........... Hujah Mat Meritokrasi - Mohon Pandangan Anda. | dinturtle - Blogger PARTI MELAYU

Hujah Mat Meritokrasi - Mohon Pandangan Anda.

Tuesday, November 5, 201335comments

Hujah dibawah saya ambil dari komen artikel sebelum ini. ( KLiK ) Hujah klasik cara pemikiran Mat Meritokrasi. Dan dipersetujui oleh Melayu2 Liberal. 

Sekali lagi saya mohon pandangan anda untuk kita kongsi bersama.

Ia satu kenyataan yang amat bodoh. Orang cina memang rasis. Tapi mereka maju bukan disebabkan mereka rasis. Tapi dedikasi, kerja keras dan strategi. Mereka membina asas perniagaan yang kukuh berdasarkan kemahiran, nilai kompetitif dan mutu perkhidmatan yang tinggi, bukannya ali baba. 

Sebagai contoh, lihat aje kontraktor renovate rumah. Kalau bagi kat melayu, alamatnya kerja tak siap, kalau siap pun lambat, lepas tu mutu kerja teruk. Lepas tu mahal pulak. Sewaktu saya belajar di universiti, komposisi pelajar melayu-cina hampir sama. Semua pelajar cina dalam kursus saya mendapat 2n Class Upper. 3 mendapat 1st class. Sedangkan pelajar melayu hanya 3 2nd class upper, tak ada 1st class dan yang lain 2nd lower. Adakah ini disebabkan oleh sikap rasis orang cina?

Inilah hakikat yang orang Melayu perlu sedar. Jangan kita mencari alasan yang tidak ada kena mengena semata-mata untuk menyedapkan hati kita. Padahal, masalah sebenar ialah kelemahan diri kita sendiri.

Islam membenci sikap perkauman. Tetapi ada mamat ni mai ajar kita untuk jadi perkauman. Apakah nabi kita bernama Muhammad S.A.W. atau mamat ni?


.
Tiga point saya nak sebut di sini -

1 - Apakah pemahaman kita tentang 'Perkauman' itu sama dengan pengomen diatas ? Apakah dasar2 afirmatif yang kita pertahankan itu boleh disamakan dengan definasi 'Perkauman' sebagaimana tafsiran kamus ? 

2 - Jika semuanya terserah kepada individu untuk perbaiki diri sendiri tanpa bantuan kerajaan melalui penguasaan politik Melayu ( kerana sebarang bantuan kerajaan adalah tergolong dalam kategori Dasar Afirmatif dan itu ditentang oleh Mat Meritokrasi ), dengan keadaan sekarang, apakah orang Melayu akan terus ketinggalan atau kita akan bertambah maju ?

3 - Apakah kaum Cina yang begitu dikagumi oleh Mat Meritokrasi ini tidak amalkan Perkauman ? 

PS - Oya, satu soalan kepada Mat Meritokrasi - Jadi apakah yang patut kerajaan Melayu kita lakukan untuk memajukan orang Melayu atau tindakan kerajaan dalam mengubah cara lama yang negatif itu ?

Atau tidak perlu buat apa-apa ?

Share this article :

+ comments + 35 comments

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
November 5, 2013 at 3:36 PM

Salam,
Tdm menangis dlm pau krn gagal ubah sikap melayu. Mungkin ramai yg suka dengar, praktikal tak ramai. Tp masa jepun dulu, ramai melayu pandai berdikari. Mungkin melayu berusaha jika tidak dibantu. Tp semua ke yg nak berubah? Cina berjaya dah sikap dia mcm tu. Tu yg tak boleh nak bergaul pasal byk belajar teori drp praktikal. Ramai gak cina pandai tak reti buat kerja dan harapkan melayu. Tp tak ditonjolkan. Mamat ni kena belajatr sejarah melayu sblm muncul melaka. Ni dok fikir masa kini aje.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
November 5, 2013 at 4:42 PM

Pertama, saya rasa "honored" sebab posting saya diambil menjadikan satu topik perbincangan khusus dalam blog ini. Terima kasih tuan blog.

Kedua, saya ingin membetulkan beberapa salah tafsiran. Saya bukan mat meritokrasi. Saya adalah penyokong dasar affirmative seperti NEP. Saya juga penyokong kuat BN.

Isu yang dibangkitkan tidak ada kena mengena dengan isu affirmative. Tapi isu mudah iaitu "Sunnahtullah". Allah S.W.T. maha adil pada hambanya, tak kira Muslim atau non-Muslim. Barang siapa berusaha, mereka akan memperolehi hasilnya.

Saya ingin petik balik contoh pelajar di universiti yang saya gunakan. Saya katakan cuma 3 melayu aje 2nd class upper dan yang lain 2nd lower (ada juga 3rd class) sedangkan semua pelajar cina 2nd upper ke atas.

Isunya ialah adakah pelajar Melayu ini mendapat 2nd lower disebabkan dasar Affirmative (NEP) ataupun mereka ini tidak belajar bersungguh-sungguh? Apakah pelajar cina ini dapat 2nd Upper kerana tiada dasar affirmative ataupun kerana mereka belajar bersungguh-sungguh?

Dasar Affirmative adalah untuk memberi peluang kepada mereka yang tercicir, tapi adakah kerana dasar Affirmative itu secara automatik akan membuat seseorang itu berjaya? TDM menulis buku Malay Dilemma. Apakah isu TDM adalah berkaitan dengan isu sikap orang Melayu atau kerana ketiadaan dasar affirmative pada orang Melayu?

"Mat Meritokrasi" - sebagaimana yang digelarkan.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
November 5, 2013 at 4:50 PM

Encik meritokrasi...

