........... Apa Lagi Pas Mahu Korbankan Demi Mengejar Kuasa Politik ? | dinturtle - Blogger PARTI MELAYU

Apa Lagi Pas Mahu Korbankan Demi Mengejar Kuasa Politik ?

Friday, November 22, 201310comments

Artikel terbaru Zul Kulim seharusnya dibaca oleh orang Pas dalam mereka melayari Muktamar ke 59 ketika ini. Serius, jika orang Pas mahu tahu kenapa orang Melayu telah menolak Pas ketika PRU13, cubalah fahami apa yang ditulis oleh beliau kerana saya sendiri setuju persoalan2 yang telah beliau bangkitkan.

Semuanya jelas menunjukkan betapa dalam mengejar kuasa politik, kepimpinan Pas telah lari dari tujuan asal mereka iaitu memperjuangkan Islam. Mungkin orang Pas tidak akan bersetuju dengan kenyataan ini tapi untuk pengetahuan anda, ITUlah yang ada dalam fikiran orang Melayu.

Jadi tidak salah sekiranya anda baca sepintas lalu untuk mengetahui pandangan orang bukan Pas terhadap perjuangan Pas ketika ini.

Asalnya mungkin kerana Pas berpendapat setelah mendapat kuasa barulah jalan untuk Islam itu menjadi lebih mudah. Konon matlamat kuasa politik adalah demi menegakkan Islam. Tanpa disedari, ketaksuban untuk mendapat kuasa politik itu telah menguasai minda kepimpinan Pas sehingga matlamat utama kuasa politik itu sudah diketepikan. Matlamat kuasa menghalalkan segalanya !
 
Contoh terbaik adalah Tahaluf Siyasi Pas-Dap. Walaupun orang Pas berikan pelbagai alasan bagi meneruskan Tahaluf itu konon demi meneruskan perjuangan, hakikatnya orang Melayu melihat Pas telah menggadaikan prinsip perjuangannya demi kuasa politik.

Terlalu banyak kompromi dipihak Pas hanya kerana mahu menjaga rakan Tahalufnya. Serius - TERLALU BANYAK ! Apakah Dap pernah berkompromi walau sebesar zarah demi menjaga hati Pas ?


Adakah PAS menyertai politik kepartian dan terlibat dalam pilihanraya umum untuk mendapatkan kuasa bagi melaksanakan syariat Islam dan mencari keredhaan ALLAH?
 
Atau ;
 
Adakah PAS menyertai politik kepartian dan terlibat dalam pilihanraya umum dengan menggunakan Islam demi untuk mendapat kuasa dan bermahkota di Putrajaya?


Saya cuma copy yang bagi saya point2 utama saja, untuk keseluruhan artikel, sila KLiK.


1 - AQIDAH: Jadi kalau PAS benar-benar mempunyai halatuju, dasar dan perjuangan untuk melaksanakan Islam, mengapakah apabila Lim Guan Eng mendesak kristian dibenarkan menggunakan kalimah ALLAH dalam bentuk syirik, mengapa PAS boleh bersetuju bersama dengan PKR dan DAP pada 08.01.2013 untuk kristian mengguna-pakai kalimah ALLAH walaupun tidak menepati syariat Islam? Dan mengapa apabila Majlis Syura memutuskan menolak tuntutan kristian itu, ianya tidak dihormati malah terus dipertikaikan. Malah ada dikalangan ahli PAS sendiri mendakwa tidak perlu mengikut ketetapan Majlis Syura sebab ia bukan wahyu!

2 - UKHWAH: Mengapa apabila umat Islam bersatu melalui NGO-NGO menentang cubaan kristian menggunakan kalimah ALLAH, PAS mengambil sikap tidak mahu bersama? Malah umat Islam berjuang tanpa PAS apabila pihak Perwakilan Vatican menyokong kristian menggunakan kalimah ALLAH. Langsung tidak kedengaran suara PAS, apatah lagi melihat kehadiran pimpinan PAS. Yang kedengaran suara-suara sumbang daripada PAS yang menyokong kristian mengguna kalimah ALLAH walaupun bertentangan dengan ketetapan Majlis Syura; dan sehingga hari ini suara-suara sumbang ini tidak dikenakan sebarang tindakan langsung!

