........... Tun Mahathir - BR1M tak perlu diteruskan | dinturtle - Blogger PARTI MELAYU

Tun Mahathir - BR1M tak perlu diteruskan

Wednesday, October 2, 201341comments

Saya pernah menulis pandangan saya mengenai BR1M bulan Februari lalu - KLiK  BR1M - Mohon Pandangan, Sokong Atau Tidak ? jadi rasanya tidak perlu saya ulang sebut disini. Suka saya nyatakan, ia tidak jauh lari dari apa yang diluahkan oleh Tun Mahathir semalam.


PETALING JAYA - Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini berkata Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) tidak perlu diteruskan dalam Belanjawan 2014, dan ini sekali gus mengurangkan kebergantungan rakyat kepada kerajaan.
  
Kerajaan sebaliknya perlu mencari jalan untuk melatih golongan kurang berkemampuan itu dengan sesuatu kebolehan supaya dapat menjadi sumber pendapatan mereka, katanya kepada pemberita selepas berucap di majlis Program Bicara Petang Bersama Tun Dr Mahathir Mohamad di sini hari ini.
  
"Sepatutnya dalam masyarakat kita, kita tak suka jadikan orang kita ini, orang yang selalu bergantung kepada kerajaan dan tak mahu membuat kerja.
  
"Apa yang kita dapat secara percuma tidak akan dihargai sebab itu walaupun banyak BR1M diberi," katanya sambil menambah: "Kalau betul-betul daif, miskin dan tak berupaya barulah boleh diberi bantuan."
  
Beliau berkata demikian apabila ditanya mengenai cadangannya untuk Belanjawan 2014 yang akan dibentangkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak di Parlimen pada 25 Oktober ini. Bernama
( Sinar )

Share this article :

+ comments + 41 comments

....................
Reply To This Comment ...................
October 2, 2013 at 8:11 AM

brim diberi pada keluarga, bukan individu & tak semua dapat. bila harga barang naik semua kena. kerajaan ada kuasa beri brim & kerajaan takdak kuasa ka utk mengawal kenaikan harga barang? bila kita kata kerajaan hanya berkuasa utk menyusahkan rakyat, marah gila2.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
October 2, 2013 at 8:12 AM

Memang benar apa yang dikatakan oleh Tun. Saya juga tidak bersetuju BRIM ini diteruskan. Bukan saja ianya menggalakan sikap bergantung kepada bantuan semata-mata tetapi perlaksanaannya sendiri tidak mencapai matlamat yang diharapkan. Saya sendiri menyaksikan beberapa individu yang tidak layak menerima bantuan ini kerana kehidupan yang amat2 mewah (rumah banglo besar dan beberapa buah kereta mewah) telah mendapat bantuan BRIM yang lalu. Saya minta disiasat perkara ini kerana ianya telah mencacatkan matlamat bantuan tersebut. Ini bermakna pelaksanaan BRIM ini adalah tidak dibuat secara amanah dan bertanggunjawab. Peluang orang miskin lain telah terjejas dengan pemberian bantuan ini kepada mereka yang tidak layak. Bagaimana kriteria yang dibuat untuk pengagihan bantuan tersebut? Harap kerajaan berhentikan terus BRIM ini kerana ianya hanya membazirkan wang rakyat.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
October 2, 2013 at 8:20 AM

Ada blog yg mempertikaikan pendapat Tun ini.

Blog Tahukah Anda... atau mungkin empunya blog yang tak tahu.... kebanyakkan yang menerima BRIM pun bukan dari kalangan orang2 yang benar2 berkelayakkan. Contohnya di Sabah, rata2 golongan OTAI (Org Tawau Asal Indon) pun layak menerima BRIM, tanpa mengira jenis2 KP dan kebanyakkan dari mereka adalah peniaga2 yang berjaya!

