........... Cina Peras Ugut Umno ? Undi Mereka Kena Di Beli. | dinturtle - Blogger PARTI MELAYU

Cina Peras Ugut Umno ? Undi Mereka Kena Di Beli.

Wednesday, November 13, 201316comments

Ini bukan satu analisis kepada Prk Sg Limau ok, dah agak ketinggalan bas kalau saya masih mau bercakap tentang itu. Saya cuma menyentuh mengenai sokongan pengundi cina secara umum dengan menjadikan Prk Sg Limau sebagai contoh perbandingan.

Antara respon menarik keputusan Prk Sg Limau adalah - 

1 - Beliau berkata keputusan dua peti undi yang bilangan pengundi dari kaum Cina didapati lebih ramai menunjukkan bahawa sokongan mereka kini memihak kepada calon BN. - Najib ( mStar )

2 - Menurut Kit Siang, bakal Exco Kedah dari MCA,  Dr. Leong Yong Kong telah memberitahu media Cina, BN berjaya mendapat 75.27 % undi Cina dalam PRK Sungai Limau iaitu 892 undi daripada 1,185 pengundi Cina yang membuang undi dalam PRK itu. ( TMI )

Kedua komen di atas cuba memberi satu gambaran positif keatas pengundi Cina kepada kerajaan dalam konteks mereka sudah mula kembali menyokong. Seolah ..... Tidak sia-sia lah kerajaan mengumumkan bantuan besar kepada sekolah cina di sana, nah .... sudah nampak yang pengundi cina sudah mula beri sokongan kepada BN. Maka .... TERUSKANLAH pemberian bantuan yang besar kepada sekolah cina itu jika ingin melihat trend sokongan ini berterusan.


Komen dari calon BN adalah lebih realistik -

"Dari segi matematik mudah, saya hanya perlukan sekitar 600 undi lagi bagi mencapai kemenangan dengan majoriti mudah atau sekitar 200 hingga 300 undi masyarakat Cina dan 300 hingga 400 pengundi lain. Sokongan masyarakat Cina tidak seperti dijanjikan, hanya 30 hingga 40 peratus daripada keseluruhan 1,836 pengundi.

"Perkara ini wajar menjadi pengajaran kepada BN kerana soal kesetiaan dan permuafakatan politik bukan perkara yang boleh diambil mudah. Pengundi Cina di Sungai Limau Luar, Sungai Limau Dalam, Sungai Daun dan Batu 17, pelaksanaan janji mereka masih boleh dipersoal,"- UTUSAN.

Masih boleh dipersoal ..... maknanya janganlah cepat sangat memuji dan berseronok dengan trend yang dikatakan positif itu. 
 
Hmmmm .... suka sangat Najib dengan peningkatan undi cina walaupun kecil, padahal BN TETAP JUGA KALAH ! Adakah peningkatan kecil atau apa yang dilihat sebagai perubahan trend kembali menyokong oleh pengundi Cina itu sesuatu yang perlu dibanggakan atau diraikan ?

Kenapa persoalan samada pengundi cina sudah kembali kepada BN itu menjadi perhatian yang lebih besar berbanding kenyataan bahawa pengundi Melayu masih RAMAI yang SETIA TIDAK BERUBAH menyokong BN ?

Satu lagi persoalan terutama bila baca artikel TMI diatas mengenai komen Lim Kit Siang ..... Kenapa langsung tidak ada kerisauan dipihak Dap tentang trend pengundi cina yang dikatakan sudah kembali menyokong BN ?

Apapun, apa yang saya ingin tekankan pada artikel ini adalah - Kesemua analisis mengenai pengundi cina Sg Limau diatas berkait rapat dengan isu bantuan besar yang kerajaan berikan kepada 4 buah sekolah cina di sana.

Maksud saya, APAKAH SOKONGAN CINA PERLU DI BELI ?

Tidakkah itu meletakkan kedudukan BN seolah di peras ugut oleh pengundi Cina ? Tidak hairanlah timbul dakwaan dalam bentuk pengiraan RM berapakah nilainya harga satu undi cina di Prk Sg Limau ..... itu seharusnya dilihat sebagai satu penghinaan kepada BN !

BN terpaksa beli undi cina. Jadi apakah fungsi Mca dan Gerakan berada didalam BN - Sebagai agen / broker jual beli undi ?