1. Pemahaman 'perkauman' aku tak sama dgn ko. Dasar affirmatif yg dipertahankan berkait rapat dgn isu siapa 'tuan rumah' di malaysia ni. Tuan rumah bantu org2 yg serumah dgnnya - salah ke?

2. Sekali lagi - siapa 'tuan rumah' di malaysia? Org yg serumah dgnnya mmg patut dibantu. Jika tidak dibantu, besar kemungkinan selamanya di takuk lama

3. Cina mmg dah lama amalkan perkauman. Habis belajar uni, cari kerja...ko ingat senang nak dpt keje dlm company? Kalo dpt pun, senang nak naik? Gaji pun ada beza2 melayu dgn cina walaupun utk position yg sama...

Soalan last tu...ko jawab la sendiri...ckp byk2 dgn ko bukan ada apa untung pun...

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
November 5, 2013 at 5:37 PM

dari segi ekonomi
- dpt business dari org melayu. org cina memang keje cincai, tapi oleh kerana byk customer melayu, cina akhirnya berjaya jadi pandai dgn melayu menjadi guinea pig mereka. kemudian mereka akan guna cari rasuah atau pelbagai cara "haram" di sisi islam lalu penterate badan kerajaan melalui pengarah atau anak buah kerajaan yg kata haram rasuah tapi ambik kesempatan dgn org bagi rasuah.

dari segi pelajaran
- pernah belajar bersama china malaysia dan hongkong. mereka sentiasa share utk menjatuhkan kaum lain. manakala pekajar melayu yg cemerlang selalunya akan menjauh kan diri dari kawan kawan mereka yg bodoh atas dasar "low std " berkawan dgn org bodoh.

bila ekonomi mereka maju kerana org melayu maka mereka ada duit utk membina infrastruktur pelajaran utk anak anak mereka dan mereka hantar ke negara bangsa ingerris utk belajar di sana. dan kalau di universiti mereka, mereka boleh di katakan ada bantuan lengkap utk berjaya.
jadi dasar affirmatif amat relevan kerana dasar ini memberi bantuan dari segi kewangan dan bantuan sampingan utk pelajar melayu berjaya dan peniaga melayu berdikari

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
November 5, 2013 at 5:38 PM

mat meritokrasi memang begitu.. selalu perasaan pandai.. kalo bukan dasar kerajaan.. masuk universirti pon tak mampu.. ramai ja orang melayu yg bagus dapat 1st class.. tapi lepas tu ramai tak sedar diri.. jadi lah mat meritokrasi.. hrmmmm.. bukan nye nak membantu orang melayu.. tapi perlekehkan bangsa sendiri..

kalo bukan sebab die melayu... entah2 tak masuk uni kot..

-kipas-

....................
Reply To This Comment ...................
Pe'ah
November 5, 2013 at 6:01 PM

Perkauman bererti melebihkan kaum sendiri terutama dalam perkara-perkara yg ada persaingan dgn kaum lain....kalau kita tidak bersikap perkauman ada kemungkinan kaum kita akan ketinggalan atau tak maju-maju. Contoh: 1. Gunakan purchasing power untuk beli barang dari kedai melayu dan boikot kedai cina; 2. Prof korbankan masa extra (bukan dalam masa bertugas) untuk beri extra tutorials kepada penuntut melayu; 3. Melayu yg dah kaya sediakan dana untuk bantu pelajar melayu gi overseas/IPTS; 4. Majikan melayu utamakan ambil pekerja melayu dan train mereka sehingga world beating etc. etc.

Itu sebab kita mesti ada political power supaya kita dapat bentuk nasib bangsa kita sendiri tanpa menindas kaum lain. Kalau kaum lain dapat power, ada jaminan melayu tidak ditindas? Penang anyone?

Salah satu masaalah kita ialah cepat sangat selesa dengan apa yg kita dapat/ada. Kalau belajar, cukup makan dah ok...banyak aktif benda lain yg menyeronokkan/takde pekdah jangka panjang. Kalau bekerja, terlalu ikut masa 9-5 dan kalau boleh nak short cut lagi, curi tulang pergi buat benda lain masa kerja, dan takde inisiatif untuk tingkat produktiviti atau jadi lebih efisien dan efektif. Ramai yg tidak mahu keluar dari zon selesa dan memasuki bidang lebih mencabar kerana takut: "yg dikejar tak dapat, yg dikendong berciciran". Dengki mendengki amalan biasa kalau nampak ada orang lain "threaten status quo".

Yg berani berubah masih minoriti. Tetapi diharap kerajaan dan kumpulan yg dah berjaya dapat membina momentum kearah perubahan nasib melayu yg lebih baik.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
November 5, 2013 at 6:03 PM

Apa yg mat meritrokrasi tulis adalah tipikal melayu yg bersifat apologetik. Biasanya mat2 meritokrasi ni samada anak org kaya atau keje gaji besar kat perusahaan atau glc. Hakikatnya semua bangsa ada manusia yg rajin dan malas. Dan satu hakikat jugak bhw cina2 ni kaya atas keringat melayu2 yg dia lekehkan yg keje di peringkat bawahan. Tolonglah, jgn la kata dlm satu company yg buat kayanya level2 manager yg rata2 kaum cina? Mcm mana dgn operator kilang contohnya yg majoriti melayu dan merekalah golongan yg make it happen?

jentayu

....................
Reply To This Comment ...................
November 5, 2013 at 6:15 PM

