........... FMT Dakwa MatSaid MB Setahun ? - Jangan Libatkan Pihak Istana ! | dinturtle - Blogger PARTI MELAYU

FMT Dakwa MatSaid MB Setahun ? - Jangan Libatkan Pihak Istana !

Monday, November 11, 20134comments

Adeeeh, berat nanang berita nih ..... dari FMT Ahmad Said jadi MB sehingga Mac 2014 ?. Masa perlantikan hari tu ada juga dengar bunyi2 benda ni tapi lepas tu senyap .... jadi saya anggap tidak lebih hanyalah gossip liar je.

Ni tak pasal2 nak masuk musim tengkujuh je, gossip ni keluar balik ..... hmmmm .... nak ada PRK lagi ke kat Terengganu ? Ada YB yang sakit tenat ke ? Hehehe ...

Walaupun tajuk artikel ada satu tanda soal tapi isi artikel itu lebih berupa satu dakwaan yang bersandarkan sumber yang sahih.

KUALA TERENGGANU: Selepas Datuk Seri Ahmad Said mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar Terengganu buat penggal kedua Mei lalu, heboh kononnya ADUN Kijal itu akan menjadi Menteri Besar untuk satu tahun sahaja.

Menurut sumber, ia memang benar kerana orang rapat dengan istana telah melihat surat yang ditandatangani oleh Ahmad Said yang bersetuju memegang jawatan itu sehingga bulan Mac tahun hadapan.

 Kata sumber itu. lagi, surat itu disimpan di istana dan bila tiba Mac depan, Ahmad Said dikatakan akan melepaskan jawatannya.


Saya bukan nak memandai menyokong atau menangkis dakwaan diatas sebab saya sendiri tak tahu jawapannya. Mungkin MatSaid sendiri boleh keluarkan kenyataan sebagai pencerahan.


Tapi saya agak tidak berkenan dengan artikel diatas bilamana ia mengaitkan isu ini dengan pihak istana. " Kata sumber itu. lagi, surat itu disimpan di istana ..... "


Nah, tidakkah itu mengaitkan pihak istana secara direct ? Bagaimana kalau dakwaan ini tidak benar ? Tidakkah ayat itu sudah berupa satu FITNAH terhadap pihak istana @ Sultan Mizan ? Kalaupun benar, tidak sewajarnya pihak istana diberi persepsi sebagai mahu campurtangan dalam isu politik. ( .... sekali lagi ? )


Mohon jangan diheret nama istana atau nama Sultan Terengganu baik secara langsung atau tak langsung dalam kemelut politik Terengganu !



Share this article :

+ comments + 4 comments

....................
Reply To This Comment ...................
November 12, 2013 at 12:37 AM

Huishh dalaaam makna ni. Saya maksudkan tulisan en. Din tu bukannya artikel fmt

....................
Reply To This Comment ...................
November 12, 2013 at 2:11 AM

@NadineDalam ? errrrr ....ya ker ?

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
November 12, 2013 at 8:46 AM

Din the ninja turtle. Bukan nak kait kan dg istana, Ramai rakyat miskin dan tak berkemampuan nak beli flat kos rendah pun tapi Istana sebillion, apa maknanya? Bukan ni, satu lagi kat KL pun sama, For Show only is it? Can it generated income and used it for the people well being? Ni semua sama dengan kebanyakan Menteri dan pilitician., Sampai popularity kalahkan Aaron Aziz. UMNO terkini ka ini? UMNO terkini jaga telur sendiri.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
November 12, 2013 at 10:18 AM

Hmm. Saya harap isu ni takkan menyebabkan sengketa di antara penyokong umno terengganu, mcm masa masalah pelantikan MB lps pru 2008 dulu.

Paan M.

Post a Comment