........... Umno Bukit Besi / Dungun Tak Malu Ke Pemandangan Begini ? | dinturtle - Blogger PARTI MELAYU

Umno Bukit Besi / Dungun Tak Malu Ke Pemandangan Begini ?

Monday, October 7, 201312comments

Gambar dibawah saya ambil bulan Januari lalu dan ada saya postkan di SINI. Cantik kan.... tenang jer suasana tasik tu dan bila dibayangi ratusan bendera2 Umno, jadi macam pesta pula.


TAPI itu duluuuuuuu ........ Ni ha gambar yang saya ambil tengahari tadi. Tasik masih tenang cuma ketenangan itu telah dicemari bendera2 Umno yang telah reput lusuh dan carik.



Takkan takde siapapun orang Umno ( Bukit besi / Dungun ? ) yang lalu kawasan itu setiap hari ?

Pasang pandai tapi tak reti nak jaga ......Kalau tak mahu ganti pun, cabutlah ... MEMALUKAN !

PS - Maaf kalau tersalah sebut nama kawasan tapi rasanya betul dah...

Share this article :

+ comments + 12 comments

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
October 7, 2013 at 6:38 PM

Itu menunjukkan ketidak prihatinan YB dan Pengerusi JKKK kawasan tersebut. Itu tak ape lagi...kalau masuk pula ke Bandar Bukit Besi, sungguh menjijikkan dengan lempahan TAHI LEMBU bersepah-sepah. Gelanggang tennis dipenuh tahi lembu termasuk padang permainan.Dengar kata Pengerusi JKKK sendiri pun ada bela lembu dan dibiarkan berkeliaran. Itu lah En. Din bandar yang meninggalkan banyak sejarah dibiarkan begitu saja oleh MB Terengganu. Bahan-bahan sejarah terlalu banyak yang perlu diketengahkan. KENYIR...KENYIR...KENYIR.... Hai sejarah di Bukit Besi ne bukan ECO-PELANCONGAN ???????

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
October 7, 2013 at 7:50 PM

Din ni aku rasa seorang pencinta alam. Apa saja keindahan alam yang menarik perhatian, pasti beliau akan rakam. Termasuklah gambar matahari terbenam pun menjadi koleksi beliau. Tengok matahari terbenam pun boleh jadi produk pelancongan jugak tu. Din, ko sound sikit kat Mat Said tu banyakkan lagi produk pelancongan kat Ganu. Nama jer Tahun Melawat Terengganu, tapi tak nampakpun kelainannya.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
October 7, 2013 at 7:52 PM

kawasan tasik disitu dah lama tak terjaga. banyak kawasan berair dah tak nampak airnya sebab tumbuhan yg tumbuh dibiarkan sehingga menutup keseluruhan kawasan berair. kalau ikut hukum alam lama2 jadi daratlah. Tapi masih ada yg memancing di sisa-sisa tasik yg ada. Saya pun tak faham mengapa seluruh kawasan tu dak boleh dibersih dan dicantikkan. Mungkin Terengganu dah banyak kawasan yg cantik.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
October 7, 2013 at 7:59 PM

YB Bukit Besi, tak kira siapa lah yang bertanggung jawab, sepatutnya mendesak Kerajaan Negeri supaya membina sebuah Kilang Memproses Bijih Besi di Bukit Besi. Ini membolehkan warga Bukit Besi dan Dungun serta dipersekitarannya mendapat pekerjaan dan boleh dibanggakan oleh penduduk setempat. Ini tidak, bijih2 akan dihantar ke Kemaman, penduduk disana dapat kerja, bijih dari Bukit Besi, apa ceritanya. Jalanraya pun tidak rosak dan sebagainya. MB kena fikir-fikirkan la.....

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
October 7, 2013 at 8:24 PM

Pasal tu saya tak berapa setuju kita pasang atau tampal poster, bendera dan banting bila musim pilihan-raya. Selepas habis mengundi siapa pun tak peduli 'sampah-sarap' ni. Banyak yang jatuh dalam longkang di tiup angin, dan bila hujan di bawa pulak oleh air ke sungai.
PRK Sg. Limau, saya dengar SPR nak belanjakan RM1.3 Juta. Walaupun budget buat poster/bendera tak berapa banyak, ia akan hanya jadi sampah, lepas PRK. Pasal tu, saya cadangkan diberi kemenangan saja pada PAS, sebagai membalas jasa Arwah Tan Sri Azizan dan sebagai menghulurkan persaudaraan kepada PAS. Dengan kemenangan tanpa bertanding kepada PAS, tiada lagi kempen adu-domba yang menghina, mencerca dan fitnah yang akan memburukan lagi persaudaraan sesama Islam. Sebagai penyokong BN/UMNO yang sudah meluat dengan penyelewengan, saya tak berapa teruja kita menang PRK Sg. Limau. Lagi pun, MB Dato Mukhriz pernah melontarkan hasrat untuk memberi satu jawatan Exco pada Pas. Apa jadi, saya pun tak tahu.

Bukannya kita boleh dapat 2/3 pun, kalau menang. Asalkan PAS pula, tidak memberi laluan kepada DAP atau PKR, sudah.

Kalau kita menang nanti, sudah tentu Hishamudin akan mendabik dada, mengatakan yang 'sokongan rakyat telah kembali pada BN/UMNO'. Maka segala kepincangan dalam kerajaan dan GLC akan diteruskan.

RD.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
October 7, 2013 at 8:38 PM

dah masuk dlm blog pak penyu.. nanti bertimbun laaa wakil dtg.. ni kan nak pau... kena la tunjuk prihatin kannnn

amacam kaum kerabat penyu masih boleh bernafas ke... hihihihi

....................
Reply To This Comment ...................
October 7, 2013 at 11:07 PM

@AnonymousMacam kenal jer sipengomen nih :)

....................
Reply To This Comment ...................
October 7, 2013 at 11:10 PM

@Anonymousyang saya dengar sekarang tak pakai korek2 dah, kerajaan main bagi ikut parcel je pada syarikat2 dan terserah pada syarikat nak korek mcmana ....ada yang pakai bom. Kemudian diangkut terus ke Kemaman..

Tapi bekas lombong lama itu masih boleh dijadikan satu produk pelancongan yang unik.

....................
Reply To This Comment ...................
October 7, 2013 at 11:11 PM

@AnonymousPenyu masih steady jer :)

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
October 7, 2013 at 11:20 PM

Kan ada Exco Pelancongan ??? apa yang dibuatnya tak tau la.... Kena lah ambil berat.. yang dah ada tu tak pe la.... Apa yang diluah serta diperkatakan perlulah diambil perhatian. Datuk Jidin... kalau tak salah dilantik sebagai Exco Pelancongan Negeri Terengganu. Sepatutnya semakin tua semakin berisi, ini lain pulak ceritanya, semakin tua semakin kosong... tidak ada idea yang boleh diketengahkan. Dari penghuni BB.

....................
Reply To This Comment ...................
November 14, 2013 at 12:53 AM

suh je ahli parlimen dungun turun padang nasihat YB DUN... 3 lawan satu.. tak kan xleh kot..

....................
Reply To This Comment ...................
January 5, 2014 at 12:42 AM

HA HA HA...

Post a Comment