........... Barang DiPajak Bolehkah DiTebus Kembali ? AWAS Penang ! | dinturtle - Blogger PARTI MELAYU

Barang DiPajak Bolehkah DiTebus Kembali ? AWAS Penang !

Wednesday, November 20, 201315comments




Semalam Mukhriz mengungkit kembali status PAJAK Pulau Pinang yang dimiliki oleh kerajaan Kedah.

“Bagi saya jumlah dibayar Pulau Pinang ketika ini perlu dikaji semula mengikut penilaian semasa kerana RM10,000 terlalu kecil, kita tak pasti, namun selepas merdeka, jumlah itu tak berubah, jadi perlu dikaji semula." - Mkini.

Beliau memperkatakan tentang nilai pajakan RM10 ribu yang sekian lama dibayar oleh Pulau Pinang tapi saya lebih tertarik hendak sebut tentang PAJAKAN itu sendiri !

Kita bila pergi kedai Pajak, kita menyerah barangan kepada taukeh kedai pajak untuk mendapatkan pinjaman / pendahuluan mengikut syarat2 tertentu. Niat kita biasanya hendak menebus kembali barangan tersebut bila tiba masanya, kalau tidak mampu perjanjian masih boleh dinilai semula supaya tempoh dilanjutkan sehingga kita mampu. 

Pokoknya, kita TIDAK menyerahkan hakmilik kita keatas barangan itu. Ia masih menjadi milik kita. 

Apakah begitu juga keadaannya hubungan Pulau Pinang dengan Kedah ?

Kenapa masih wujud bayaran pajakan sehingga kini ? Tidakkah itu seperti masih mengiktiraf HAKMILIK Kedah keatas Pulau Pinang ?


Kerajaan Pulau Pinang pasti akan memberi pelbagai alasan bla bla bla ..... TAPI kenapa masih bayar wang pajakan sehingga ke hari ini ?

Kalau ada masa, anda mungkin berminat baca sejarah Hubungan Kedah-Pulau Pinang tulisan Dr Mohd Isa Othman dari USM - KLiK.

Agak panjang tapi bahasanya mudah dan penceritaannya menarik .... teringat zaman dulu ketika seronok membaca subjek sejarah ! Lim Guan Eng pasti teruja ...

Share this article :

+ comments + 15 comments

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
November 20, 2013 at 1:19 PM

hahahha guang eng mesti dah kecut telur..mukhriz bila2 boleh ambil penang kembali..gandakan pajakan mengikut harga semasa..

....................
Reply To This Comment ...................
November 20, 2013 at 2:18 PM

Kita terpaksa menerima hakikat yang Tanah Melayu di Pulau Pinang sudah terlepas menjadi hakmilik Bukan Melayu. Trendnya seperti Singapura, semakin ramai orang cina yang berhijrah masuk ke Pulau Pinang sementara orang Melayu semakin ramai yang KELUAR dari Pulau Pinang.

Bayangkan lagi 10 tahun .....

Hanya satu cara saja untuk mengembalikan HAK Melayu keatas Pulau Pinang !

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
November 20, 2013 at 2:57 PM

Bahaya tu. Silap-silap Kedah pun terlepas kalau silap atur kawasan adun dengan pengundi

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
November 20, 2013 at 3:03 PM

Masaalahnya, orang dolu2 pi pajak dengan syarat "selagi ada matahari dan bulan" pajakan tak akan terbatal!

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
November 20, 2013 at 3:48 PM

Salam En Din,

Maaf keluar topik. Saya harap sesiapa yang dalam 'circle' DS Najib boleh meleraikan kebuntuan saya ini. Saya tidak mahu dituduh memfitnah.
Tetapi jika pihak DS Najib tidak bertindak proaktif untuk menempis tuduhan-tuduhan tidak berasas ini, maka parahlah UMNO pada PRU yang akan datang.
Ini adalah mengenai salah seorang setiausaha sulit beliau. Atau lebih tepat lagi, isteri setiausaha sulit kepada DS Najib. Difahamkan isteri berkenanan juga turut bersama Datin Seri Rosmah melawat Doha menggunakan Private Jet kerajaan. Dan saya juga difahamkan isteri setiausaha sulit ini tiada pekerjaan (career). Tetapi telah diberikan MYR250,000 grant oleh kerajaan untuk satu projek fashion Islamik bernama Sheikha Hub ( http://www.sheikhahub.com/). Saya buntu En Din. Sebagai seorang rakyat biasa, ingin saya bertanya adakah kerajaan juga perlu 'menampung' gaya kehidupan manusia yang mengaku Islam tetapi akhlaknya jauh dari ajaran Islam?

Mengapa pemimpin menyuruh rakyat jelata supaya berhenti boros berbelanja, ubah gaya hidup, etc, tetapi mereka yang diamanahkan untuk melaksanakan tugas sebagai custodian rakyat, lalai dengan tanggungjawab malah bersama-sama menyamun coffer kerajaan yang duitnya datang dari rakyat? Grant MYR250 ribu mungkin bukan jumlah yang banyak bagi mereka yang kaya seperti Datin Seri Rosmah dan konco-konconya. Ingin saya tegaskan di sini, MYR250 ribu ini adalah grant. Tidak payah bayar balik. Bukan loan. Tetapi apakah faedah dan manfaat yang rakyat boleh perolehi daripada Sheikha Hub ini?

Melayu Fed Up.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
November 20, 2013 at 4:03 PM

Bila fikir balik semua ni silap UMNO jugak. Dulu masa ada kuasa UMNO dengan baik hatinya bagi Gerakan perintah. Kononnya nak jaga hati rakan parti komponen. Sekarang bila komunis dah perintah, semua melopong. Gerakan tu dah jadi sejarah. Boleh masuk keranda dah. Tapi berangan lagi nak perintah Pulau Pinang.