Siapa yang bijak merebut peluang, dia akan berjaya. Cina rajin dan pandai merebut peluang. Masalah dengann Cina ni ialah, mereka akan merebut peluang tanpa mengambil perasaan orang lain. Mereka tidak peduli apa orang lain kata, apa orang lain rasa, yang penting mereka berjaya merebut peluang yang ada. Perangai inilah yang menyebabkan keseimbangan kaum di negara kita ini tidak sekata. Orang melayu adalah kaum yang cukup peramah dan bertimbang rasa. Manakala orang Cina adalah kaum yang tidak peduli perasaan orang lain. Orang India pula kaum yang berada ditengah-tengah. Mereka lebih pentgingkan agama hindu mereka. Mereka sanggup berabis dan teseksa kerana agama mereka. Perbezaan-perbezaan ini cubs ditangani oleh kerajaan dengan sebaik mungkin. Orang Cina dihadkan dalam banyak perkara kerana jika mereka tidak disempadani, mereka akan merebut semua peluang yang ada. Orang melayu pula dibantu dan digalakkan untuk merebut peluang-peluang yang disediakan oleh kerajaan. Ini yang Cina tak puas hati. Kenapa mereka dihadkan dalam banyak hal. Mereka merasakan bahawa tindakan kerajaan membantu dan menolong bumiputera itu telah menghadkan tindakan mereka untuk merebut seberapa banyak peluang yang ada. Akhirnya mereka mendesak dalam banyak hal.

Apa yang aku nak bagi tahu, perbezaan budaya dan sikap antara kaum di negara ini tidak memungkinkan kita mengecapi kesamarataan dalam banyak perkara.

....................
Reply To This Comment ...................
November 5, 2013 at 6:26 PM

Melayu tak perlu menjadi rasis untuk berjaya, tetapi melayu perlu kikiskan banyak maruah diri, perlu kikiskan perasaan rendah diri, perlu kikis sikap terlalu bersopan terhadap kaum lain, kena pertingkatkan sikap penting diri sendiri, perlu merebut setiap peluang yang ada, termasuklah lot parking kereta tanpa peduli perasaan orang lain dan banyak lagi. Inilah resepi hendak berjaya dan mengatasi orang cina. Isunya, adakah sanggup dan adakah dibenarkan oleh Islam?

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
November 5, 2013 at 6:30 PM

salam, saya berkerja dlm industri unit amanah dengan sebuah sykt unit amanah terbesar di malaysia...sykt ini merupakan anak sykt subuah bank yang besar di malaysia. Sykt ini mempunyai 20 cawangan hampir keseluruhan negeri di malaysia tapi pengurus cawangan melayu hanya di kota bharu. Begitu juga pengurus cawangan bank, hanya seorg sahaja melayu di kuala terengganu. Adakah melayu tak layak atau ade sebab lain?

....................
Reply To This Comment ...................
November 5, 2013 at 7:03 PM

@Anonymoushehehe...

....................
Reply To This Comment ...................
November 5, 2013 at 7:07 PM

@putrarahmanMenarik komen saudara

....................
Reply To This Comment ...................
November 5, 2013 at 7:08 PM

@AnonymousItulah salah satu perkara yang cuba disampaikan oleh mamat dalam klip video artikel terdahulu. Kalau Melayu2 yang sudah berjaya, yang menjadi pemimpin tidak ada semangat jatidiri Melayu, hancurlah bangsa...

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
November 5, 2013 at 7:27 PM

Kalau orang Melayu baru nak bukak bisnes. Boleh tak orang Melayu ambik dulu barang-barang dari supplier Cina. Pastu bayar kemudian. Bila dah dapat untung nanti baru bayar. Untuk pengetahuan semua, inilah yang berlaku apabila orang Cina baru berjinak-jinak nak bukak bisnes. Segala-galanya dibantu dari A sampai Z oleh company-company besar Cina atau rakan-rakan mereka sendiri.Bila perniagaan mereka dah maju, mereka bantu pula rakan-rakan lain.

Itu Cina. Kita ni Orang Melayu sendiri pulak bersikap sebaliknya. Pastu senang-senang jer cakap, "Campak ajer 'tongkat' tu. Kita tak perlukan tongkat lagi. Kita dah pandai berlari. Tak payah ditolong-tolong lagi dah.". Walhal hakikatnya kita baru jer nak belajar merangkak.

Kenapa bila sebut tolong melayu dianggap rasis ? Siapa boleh menafikan bahawa Cina berjaya pun hasil bantuan dari kaum mereka sendiri. Ini kita Orang Melayu sendiri pulak enggan tolong bangsa sendiri kerana takut dilabel rasis. Pemikiran jenis apakah ini ? Biarlah orang kata aku kolot ke, mundur ke belakang ke. Aku peduli apa. Dah memang Orang Melayu wajib dibantu.

Satu perkara lagi, kalau tidak dibantu macamana bisnes Orang Melayu nak kekal bersaing? Bayangkan rangkaian bisnes yang dibina oleh Orang Cina. Rangkaian perniagaan mereka terlalu kukuh dan sukar untuk ditembusi oleh usahawan Melayu. Mereka berada di rantaian teratas perniagaan dan memegang kuasa monopoli sama ada sebagai pengilang, supplier atau vendor. Oleh sebab itulah, usahawan Melayu mesti terus dibantu supaya mereka tidak teraniaya.

Cuba tengok apa yang terjadi kepada usahawan Melayu di premis-premis ekslusif seperti KLCC ? Kalau tak dibantu, sudah tentu mereka akan terus menanggung kerugian akibat kenaikan kos sewa premis dan lain-lain kos yang berkaitan. Begitu jugak dengan peniaga-peniaga IKS yang produk-produk mereka rata-ratanya dianaktirikan oleh pasaraya-pasaraya besar.

