Reply To This Comment ...................
November 26, 2013 at 9:53 PM

@AnonymousTerimaKasih diatas info :)

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
November 26, 2013 at 11:24 PM

isma +ikram= JIM/IRC student luar negeri yg islamic, balik ke msia era 80 an ada yg masuk abim, pas, tubuh JIM akhirnya IKRAM dan ISMA. Eraduluan tak boleh lari dgn aura islamik anwar brahi. IKRAM masih lg melekat bau anwar mcm mat sabu bau normah, ISMA sedar diri dgn kepentingan Islam yg mesti dgn melayu di tanah air ni mengambil pendirian berbeda dgn saudaranya IKRAM.

saya nampak ISMA ada ciri2 yg kita maukan sebagai pembela alif ba ta, yg sudah hilang dari UMMNO. Yg dikuburkan oleh PAS, yg di jelikkan oleh PKR.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
November 26, 2013 at 11:25 PM

Isma the best bro

Kuat islamnye

Steady melayu nye

Umno n Pas hampeh dah

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
November 26, 2013 at 11:34 PM

Bro Din.

Dkt UIA, kesian tgk pejuang2 ISMA ni kena perlekeh dek penyokong tegar Pas. Masa Pru lps dulu, bnyk la isu2 keluar psl Isma dkt portal online uia tu.
"Ketahuilah balasan Allah dkt penyebab perpecahan kuasa Islam bila tertubuhnya kumpulan serpihan ni" - salah slh penyokong Pas tu komen.

Ironiknya. Bukan ke itu yg Pas buat dkt Umno? Huhu.

Paan M.

....................
Reply To This Comment ...................
November 26, 2013 at 11:38 PM

@Anonymousmungkin ISMA perlukan lebih pendedahan.....hmmmm

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
November 27, 2013 at 11:16 AM

kesal dengan perkasa..apabila umno mula menjarakan diri.. mereka secara total mula berubah dan kini lebih lembut berbanding dulu.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
November 28, 2013 at 12:54 AM

Saya melihat perjuangan ISMA bukan perjuangan membela sesuatu parti, sesebuah organisasi, atau seseorang individu tertentu sahaja. Melebihi blok-blok politik yang sudah ada dalam Malaysia sebaliknya memperjuangkan yang haq, memerangi yang batil. Itu sebenarnya perjuangan yang hakiki. Bukan untuk mengampu sesebuah pihak, bukan untuk mencari keuntungan atau kepentingan tertentu semata-mata sebaliknya menjadikan perjuangan mengangkat martabat Islam di muka bumi ini.

InsyaAllah mari kita doakan semoga NGO ini berada di landasan yang betul, tidak terpesong dari jalan Allah yang haq, dan mari bersama-sama dengan perjuangan ini. InsyaAllah saya akan menyertai ISMA apabila balik ke Malaysia kelak.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
November 28, 2013 at 1:16 AM

Sy lama memerhatikan isma ni,tak paham kenapa ramai orang kata perjuangan mereka permaidani merah lah,senang lah..padahal diorang lagi melawan arus.kene hentam sana sini.Insya Allah semoga Isma terus kuat dan tabah.

....................
Reply To This Comment ...................
November 28, 2013 at 7:35 AM

MasyaAllah! SubhanAllah walhamdulillah walaillahaillah wallahuakbar!

Telahku rasakan 'izzahnya Islam apabila bersama-sama mereka yang membela agama!

Telah berlalu waktu sir, jahrnya menerangi dan bersinar~

Let's rise and shine!

....................
Reply To This Comment ...................
Mastura
November 28, 2013 at 12:08 PM

Saya pun rasa isma ni takde kepentingan duniawi lain dalam perjuangan depa, selain nk tegakkan islam dan pertahankan melayu. Mmg byk buka mata saya tentang musuh2 islam. Byk nas dan hujah yg matang, realistik dan praktikal.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
November 28, 2013 at 12:09 PM

Perjuangan ISMA tidak dibentangkan dengan permaidani merah yang ditaburi bunga yang indah. Perjuangan ini telah memakan masa, wang dan mahupun jawatan. Terima kasih kepada blogger yang bersifat menilai berdasarkan kapasiti masyarakat umum bukab kapasiti blok kepartian. Saya ahli ISMA tetapi saya tidak menafikan perjuangan yang dilakukan oleh gerakan islam lain. Saya juga pelajar UIA dan saya lihat bibit penyatuan telah wujud. Berlapang dada lah dalam perbezaan ini dan bersatu padu dalam persamaan. Saya percaya apabila semua krmbali kepada al-Quran dan as-Sunnah, maka pertembungan antara haq dan batil akan jelas. In sya. ALLAH

