........... Tun Mahathir - Umno Bungkus PRU14 Jika Terus Perasan Bagus ! | dinturtle - Blogger PARTI MELAYU

Tun Mahathir - Umno Bungkus PRU14 Jika Terus Perasan Bagus !

Tuesday, October 1, 201332comments

"Umno members have the authority to determine who will be the leaders. As such, they should take into consideration the views of people from outside Umno.

"If they only see the interests of Umno, there is a huge possibility that they may make the wrong choice and this may result in the defeat of Umno and the Barisan Nasional (BN) in the next general election,"- Bernama ( TMI )


Orang Umno berkuasa menentukan kepimpinan negara. Oleh itu mereka seharusnya juga mengambilkira pandangan orang yang bukan Umno.

Jika mereka hanya fikirkan kepentingan Umno saja, ada besar kemungkinan mereka akan buat pilihan yang salah dan ini bakal menyebabkan Umno BN tewas pada PRU14. ( terjemahan saya )


Nah .... satu pandangan luar kotak yang seharusnya diberi perhatian serius oleh orang Umno. Banyak pandangan Tun Mahathir jarang yang lari jauh dari hakikat sebenar.

Kalau anda baca balik kenyataan itu, ia boleh juga dibaca dalam bentuk ini -

Jika Umno tidak mahu dengar pandangan orang luar yang tidak punya kepentingan dalam Umno, Umno akan berkubur PRU14 ! 

Atau dalam bentuk ini -  Umno jangan besar kepala !

Saya percaya anda pasti pernah baca luahan orang Umno yang marah dan tak puashati dengan komen2 mereka yang bukan Umno mengenai pemilihan yang akan datang. Antara yang favoret adalah - Orang bukan Umno jangan sibuk ! Ini hal dalaman Umno.

Dan sekarang Tun Mahahir kata kalau ikut pandangan orang2 sebegini, Umno akan hancur. Apakah orang Umno akan dengar cakap Tun Mahathir kali ini ?

Apakata anda beri pandangan dan tafsiran anda pula apa yang cuba dikatakan oleh Tun diatas.

Oya, dah alang2 itu, tambah satu lagi point dari Tun Mahathir -

"Saya tidak lihat kekangan mengapa orang Melayu tidak mampu berjaya seperti rakyat Jepun kerana kerana mereka juga miskin dan pernah kekurangan ilmu tetapi  tidak berputus asa dan berusaha selama bertahun-tahun.

"Falsafah yang mereka amalkan 'Hara Kiri' atau potong perut membuatkan mereka berasa malu untuk gagal dan berusaha keras supaya memperoleh apa jua yang diingini,"  ( TMI )

Adakah pemimpin2 Umno pernah berasa malu jika mereka gagal .... seterusnya berundur atas dasar akauntabiliti ? Atau mereka akan cari kambing hitam untuk dikorbankan demi menyelamatkan jawatan mereka ?

Mungkin ini jawapannya - Adakah pemimpin2 Umno pernah berasa yang mereka gagal ?

Jadikan keputusan PRU13 sebagai contoh. Orang Melayu luar Umno lihat pemimpin2 Umno telah gagal. Pengundi2 Melayu Pribumi ramai yang mengaku mereka mengundi Umno BN kerana tidak ada alternatif yang lebih baik BUKAN kerana pemimpin2 Umno itu bagus. 

Tapi adakah pengakuan itu diterima oleh pemimpin Umno ?

Share this article :

+ comments + 32 comments

....................
Reply To This Comment ...................
October 1, 2013 at 6:53 PM

Saat dan ketika najib melalui ku nan cuba memaksa atau mengambarkan, kekalkan 3 naib presiden - saat itulah umno akan lingkup kecuali perwakilan ada telur untuk menukar sebahagiannya.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
October 1, 2013 at 7:18 PM

Tepat sekali analisis Dr M. Kita boleh tengok Ah Jib Gor perasan dengan keputusan PRU13. Orang Melayu undi Ah Jib Gor sebab mereka tak mahu Anwar dan orang cina jadi kerajaan Malaysia itu saja bukan kerana Ah Jib Gor the best. Ah Jib Gor fikir dengan idea dari Amerika yang JJ bawah balik dia ada 'new approach' untuk tawan hati orang malaysia. Think Tank dia banyak orang reject dan kutuk dan yang duk puji AH Jib Gor nya yesman sekeliling dia yang mengguna kesempatan untuk buat harta dan duit sebelum UMNO hancur .