3 - HUDUD: Baru-baru ini Ketua Hakim Syarie Kelantan telah menyatakan bahawa Mahkamah Syariah Kelantan sudah bersedia melaksanakan hudud. Bermakna dari segi kehakiman mereka sudah bersedia. Sepatutnya pengumuman itu disambut dengan takbir gemuruh memecah langit. Tetapi sebaliknya yang berlaku. PAS sendiri menyatakan belum bersedia walaupun sudah diberi amanah memerintah Kelantan selama lebih 20 tahun. Dan yang paling sedih, PAS menuding jari kepada UMNO seolah-olah UMNO menghalang dan melarang.
 
Jadi tidak timbul soal UMNO menghalang atau melarang. Soal samada Enakmen Jenayah Syariah Kelantan I & II itu bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan atau tidak langsung tidak timbul kecuali jika sesiapa yang dituduh dibawah Enakmen tersebut nanti mencabarnya di Mahkamah Persekutuan. Kalau Orang Kena Tuduh terebut tidak mencabarnya, malah redha dan menyerah kepada bidangkuasa Mahkamah Syariah, tidak timbul langsung soal Perlembagaan. Sama macam undang-undang lain yang diluluskan di Parlimen atau DUN.

4 - NEGARA ISLAM: Dan bertambah mengelirukan apabila Memorandum Persefahaman Pembangkang DAP-PKR-PAS dan Manifesto PRU-13 langsung tidak menyebut tentang penubuhan Negara Islam. Sebaliknya kepimpinan Pakatan Pembangkang DAP-PKR-PAS berkali-kali menyebut bahawa penubuhan Negara Islam dan perlaksanaan syariat hudud-qisas-ta'zir tidak termasuk didalam agenda persefahaman mahupun manifesto, dan tidak akan dilaksanakan jika ditakdirkan pembangkang DAP-PKR-PAS memenangi PRU!


 5 - DOMINAN:  Dan apabila Majlis Syura' PAS, badan paling tinggi dan utama dalam PAS membuat ketetapan pada 13.01.2013 bahawa kalimah ALLAH tidak boleh digunakan oleh kristian kerana ini soal aqidah, 'patwa' itu langsung tidak dihormati. Pimpinan pembangkang DAP-PKR-PAS memperlekehkan 'patwa' tersebut dengan kenyataan seperti 'Majlis Syura hanya sayap sahaja dalam PAS', 'bahawa ketetapan Majlis Syura bukan wahyu yang wajib diikuti', malah dengan lantang dan tegas kepimpinan pembangkang DAP-PKR-PAS menyatakan akan tetap mengikut 'resolusi dan persefahaman 08.01.2013 yang membenarkan kristian menggunakan kalimah ALLAH walaupun tidak menepati kehendak Islam!

Jadi dimana yang kata PAS itu sebagai dominan? Sebaliknya PAS makin lama makin dilihat sebagai kaldai tunggangan untuk DAP-PKR mengaut undi simpati orang Melayu yang terpedaya dengan kompang serban dan jubah yang dibawa oleh PAS!


 6 - AMAR MA'RUF NAHI MUNGKAR:  Kalau subsidi petrol dikurangkan PAS sanggup berdemo tengah panas, kalau konsert K-POP PAS sampai sanggup meletop, adakah wajar PAS membisu seperti ayam berak kapur bila tuntutan luar tabi'e dan songsang yang bercanggah dengan syariat dibuat oleh NGO-NGO pro-pembangkang? Adakah patut segelintir pimpinan PAS memberikan jawapan kami hanya bersekutu dengan mereka dalam hal yang ada kepentingan PAS, tetapi dalam hal lain kami hanya membisu?

Dimana perjuangan amar ma'ruf nahi mungkar yang sepatutnya menjadi teras perjuangan mana-mana haraki Islamiyyah seperti yang PAS mengaku konon mereka termasuk didalamnya?

7 -  MURTAD:  Tetapi setelah bersekongkol dengan pembangkang DAP-PKR, perjuangan PAS dalam isu murtad menjadi terbalik!