Ditakdir ada lagi wakil rakyat mati ( antara punca utama diadakan PRK, setakat koma atau potong kaki belum tentu dilepaskan jawatan lagi ... ) dan diadakan lagi pilihanraya kecil, apakata BN tidak lagi beri sebarang bantuan kepada sekolah, baik sekolah kebangsaan atau sekolah vernakular atau sekolah agama bagi kawasan terbabit...... lagipun bukankah peruntukan besar sudah disediakan dalam Bajet Tahunan kerajaan untuk sekolah2 ini ?

BN juga tidak perlu lagi menjawab tuduhan beli undi cina disebalik pemberian bantuan juta2 kepada sekolah cina pada setiap PRK .... semua itu hanyalah satu kebetulan yang pasti.


Waktu itu barulah kita lihat apakah benar undi cina sudah kembali kepada BN.
 
Oya, jika dikatakan terdapat penambahan besar undi cina pada Prk Sg Limau, tidakkah itu bermakna waktu sama, terdapat pengurangan ( atau tidak berubah ) sokongan pengundi Melayu kepada BN ? Saya rasa persoalan itu LEBIH PENTING untuk dikaji !

Share this article :

+ comments + 16 comments

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
November 13, 2013 at 3:16 PM

Right on! Dah basi strategi BN/Najib menjanjikan wang kepada pengundi Cina. Carilah kaedah lain yang lebih mantap. Beri lebih perhatian kepada mereka yang sentiasa ta'at dan memberi sokongan padu kepada BN. Kalau Cina tak mahu beri undi mereka biarkanlah sahaja. Lupakan sahaja mereka ini.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
November 13, 2013 at 3:30 PM

APA ADA PADA UNDI MELAYU..TAKDE NILAI EKONOMI...NAJIB MANA NAK LAYAN

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
November 13, 2013 at 4:03 PM

Kita tengok di PAKA nanti, kalau ada PRK, adakah melayu akan dilayan sepertimana cina? Adakah undi melayu tiada harga untuk dibeli sepertimana curahan duit yang ditaburkan pada sekolah cina di Sg Limau? Aku sebenarnya dah boring la din.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
November 13, 2013 at 4:25 PM

Salam Din,
Pemimpin utama UMNO tak akan boleh berubah. Sejak dulu, kini dan selamanya, mereka sentiasa menyembah towkey2 dan masyarakat cina untuk mendapat undi bagi terus memerintah. Undi masyarakat melayu yang memberi mereka boleh memerintah tak ada nilai bagi mereka. Hakikatnya mereka menganggap bahawa orang melayu tidak boleh tidak kena kowtau kepada mereka untuk mendapat sedikit keistimewaan dan orang melayu tidak perlu dibelai-belai kerana undi sudah pasti. Oleh itu bagi mereka, menyembah dan membelai kaum cina adalah harus dan dalam keadaan tertentu adalah wajib. Kasihan melayu selalu diperdaya oleh pemimpin sendiri.

Sabbas48

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
November 13, 2013 at 4:59 PM

Analisis berkenaan hanya superficial. Kenapa cina undi BN di Sg Limau naik sebab parti lawan pun Melayu. Jadi sama saja bakul nya dan sebagai protes mereka tidak keluar mengundi. Buang masa. Actually sg limau adalah pertembungan orang melayu di mana dua-dua kalah. Yang menang ada lah cina - DAP. Sedarlah pemimpin Melayu

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
November 13, 2013 at 5:03 PM

wa ingat bn memang perlu beli undi cina. bukan sahaja beli, tapi melayu umno pun kena tukar nama selupa saya, ah jib gor. kemudian kasi hantar anak pigi sekolah cina kasi pandai cakap cina. wa, kita sudah minang undi cina. wa ingat, semua olang melayu dalam umno kena tukar lancau kasi serupa cina dan makan guna itu sepit. sulah pasti, cina sudah kasi undi 100 pelatus sama bn. bila umno sulah jadi cina, memang semua cina sulah pilih bn sebagai calon untuk minang. itu makmal bn sudah siap ke mau bincang bn parti tunggal. kita kasi semua umno lancau serupa cina untuk dapat undi cina.

....................
Reply To This Comment ...................
November 13, 2013 at 5:30 PM

@Anonymous" Kita tengok di PAKA ...."

Mau tersedak adun Paka ! hahahaha

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
November 13, 2013 at 5:31 PM

cina..cina..cina..apa makna sangat undi cina tu pada BN kalau yang melayu ni semua dah sakit hati pada Najib..ko ingat 200, 300 ratus tu boleh menangkan BN kalau melayu ni dah merajuk..