Meritokrasi tu bagus. Tapi biarlah adil dan saksama dari semua segi. Sebagai contoh, makanan untuk tumbesaran. Kita kat kampung, sejak kecik lagi dah biasa makan makanan yang murah-murah jer seperti telor, megi, sardin, ikan bilis dan nasik. Tapi orang sebelah sana pulak diberi makanan-makanan yang berkhasiat seperti herba-herba, food suppliment, makanan organik dan sebagainya yang sudah tentu mahal-mahal harganya. Nah, itu baru perbandingan dari segi makanan untuk tumbesaran jer. Belum lagi perbandingan yang lain-lain. Banyak lagi perbezaan jika nak dihuraikan di sini. Yang pastinya, perbezaan sudah jelas di situ. Inikah yang dikatakan bahawa meritokrasi itu adil ?

....................
Reply To This Comment ...................
Otak geliga
November 5, 2013 at 7:57 PM

@Anonymous
Aku tak pasti saudara seorang pensyarah atau pelajar...cuma aku nak kongsi pengalaman je.

pengamatan aku sejak sek menengah hingga universiti yg SUKA BERKWN DGN CINA:

1)org Cina mmg RAJIN BELAJAR tp mereka PEMALAS nak join aktiviti2 kelab. yg menghidupkan aktiviti2 kelab di sek adlh pelajar MELAYU

2)kita nampak Cina ni BIJAK sbb majoriti Melayu2 yg pintar sudah masuk MRSM, MATRIKS etc...aku tak heran, sbb Cina ni bijak dlm sstgh subjek tp BODOH PIANG dlm byk subjek juga....Cina PEMALAS??....berlambak juga

3)di Uni, pelajar2 Cina sgt ghairah bertanyakan soalan2 peperiksaan pd pensyarah. bila pensyarah bg HINT n minta kongsi dgn rakan sekuliah, hanya pelajar Cina shj yg diberitahu....KRONI atau RASIS?...oh ye jawapan sedara mungkin kenapa MELAYU MALAS NAK TANYA...result yg keluar?....tak da la BAGUS sgt Cina2 ni..sikit je yg ok.

4)di Uni, pelajar Cina sgt PEMALAS utk terlibat dgn aktiviti2 kelab/uni..mrk hanya belajr..belajar..belajar..siapa yg bantu hidupkan Uni kalau bkn budak2 Melayu??...ada je yg aktif CEMERLANG....tp MAJORITI Cina yg cemerlang adlh PEMALAS utk join mana2 aktiviti...alam Uni dia adlh bilik kuliah n meja study....bkn aku yg kata, rakan Cina yg mengaku

Pensyarah Cina???....haaa yg ni lg BURUK PERANGAI..hingga membuatkan aku RASIS n bertambah RASIS sejak PRU13

disebabkan memBESAR dgn perangai Cinabeng ni la wajar sgt Melayu menjadi Rasis utk kepentingan Agama/Bangsa/Negara

PS: ada la skit Cian yg ok....0.0001 je rasanya...rare sgt

....................
Reply To This Comment ...................
Otak geliga
November 5, 2013 at 8:03 PM

@Anonymous
haaa, sgt TEPAT n BETUL

rakan2 samda yg kerja atau bukak kedai sendiri sgt2lah nampak RASIS atau tidak Cina2 ni.

GAJI spt yg dikatalah, kerja diarah lebih dr Cina setaraf...rasis ke ADIL?

harga brg belian dr pemborong atau pengeluar Cina mmg MAHAL la kan....belum lg UGUT2 tak mau hantar brg kalau tak terima harga mrk....haaa, rasis ke ADIL ke RAJIN ke?

mmg Melayu kena jd RASIS utk utk terus survive hidup dgn Cina yg bermuka2 ni...nak buat mcm mana, Cina yg ajar

....................
Reply To This Comment ...................
Otak geliga
November 5, 2013 at 8:06 PM

@Anonymous
di Uni ada antara mrk yg beragama Kristian menerima bantuan SARA DIRI dgn syarat bantu mengembangkan agama Kristian di kalangan org Islam, bukan di Uni tp org luar

....................
Reply To This Comment ...................
Otak geliga
November 5, 2013 at 8:09 PM

@Anonymous
lontaran PANDANGAN yg sgt TEPAT Jentayu...:)

mcm Cina ni terlalu BAGUS pd pandangan sstgh dr org Melayu....kenapa ada inferiority di kalangan Melayu sendiri?

langsung BANGGA mengaku bangsa sendiri ni mmg LEMAH, BODOH....tp Cina KUAT, BIJAK?....Cina dr Chinapun kenal Cina Mas, kenapa Melayu Mas masih buta?

....................
Reply To This Comment ...................
Otak geliga
November 5, 2013 at 8:17 PM

@Anonymous
Denial syndrome oleh sstgh pemimpin Melayu yg dah hidup senang lenang....mrk tak percaya keupayaan bangsa sendiri, sedangkan bangsa Melayu sudah membina empayar sezaman Rom, Parsi, etc...bangsa Melayu sudah diakui oleh Maharaja China, India, Jepun, shinggalah empayar Eropah, manuskrip2 berkaitan bangsa Melayu ada di simpan kemas oleh negara2 berkenaan...tp disebabkan GAGAL mengenali Jati Diri bangsa sendiri, ni lah jadinya...Melayu dilabel

PEMALAS, BODOH, SLOW etc...akhirnya MALU MENGAKU SBG MELAYU

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
November 5, 2013 at 8:22 PM

Salam,

Saya ingin kongsi pendapat mengenai perkauman dari hemat saya. Kenyataan mat meritrokasi mengenai cina berjaya bukan disebabkan rasis adalah amat naif sekali. Pengalaman saya bekerja sebagai jurutera di syarikat kepunyaan cina memang membuka mata saya betapa rasisnya puak cina ni.

