........... Siapa Yang Ada Masalah Dengan Kuota / Rezab 30% Bumiputera ? | dinturtle - Blogger PARTI MELAYU

Siapa Yang Ada Masalah Dengan Kuota / Rezab 30% Bumiputera ?

Tuesday, October 1, 20136comments

Setiap kali kerajaan mengumumkan apa saja Dasar atau Pelan Ekonomi yang memberi pengkhususan khas kepada Melayu Bumiputera, pasti akan kedengaran suara2 sumbang dari pembangkang yang akan cuba memberikan gambaran bahawa kerajaan mengambil sikap pilih kasih dengan melebihkan kaum Melayu atau dalam kata lain, rasis.

Tapi kalau ditanya apakah pandangan mereka tentang Hak Istimewa Melayu Bumiputera, mereka pasti akan jawab yang mereka menghormati Hak itu sepertimana tercatat dalam Perlembagaan. 

Pembangkang hormat akan Hak Istimewa Bumiputera tapi bantah apasaja tindakan bagi merealisasikan Hak itu.

Cuba fahami apa yang cuba disampaikan oleh artikel2 ini -

Utusan Malaysia - Jangan Pandang Serong - TPM

Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, langkah yang diambil kerajaan bagi memperkasakan ekonomi bumiputera tidak harus dipandang serong oleh mana-mana kumpulan, seolah-olah satu dasar diskriminasi terhadap golongan tertentu.
 
Sebaliknya, Timbalan Perdana Menteri menegaskan, dasar itu akan memberi manfaat menyeluruh kepada semua kaum, malah tidak akan sesekali membantutkan pertumbuhan ekonomi negara.

"Waktu Dasar Ekonomi Baru (DEB), penyertaan bumiputera meningkat dalam ekonomi dan sehingga hari ini hampir 23 peratus manakala masyarakat bukan bumiputera pun maju dan pendapatan mereka meningkat, malah terlibat dalam semua aktiviti ekonomi,"

Kaum bumiputera tidak pernah meminta pengagihan ekonomi dan kekayaan saksama antara kaum atau pun sama rata (50:50), tetapi hanya satu pertiga daripadanya.

Menteri Kewangan II, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah berkata, apa yang diminta ialah satu pertiga kekayaan ekonomi daripada dua pertiga masyarakat di negara ini.

Katanya, golongan bumiputera sejak sekian lama telah menerima pakai definisi satu pertiga itu sebagai satu pengagihan yang sudah adil.

"Daripada segi peluang kerja, sektor awam menyediakan 11% manakala sektor swasta 89%.

"Apa yang saya cuba katakan ialah wujud banyak peluang dalam sektor swasta tetapi malangnya banya ahli perniagaan Bumiputera dan profesional merasakan mereka tidak diberi peluang yang adil dalam sektor swasta. Sebagai contoh, hanya sebilangan kecil Bumiputera diperingkat pengurusan atasan," terang beliau. ( Datuk Seri Abdul Wahid Omar )

Tidakkah mereka semua merujuk kepada apa disebut sebagai Kuota 30% Bumiputera ?

Daripada kita melayan serangan pembangkang dalam isu ini, ada baiknya kita pula yang minta mereka jelaskan apakah yang mereka maksudkan bila mereka dengan tegas berkata pembangkang HORMAT akan Hak Istimewa Bumiputera. Apa yang mereka faham bila mereka sebut 'Hormat' ?

Hormat yang bagaimana ? Hormat dengan apa yang tercatat saja tapi tidak hormat kepada usaha mahu mencapai nya ?

Bagaimana kalau kita pula yang minta pembangkang berikan cadangan terbaik mereka bagaimana kerajaan harus bertindak dalam usaha mahu mencapai apa yang mereka sendiri hormat sebagai Hak Istimewa Bumiputera ?

Waktu sama saya juga suka melihat isu ini dari sudut pemahaman rakyat secara keseluruhan akan isu Hak Istimewa Bumiputera ini. Apakah usaha dari kerajaan mahu memahamkan rakyat akan perkara ini terutamanya akan keperluan kenapa Hak ini perlu disokong oleh semua ?

Kita tidak boleh menyalahkan sepenuhnya mereka yang tidak faham terutamanya generasi baru yang rata2 agak liberal pendirian mereka kerana kita sendiri yang tidak mendidik mereka. 

Apakah isu kaum masih menjadi Taboo dalam sistem pendidikan kita dimana generasi muda dinasihatkan supaya tidak membincangkannya secara terbuka ? Mereka tidak diajar perkara sebenar, tidak digalakkan berbincang maka akan wujud satu vakum dalam soal perkongsian ekonomi negara antara kaum.

Masalahnya, vakum itu diisi dengan konsep Hak Kesamarataan oleh mereka yang - diluar kata hormat tapi didalam menentang sekeras2nya Hak Istimewa Bumiputera.