Alfie

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
October 1, 2013 at 7:27 PM

klu hisham menang..aku takkan undi bn lg..

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
October 1, 2013 at 7:36 PM

hara kiri?! apa yg pemimpin Malaysia tahu pasal maruah, hampir semuanya tak peduli pun maruah diri dan keluarga, segelintir jer yg pentingkan perkara tersebut!!

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
October 1, 2013 at 7:58 PM

@kluangman

saya kira perkataan MEMAKSA itulah hakikatnya dan bukan gambaran lagi. arahan sudah pun Najib berikan dan setengah tempat perlaksanaan sudah pun berlaku. nampaknya orang MELAYU akan rundum seketika menantikan PAU yang berikutnya. dalam tempoh itu ditakuti kalau kalau UMNO tidak lagi berkuasa.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
October 1, 2013 at 8:02 PM

@Anonymous

PEMBETULAN!!!!

orang MELAYU bukan mengundi Najib tapi UMNO yang disangka atau diharapkan akan berjuang membela nasib dan masa depan bangsa MELAYU. di PAU sememangnya betul orang MELAYU dalam UMNO pilih Najib.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
October 1, 2013 at 8:06 PM

Aku dengar ada 'suara dalaman' yang 'menasihati' perwakilan agar mengekalkan status quo sedia ada. 3 orang penyandang Naib Presiden diminta supaya dikekalkan. Ini seolah-olah macam nak ugut perwakilan jer. Aku harap ianya sekadar khabar angin semata-mata untuk mengganggu pertandingan.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
October 1, 2013 at 8:12 PM

Din.
Orang Melayu sama ada ahli UMNO atau pun bukan ahli UMNO telah mengundi UMNO kerana sayang parti itu, bukan sayang pada Najib atau sesiapa pemimpin UMNO yang perasan dan tak sedar diri.

Sabbas48

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
October 1, 2013 at 8:28 PM

hara kiri ka , hari kanan ka...
hishamuddin perlu di keluarkan
tiada kaum lain yang akan tolong melayu kecuali melayu

....................
Reply To This Comment ...................
Otak geliga
October 1, 2013 at 8:29 PM

"ni apa semua ni asyik KUTUK UMNO je....ni semua RBA.....Tun Mpun RBA!!!!"

"kalau dah rasa mcm prof. serba tahu, komplen...komplen...komplen...pergi la ganti DS Najib, jd PM".....masalahnya, nak ke DS Najib bagi?....bertandingpun org lain tak berani masuk, ni senang2 nak bg free seat PM tu??....hehe

inilah apa yg ada dlm kepala kalangan mrk yg memBUTA tuli mengikut apa yg dikatakan/dibuat Ah Jib Gor n co walaupun nampak sgt keJELIKkannya.....YES BOS, YES CIF, YES MAN.....segala kepala bana diYESkan....UMNO nak hancurpun buat2 buta.

TIADA sifat keMALUan/responsibility pd majoriti pemimpin UMNO, apatah lg pada pemimpin BN yg lain.....apa yg mereka buat utk counter tuduhan, fitnah, cacian, makian, penipuan dr pihak pembangkang????....spt melepaskan batuk di tangga, buat2 buta, buat2 pekak, lembap, slow, sampai ada yg tersengihhhh mcm kerang busukpun masih lg mendabik dada..."AKU BAGUS"

lantak ko la labu.....tp kita ttp jgn mengalah dgn org2 lembam dlm UMNO..lawan ttp lawan!!!!!

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
October 1, 2013 at 8:42 PM

kebanyakan pemimpin UMNO mana ada muka malu , mereka punya tebal muka kalah kan kulit babi...

....................
Reply To This Comment ...................
antihipokrit
October 1, 2013 at 8:46 PM

Najib ni memang bakal menamatkan riwayat UMNO. Dia bolehlah eksyen sbb menang tak bertanding. Tapi sebenarnya takde teloq.