Untuk pengetahuan anda, BRIM merupakan bahan kempen yang paling mujarab untuk pilihanraya dan juga asas populariti En. Ahjib. BRIM dijadikan bahan cagaran, sekiranya ingin diteruskan, kena undi BN! Di sini jelas seperti ada unsur2 rasuah dan ketirisan.

Perlu juga dimaklumkan, bukan semua yang mendapat BRIM adalah terdiri dari golongan2 marhaen, terutama mereka2 yang tidak mempunyai slip gaji, contoh peniaga2 pasara malam (pendapatan kadang2 lebih lumayan dari anggota kerja kerajaan!) dan ahlong2....

Bagi saya, lebih baik BRIM tersebut diselaraskan lebih kepada bentuk mekanisma kawalan harga barangan kerperluan seperti peningkatan subsidi beras (bukan beras wangi), tepung dan minyak makan. Ia lebih adil kepada mereka2 yang lebih memerlukan (biasanya org2 kaya makan benda2 yg mahal shj!).

Yang terakhir; sebelum ini konsep BRIM tidak pernah dilaksanakan. Kenapa tidak ada sebarang cadangan pernah diutarakan? Tidak pula pernah timbul kes2 pemalas nak harap ikan di atas pinggan tanpa perlu pergi memancing! Oleh itu, bagi pandangan saya, BRIM ini hanya menggalakan rakyat jadi pemalas, menanam sifat suka meminta2 danhanya menjadi instrument pihak pemerintah untuk melaksanakan 'agenda2' tersembunyi mereka!

Jadi, jgn hairan ramai pemabayar2 cukai dgn kadar yg sangat tinggi (rata2nya golongan peniaga cina) memilih pembangkan pada PRU yg lepas! dan antara sebab ini juga Najib mempunyai nama manja cina iaitu Ahjibeng!

....................
Reply To This Comment ...................
October 2, 2013 at 8:33 AM

selari dengan hasrat Najib untuk menjadikan rasuah hanya satu sejarah dan bukan lagi amalan kerajaan sekarang ????!!!!!!!!!!

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
October 2, 2013 at 9:19 AM

Hanya jenis orang yang bankrap idea saja akan berfikir nak bagi bantuan cara BRIM ni kepada rakyat. Dah tak tahu macam mana nak memajukan masyarakat, cara nak memajukan bidang pertanian, perniagaan dll... kalau macam ni, nenek aku pun boleh jadi PM.

....................
Reply To This Comment ...................
October 2, 2013 at 9:20 AM

lebih elok wang BRIM digunakan membina rumah-rumah PPR untuk dijadikan rumah sewa kepada rakyat yg kurang mampu dikawasan bandar . Selama ini tanpa BRIM pun mereka mampu hidup juga..bagi golongan yg betul2 miskin banyak badan kebajikan yg bole bantu mereka..sedangkan rakyat asing yg datang ke Malaysia boleh hidup mewah kenapa kita tidak..?

....................
Reply To This Comment ...................
October 2, 2013 at 9:49 AM

Banyak yg ksta BR1M akan jdi rakyat pemalas. Boleh ke pemalas hidup dgn rm500 7setshun. Rm500 sekurang kurangnya boleh bantu beltanja anak sekolah. Jika ada pun yg tak berhak dpt itu kena baiki sistem.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
October 2, 2013 at 10:00 AM

Kakitangan kerajaan pun kuat meminta juga, tak pernah cukup, dah dekat nak bajet, sikit hari dengarla suara cuepec minta itu ini, maklumlah hal2 duit ni sekitar pekerja sektor awam sahaja, mereka yg byk meyumbang dan mereka yg paling hidup daif di malaysia

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
October 2, 2013 at 10:19 AM

mmg betul...ada org yg tanah berekar..tp layak dpt brim..brim mmg tidak adil dan membazir sebab pembayar cukai tak dpt apa2 kelebihan..