Kebanyakan syarikat cina akan membentuk persatuan bagi menetapkan harga pasaran perkhidmatan kejuruteraan yang disediakan. Umpama sebuah "kartel". Semangat ultra rasis mereka ini akan "menelan" mana-mana syarikat bumiputera yang ingin masuk ke sektor ini. Syarikat bumiputera tidak mampu bersaing kerana harga perkhidmatan telah ditetapkan awal-awal lagi oleh persatuan tersebut.

Sekiranya terdapat syarikat cina yang ingin masuk ke sektor ini, syarikat ini akan dibantu oleh persatuan cina dari segi modal ataupun aset-aset yang diperlukan untuk membolehkannya membina perniagaan, Dalam masa beberapa tahun, sektor ini akan dikuasai oleh cina sepenuhnya.

Tidak semua cina ini rajin, berdedikasi, kerja keras seperti Mat Meritrokasi puja. Dan tidak semua orang Melayu pemalas, lembab, cukup makan. Dan ini tidak bermakna kesemua Melayu bagus belaka. Tak dinafikan terdapat ramai di kalangan kita bersikap seperti Tun M katakan. Mungkin Mat Meritrokasi perlu melihat lebih luas bukan setakat 1st class, 2nd class upper lower. Jangan stigma "Melayu bodoh, pemalas" rekaan cina itu diterima bulat-bulat.

....................
Reply To This Comment ...................
November 5, 2013 at 9:07 PM

Ini pandangan saya :-

1. Saya setuju mesti ada sedikit sifat ini. Kerana apa ?

a. Setiap bangsa dan keturunan memiliki sifat semulajadi ini. Sebab? Dalam diri kita wujud 2 jenis nafsu ( rujuk sendiri ). Apa yang membezakan diri kita jika Islam ialah IMAN dan kepada bukan Islam ia lah pegangan agama, nilai-nilai baik sejagat dan pemahaman.

b. Dari segi sosial, bahasa sekular atau dari segi Islam, Saf Ummah di mana bertunjangkan Syariat Nabi bersumberkan Al Quran serta anugerah mukjizat. Disini jelas Allah SWT nyatakan manusia inj di jadikan berbagai puak, kaum dan bangsa agar mereka mengenali di antara mereka. Umat Muhammad dan orang-orang kuffar.

c. Kemajuan sesuatu bangsa di pengaruhi pemimpin bangsa yang memerintah dan di praktikkan di kebanyakkan negara dunia sehingga sekarang. Malah Amerika yang konon nya ' free country' masih hebat perkauman nya. Orang-orang Islam dan berkulit hitam masih terbelenggu dan sentiasa dalam dilemma.

Berbeza Islam, wasatiyyah dan menghormati yang lain termasuk amalan mereka, amat di galakkan. Lihat kehidupan bukan Islam di Malaysia. Mereka mendominasi kerana kita sudah buang sebahagian sikap ini yang juga memiliki nilai kebaikan jika pada tempat nya.

Perlu di ingat Allah SWT juga berpesan, BERJIHAD lah jika diri kamu dan keluarga kamu, Islam, Negara, Bangsa / Kaum dan Harta Benda kamu di bahayakan, di perangi musuh kamu ! Jika mereka berbuat baik, maka kamu jadi lah yang terbaik demi mendapat rahmat Allah SWT.

2. Lantaran itu tidak salah ada sifat ini dalam bentuk 'MENJAGA DAN MEMPERTAHANKAN'. Itu sebab tiada istilah liberal, sekular, neo liberalisma, komunisma atau apa-apa jua istilah bijak pandai manusia. Malah istilah ini di cipta lebih memihak keuntungan bukan Islam ( ide yahudi zion) kerana mereka yang mencipta untuk menjaga, memonopoli untuk menguasai manusia dan kekayaan di mana sahaja.

Demi itu Islam juga bermaksud yang memerintah, berkuasa dan berada mesti menjaga baik akidah, kebajikan dan kejayaan ummah nya dan berlaku adil pada tempat nya untuk bukan Islam. Muamalat Islam tidak menjurus kepada kekayaan individu tetapi menyeluruh. Kita juga tidak di ajar meminta-minta, malah hina di sisi Allah jika di amalkan. Berusaha, Bersedekah amalan mulia. Berzakat pula pasangan sejati Solat. Ayat-ayat Allah SWT jelas di ulang-ulang. Jika kita selami lebih dalam, kita akan jumpa kebesaran NYA.

Banyak contoh lagi. Saya pasti semua orang Islam tahu. Kesimpulan nya amat jelas di mana jika kita beri urusan sesuatu kepada bukan pakar nya ( tiada ilmu dunia dan akhirat atau pengkhususan ) tunggu lah bencana dari tangan-tangan manusia ini yang bakal mengambil hawanafsu sebagai pedoman nya. Tidak akan ada Hidayah Allah SWT. Kata-kata tidak lain hanya tipu daya belaka.

Salah nya sifat perkauman ini bila di gunakan untuk menjahanamkan dan mengambil hak sesuatu kaum/bangsa, malah di jadikan senjata ampuh untuk'genocides'. Banyak berlaku dalam negara bukan Islam baik secara penafian hak secara halus atau dengan nyata berlaku pembunuhan besar- besaran. Palestin ialah contoh terbaik jahilliyah manusia dulu hingga sekarang. Itu yang di haramkan !

Allah SWT masih bersama kita. InsyaAllah.

....................
Reply To This Comment ...................
November 5, 2013 at 9:17 PM

@maaeLetih membaca tapi komen yang baik.

"Salah nya sifat perkauman ini bila di gunakan untuk menjahanamkan dan mengambil hak sesuatu kaum/bangsa "

Apakah kita merampas hak bangsa lain atau kita tengah berusaha bagai nak giler mempertahankan hak kita sendiri dari diceroboh oleh bangsa lain ?

