........... Antara Prestige Naik Jet Eksekutif Dengan Kencing Manis Rakyat | dinturtle - Blogger PARTI MELAYU

Antara Prestige Naik Jet Eksekutif Dengan Kencing Manis Rakyat

Tuesday, November 19, 201318comments




1 kg gula = penjimatan subsidi sebanyak 34 sen.
1,470,588 kg gula = penjimatan subsidi sebanyak RM500k atau 1,470 tan gula.

Rakyat perlu beli 1,470 tan gula untuk menghasilkan tambahan penjimatan sebanyak RM500k hasil dari penghapusan subsidi gula baru ni.


Malas la nak hitung tempuh berapa lama yang diperlukan oleh rakyat Malaysia sebelum mencapai (menghabiskan!) 1.470 tan gula itu.....  Dulu mungkin sekejap jer tapi selepas diperingatkan oleh Najib supaya jangan makan banyak gula untuk mengelakkan dari dijangkiti kencing manis, mungkin tempohnya dah berkali ganda.


SEMUA pemimpin menyeru supaya rakyat berjimat cermat. Seruan berjimat cermat ini berkumandang riuh setiapkali mahu diumumkan sebarang peningkatan harga atau penyelarasan subsidi. 

Para pengamal media pun ikut sama menyambut kempen berjimat cermat ini .... Berjimat cermatlah wahai rakyat Malaysia ! UBAH cara hidup yang membazir...

Sama-sama kita bantu kerajaan berdepan dengan masalah ekonomi.

Dan kerajaan pun akan ikut sama berjimat cermat......

Ingat , untuk menghasilkan tambahan dana sebanyak RM500k bagi tujuan apapun, rakyat Malaysia perlu membeli sebanyak 1,470 tan gula. 

Jadi kalau kerajaan tak nak rakyat kena kencing manis akibat makan gula berlebihan, janganlah membazir RM500k begitu saja ..... kalau ada alternatif lain yang tidak kurang banyak prestige nya, gunakanlah kalau itu boleh jimatkan kantung kerajaan sebanyak RM500k !

Setakat penjimatan masa beberapa jam berbanding alternatif lain itu, saya rasa masih BERBALOI daripada melihat ramai rakyat kena kencing manis.

Peribahasa kata, ular yang menyusup akar tidak kurang bisanya ... 

Ya, saya membicarakan tentang kewajaran rombongan Rosmah ke Qatar menaiki jet eksekutif berbanding menaiki pesawat komersil direct yang tidak kurang banyak prestige nya !

PS - Saya malas nak panjangkan isu ini tapi membaca saranan Shahidan supaya rakyat turut sama berbangga dengan usaha Rosmah ke Qatar (TMI), saya tulis jugalah.

Seperti saya tulis sebelum ini, bukan majlis itu yang saya pertikaikan tapi penggunaan jet eksekutif yang kosnya MELAMPAU hingga boleh menyebabkan ramai rakyat kena kencing manis !

Share this article :

+ comments + 18 comments

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
November 19, 2013 at 2:53 PM

Din,

Pernah dengar ke "Endless Posibilities" ? Slogan yang Najib bayar konsultan RM 7.2 billion untuk merelisasikannya. Jadi kes ini salah satu lah endless posibilities daripada Najib. Selepas ni tak tahu apa pulak dah... Tuan penasihat.. 25 persen...

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
November 19, 2013 at 3:05 PM

Nnt shahidan akan jawab.."err..kita nk pastikan keselamatan semua deligasi terjamin disamping untuk menjaga privasi anggota rombongan..soal kos tidak perlu diperbesarkan sbb ini adalah jemputan mewakili negara bertaraf rasmi.. Mereka semua mmg entitle utk naik jet peribadi utk melicinkan urusan.. Mereka yg mempersoalkan kos lawatan tersebut adalah mereka yg berniat jahat dan cuba mecetuskan api kemarahan rakyat.saya akan saman mereka yg masih terus membangkitkan perkara ini.. Saya serius.."

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
November 19, 2013 at 3:09 PM

Kerajaan bwh najib mcm bapak suruh anak jgn merokok.. Dok bg nasihat segala bagai ttg bahaya rokok tp dpn anak selambe jer dia isap rokok.. Cakap pandai tp kelakuan mcm cibai...