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
October 2, 2013 at 10:28 AM

Dah nama pun BANTUAN RAKYAT 1MALAYSIA.. apa rakyat berpendapatan sederhana bukan rakyat ke? apa pembayar cukai bukan rakyat ke? apa dorang semua takde anak yg bersekolah ke? gaji dorang besar mgkn sbb usaha dorang..dulu belajar rajin..bukannya jadi samseng sekolah.kalau ya pun nak bantu...teruskan..tapi golongan lain esp pembayar cukai bagilah pulak REBAT BRIM dlm income tax dorang..baru adil...

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
October 2, 2013 at 10:29 AM

Najib dah janji masa nak ambil hati rakyat sebelum PRU13. Siap bagi hint lagi, RM1200 ke apa. Kalu tak bagi, nanti PR kata ' Janji tak di tepati atau Janji di Capati' pulak.
Bukan saya tak setuju pendapat Tun. Memang saya setuju 100%. Dato Maznah pula ada kata nak himpunkan semua janji yang di buat oleh Pemimipin UMNO, masa PRU13 dan kotakan. Kalau macam tu, elok lah Najib nyatakan masa budget ni. "Inilah last RM5000 sekeluarga, Kerajaan akan beri BR1M. Lepas ni tak ada lagi".

Saya rasa tujuan kerajaan beri BR1M, selain untuk membantu keluarga yang berpendapatan isi-rumah<RM3000 adalah juga untuk merancakkan ekonomi negara. Bila orang ada wang lebih, mereka berbelanja. Bila orang berbelanja, peniaga akan dapat wang lebih. Ekonomi akan lebih rancak jika wang bertukar tangan. Yang lebih berjimat mereka akan menabung. Tun juga yang cakap, lebih kurang macam ni. la.

RD.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
October 2, 2013 at 10:31 AM

jika golongan layak dapat RM500..golongan tak layak pulak wajar dapat REBAT BR1M rm500 dalam income tax mereka...baru adil..mereka pun rakyat jugak..

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
October 2, 2013 at 11:07 AM

Setuju mahupun tidak dalam isu Brim tergantung kepada individu.Bagi yang rasa mereka mampu usahlah melatah dengan sebab mereka tidak mendapat habuan.Sikap yang diamalkan nie lebih telus dimana rakyat yang berkelayakan di beri bantuan....apa salahnya bukankah amalan yang baik ,BERSEDEKAH.
Kalau nak harapkan bantuan dari agensi2 kerajaan ....lebih banyak membazir masa dan buang duit tambang je....hasilnya..terlalu tipis/ Buka lah mata kita..dengan program jejak kasih dan bersama mu ...mana agaensi2 yang boleh dibanggakan...kemiskinan terpaksa didedahkan pehak2 media , walhal yang bertanggung jawab duduk dipejabat menanti kedatangan PEMINTA2 SEDEKAH yang telah dan terpaksa memanjat pejabat dan mengeluarkan modal ,DAPAT belum pasti.
Bersedekah tu amalan Mulia.....janganlah dek kerana iri dan hawa kita lupa dengan orang lain.Berhentilah jadi hipokrit.Amalan yang sedikit tu di PERTIKAIKAN ,namun pembanziran Kerajaan tetap berterusan..i.e Pemandu yang mabuk dan korupsi..Ini sama je cam cerita orang diDAKWA kerana mencuri RM1 atau RM2 .terus dihukum berbulan2 DAN DIKENAKAN IKAT jamin beribu2...Yang menjadi mangsanya Tetap orang2 susah.Pikir2kan lah..apa macam bro!

....................
Reply To This Comment ...................
October 2, 2013 at 11:24 AM

Keadilan dari kaca mata sendiri. Kalau semua dapat mana dia keadilan pd yg susah.
Mereka yg bergaji kecil bukan diminta. Mungkin pelajaran tak tinggi disebabkan ibu bapa pun miskin.
Yang berada pun patut bertimbang rasa dgn yg kurang berada.