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
November 5, 2013 at 9:24 PM

Adik sy pernah kerja bwh boss cina. Ditekannya agar kita lemah dan tak berdaya saing. Tp semangat adik sy kuat dan berjaya menonjolkan kebolehan sehingga diterima big boss luar. Kalu boleh, mereka akn tutup. peluang melayu yg pandai. Ada juga kwn kata keja dgn cina mudah, tp dia dah lama kat luar negara. Apa pun, harap melayu yg berjaya akn sentiasa bantu melayu. Jgn malu jadi melayu krn yg memburukkan melayu, melabelkan melsyu adalah melayu mudah lupa

....................
Reply To This Comment ...................
November 5, 2013 at 9:49 PM

Mat Meritokasi ni set-set macam Nedim anak Nazri Wallaweh tu la.Apa dia tahu pasal politik tempat kerja,diskriminasi dan sabotaj yang berasaskan kaum.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
November 5, 2013 at 10:37 PM

Ha..Ha..Ha..

Hanya di Malaysia cinabeng boleh menggelarkan kaum bumiteranya sebagai rasis.....

Dan mendapat sokongan dari segilintir mereka yg bergelar YB dan umat Melayu!

Kata bodoh, nanti penyu tak siar komen saya pulak... Tapi itulah hakikatnya! Apa yg diutarakan puterarahman memang banyak kebenaranya!

....................
Reply To This Comment ...................
November 5, 2013 at 11:06 PM

Dinturtle mahukan pandangan. Ini sikit je. Masuk rujuk, ayat firman nanti haru biru pula. Jadi tesis...he..he.. Bukan kah Melayu itu bijak? Malang nya bila berdepan dan di tanya.. gagap terus.....

Kita tidak merampas hak sesiapa. Hak kita yang bakal di rampas. Agenda mereka tertulis. Agenda ini mereka sempurnakan mengikut perkembangan semasa. Kita mesti sedar hakikat ini. Malang nya anak-anak Melayu sekarang tidak ada jatidiri.

Berbeza warkah Tun M yang di simpan dalam kapsul bawah menara Dataran Kedah dan boleh di buka tahun 2020. Ingat lagi ? atau ada lagi ke ?

....................
Reply To This Comment ...................
November 6, 2013 at 12:01 AM

@dinturtle
Nak buat parti berasaskan kaum or meritokrasi atau apa2 kena hapuskan sekolah vernakular dulu... barulah fair games... hahahaha.....

....................
Reply To This Comment ...................
November 6, 2013 at 1:25 AM

Sebagai sorang cina yg membaca artikel ni. Sya hanya boleh share pendapat saya melalui pengalaman 10tahun saya kerja kat luar negara, specially kerja ditempat betul2 100% cina~~Taiwan.
Orang Cina rajin...??!! Dont kidding, pada pendapat saya ....just soso saja lar.
Saya pernah kerja kat Syarikat Electronic yg design IC Chips kat Taiwan(Pastilah semua tu pekerja CIna), Kustomer syarikat sya ada Delta, Acer, Asus, HP, Htc, Sony, Casino dan bagai2 top brand dlm sector electronic seluruh dunia. Sebab itu, pesiang kita bukan saja dari siapa2 dikalangan Taiwan saja....biasanya termasuk syarikat2 korea, Jepun, mainland China atau Singapore. Tapi Taiwan sebagai Chinese leading force dlm industry electronic seluruh dunia yg membawa kita brand2 sebagai HTC, ACER, ASUS, MSI, Gigabyte, Foxcon, Dlink dan syarikat2 yg bernama dlm industri ini dah jadi lemah dlm tahun2 kebelakangan ini, Kenapa? krn semua syarikat2 yg bernama ini biasanya disediakan 30tahun lepas apabila Taiwan masih sebuah tempat yg miskin. Masatulah generasi lepas betul2 bersikap rajin untuk memajukan dan meningkatkan negara mereka. Tapi selepas 30tahun apabila mereka dah jadi maju dan 2nd atau 3rd generasi yg masuk ke sector2 tersubut...sikap mereka dah mengubah jadi "life enjoy first & work later". Walaupun sikapni pun tak salah betul, tapi apabila kita bincang tentang pesiangan sepelas globalization...betul takleh banding dgn Korea(masa kerja engineer yg terpanjang dlm Asia) atau Mainlan China(Kos yg terendah dlm dunia.)...sebabtulah syarikat ku selalu kalah atas kes2 besar bila banding dgn syarikat2 Korea.. Walaupun kita dah kerja 10~12jam sehari dan kadang2 weekend pun kerja (Ramai engineer dah mula complain banyak dan takleh tahan masa kerja yg begitu panjang).....tapi kalo banding dgn engineer Korea..hehe Soso saja..mereka biasanya kerja 16jam sehari!!!!!!!!!!!!! Tujuan untuk mengalahkan syarikat2 dari seluruh.only Top1 tak terima No2..inilah sikap Korea terkini...Inilah betul2 saya pangil "RAJIN". Cina biasanya hanya rajin bila Miskin.....tapi selepas maju dan berjaya...bukan semua masih mengekalkan sikap tu. Saya ingat sesiapa yg betul megekalkan sikap tu dah jadi tauke2 sebagai ACER, ASUS .....