....................
Reply To This Comment ...................
November 19, 2013 at 3:45 PM

rakyat bukan kena kencing manis tapi boleh kena sakit jantung kalau layan kerenah pemimpin negara ni

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
November 19, 2013 at 3:52 PM

Salam Pok Din,

Yang Betul Tetap akan Jadi Betul, Yang Salah Tetap akan Jadi Salah..

Dalam Kes ini, Adalah Salah, Kesalahan Besar Si Rosmah Pendek, Rambut Besi nie (Marah Sangat Laa Nie) gunakan Jet Rasmi Kerajaan... Kerana Dia Bukan Pegawai Kerajaan, Bukan Wakil yang Dipilih oleh Rakyat..

Nasib Pembangkang Tak Cadangkan Datuk Lee Chong Wei ke Datuk Nicole David ke Naik Jet Rasmi kerana SAH-SAH Mereka ini ada chances untuk menaikkan nama negara, dan dah pon dibuktikan banyak kali..

Kalau Pemimpin Negara mahupon Pembesar Negara rasminya gunakan Kemudahan Kerajaan..itu boleh darisegi peruntukan undang2 sedia ada.

Rakyat disuruh Berjimat-cermat, Kerajaan Hapuskan Subsidi Minyak, Gula kerana Kedudukan Kewangan Negara Tidak Stabill...

Kerana.. PM Datuk Najib bayar RM7.2 Billion untuk dapatkan Idea2 Penaisat Luar Negara.. Pemandu Belnaja Tak Tahu Berapa Untuk Proses Pengenalan GTP/ETP yg langsung tak menampakkan kesannya.. (BERAPA SEBENARNYA WANG RAKYAT YANG DI HABISKAN OLEH PUNAHSIHAT2 NIE DENGAN PROSES PENGENALAN YANG EXTRA WAGANZA.. DI HOTEL2 5 BINTANG...Allahu'alam... Nanti akan tersebut juga).

Zaman sekarang ekonomi teruk? Kalau Belanja diatas digunakan utk projek pembangunan... Berapa Banyak Kontraktor klass F, D dan C yang dapat kerja???

Berapa Banyak mulut yang dapat disuapkan????

Kita sokong kerajaan, tapi yang salah tetap salah..

....................
Reply To This Comment ...................
November 19, 2013 at 3:54 PM

@AnonymousErr ... datuk Shahidan ker ni ?

....................
Reply To This Comment ...................
November 19, 2013 at 3:57 PM

sedikit keperihatinan dipihak pemimpin akan kehidupan rakyat will go a long way. Kalaulah rombongan Rosmah naik pesawat komersil dan dihebahkan perkara ini, saya percaya kesan positifnya berlipat kali ganda bukan saja dikalangan rakyat tapi juga diseluruh dunia ! Tak timbul soal malu malah bangga kita dibuatnya

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
November 19, 2013 at 4:32 PM

Walaupun tujuannya baik, prosesnya betul (dh dapat kelulusan kabinet) tp dr segi moralnya tindakan rombongan rosmah telah memghantar mesej yg salah kepada rakyat. Rakyat mentafsirkan yg kerajaan kini wp poket dh kering tp masih nk boros wp masih ada option lain utk berjimat..dan tindakan rosmah ini adalah bukti yg mengesahkan andaian mereka! Pembangkang mmg keje dia cari salah kerajaan..so jgn salahkan pembangkang sbb rosmah sendiri yg mengundang isu.

....................
Reply To This Comment ...................
November 19, 2013 at 4:34 PM

kencing manis, ada ubat, darah tinggi pun ada ubat tapi bila rakyat naik minyak, memang takdak ubat. depa jgn ingat benda ni mustahil.