....................
Reply To This Comment ...................
October 2, 2013 at 11:30 AM

BRIM sudah dijanjikan semasa PRU dan semasa kenaikan harga minyak baru2 ni. Oleh itu ianya hendaklah ditunaikan. Aku masih belum faham kenapa Tun mengesa agar BN mungkir janji. Aku bersetuju jika sekiranya peruntukkan utk BRIM itu digunakan untuk merancang suatu punca perdapatan berterusan kepada mereka yg layak. Aku fikir banyak cara dan jalan boleh diusahakan, seperti contohnya menubuhkan syarikat yangmana ahlinya adalah mereka yang layak terima brim. Keuntungan syarikat diagihkan kepada mereka yang layak terima brim. Ini cuma satu contoh. Mungkin boleh juga kerajaan wujudkan bagi setiap daerah satu perusahaan atau projek ygmana para ahli, pekerja dan manfaatnya adalah mereka yg layak terima brim.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
October 2, 2013 at 12:39 PM

@Anonymous

ini tak logik...alasan tak boleh terima...kenapa?

Hari tu Najib janji tak naik minyak...tengok apa jadi? minyak naik jugak!

Ni sekarang BRIM...takkan tak boleh nak batalkan kot?

alasan sebab dah janji? tu yang atas tu pasal minyak boleh pulak janji dicapati...tak kisah pulak kena bantai dengan pembangkang...tak kisah pulak keputusan "unpopular".

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
October 2, 2013 at 12:58 PM

Zaman Nabi, ada penemis minta dan nabi bagi kapak. Zaman la ni Kerajaan bagi duit , patut bagi kapak. Masalahnya kerajaan juga bagi ratusan kapak dengan pokok pokok sekali pada golongan yang sudah berada, camana pengemis yang cuma ada satu kapak nak cari makan, pulak bila jumpa pkok nak tebang dah ada cop 'hak persendirian"

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
October 2, 2013 at 2:02 PM

Salam,
cuba cari blk objektif brim. Antaranya nak elak org kaya dpt subsidi. Subsidi hanya utk rakyat bawahan. Tak tau la mana satu kaya dan bawahan. So, dicadangkan brim utk ganti subsidi. So dpt la kat org yg layak dan tak layak sbb kaya, ada slip gaji. Jadi subsidi dikurangkan, harga pun meningkat . Org yg dpt brim, boleh guna wang tersebut utk mengurangkan harga. Kalu isi minyak, keluarkan 20 sen duit brim + rm1.90. Org tak layak, guna semua duit dia

so bila dah dpt brim, tak patut org komplen harga naik, pasal mereka dah dpt subsidi. Yg patut komplen org yg tak dpt brim. Org dpt nrim pi belamja satu hari subsidi tu kenapa?


....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
October 2, 2013 at 2:15 PM

Ni la padahnya bila janji d chapati. Boleh kah gomen nak bk off sesudah berjanji. Jawabnya mmg la tersungkor pru14.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
October 2, 2013 at 2:17 PM

Hahaha betullll elect sj nenek2 kita duduk dlm ofc kjaan. Hahaha

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
October 2, 2013 at 2:20 PM

Janji tidak d tunaikan maknanya munafiq le.

....................
Reply To This Comment ...................
October 2, 2013 at 2:38 PM

Cuba kita fikirkan pekerja2 kilang yg gaji + elaun cuma rm1500. Kerja 8 jam sehari. Kerja d kilsng bukan boleh relsk2 mcm kerani d ofis.
Macam mana nak buat kerja ke2. Nak tambah kemahiran apa lagi. Lebih2 jadi supervisor. Mereka inilah yg perlu brim. Gulungan pertengahan janganlah iri hati.