Satu lagi contoh yg boleh share kat sini. Beberapa tahun lepas saya mewakil syarikat saya menyediakan satu out sourcing kes dgn syarikat Malaysia di Pulau Pinang. Kita sebagai customer jauh datang untuk setup sistem kat kilang syarikat tu utnk mejalankan process produk kita...Tapi masalah sikit menyebabkan kita sampai masa 6pm pun belum siap setup, tapi engineer(Melayu dan Cina pun ada) yg wakil syarikat tempatan tu untuk membantu kita dah hilang senyap krn dah sampai masa go home.....errrrr.......this really shock my senior engineer(orang taiwan).."Mungkin mereka takut traffic jam..." ini jelas saya kpd rakyatku. Project Manager (Cina) datang jumpa dan kata "mari pergi makan, dan 6pm. kita boleh Sambung esok"...err~~orz....Cina Malaysia rajin?!! Munkin atas tanah ini......ramai mereka boleh dikira "RAjin", kalo banding dgn Cina tempat lain(Hong Kong atau Taiwan)? atau banding dgn Korea Jepun....Cina Melaysia Itu saja.

Krn hanya dua pilihan dlm ajaran mereka "Miskin" atau "Rajin" takda org lain yg boleh menolong jika malas. Mungkin inilah yg menyebab Cina Malaysia "Rajin" sikit banding dgn lain disini.

Jgnlah kata Cina tolong Cina...Cina biasa hanya tolong cina yg nampak "rajin berkerja." Cina biasa biasa betul2 "Look down" sesiapa yg sikap malas specially Cina yg malas.

So my conclusion is "Rajin = Masa yg guna atas target"....Itu saja. So, Cina Malaysia bukan sepatutnya "Rajin Sangat"
Jglah bading saja kaum2 atas tanah ni....this is meaningless. We ar in globalization era....bandinglah dgn pesiang yg sepatutnya macam German atau Korea atau Jepun. This is what we Malaysian going to face in future...

....................
Reply To This Comment ...................
November 6, 2013 at 9:13 AM

@阿信Lama saudara tak komen :) Hmmm kali ni komen saudara ada lain sikit la, macam pakai translation jer hehehe,tapi saya faham maksudnya.

Ada satu 'flaw' bila saudara bandingkan negara kita dengan negara2 spt Taiwan, HK, Korea atau Jepun. Apakah mereka juga berdepan dengan masalah perkauman spt Malaysia ?

Kita boleh lupakan masalah kaum dan bergerak atas nama satu bangsa Malaysia tapi apakah rakyat Malaysia faham makna disebalik SATU BANGSA itu ?

Mulakan dengan faktor SATU BAHASA dulu...

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
November 6, 2013 at 12:14 PM

malas atau tidak gnerasi melayu kini,

hak bumiputera mesti digengam kemas.

sunatullah juga adalah dengan melihat keadilan pada tptnya. bukan hanya kemalasan atau kerajinan, sejarah latar belakang negara dan kajian geology penempatan awal bangsa melayu.

sekiranya melayu malas. hentikan bantuan yg merangkumi keistimewaan bumiputera bukanlah jawapannya. kita sudah ade anak bangsa yg menjadi professor di oxford kalau x silap fasih dgn pelbagai bahasa,menjadi imam besar di mekah dan byk lagi.

bukankah dulu ramai anak bangsa kita antara yg beroleh berbelas2 A dlm spm?

mmg betul sifat malas dlm diri anak bangsa perlu kita cari solution. tp jgn terperangkap dgn hujah kalau bangsa lain rajin mereka dpt lebih sewenangnya2 tanpa melihat factor lain dan membelakangkan hak2 kita. kalau itu yg jadi penentu. maka sememangnya itulah meritokrasi. siapa rajin dia dpt. itu juga lah yg diperjuang cauvinis sebagai alasan utk menghapuskan hak bumiputera

melayu hampa

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
November 6, 2013 at 10:45 PM

Ni bukan Mat Meritokrasi, tapi Mat Stupidity. Dia suka buat generalization, melaungkan balik apa yg sekutu DAP laungkan. Saya sebagai yang cemerlang dalam pelajaran merasa sakit hati baca apa yg dia tulis. Disebabkan dia tak berapa nak cerdik, dan orang-orang di sekiling dia pun serupa macam dia, maka dia buat generalization semua orang macam tu.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
November 7, 2013 at 3:01 PM

nampaknya saya ketinggalan dalam diskusi ini. sibuk..

di sini saya ingin menceritakan secara ringkas pengalaman saya di universiti.

ya..rakan2 cina saya memang rajin. tetapi kami juga rajin. malah kuat berusaha dan berdoa. tetapi seperti kata bro otak geliga, mereka sangat malas dalam aktiviti luaran KECUALI yang melibatkan persatuan berasaskan kaum mereka. sbg contoh, sambutan Tahun Baru Cina, mereka akan mengadakan majlis mengikut tema perayaan kaum itu ataupun berniaga sewaktu Pesta Konvo. tetapi dalam aktiviti lain seperti Malam Suai kenal, Hari Terbuka, Pameran itu ini..? mereka duduk di bilik sahaja. ADAKAH ITU BUKAN PERKAUMAN?

saban tahun, sehari belum setiap final exam, rakan2 cina saya memang tiada di asrama. tidak kelihatan seorang pun seperti biasa. pada asalnya kami fikir mereka study group beramai2 tetapi akhirnya tersebar khabar angin mengatakan mereka berkumpul sesama mereka SAHAJA untuk berbincang mengenai SOALAN BOCOR yang dibeli dari mereka2 yang terlibat..mungkinkah pihak percetakan? mungkin orang dalam? kami pun tak tahu. jadi keputusan peperiksaan mereka memang antara teratas. malumlah mereka berduit. kami hanya mengharapkan wang biasiswa. cukup untuk sarahidup sahaja. ANDAI BENAR KHABAR ANGIN TERSEBUT, BOLEH DIBANGGAKAN ATAU TIDAK PENCAPAIAN SEDEMIKIAN? MERITOKRASI YANG TIDAK ADIL BUKAN?

bukan kami malas, malah tahap kerajinan kami adalah setara mereka..