Apabila Azlina Jailani murtad dengan nama Lina Joy dan kes dibawa ke Mahkamah tahun 2006, PAS mengambil sikap neutral. Dan yang paling ketara, apabila berlaku kes dakyah dan cubaan murtad keatas umat Islam oleh Gereja DUMC di bulan Ramadhan 2011, PAS bukan sahaja tidak mengambil tindakan mencegah, sebaliknya ada kalangan pimpinan PAS mengutuk tindakan JAIS menyiasat kes tersebut, dan paling malang, mempertahankan pihak gereja dengan alasan konon tidak cukup bukti dan tidak Islamik! Dan yang paling malang, pemimpin kanan dan tokoh PAS yang mempelopori perjuangan mencegah gejala murtad ini Datuk Dr. Hasan Ali berakhir dengan dipecat sebagai ahli!


Adakah PAS sudah terlalu taksub mengejar undi dan kerusi sehingga sanggup menelanjangkan keseluruhan perjuangan menubuhkan Negara Islam dan melaksanakan hudud-qisas dan takzir? Adakah impian ke Putrajaya itu terlalu penting sehingga PAS sanggup mengenepikan sunnah Rasulullah saw, sehingga sanggup bersekongkol dengan kafir harbi yang terang-terang menentang Islam, sehingga terbit kenyataan seperti 'PAS lebih rela berkawan dengan syaitan!', sehingga PAS sanggup mendoakan kehancuran umat Islam lain semata-mata kerana berbeza siasah dan politik kepartian?


Jadikanlah Islam itu matlamat, politik itu alat; bukannya kuasa politik itu sebagai matlamat, sedangkan Islam itu sekadar alat!

Share this article :

+ comments + 10 comments

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
November 22, 2013 at 7:24 AM

Oleh kerana itulah aku berharap pemimpin-pemimpin pas yang aku senaraikan di bawah ni menang dalam pemilihan parti dan terus kekal menerajui parti supaya jangka hayat pas akan dapat dipendekkan lebih cepat lagi.

1. Mat Sabu
2. Mahfuz Omar
3. Khalid Samad
4. Husam Musa

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
November 22, 2013 at 8:22 AM

Saudara Zul Kulim mmg telah sedia maklum kaedah2 yg digunapakai oleh PAS semata2 utk menarik undi. Secara jujur saya memandang perjuangan PAS nie bukan sahaja telah menyimpang jauh malah dah tersesat di lautan luas yg tidak berpantai. Setiap masa dilambung oleh ombak2 ganas, semakin berpuak2 dlm kapal yg terumbang ambing lantaran si pemukul gendang berperot boroi tu memalu rentak yg gagal difahami oleh para pendayung. Maka terjadilah puak di sebelah kanan mendayung ke arah berlawanan dgn yg di sebelah kiri. Maka berpusing2 la kapal tak tentu arah...pada si nakhoda yg mata semakin rabun semakin keliru mana utara...mana selatan...terpaksa la bertanya kepada jerung2 kt laut tu ke arah mana sepatutnya pergi...disebabkan mata nakhoda dah rabun dia tak dapat membezakan jerung dgn dolphin...so dia assume jerung tu dolphin...maka jerung2 tu apatah lagi terus beramai2 menarik tali kapal menuju ke arah terumbu karang yg lokasinya agak jauh jugak laa kira2 5 tahun perjalanan drp skrg dgn niat mau kasi kapal tu karam...maka boleh la jerung2 tu membaham beramai2 anak2 kapal yg hanya mendengar alunan gendang pemalu kapal. Maka diyakini oleh si Nakhoda yg dia telah berjaya menemui jln penyelesaian utk setelkan problem sesat nie dgn berkawan dgn dolphin2 yg bijaksana....