....................
Reply To This Comment ...................
AhMuak
October 1, 2013 at 8:51 PM

zahid, hisham & shafie akan kekal naib presiden. sebab? najib nak sepupunya hisham menang (diiringi zahid, shafie). lagipun, penipuan pengiraan undi pernah berlaku di peringkat tertinggi umno. apa jaminan tidak berlaku kali ini?

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
October 1, 2013 at 9:00 PM

Siakap senohong gelama ikan duri,
Bercakap bohong lama-lama jadi Menteri!

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
October 1, 2013 at 9:12 PM

Ini janji aku, yang aku akan memangkah parti selain dari umno pada pru14 nanti sebab najib tidak berpegang pada janji. Contoh terbaik tak akan naikkan harga petrol tapi tak sampai 3 bulan menang pru13 dah mula. Cqkap tak serupa bikin. Aku nak cuba parti pembangkang pula apacam

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
October 1, 2013 at 9:29 PM

aku dah lama tak melayar blog kerana merasa kecewa dengan UMNO yang banggang dan dengan bangganya mengekalkan Ah Jib Gong sebagai presiden UMNO. Memilih Ah Jib Gong sebagai presiden UMNO bermakna merubah wadah dan wajah perjuangan UMNO dan mengikut rentak Ah Jib Gong yang dipandu dan dipimpin oleh PEMANDU. Ketakutan ahli UMNO kepada Nwar Berahi telah dimanipulasikan sepenuhnya oleh PEMANDU untuk mengekalkan Ah Jib Gong. Dan orang UMNO akan terus kekal takut kepada pengaruh Nwar Berahi ... dan mereka akan berhempas pulas menyelamatkan ketakutan mereka itu dengan mengekalkan pemimpin yang mahu merubah UMNO ... dan mereka akan berhempas pulas berusaha meraih undi dengan memainkan sentimen kebejatan Nwar Berahi dalam PRU 14 nanti ... Apakah BN akan menang dalam PRU 14 nanti jika hanya bergantung kepada manipulasi ketakutan bangsa melayu kepada Nwar Berahi sebagai sumber kekuatan dalam menghadapi PRU 14 ... Ah Jib Gong akan berjaya dalam UMNO kerana ahli UMNO memang takut kepada Nwar Berahi ... tetapi orang luar UMNO tidak melihat Nwar Berahi sebagai ancaman ... tetapi sebagai seorang yang berpotensi untuk mengekang permasalahan yang dibawa oleh UMNO. Sebagai contoh kenaikan harga minyak petrol ... walaupun banyak negara terpaksa mengurangkan subsidi harga minyak petrol demi menampung pengurusan kewangan negara ... tetapi akibat pengurangan subsidi harga minyak petrol ... harga barangan lain akan turut naik ... dan apabila dah naik maka ianya tidak akan turun dan akan menyusahkan ramai orang. Berbeza dengan harga getah ... yang merupakan sumber pendapatan utama bangsa melayu dikampung-kampung ... adakalanya harga getah boleh naik mencacak ... kerana pengimport menaikan permintaan ... dan harganya boleh turun dengan teruknya ... kerana pengimport mengurangkan permintaan ... dan jika dilihat kepada situasi ini kita dapat faham bahawa kerajaan tidak memainkan peranan utama dalam mengawal harga getah. Sebaliknya pasaran asing memainkan peranan yang penting. Dan kerajaan seingat saya tidak pernah memberi subsidi kepada harga getah yang turun dengan teruknya sebaliknya menyerahkan kepada harga pasaran antarabangsa kerana hanya segelintir bangsa melayu yang bergantung kepada harga getah sahaja yang menerima akibatnya. Ah Jib Gong melalui BRIM mampu mengekalkan undi kumpulan ini kepada UMNO. Sedangkan dalam menentukan harga minyak ... kerajaan memainkan peranan yang amat penting di dalam mengawal harga kerana perubahan kepada harga minyak menyebabkan harga barangan lain turut menerima kesannya. Dan BRIM kurang mampu membantu UMNO dalam mengekalkan undi kepada BN jika harga minyak tidak dikawal dengan bijaknya. Tawaran dari orang gila nak jadi PM seperti Nwar Berahi dalam mengurangkan harga minyak petrol mampu membuat kerajaan BN tergugat ... walaupun umun tahu bahawa adalah mustahil untuk mengurangkan harga minyak petrol ... tetapi tawaran ini adalah yang terbaik dan enak didengar ... Aku pun bukannya seronok dengan kenaikan harga minyak petrol naik ... cuma aku berbekalkan keyakinan bahawa ... harga minyak peringkat antara bangsa sukar dikawal ... banyak tangan asing yang memainkan sentimen harga minyak ini ... dan banyak negara boleh tergugat keamanannya akibat kenaikan harga minyak ini. Dan aku pun cukup yakin Nwar Berahi tidak akan mampu mengawal harga minyak petrol ... cumanya kerana dia adalah pembankang dan tidak perlu bertanggungjawab kepada perbelanjaan pengurusan negara dia boleh menawarkan apa sahaja yang dia mahu asalkan orang ramai percaya kepadanya. Dan aku cukup yakin mereka yang terdesak atau tertekan dengan kenaikan harga minyak petrol akan kekal percaya kepada tawaran yang dibuat oleh Nwar Berahi ...