Masa Pulau Pinang jatuh kat dap 2008 dulu, Mentor dap dari selatan terus datang senyap-senyap buat lawatan. Apa lagi yang kita tak sedar perancangan puak komunis ni? Kedah nak kaji balik pajakan sebab ada political will dari kerajaan negeri. Senang kat ade telur.

Mukhriz nak kaji dua benda, pajakan dengan penjualan air mentah kat Pulau Pinang. Tapi kalau takde sokongan dari kerajaan Pusat, saya rasa payah gak. Lagi-lagi kat Pusat tu semuanya spesies kaki jilat cinabeng. Dari Presiden UMNO sampai Ketua Pemuda BN yang dipilih rakyat tu. Mohon Sultan Kedah campur tangan kalau keadaan makin serius kat pulau tu. Rasanya mesti ada klausa rahsia dalam Perjanjian Pangkor yang kita tak tau.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
November 20, 2013 at 5:28 PM

ZAHID HAMIDI SENYAP JE LEPAS PAU HABIS!

....................
Reply To This Comment ...................
ka
November 20, 2013 at 7:37 PM

mungkin juga Mukhriz timbulkan harga pajakan yang murah tu sebagai pembuka kata sebab bak kata Din mereka iktiraflah pajakan ini sebab mereka continue bayarkan. lepas tu maybe mukhriz boleh kata nak kensel pajakan n nak blk pulau pinang tu.haha. berangan dulu tak salahkan.

....................
Reply To This Comment ...................
November 20, 2013 at 7:42 PM

@kahmmmm ... sekarang dah pandai bermain politik ya.... :)

....................
Reply To This Comment ...................
November 20, 2013 at 10:00 PM

gadai - duit ditukar dgn nilai barang (samada 100%, 80%, 60% & sbgnya) tertakluk kpd syarat2 yg dipersetujui kedua pihak. barang itu akan menjadi hakmilik creditor sekiranya peminjam gagal mematuhi syarat2 perjanjian. dia dapat duit upfront. ini yg dikatakan pinjaman bercagar.
pajak - satu ekar tanah bendang yg bernilai rm100 ribu diusahakan oleh orang lain. tanah itu masih hakmilik tuannya kerana dia cuma pajak tanah tu dgn kadar sewa & syarat2 yg dipersetujui kedua pihak. dia tak dapat rm100 ribu upfront.

jadi sultan kedah pajak p.pinang & seberang perai & bukannya gadai. yg jadi isu ialah tempoh pajakan itu tidak akan luput selagi ada bulan & bintang. soalannya ialah adakah kadar sewa tu rm18 ribu sethn (rm10 ribu utk p.pinang & rm8 ribu utk seberang perai) juga tertakluk kpd selagi ada bulan & bintang? kalau tak silap kerajaan federal yg buat pembayaran tahunan kpd kerajaan kedah.

utk anon 4.03 pm - kedah tak jual ayaq kat p.pinang & memang tak boleh jual pun. sg muda bermula di kedah & berakhir di seberang perai, p. pinang. sama jugak keadaan dgn sg nile, mekong & sbgnya.

ada pembetulan? most welcome!

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
November 21, 2013 at 9:24 AM

Saya sebagai warga kedah memang telah lama berfikir tentang hal ini. Mungkin sesuatu boleh dibuat kearah mengembalikan PPinang kpd Kedah... Mukhriz dah berada dilandasan, tapi..... Kalaulah PM kita bukan Najib, mungkin perkara ni boleh direlisasikan...

....................
Reply To This Comment ...................
November 21, 2013 at 12:19 PM

pm pertama & keempat keduanya anak kedah. walaupun isu ini sangat rumit tapi pasti ada jalan penyelesaian. china pajak hong kong selama 99 thn saja. mungkin depa belajaq dari 'trajedi' ini.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
November 21, 2013 at 2:07 PM

Perjanjian itu ada klausa 'selagi ada bulan dan bintang'. Bermaksud kekal.

....................
Reply To This Comment ...................
November 21, 2013 at 5:04 PM

Saya fikir isu pajakan ini sangat rumit dan tidak ada apa2 yang kita boleh buat mengenainya walaupun dengan campurtangan Sultan Kedah.Ini kerana perjanjian berat sebelah yang telah dibuat dahulu.Cuma kalau boleh ditimbulkan dengan unsur paksaan/tekanan diantara pihak yang memeterai perjanjian,perjanjian ini mungkin boleh dibatalkan.Saya tak tahu,ini isu perundangan.

Satu lagi isu penjualan air kedah ke pulau pinang juga tidak timbul kerana dikatakan sebenarnya p.pinang mengambil air mentah dari sg muda dalam wilayahnya sendiri bukan dalam wilayah kedah.Dan lagi p.pinang juga menggunakan modal,usaha dan peralatannya sendiri dalam proses mengambil air mentah itu.


....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
November 26, 2013 at 9:41 AM

@AnonymousKajian sejarah menunjukkan ada beberapa perjanjian selepas perjanjian pertama antara Francis Light dan Sultan Kedah mengenai Pemajakan Pulau Pinang.dengan lain perkataan perjanjian boleh dibuat sekiranya ada sesuatu yang tak kena pada pihak british.sebetulnya sebutan klausa adalah "PEMAJAKAN selagi ada matahari dan bintang.Bermaksud kekal. Tetapikekal pemajaknan kepada SIAPA?Brittish.. yang telah keluar dan merdeka kpd kerjaan Melayu. Jadi buat perjanjian lain dgn kerajaan yang ada sekarang. Brittish tiada kene mengena lagi..beb.

Post a Comment