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
November 7, 2013 at 8:40 PM

Bro..pnya panjang...ahhahah...kesimpulannya...org melayu x maju..bkn sbb cina..tp sebab org melayu itu sendiri...kalau nak maju...bkn cina yg harus berubah...ttp melayu yg perlu berubah...sbyk mana pn kjaan bantu...ianya ttp atas diri kita sendiri... Cad sy ialah..kjaan harus bantu sesorg...tp ada hadnya...selepas dia berjaya...dia pula bantu org lain...kjaan pula...bantu satu lg individu lain...begitu la seterusnya....ini tidak....kjaan asyik bantu org tu je...smpai jd kaya raya...dan yg dibantu...nak santak smpi nak bwk ke padang masyar...haahhhh...dr bjb

....................
Reply To This Comment ...................
November 9, 2013 at 10:46 PM

hehe. krn sibut sikit, biasa sya akan tengok balik 1 2 kali selepas habis tulis dan membetulkan ayat2 yg nampak tak sesuai, tapi kali ni betul sibut so pos terus without recheck..hehe soli2,

Kalo Din nak saya bagi koman banding dgn tempat2 tersebut...susah nak koman jga dlam artikel pendek.
Saya bagi contoh Taiwan krn mereka lebih sama dgn situation kita.. melalui masa penjajahan oleh negara asing dan "pendatang" dari Mainland China.
Beza dgn Korea dan Jepun ialah mereka adalah negara yg disedia oleh hanya 1 bangsa. Korean atau Japanese.

Sampai sekarang masih boleh nampak konflik antara "pure Taiwanese" dan "2nd atau 3rd generasi rakyat dari Mainland China" 50% vs 50%,

Walaupun kita tengok mereka sebagai negara dah bersatu bahasa, tapi sepatutnya Mereka juga masih konflik tentang mendefinisikan "Apakah definisi Taiwanese?"
>Pribumi atas pulau tu?
>Cina yg datang sebelum penjajahan Jepun(100 tahun lepas)
>Mixblood 2nd generasi?
>Cina yg datang sebelum KMT dikalah oleh Komunis China?
>Cina yg datang dgn Parti KMT selepas dikalah oleh Komunis China?

...My point is walaupun bahasa dah lama bersatu, walaupun mereka sepatutnya bangsa yg adik-beradik...tapi konflik masih laku bila ideologi beza. So, this is not the key point. Korea yg 100% satu bangsa dan bahasa lagi teruk, dah split jadi 2 negara.
Kemajuan dan kejayaan mereka hanya base on sikap Ranjin (banding dgn negara seluruh), HK, Taiwan, Jepun, Korea adalah negara mempuyai masa kerja dan belajar yg terpanjang di seluruh Asia. Korea(16jam) > Jepun(??)> Taiwan(12jam)> Hongkong(10jam).
Maka polisi kerajaan yg sikap betul juga punca yg penting atas kemajuan mereka.

Satu lagi point yg boleh bandingkan.....tengoklah negara2 seluruh Asia tengara, dua negara yg paling maju sekililing. Dua2 adalah negara yg mempunyai multi bahasa dan budaya....ia itu Singapura dan Malaysia. Vietnam, Thailan, Indonesia, Miama dan lain2 semua dah lama 1 bangsa 1 bahasa....tapi.....apa yg jadi?

Sebab tu, kalo nak banding dgn negara macam Korea dan Taiwan...bukan masalah bahasa, tapi "sikap rajin BERKERJA"

---------------------------------------------------------

Apakah definisi atau makna Malaysian...sebuah nama yg baru disedia 60 tahun lepas.
Generasi yg asal atas tanah ni? Org yg boleh cakap bahasa Melayu atau hanya cakap bahasa Melayu? beragama Islam??

Tengok balik Taiwan, akhirnya mereka dpt 1 konklusi yg termudah...."Sesiapa yg menutut dia cinta tanah tu" dia boleh dikira Taiwanese...Kalo cik dapat jadi warganegara di Taiwan..dan kata "I love Taiwan, I am Taiwanese."
Walaupun mungkin cik guna English, Mereka juga boleh terima cik sebagai Taiwanese. Itu Saja. Senang? Bolehkah saya claim "I love Malaysia, I am Malaysian"...tapi ramai masih kira Cina sebagai pendatang....

Yg beza dgn negara2 atas ialah, bagai2 bangsa dan kaum dah ada atas tanah ini apabila negara yg baru ni disediakan.
Kalo Sultan2 betul2 insist rejeting semua kaum yg beza budaya dan warna kulit sebelum merdeka, mungking kaum cina atau tamil akan pindah ke Sabah atau Sarawak atau mana2 mencari tempat yg boleh terima mereka. Mungkin Pinang yg masih dikuasai olh british pada masatu pun takan join Malaysia untk jadi tempat yg terima semua "rejected pendatang" yg mereka bawa, hehe. Tapi bila kita semua dah setuju menyediakan Malaysia dgn harmoni, kita harus menyelesaikan apa2 kesusahan yg akan dtang selepas itu dgn cara harmoni. Betul?

@dinturtle

....................
Reply To This Comment ...................
November 10, 2013 at 3:14 AM

@阿信Perbezaan ideologi tidak sama dengan perbezaan kaum.

Majunya Singapura dan Malaysia kerana kepelbagaian budaya atau kerana kebijaksanaan pemimpin2nya dalam merencanakan program2 dan dasar2 yang baik ? ( selain dari sikap rakyat )

Bagaimana dengan faktor Patriotisma ? Bagaimana dengan faktor Perpaduan ?

Post a Comment