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
October 1, 2013 at 9:34 PM

Salam,
wang besar dan kuasa menutup semua pintu hati mereka. Pas pula, perasan lebih islam untuk tutup pintu hati mereka.

salahkah kita yg tiada kepentingan utk melihat srsuatu dr sudut yg berbeza. Kalau anda betul, buktikan. Kalu salah, hara kiri la.

....................
Reply To This Comment ...................
Melayu Kampung
October 1, 2013 at 10:22 PM

"Umno members have the authority to determine who will be the leaders". Perkara ini ramai yang tidak tahu. Lihat saja persidangan peringkat cawangan. Ahli hanya terima senarai nama yang diunjurkan oleh ketua cawangan bulat-bulat. Tidak ada tentangan. Kuasa penentu terbesar PAU kali ini adalah dari ahli-ahli diluar bandar. Tetapi oleh kerana tidak mahu dilihat sebagai "menderhaka" kepada ketua, maka senang sangat mereka ni dieksploitasi.

"If they only see the interests of Umno, there is a huge possibility that they may make the wrong choice and this may result in the defeat of Umno and the Barisan Nasional (BN) in the next general election," Bersangkut rapat dengan perkara diatas. Isu mengekalkan status quo. Menghalang pertandingan. Walaupun tunggul kayu yang memegang jawatan, atas dasar "interests of UMNO" atau lebih tepat lagi kepentingan pemimpin-pemimpin tertentu, maka sesiapa saja yang disenangi oleh mereka ni maka orang itulah calon yang sesuai dan tidak boleh ditentang walaupun orang itu umpama tunggul kayu atau biawak hidup.

Membazir letrik je bro Din kalau kita hendak membahaskan tentang kesanggupan pemimpin yang masih ada sekarang ni untuk mengaku mereka sebenarnya gagal. Belum ada seekor pon yang berani bercakap mengenai hakikat sebenar pecahan peratusan yang benar-benar mengundi UMNO berbanding dengan yang mengundi menolak Anwar. Takut nanti nampak mereka tak cukup hebat.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
October 1, 2013 at 10:25 PM

Betul juga kata Tun,peralihan kuasa pemimpin2 baru,tetap akan belaku dan tidak boleh disekat atau di pertahankan.Kelak,malu kita pada anak cucu akan datang.Pemimpin2 lama hanya memberi pandangan utk kebaikan bukan semata2 merebut jawatan.Pemimpin baru yg bagus dan berkualiti amat di alu2kan.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
October 1, 2013 at 10:42 PM

Mungkin doa ustaz fadhil noor supaya mahathir melihat kehancuran umno dimakbulkan Allah sebelum mahathir meninggal dunia menjadi kenyataan..

