........... Saya Sokong Ahli Farmasi Ni Jadi Ahli Majlis Tertinggi ! | dinturtle - Blogger PARTI MELAYU

Saya Sokong Ahli Farmasi Ni Jadi Ahli Majlis Tertinggi !

Thursday, October 17, 20131comments

Artikel ni biasalah, nak promote calon ! Tapi saya kalau promote mamat ni bukan main angkut jer, takde bayar2 ok.... ikhlas punya promote ni. Sebab saya kenal dia dan saya rasa dia layak.

Nama dia Tun Faisal dan dia calon No 60 bagi kerusi Ahli Majlis Tertinggi. Saya pernah promote mamat ni masa dia menunggu keputusan rayuan kelayakan untuk bertanding dulu, dan sekarang dia dah layak. 


Cukuplah satu kali tu saya promote, mana boleh lebih2 ....hehehehe... TAPI lepas baca artikel dari agendadaily ini yang banyak menyingkap siapa Tun Faisal ni, saya terpanggil nak kasi UP satu kali lagi.

Sebelum ni saya tak tahu pun sejarah dia, saya sokong berdasarkan pengalaman saya pernah berurusan dengannya dan apa yang beliau tunjukkan waktu itu, saya respek dia. Kali ni saya nak sokong berdasarkan apa yang saya baru tahu mengenai personaliti beliau pula.

Pertama dia ni cerdik ! Bekas pelajar Kolej Islam Kelang dan lulusan ijazah Sarjana Muda Sains Farmasi dari USM dan pernah menjadi Ketua Jabatan Farmasi di Selangor Medical Centre.  

Serius ni, jika mahu diukur ikut kelayakan akademik saja pun, Tun Faisal dah layak ! Mamat ni ahli Farmasi tuh ! Mungkin tak se level doktor tapi beliau tahu tentang memberi preskripsi ubat2 tertentu untuk merawat penyakit2 tertentu dan Umno sememangnya tengah sakit....

Kemudian kemahiran, pendedahan dan sikap mesra media sosial Tun Faisal, saya percaya tidak ada calon lain yang boleh menyaingi beliau. Umno perlu seseorang seperti itu untuk berada dalam barisan kepimpinan tertingginya kalau tidak mahu terus tertinggal dalam persaingan pengaruh media sosial. 

Kalau sebelum ini unit UMB hanya dikaitkan dengan Pemuda, kemungkinan Tun Faisal mampu menaikkan taraf UMB ke peringkat pusat. Umno pastinya tidak mahu melihat momentum yang sudah dicapai sebelum ini dalam dunia siber terbantut ..... kena diteruskan dan dengan lebih meluas serta agresif !

Tak kiralah anda sokong atau tidak UMB ini, tapi tidak ada siapa boleh menafikan peranan besarnya  dalam mendidik warga Umno supaya lebih celik kepada media sosial. Tanpa menafikan peranan group2 media sosial lain ...


Tun Faisal juga tidak gentar untuk berdepan dengan pembangkang baik dalam media sosial mahupun berdebat. Bukan apa, ini menunjukkan yang beliau yakin dengan pendirian dan cukup bersedia dengan fakta bagi menyokong pendiriannya.

Korang bacalah artikel menarik di AgendaDaily ni untuk mengenali Tun Faisal lebih dekat lagi dan kenapa saya sokong beliau sebagai calon pilihan saya untuk kerusi Majlis Tertinggi.

Siapa lagi calon MT yang saya sokong ? Mana ada .... Tun Faisal sorang ni jer sebab saya tidak akan sokong begitu saja tanpa mengenali sedikit sebanyak tentang pemimpin itu. 

Saya tak kata calon2 lain tu tak bagus .... cuma saya tak kenal jer untuk saya letakkan nama saya dibelakang mereka.

Share this article :

+ comments + 1 comments

....................
Reply To This Comment ...................
October 17, 2013 at 6:57 PM

Saya setuju dengan TF. Dia dh layak utk bertanding dan saya doakan dia menang tapi bos dia Hisham pula saya doakan dia kalah.

Post a Comment