........... TPM - Sijil UEC ? No Way ! Tapi ...... | dinturtle - Blogger PARTI MELAYU

TPM - Sijil UEC ? No Way ! Tapi ......

Saturday, October 5, 201311comments


Tandatanya mengenai status sijil UEC apakah diiktiraf setaraf dengan STP dan diterima sebagai syarat untuk layak ke IPTA terjawab dengan kenyataan dari TPM ini -

KUALA LUMPUR 3 Okt. - Tan Sri Muhyiddin Yassin menegaskan Sijil Peperiksaan Bersepadu (UEC) yang dikeluarkan Malaysian Independent Chinese Secondary School (MICSS) masih belum diterima sebagai kelayakan masuk ke institusi pengajian tinggi awam (IPTA).

Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Pendidikan berkata, ini kerana sistem pengajaran dan pembelajaran MICSS tidak mengguna pakai dasar dan kurikulum sistem pendidikan kebangsaan.


"Walau bagaimanapun, kementerian telah membuka ruang kepada lulusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang memiliki UEC dan memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan untuk mengikuti pengajian bahasa Mandarin di Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM).

"Kementerian Pendidikan juga tidak bercadang mengadakan peperiksaan lain untuk kemasukan pelajar ke universiti dan masih meneruskan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) dan program matrikulasi," katanya. - UTUSAN.

Dalam soal pengiktirafan UEC ini, ternyata saya telah membuat telahan yang salah terhadap kerajaan dalam komen saya ketika Dong Zong membuat lawatan ke pejabat PM sebulan sebelum PRU13. Sangkaan saya kerajaan Najib akan mudah tunduk kepada tuntutan Dong Zong memandangkan waktu itu sudah terlalu hampir dengan PRU13. ( KLiK )


TAHNIAH! dan TERIMAKASIH kepada kerajaan kerana meletakkan agenda Nasional didepan dalam isu ini. Syarat harus melalui dasar dan kurikulum sistem pendidikan kebangsaan merupakan salah satu cara mewujudkan satu keadaan Keperluan bagi kaum cina untuk bersama dengan kaum2 lain dalam satu agenda yang sama.

Kalau tuntutan mereka dipenuhi, sijil UEC akan menjadi cop mohor untuk menghalalkan pemisahan tetap kanak2 Malaysia mengikut kaum, dari mula mereka dilahirkan sehinggalah umur mereka hampir mencecah 20 tahun. ( ia juga merupakan 'tuntutan' bekas Timbalan Menteri Pengajian Tinggi Datuk Saifuddin Abdullah ! )

Ketika itu segala yang dipelajari secara akademik maupun pengalaman sudah tertanam sebati dalam jiwa mereka. Dikhuatiri antara pengajaran negatif yang ditanam adalah - Tidak ada keperluan untuk berintegrasi antara kaum jika ingin terus maju dalam hidup di Malaysia.

Kerajaan mesti bertegas dalam apajua agenda Nasional dan jangan berkompromi dengan mana2 pihak yang punya pendekatan kearah pemisahan kaum.

Tapi dalam kita memuji kerajaan, jangan lupa, hanya kerana UEC tidak diiktiraf tidak bermakna lulusan UEC sudah tidak punya masadepan lagi.

Mereka masih boleh menggunakan sijil UEC untuk memasuki mana2 dari 146 Universiti dinegara China yang mana sijil2 mereka telah pun diberikan pengiktirafan oleh Agensi Kelayakan Malaysia ( MQA ) - KLiK. Itu angka hampir 2 tahun lalu, mungkin bilangannya sudah bertambah kini.

Share this article :

+ comments + 11 comments

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
October 5, 2013 at 11:41 AM

Perkataan "masih belum di terima".... biasanya tpm akan buat penjelasan yg double meaning. Nanti bila kena pressure ngan ah jib gor , tpm akan buat kenyataan lain.. cthnya.. masih belum tp akan di kaji dan di pertimbangkan...