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
October 1, 2013 at 10:55 PM

Patut la APA sangat bangga bila Lim Guan Eng puji Shahrizat. Dia kata Guan Eng tak boleh gigit Wanita UMNO. Pelik sugguh perangai APA lepas balik dari Janda Baik. Dulu anti Pak Lah dan KJ. Sekarang sokonh pulak.

Yang Hairan.
RD.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
October 1, 2013 at 11:04 PM

Tujuan di adakan pertandingan dan pemilihan adalah kerana berkehendakan kualiti dan mewujudkan kestabilan serta keyakinan rakyat bukan kerana utk memenuhi kuantiti sahaja.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
October 2, 2013 at 12:40 AM

bagaimana dosa fadil nor yang menuduh tun menonton vidio lucah dengan cucunya tu ... aku yakin orang pas akan kata tuduhan (fitnah) fadil nor itu tidak dicatat sebagai suatu doa ... bahkan diberi pahala yang tidak putus ... sebab itulah orang pas sering menyebut-nyebut perkara itu kerana mereka bimbang jika tidak diperingatkan maka pahala yang diperolehi oleh fadil nor itu akan terhenti ...
dan bagaimana pula hinaan fadil nor itu ... badwi di malaysia jaga babi ... suatu hinaan kepada abdulah ahmad badwi ... aku cukup yakin orang pas berpendapat melalui hinaan itu fadil nor mendapat pahala berganda ... wahai orang pas ... ulang-ulanglah ayat fadil nor yang memberitahu tun mahadir menonton vidio lucah dengan cucunya dan abdulah badwi pengjaga babi ... agar dengannya pahala itu akan kekal diterima oleh fadil nor ...

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
October 2, 2013 at 1:12 AM

@Anonymous
dulu dia kata Pak Lah dah kencingkan rakyat. aku agak dia tak terminum kencing Pak Lah kot. itulah, sedangkan ikan yang begitu besar pun kalau tak jaga mulut akan tertelan pancing.

....................
Reply To This Comment ...................
Otak geliga
October 2, 2013 at 1:17 AM

@Anonymous
KeHANCURan PAS nak letak mana?.....dlm serban?....celah kangkang dlm jubah?

org lain hancur itu berkat doa..."AKU" hancur???....shhhhhh...sorok2, sapu bwh karpet....:)

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
October 2, 2013 at 3:26 AM

aKU RASA mUKHRIZ AKAN JADI lEBIH hEBAT DARIPADA TUN MAHATHIR...

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
October 2, 2013 at 10:27 AM

Banyakkan membaca bro..mana ada fadhil nor keluarkan statemenr mcm tu..jgn jadi bodoh spt ahli umno yg lain..

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
October 2, 2013 at 1:49 PM

Hisyamuddin pahlawan melayu gagah berkeris? kah kah kah.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
October 3, 2013 at 12:51 AM

@Anonymous

Apa? Banyakkan membaca Harakah?

Salah lorong ko ni bro! Jgn hanya tahu minum air basuhan kaki tok guru and co shj, cuba2 lah baca berita dari lain2 sumber!

Tipikal Puak Anjing Suruhan! Ckp org bodoh, sendiri lagi tolol!

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
October 4, 2013 at 12:01 PM

kalau mukhriz kalah umno pasti akan menerima kecaman dari orang2 melayu terutama mereka yang mahukan perubahan dalam umno...

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
October 6, 2013 at 10:24 AM

cuba kalau org tegur time dia jadi PM....pfhthgh

....................
Reply To This Comment ...................
February 28, 2014 at 8:38 AM

Malaysia semakin huru hara kerana rakyat miskin tidak dibantu malah dicerca....itu sebabnya. BRIM adalah perlu tapi hendaklah diberikan kpada mereka yg benar2 layak...Sebenarnya gulongan yg dimaksudkan patutu dibantu adalah mereka yg susah tapi malu untuk meminta2 seperti kebanykan orang yg tanpa sega silu suka meminta bantuan sedangkan mereka sebenarnya sudah kaya cuma bodoh atau tidak pandai nak uruskan harta sendiri....so BRIM perlu untuk gulongan sasar...supaya ekonomi malaysia berjalan sexara normal....

Post a Comment