....................
Reply To This Comment ...................
November 19, 2013 at 4:50 PM

@AnonymousYa, komen saudara menggulung hujah saya :)

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
November 19, 2013 at 5:07 PM

senang je nak cover isu ni. patutnya, ah jib gor lantik jer kak mah jadi perdana menteri mentor. kan dah selesai. kak mah dah standard sama jer dgn pm. boleh guna semua yg pm boleh akses. kalu ah jib gor guna punahsihat, kak mah boleh guna yg lain pulak untuk punahsihatkan negara. semua ni isu kecil jer. baru berapa isu je. lagi banyak isu, lagi kerap rakyat lupa. isu yg mana ni. so, bro din, harap simpan semua isu. kita buka 5 tahun lagi. harap bro din dah ada simpanan data kat awan. tunggu 5 tahun lagi, kasi turun hujan isu. minggu depan lupa la. isu baru lak timbul. no hal punya. pembangkang pun dah lupa nak main isu, pasal mereka pun ada banyak isu. harap bro din jaga kesihatan, kencing manis dah boleh lupa, tp dok makan isu, darah pulak naik nanti.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
November 19, 2013 at 5:54 PM

Banyak option utk resionalisasi subsidi yg memberi kesejahteraan rakyat serta meningkatkan GDP.Asyik pikir projek ntah ke mana2.Siap bukannya sebulan dua.Kesan pelaburan dari rasionalisasi subsidi ntah wujud atau tidak.Kena projek gajah putih,alamatnya kalah PRU 14.Bayar konsultan sahaja sudah cecah billion ringgit.Bungkus ler Barisan Nasional.Suara orang ramai sudah kedengaran dgn nada yg tinggi."Lepas nie,,aku tidak kira siapa utk aku undi PRU 14 nanti"

....................
Reply To This Comment ...................
November 19, 2013 at 6:20 PM

Bila baca lapuran yang sensasi sekarang ini :-

1. Jawatan Rosmah (hanya PM Najib je tau) separas dengan YM Agong, boleh guna kemudahan dan duit kerajaan dengan nota bertingkek-tingkek! Payung Negara kita ikut protokol. Rosmah pula ?

2. Perbelanjaan satu hal. Mengurang dan menghapus subsidi satu hal. KDNK dan KNK satu hal juga dalam kemelut ekonomi dunia sekarang. Kon sultan buat banyak-banyak hak dan hal. Bagaimana Bajet Kerajaan sebenar nya ye ? Nampak nya tidak di imbang baik....

3. Terlampau banyak V V V dengan IP yang di sah meragukan. Kebal kuasa dan tebal belanja. Mestikah kita terus Z Z Z Z ....

Malang kita din... yang sini di telan mati emak, di sinun telan mati bapak. Yang di situ ha... semua pulak akan di telan. Hai PRU 14 siapa di hati mu !

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
November 19, 2013 at 6:24 PM

Salam din,

Ape punya bijak la datuk shahidan ajak rakyat msia sama2 berbangga dgn lawatan rambut mengerbang ni.. saya mmg xphm kenapa rakyat kena bangga dgn lawatan rosmah ni.. hutang negara berkurang ke hasil lawatan rosmah? Makin bertambah nak bayar minyak jet die ade la..

Kenape la menteri time si ah jib ni banyak yang half past six punye spesies.. zaman tun m dulu jarang dengar pak menteri keluar kenyataan mengarut macam ni.. dengan menteri cap ayamnya lagi..

Kalo tak nak rakyat bising buat jela kementerian baru.. bagi nama Kementerian First Lady..

Saya berbangga dgn lawatan kak mah..ptuihh!

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
November 19, 2013 at 7:49 PM

Bkn nk sblh flom , tp cb kt tnya tgk blk ada tk ketua isteri kerajaan lain yg naik pesawat biasa untuk urusan negara , sekadar bertnya . Sbb skrng ni dunia dh bnyk berubah

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
November 20, 2013 at 8:14 AM

Dunia byk berubah no hal. Tp kalu sebut berjimat dan berbelanja dgn hemah, sendiri mau tau la. Ckp utk org atau praktikal supaya org ikut

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
November 20, 2013 at 1:28 PM

dalam kes ini yang bersalah adalah ds najib..kalau ds najib ikut sekali rombongan itu mesti dah xder isu :)...apa2 pun kerajaan harus bertanggunjawap diatas ketirisan wang rakyat ini..subsidi di potong tetapi perbelanjan kerajaan tetap macam dulu...

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
November 21, 2013 at 9:12 AM

@AnonymousYang ni aku tak setuju... sebab aku seorang perokok! kalau nak buat contoh pun carilah cara lain hemmmm!

Post a Comment