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
October 5, 2013 at 12:03 PM

Tahniah kpd TSM di atas ketegasan beliau.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
October 5, 2013 at 1:32 PM

Masih dkaji dan mungkin dluluskan slps pau

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
October 5, 2013 at 1:58 PM

aku lebih suka dan berkeyakinan penuh jika sekiranya TSMY menggunakan ".... tidak diterima...." daripada menggunakan "......... masih belum diterima ....." pendapat aku masih belum lagi ada ketegasan dalam memberikan kataputus.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
October 5, 2013 at 3:11 PM

salam,

bro jgn suka dan hepi bangat. yg cakap tu sapa? timbalan ajer. kalu bro dengar pm AH JIB GOR cakap, baru timbalan tu sedar diri. mesti timbalan cakap tak rujuk pm. belani itu timbalan usik apa yg pm dah janji pada tahun lepas. oooppppppsssssss, tu sebelum pilihanlaya13, tapi itu geng tak kasi sokong, itu uec, kasi tangguh dulu la. kasi simpan janji utk pru14 pulak. bro, itu semua terletak kpd punahsihat. kalu punahsihat upah consultan, kasi up sikit dengan anugerah leadership peringkat asia atau dunia keempat, kasi piala 2 3 latus hinggit, itu plojek uec planning for 5 years, bernilai juta-juta hinggit boleh lulus looooo.next pru, kalu sokong, uec terus masuk ipta. itu muka timbalan mana mau letak? belani lagi mau kasi hantam sama AH JIB GOR punya geng, pertubuhan melayu bersatu.

....................
Reply To This Comment ...................
Melayu Kampung
October 5, 2013 at 3:52 PM

Isu kelayakan untuk masuk ke IPTA ni masih kecil lagi. Isu paling besar adalah peluang pekerjaan untuk lulusan IPTA ni. Tak kan nak harap kerja dengan kerajaan je. Kenapa tak buat undang-undang yang mewajibkan lulusan IPTA wajib diterima dalam sektor swasta. Barulah impak penolakan sijil UEC nampak berkesan.

....................
Reply To This Comment ...................
tebing tinggi
October 5, 2013 at 5:33 PM

Kita tengok berapa lama ia bolih bertahan ,kurang yakin kalau Najib masih menerajuai Negara ,semasa dia menteri pelajaran dia telah memberi pelbagai pengiktirafan kapada sekolah-sekolah cina ,dan semasa menerajuai Negara ,pelbagai bantuan telah dihulurkan ,mungkin Najib tidak percaya kapada penyatuan dalam satu sekolah sahaja.

Hujahan yang selalu kita dengar sekarang ,semkin ramai 'non chinese' dalam sekolah cina ,mungkin pada satu ketika sekolah kebangsaan perlu ditutup kerana tiada sambutan dan sekolah cina menjadi sekolah utama ,'tak mustahil' .

....................
Reply To This Comment ...................
October 5, 2013 at 5:38 PM

@tebing tinggiWell.... itu juga satu bentuk SATU SEKOLAH !

Tapi perlulah diubah Perlembagaan terlebih dahulu, kalau Najib berani.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
October 5, 2013 at 10:46 PM

untuk makluman, di Unitar UEC diterima sebagai syarat layak kemasukkan!

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
October 6, 2013 at 4:46 PM

Satu kedudukan yang BODOH oleh kerajaan Ah Jib Gor. Sijil UEC mereka tak di iktiraf tapi sekolah2 mereka di iktiraf dengan Ah Jib Gor memberi berjuta juta bantuan sebelum PRU13. Tidak kah ini satu pembaziran melabur wang kepada sesuatu yang tak ada di gunakan?

P.S.
Kita perlu tanya juga kepada Ah Jib Gor bila dia nak pinda supaya Kuantan menjadi ibunegeri Malaysia mengganti Kuala Lumpur?

Alfie

....................
Reply To This Comment ...................
October 6, 2013 at 8:51 PM

Walaupun uec tak diiktiraf tapi ipts tetap boleh terima kalau mereka mahu.Kemudian lulusan ipts pula diterima syarikat swasta,jadi cina masih boleh hidup dengan sekolah perkauman mereka.

Cuma kalau uec diiktiraf pula,sekolah2 menengah jenis kebangsaan cina akan tumbuh macam cendawan dan tidak ada anak2 cina yg akan bersekolah di smk.Jurang pemisahan kaum akan menjadi malapetaka besar kepada keharmonian dan perpaduan kaum Malaysia.Harap kerajaan ada akal sikit bila berdepan dengan chauvinis2 cina ni.Bermaruahlah sikit,jangan jadi dayus sangat.

Post a Comment