....................
Reply To This Comment ...................
October 2, 2013 at 2:59 PM

KALAU MEMBERI TU MEMUDARATKAN KEPADA YANG RAMAI..ELOK DIHENTIKAN
TETAPI SEKIRANYA IANYA DAPAT MEMBANTU , ELOKLAH PASTIKAN HANYA YANG BENAR BENAR DAIF DIBERIKAN BANTUAN BERTERUSAN BUKAN SEKADAR ONE OFF.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
October 2, 2013 at 3:48 PM

Aku paling meluat bila tengok cina beratur panjang ambil BR1M kat penang.Terang2 boleh tau semua tu muka DAP.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
October 2, 2013 at 7:33 PM

yg aneh lagi... takde pak din menyahut... biasanya ada sahutan celoteh dr pak din..

pak din... kemana ya......

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
October 2, 2013 at 9:21 PM

yang berada skrg pun majoritinya asal miskin..tp mereka usaha lebih. lepas tu dah tunaikan zakat..kena pulak income tax..apa salahnya bagi keadilan kepada mereka..mereka juga rakyat..bertimbangrasa jugalah kepada mereka..

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
October 2, 2013 at 9:24 PM

kacamata sendiri? keadilan kpd yg susah? yg majoriti dpt brim tu btl2 susah ke? jika btl2 susah..for sure merupakan asnaf yg layak dpt zakat..brim hanya political tool..mana adilnya?

....................
Reply To This Comment ...................
Tupai2
October 2, 2013 at 9:34 PM

Pendekatan politik najib ialah sentuh hati dan sentuh poket rakyat. ini juga pegagangan punahsihatnya JJ. tapi dari perspektif pengurusan ekonomi yg lestari, Brim tidak elok. pengalaman banyak negara menunjukkan abantuan bentuk ini akan mendorong kebergantungan yg mengikis semangat berusaha. tapi memandangkan suasana politik pra pru13, najib rasa Brim mampu menarik undi rakyat. kesannya, bn menguasai jumlah kerusi yg merosot berbanding pru12. masakan dia berani nak memansuhkan Brim sekarang.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
October 2, 2013 at 10:04 PM

BR1M adalah satu umpan Ah Jib Gor guna untuk mendapat undi orang cina semasa PRU13. Setelah chinese tsunami di mana tak satu haram orang cina pun undi Ah Jib Gor dan kita sudah tahu tanpa undi orang cina pun UMNO boleh perintah kerajaan tak kah bodoh kita masih mahu bagi RM500 kepada orang cina komunis? Dah la tu sekarang thanks to Ah Jib Gor dan PEMANDU semua cina komunis fikir RM500 adal lah hak mereka yang kerajaan KENA bagi.


Alfie

....................
Reply To This Comment ...................
Melayu Kampung
October 2, 2013 at 10:23 PM

Persoalan tentang orang yang tidak layak tapi tetap menerima bantuan jangan dibebankan kepada penerima. Kenapa tidak dilakukan tapisan terlebih dahulu supaya hanya yang benar-benar layak saja yang akan terima.

Kalau kerajaan mahu hapuskan BR1M, ianya bukan pada tahun hadapan. Mesti kena ada satu program yang betul-betul berkesan dahulu. Kalau secara mengejut, ianya umpama memberi peluru kepada pembangkang. Jangan pandang remeh duit RM 500 yang diberi tu. Dalam UMNO, dengan duit RM300 undi perwakilan (bukan PAU 2013) boleh dibeli. Perwakilan pula bukannya dari golongan miskin.

Bukankah BR1M termasuk dalam manifesto BN. Tak terpalit ke tahi ke muka sendiri apabila JANJI TAK DITEPATI?

....................
Reply To This Comment ...................
October 3, 2013 at 1:41 AM

@Anonymouspenyu naik kedarat 2-3 hari ni :)

....................
Reply To This Comment ...................
October 3, 2013 at 1:44 AM

Ya BR1M yang terbaru kena bagi sebab janji kena ditepati. Isunya, selepas itu apakah patut diteruskan ? Mungkin Pemandu boleh cari konsultan baru dari amerika untuk kaji satu mekanisma baru menggantikan BR1M :)

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
October 3, 2013 at 1:59 AM

Amerika dah nak bangkrap pun kita masih terhegeh-hegeh nak ambik hati USA.