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
November 22, 2013 at 8:22 AM

Maka nakhoda pon berkata kepada si pemukul gendang "Mu pukul ler kuat2 sikit supaya org tak kantoi yg kita sebenarnya dah sesat...biar anak2 kapal kita terus mendayung...maka pemukul gendang berperot buyut tu mula la memukul dgn sekuat2 hati supaya pendayung2 tu bersemangat mengayuh...walaupon diketahuinya yg menarik tali kapal tu adalah jerung2...tak sedap hati la pulak sebab silap2 haribulan dia akan jadi menu utama lantaran perot gebu yg menyelerakan tu....tapi boss mcm dah bagi fatwa kata itu dolphin dan bukan jerung...maka dipejamkan jugak mata akan hakikat sebenar yg menolong tarik kapal tu adalah jerung2 ganas...nak dijadikan cerita...kapal tu pulak mcm tersenget2 sbb puak yg sebelah kanan mendayung ke hadapan....yg puak sebelah kiri mendayung ke belakang...namun dipukul jugak gendang tu bertalu2 sampai naik sheikh. Si nakhoda pulak dok mengharapkan "dolphin2" tu akan menarik kapalnya ke pantai....maka kapal tu dgn tersenget2 bergerak semakin laju dgn gerombolan jerung2 tu berhempas pulas menarik tali kapal tu menghala ke terumbu karang sbb dah tak tahan kebuluran meskipun perjalanan masih jauh...sementara itu di atas dek kapal kedengaran sahutan pendayung kanan di ketuai oleh seorang pak lebai sunni menjerit hudud! hudud! hudud! sebagai kata2 semangat kepada anak2 buah dia tanpa menyedari yg di sebelah kiri ada seorang yg mcm syiah menjerit mutaah!mutaah! mutaah! lbgt! lbgt! supaya pendayung2 barisannya lebih bersemangat dgn tawaran2 kebebasan mutlak hak asasi manusia nih. Nah...skrg tukang pukul gendang pon confuse...sebelah kanan hudud...sebelah kiri liberal...dan kapal lak semakin menuju ke arah puak2 liberal nie mendayung...tambah2 pulak jerung2 semakin ramai dok tolong tarik tali kapal...maka bertanya la si tukang pukul gendang kepada nakhoda...kita nie semakin ke arah liberal nie...takpe ker? Maka nakhoda tu pon balas...takpe...takpe..dolphin2 tu kan kawan2 kita. Aiseyman...si pemukul gendang berperot boroi tu berbisik dlm hati...dah buta ke boss aku nie..?

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
November 22, 2013 at 8:23 AM

Agak2 la...dalam situasi yg macam nie...kalau la kita jadi tukang palu gendang tu...kita nak terus palu ker atau tegur nakhoda yg dia dah rabun...dolphin tu sebenarnya jerung...atau pun dok diam2 sbb kang nakhoda marah...keluar fatwa yg korang tak boleh pukul gendang lagi...kena turun pangkat jadi pendayung naya jer...elok2 perot boroi jadi kurus kering..susah gak tu...Mcm tu la PAS sekarang...yg dok palu gendang tu adalah analogi utk Presiden PAS...kejap hudud...kejap tidak...Yg Mursyidul Am tu ibarat nakhoda kapal...kejap fatwa tu...kejap fatwa nie...yg Timbalan Presiden tu ada yg ulamak...ada yg liberal...yg tukang dayung sebelah kanan puak2 yg inginkan Islam...yg disebelah kiri tu takde la nak Islam sgt...cuma habuan dunia je yg dikejar...DAN YG PALING BAHAYA UTK UMAT MELAYU ISLAM ADALAH JERUNG2 YG BERTOPENGKAN DOLPHIN...bijak mengemudikan kapal nie secara tidak langsung....matlamatnya adalah utk menghancurkan kapal ini bila sampai waktunya....IAITU PILIHANRAYA KE 14 NANTI....SEKIAN AL-KISAH KAPAL BLACK PAS...mcm kapal Black Pearl milik Captain Jack Sparrow...gitu ler...

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
November 22, 2013 at 8:31 AM

Ntah la din.. aku rase org melayu tersepit.. takde pilihan... sblh pihak.. penyamun.. sblh phk penipu... hrmmmmmm.. takde dah perjuangan abata.

umno pon dh syok sendiri... Pas plak tgh mabuk kuasa..