Hasilnya lahirlah generasi rakyat tidak faham dan menentang apasaja Dasar2 Affirmatif yang cuba diwujudkan bagi merapatkan jurang antara kaum. Dan berkembanglah fahaman Kesamarataan yang ironinya tambah melebarkan jurang itu.

Kesan jangkapanjangnya ? 

PS - Berpuluh tahun sejak Peristiwa 13 Mei 1969, rakyat masih tidak faham atau tidak mahu belajar daripadanya.

Share this article :

+ comments + 6 comments

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
October 1, 2013 at 4:59 PM

boleh admin siasat brp ramai pekerja melayu yg bekerja di ibu pjbt google di amerika syarikat yg dibangga2kn oleh pm kita tempoh hari dan tengok juga brp ramai yg bekerja di ibu pjbt google yg berada di negara kita ! apakh jwtn2 yg di pgng oleh orng melayu.tengok gmbr semuanyer muka hindu dan cinabeng .itu yg kita nk bangga2kn sngt ?

....................
Reply To This Comment ...................
October 1, 2013 at 5:25 PM

buat ketika ini sasaran (dah berpuluh tahun dah) masih tidak tercapai. depa akan terus attack dasar ini sampai kiamat.

'Menteri Kewangan II, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah berkata, apa yang diminta ialah satu pertiga kekayaan ekonomi daripada dua pertiga masyarakat di negara ini'

1. pasai apa KENA MINTAK? (tuan tanah kena mintak izin ka? memang pelik atau too generous or too kind or too weak) 2. why not 60% or 70%?. melayu yg pegang kuasa dari merdeka, apa dah jadi, apa yg berlaku sekarang & apa nak jadi kemudian? ada kuasa guna jgn salah guna. ni pun nak kena habaq ka? 3. pasai apa bagi lesen halal kat cina?

....................
Reply To This Comment ...................
October 1, 2013 at 5:45 PM

Din,

Pertamanya Din aku tak suka angka 30 peratus tu.

Kenapa penduduk yang 67% hanya boleh dapat 30% di negara mereka sendiri. Walhal penduduk yang 30% mahu bolot 70% cake ekonomi negarai ini.

Sudah sampai masanya angka 30% tu dibakul sampahkan dan kita berjuang untuk 70%.
Adakah cadangan saya ni rasis? Saya tak mahu ambil pun yang 30% tu.

Saya suka kepada statistik peluang kerja diatas dimana sektor kerajaan hanya 11% dan swasta 89%. Sudah sampai masanya kerajaan mengeluarkan angka2 peratusan mengikut bangsa dan peringkat pengurusan di sektor swasta.

Mahukah mereka ini membuka peluang kerja kepada bumiputra.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
October 1, 2013 at 6:47 PM

56 tahun merdeka kita masih menagih kebenaran dari orang cina untuk kita memiliki 30% ekonomi negara. Formula ini sudah lapuk,kita kena sasar 60% ekonomi dari sekarang mungkin kita boleh capai setengah dari itu. Orang Cina sudah kuasai semua bidang business dalam Malaysia sekarang oleh itu kita kena guna cara yang aggressive untuk mencapai quota ini.

Alfie

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
October 1, 2013 at 6:59 PM

bro din , saya hairan mengapa pemimpin2 melayu pobia sangat dengan peratus/persen2,kalau bagi 100 persen cina sial ni tak kan puas hati punya. olih itupergi pergi mampus dengan salakan mereka ,langar peratus langar quota, langar semua janji kita buat apa yang baik untuk orang kita melayu.peduli apa dengan rasis , kalau di layan sampai kiamat pun mereka akan cakap juga . tukar najib , tukar KJ , kasi tumbang sama kerismudin, kasi tolak nazeli ,berhentikan PEMANDU yang bawak pergi gaung, tukar patail,idris jala.

bro din ,

lagi 1 opis khazanah nak buka dkat turki,mungkin tengah cari opis yang paling cantik dan grand ,nanti najib bolih rasmikan...

....................
Reply To This Comment ...................
Melayu Kampung
October 1, 2013 at 9:56 PM

Hakikatnya bangsa cina ni dah robohkan terus jambatan persahabatan dan kerjasama dengan orang Melayu. Bukan orang Melayu yang menolak mereka tapi mereka dengan rela hati melakukannya. Selagi kita cuba hendak melayan karenah mereka ni, maka selagi itulah kita akan lupa bahawa kita sebenarnya BOLEH hidup tanpa mereka.

Lupakan saja angka 30% tu. Kerajaan harus beri tumpuan kepada 67% bumiputera yang mendiami negara ini. Sekiranya mereka hendak merasa sama akan agihan kekayaan negara, mereka kenalah bina semula jambatan yang telah dirobohkan. Tapi kali ini kita tak boleh buka laluan begitu saja. Mestilah bersyarat. Paling tidak kalau nak guna jambatan tu, kenalah bayar tol. Harga kita letak. Tak mahu bayar, duduk saja diseberang sana.

Post a Comment