........... Bila Anak Raja BIMBANG Kewujudan Melayu Liberal Dan Moderat .... | dinturtle - Blogger PARTI MELAYU

Bila Anak Raja BIMBANG Kewujudan Melayu Liberal Dan Moderat ....

Sunday, November 24, 20133comments



KANGAR 23 Nov. - Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail melahirkan kebimbangan berhubung kewujudan Melayu liberal dan moderat yang tidak lagi mempedulikan kepentingan bangsa sejak kebelakangan ini.


Sehubungan itu, titah baginda, perbezaan politik perlu dilupakan supaya masyarakat dapat bersatu tanpa mengira ideologi dalam usaha membina bangsa.

"Saya yakin jika setiap pihak menjalankan tanggungjawab dengan jujur, telus, tidak berkepentingan dan penuh komited, maka segala perancangan akan dapat dilaksanakan dengan jayanya," titah baginda ketika merasmikan Persidangan Agung Tahunan Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) Ke-59 di Dewan Warisan di sini malam tadi. - UTUSAN - Bahaya Melayu liberal, moderat.

Dan saranan daripada Setiausaha Veteran Umno Datuk Mustapha Yaakub -

"Veteran berharap semua perwakilan yang diberi peluang untuk membahaskan semua usul dalam perhimpunan itu dapat mengutarakan pandangan dan cadangan yang bernas dan bermaklumat.

"Berhenti daripada menjadi tukang lawak untuk mendapatkan tepukan atau sorakan. Berhenti daripada menjadi tukang bodek dan ampu pucuk pimpinan parti dengan harapan diberikan perhatian bagi mendapat ganjaran menjadi calon PRU akan datang," katanya.

Mustapha berkata perhimpunan agung perlu menjadi medan muhasabah diri dan pucuk pimpinan harus bersedia untuk mendengar walaupun 'terkena diri sendiri' kerana itu adalah peluang untuk membetulkan kesilapan dalaman untuk kekal relevan dan mendapat kepercayaan rakyat pada PRU14. - Bernama, 24 November, 2013.


Saya pula nak tambah - Dan sudah2 lah menangis meratap nasib bangsa ... Bukan tak boleh, tapi kan dah buat sebelum ni, kita UBAH lah kepada mode garang pulak. Boleh ?

Cina duk maki hamun, mempertikaikan segala yang kita ada sementara pemimpin2 Melayu sendiri yang LIBERAL sibuk nak ambil hati kaum lain dengan mencairkan apa yang telah dipertahankan selama ini TAPI ahli2 Umno asyik nak menangis jer .. ?

Kewujudan Melayu Liberal dan Moderat .... itu dibimbangi oleh Raja Muda Perlis tapi pemimpin2 Melayu yang ada pula menyeru supaya kita ikut sama dalam Kapal Liberal dan Moderat mereka ?

Kepada Raja-Raja Melayu semua, patik bermohon supaya Tuanku2 semua sebagai benteng terakhir pertahanan maruah bangsa supaya bersuara dalam satu nada ... menyeru supaya dihentikan segala pencabulan hak dan maruah bangsa Melayu oleh pemimpin2 Melayu sendiri !

Kita jadi lemah bukan kerana bangsa lain semakin kuat tapi kerana pemimpin2 kita semakin BACUL !

PS - Baca juga artikel saya semalam - PAU 2013 - Tak Perlu Buat Meja Bulat Nak Dapatkan Input Luar

Share this article :

+ comments + 3 comments

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
November 24, 2013 at 3:50 PM

umno didokong oleh bapa vernakular atau bapa liberal ... namanya pun dicinakn ... ketua pemuda pula pelopor liberal ... puteri dap dijadikn setiausaha ... hancus memang hancus
pas pula dah menjadi pencinta liberal ... sampai kuasa raja dipertikaikn ... pkr pula nak jadikn negara ini sebagai republik ... memang akan jahanam lah nasib bangsa melayu dan agama islam di negara bertuah ini ...

....................
Reply To This Comment ...................
tebing tinggi
November 24, 2013 at 4:03 PM

Pemimpin Melayu bachul , pemimpin Melayu bachul , pemimpin Melayu bachul .

betul , betul , betul .

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
November 24, 2013 at 5:03 PM

Mau anak raja tak bimbang dgn melayu liberal dan moderat, mereka dah tak kisah dgn bangsa mereka. Mereka kalu boleh nak jauh dr identiti melayu. Nak ikut bangsa yg mereka anggap lebih baik dr melayu. So tak kisah melayu hilang di dunia.

Post a Comment