....................
Reply To This Comment ...................
October 3, 2013 at 5:38 PM

Sian Ah Jib tak dapat nak belanja Obama makan Cendol ngan ajar step Gendang Cina.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
October 3, 2013 at 5:41 PM

Bila dah nak mansuh barulah terpekik terlolong pasal JANJI DITEPATI. Apa citer beberapa janji PAKATAN HARAM di negeri-negeri lain? Saya tertarik dengan komen, "janji tak ditepati = munafiq"

jadi kepada pengundi pakatan haram, mengapa anda masih mengundi KERAJAAN NEGERI ANDA YANG MASIH MUNAFIQ kerana gagal menunaikan janji dengan seribu satu alasan? Adakah anda turut sama munafiq?

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
October 4, 2013 at 11:56 AM

dah elok dah ada brim cuma cara pemberian dan penilaian penerima tu harus diperkemas..banyak sgt ketirisan..org yang mewah pun boleh dapar brim...selaam ini banyak juga jenis bantuan wang ringgitt kerajaan bagi..elaun dari jkm dan sebagainya

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
November 2, 2013 at 6:00 AM

Kalau betul2 la nak main subsidi utk menjana pendapatan dan meningkatkan taraf hidup rakyat.Projek Rapid dan zippy adalah salah satu instrumen pelaburan utk subsidi dgn perkongsian pintar mengikut keperluan bahan bakar dlm negara sebagai keutamaan.Atau membuat sistem bater mengikut gred minyak mentah mengikut keperluan jumlah barrel setiap tahun bergantung kpd perbezaan kualiti minyak mentah dan kuantiti.Malaysia memerlukan produk akhir utk keperluan dlm negara dan bukan keuntungan semata2.Malaysia untung dari segi cukai dan pelaburan berasaskan prasarana oil dan gas.Pergantungan jualan minyak mentah utk mendapatkan nilai matawang yg tinggi amat tidak menarik di abad yg terkini kerana sistem ekonomi dunia yg kian rapuh.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
November 2, 2013 at 6:08 AM

Asas sebegini adalah kukuh utk menjadi malaysia sebagai tempat pelaburan yg terpenting sehingga wujudnya engine kenderaan hibrid dan berakhir teknologi kenderaan elektrik

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
November 15, 2013 at 3:37 PM

Tujuan BRiM untuk membantu orang miskin dan berpendapatan rendah. Apa guna pusat ZAKAT BAitulmal dan badan kebajikan masyarakat. Tidor kot tak buat kerja. Alangkah baiknya peruntukan disalurkan kepada pendidikan dan pelajar cemerlang untuk generasi akan datang.

....................
Reply To This Comment ...................
February 28, 2014 at 8:35 AM

Kenapa Malaysia semakin huru-hara. Sebab utama rakyat yg miskin tidak dibantu...mereka sebenarnya susah tapi tak pernah meminta2 kerana menjaga maruah diri sedangkan mereka amat memerlukan bantuan tersebut. Tapi kerajaan yang ada tak membuat research tentang perkara ini. Hanya menerima aduan dari mereka2 yg tak segan silu meminta bantuan sedangkan mereka sebenarnya sudah pun dikategorikan kaya cuma bodoh tak pandai nak urus harta dan kekayaan mereka....So BRIM perlu tapi hendaklah diberikan kepada mereka yg benar2 layak.... barulah ekonomi berjalan secara normal dan tidak huru hara mcm sekarang....

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
May 13, 2014 at 9:42 PM

BR1M lebih baik dihapuskan.. ini macam bagi ikan kat rakyat bukan bagi kail kat diorang. Tambah lagi beban untk ork yg byr cukai. Biar baitulmal yg tolong org2 x berkemampuan.

Post a Comment