....................
Reply To This Comment ...................
November 13, 2013 at 5:32 PM

@AnonymousYa, kita menantikan PRK yang menyaksikan pertembungan Umno-Dap

....................
Reply To This Comment ...................
November 13, 2013 at 5:34 PM

@AnonymousPerbezaan terbesar parti melayu dengan cina adalah - dalam parti cina, ahli lebih berpengaruh berbanding pemimpin.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
November 13, 2013 at 8:21 PM

Umno je pemimpin ada pengaruh ke atas ahli. Pas pemimpin ikut ahli pasal dah byk tanam benih benci. La ni tuai hasil la. Dah jelas spendar pak mus pun mereka tak kisah asalkan bukan umno.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
November 13, 2013 at 8:21 PM

Bagi pengundi2 cina jika MCA dan Gerakan mahu undi mereka,MCA dan Gerakan kena maki dan caci UMNO saperti di buat oleh DAP/PKR/PAS.

Parti MIC sekarang pun berani maki UMNO agar mereka jdi popular di kaca mata orang india.

Hanya Ah Jib Gpr sahaja tak sedar perkara ini.


Alfie

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
November 13, 2013 at 10:00 PM

aku dah menyampah dgn bn..kemungkinan besar pru lepas ini takkan undi bn lg. so jgn salahkan aku .

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
November 14, 2013 at 2:18 AM

Sabar.. Sabar..Sabar,

Jangan sesekali Kita Menyampah, Benci dan Berperasaan Hasad Dengki pada UMNO dan BN, kerana inilah satu2 perjuangan kita Orang2 Melayu.

Yang salah dan Silap Hanya Segelintir Pemimpin UMNO, jangan kita Nafikan akan Segala Jasa yang telah dibuat oleh Pemimpin yang lain-lain sebelumnya.

Asas Benci, Hasad Dengki, Menyampah, Marah itu dipelopori oleh Pakatan Rakyat.. Pas DAP dan PKR... kesemuanya berpandukan segumpal hati yang busuk lagi membusukkan.. bergurukan kepada Iblis Laknatullah.

Mari Kita sama2 Bergabung dengan Din Turtle, dan Lain-lain Blogger untuk Menyedarkan Ramai Rakyat Marhaen dan Juga Pemimpin2 supaya Mereka ini tidak lagi melakukan kecuain dan kesilapan bodoh dan seumpamanya.. kerana ada yang memerhati dan melaporkan akan kesilapan, kecuaian dan kelekaan mereka.

Kita Mesti Mencuba dan Jangan Sesekali Kita Berputus Asa.. Perjuangan Nenek Moyang Kita dulu2 tidak kenal itu putus asa, mereka tetap bangun bersama2, walaupun di zaman dahulu, mereka tiada kemudahan seperti kita sekarang ini, telepon, handphone, internet dsbnya, tapi mereka dapat menyampaikan maklumat dan menyebarkannya..seterus menguatkan api perjuangan menuntut kemerdekaan..

Hargailah perjuangan mereka.. Jangan sesekali berputus asa...

Dari Ampang.. Anak Warisan-Anak Kecil Main Api-Asal Kay Tee

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
November 14, 2013 at 8:11 AM

Asyik sabar..sabar..je
Memang betul la kita kena hargai perjuangan pemimpin UMNO. Tapi kalau dahulu dan zaman era Tun M memang patut kita hargai. Tapi untuk pemimpin UMNO yang ada pada hari ini cuma ada 2-3 kerat je, yang lain memang tak boleh harap.
Tapi peluang yang ada untuk mengubah kepimpinan yang ada telah disia-siakan oleh perwakilan yang sama jugak dogolnya dengan pemimpin yang dipilih. Makin menyampah aku sekarang dengan najib. Aku nampak cerita dia kat berita pukul 8 pun aku kalih siaran sekarang ni. Tengok iklan tv pun tak sakit hati sangat dari tengok muka najib ni. Puiihhh..Puihh..

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
November 14, 2013 at 3:41 PM

Kita kena banyak bersabar di dalam Perjuangan, lebih2 lagi melibatkan orang ramai atau banyak orang..

Yang Salahnya Pemimpin.. Jadi Pemimpin itu Sepatutnya Letak Jawatan, Undur Diri, Nie Yang Nak pie sokong Pakatan Tunggang Langgang, Putar Belit nak buat Apa.... Bukannya selesai Masalah, lagi Haru Biru, Caca Merba namanya..

Pemimpin Yang Salah..Rakyat patut desak supaya dia letak jawatan... jika memang terbukti dia tu bersalah!!

Post a Comment