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
November 28, 2013 at 4:22 PM

Pada saya, ISMA sangat menitikberat soal memperjuangkan agenda Islam, bukan sekadar Melayu. Harus diingat, ISMA bukan memperjuangkan budaya Melayu seperti joget, zapin, pantun semata-mata tetapi menggunakan kekuatan Melayu untuk kesejahteraan Malaysia.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
November 28, 2013 at 7:04 PM

Sy setuju sgt dgn slogan isma.
Melayu sepakat Islam berdaulat.
Tu tak bermaksud Islam utk Melayu je (spt yg diperkatakan beberapa pihak).

In other words, it says 'Melayu sepakat is a way towards mendaulatkan Islam'.
Betul. Ada byk lagi cara nk daulatkan Islam. One of the ways is by sepakatkan org Melayu. Huhu. Tp xbermakna cara2 lain xyah buat.

Wallahua'lam.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
November 30, 2013 at 4:23 PM

Alhamdulillah sy setuju dgn pndgn din turtle... sy dlu sgt2 taksub dgn 1 parti politik ni, tp alhamdulillah setelah join isma sy dpt melihat kebaikan & keburukan di antara kedua2 blok... dan 1st program yg join adlh HIMPUN... rasa kecewa dan malang sekali program berkenaan tdk mndpt sambutan yg menggalakkan... ketika di program HIMPUN, sy pernah terdngar drpd seorang pak cik ni ckp dkt selangor mmg biasa je org Melayu masuk gereja dan nyanyi lagu diorang... dan ketika itu ISMA sangat2 konsisten menentang PEMURTADAN di Malaysia.. Tambah2 doa drpd Ustaz Hassan Ali, membuatkat air mata sy tiba-tiba keluar dgn perlahan-lahan...
apa yg sy lihat perjuaangan ISMA bkn semata-mata kepentingan peribadi/jemaah/politik tp adalah semata-mata demi kepentingan ISLAM dan berasaskan pegangan Al-Quran & Sunnah yg kuat...
tidak kiralah dalam segala isu sekalipun baik kristiniasi, syiah, libealisme, comango dll...
program2 yg dianjurkan langsung tdk berkaitan dgn politik tp hanyalah program utk mendekatkan diri kpd SANG PENCIPTA dan ambil berat ttg isu-isu semasa di dalam mahupun luar negara...
Sy doakan saudara din sentiasa dapat membezakan kebenaran dan kebatilan dlm setiap perkara...
' MELAYU SEPAKAT ISLAM BERDAULAT ' | ' MEMBANGUN UMAT BERAGENDA '

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
November 30, 2013 at 4:23 PM

aq tau sal dorg ni masa pru haritu.
byk beb orang kutuk depa nih. pemecah undi lah. aku pun layan lah skali at first hahahaah
then tengk punya tengk, mcm betoi jugak kepala depa nih. umno pas haprak dahh.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
July 25, 2014 at 4:44 AM

sya tujukan kepada semua ustaz2 ISMA yang katanya sgt mengajukan kebebasan memberi pendapat. 1. Rukun iman ke 6 - segala yang baik dan buruk itu datangnya dari Allah. Sila perhatikan bagaimana yang batil dicampurkan kepada yang hak, sesuatu perlakuan yang yang sangat Allah murkai. 2. Qs 4:79 - Segala yang baik itu dariKU, Allah, dan segala yang buruk itu adalah dari kehendakmu(insan) sendiri. 3. Mengapakah rukun iman yang ini menjadi amalan orang Islam, yang jelas sekali engkar kepada kata-kata Allah di dalam Quran, surah annisa ayat 4:79. Sila jawab tanpa putar belit dan menggunakanhadis2 dari kitab2 lama, kerana kata-kata Allah itu terang dan jelas dan Quran adalah hadis terbaik (kata Allah. Saya inginbenar melihat jawapan ustaz2 ISMA di ruangan ini, yang saya akan tinjau kembali. Janganlah jawapan itu mengelirukan dan menyesatkan, sebaiknya dari nas2 Quran sahaja... Murdan

....................
Reply To This Comment ...................
July 25, 2014 at 5:25 AM

@Anonymoussoalan saudara lebih tepat dihantar kelaman ismaweb.net jika mahukan jawapan mrk

Post a Comment