-kipas-

....................
Reply To This Comment ...................
November 22, 2013 at 9:03 AM

@AnonymousMenarik analogi ini :) senang difahami dan agak tepat

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
November 22, 2013 at 9:25 AM

itu pendapat dari Zul kulim yg masih berdendam dgn PR kerana kalah teruk dlm PRU dulu bro..bagi ahli PAS, jalan sekarang adalah jalan yg terbaik untuk mengalahkan UMNO.Gabunan PAS-DAP-PKR ini terbukti membuat Umno makan tanah.Dengan itu UMNO akan mengerakkan sagala usaha untuk memecahbelahkan gabungan ini.so tidak perlu ahli PAS melayan orang gila meroyan dan diketahuan sebagai balaci Umno..jika Zul kulim ikhlas dlm perjuangan kenapa beliau tidak berbunyi tentang penyelewengan n rasuah yg berluasa dlm Umno..

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
November 22, 2013 at 12:26 PM

Saya tak setuju dgn Anonymous November 22, 2013 at 9:25 AM sbb kalau la btol UMNO dah makan tanah disebabkan gabungan PAS-DAP-PKR maka patut UMNO dah kalah PRU-13 yg lalu...Yang saya nampak cuma kerugian org2 Melayu semakin banyak lantaran politik Melayu semakin dilemahkan melalui PAS sendiri...UMNO telah ditikam depan belakang malah oleh ahli2 sendiri secara langsung dan tidak langsung. Maka yg paling untung adalah DAP sebenarnya. Penyelewengan dan rasuah juga berleluasa dlm Pakatan sendiri....malah lagi teruk sbb dah jadi carca marba dgn putar belit yg tidak berkesudahan. Cukup tak adil utk org2 melayu yg mengharapkan individu yg jujur tak kira parti apa pun utk mewakili rakyat yg benar2 perlukan pembelaan. Zul Kulim bukan lagi YB skrg nie dan tak adil menuduh dia balaci UMNO semata2 beliau bertanya ke arah mana kecenderungan PAS..dulu semasa solo dan ke arah mana skrg sejak berkawan dgn DAP nie berdasarkan fakta2 yg kukuh. Sila baca analogi cerita Kisah Kapal Black PAS utk kita menilai dan buat assessment yg adil...UMNO pon ada masalah2 yg tersendiri...kira skrg tgh dirampas dan dikemudi oleh golongan2 yg ahli2 UMNO sendiri tidak mahu diwakili oleh mereka tapi sayang hendak bakar satu kapal sbb kapal ini dah belayar kukuh selama 50 tahun lebih...mende yg sama terjadi di PAS...geng2 liberal vs geng2 ulamak...tapi pentas yg sama iaitu PENTAS MELAYU ISLAM...DAP hanya menonton sahaja salah satu tumbang dan jgn terkejut kalau DAP bersedia nak berkawan dgn UMNO balik utk meranapkan PAS. DAP paling takut kalau UMNO+PAS bersedia utk berkawan atas dasar muslim brotherhood sbb ini la kekuatan Melayu yg paling ultimate yg memungkinkan kita melaksanakan kehendak2 Islam tanpa halangan...cuma Hudud yg sebenar2 Hudud yg membolehkan kita membenteras rasuah, liwat, LBGT, Syiah, ajaran2 sesat lain, murtad dan sebagainya...pikir2 kan la...kalau tak skrg bila lagi melayu nak bersatu...akan ada generasi di kemudian hari nanti akan sedar betapa inilah satu2 nya jalan utk membela nasib melayu dan bukannya semata2 retorik tarik undi atau meraih populariti dgn 1Malaysia laa..BR1M la...dan pada masa yg sama buat sarkas kt Parlimen hari2...bahas isu2 remeh yg merugikan setiap pelusuk rakyat di negara kita ini...

....................
Reply To This Comment ...................
November 23, 2013 at 5:40 PM

Rasa2nyer Anon 9:25 AM ni bukan Melayu pon :) either dalam or luaran. lLain jer bunyi Bahasa, tertulis Dan tersirat.

....................
Reply To This Comment ...................
November 23, 2013 at 6:21 PM

@zz2440hmmm very per... perse ...perskep...percetif...persspektif ...perseptif .. perceptive of you !

Post a Comment