........... Prk Sg Limau - Pas Takder Arah Langsung ! | dinturtle - Blogger PARTI MELAYU

Prk Sg Limau - Pas Takder Arah Langsung !

Sunday, October 27, 20134comments


Sudah hampir seminggu sejak kempen Prk Sg Limau menjadi rancak dan walaupun saya tidak menulis apa-apa mengenainya, saya tetap juga mengikuti rapat isu2 yang dibangkitkan oleh kedua belah pihak Umno dan Pas.

Seriusli saya nak tanya ni ..... Dah seminggu kempen dan saya masih tertanya2 - Apa isu besar di Prk Sg Limau selain isu tumpang nama arwah Azizan ?

Sekurang2nya Umno ada juga point yang mereka bawa tapi Pas ? Sepanjang yang saya ingat, Pas hanya memainkan isu tumpang nama arwah jer dan klimaks mereka setakat ini adalah soal hubungan persaudaraan calon Pas dengan arwah. 

Penting sangatkah hubungan persaudaraan darah itu untuk dijadikan syarat menjadi wakil rakyat yang terbaik bagi mewakili penduduk kawasan Sg Limau ? 

Satu lagi isu yang hebat dimainkan oleh jentera Pas yang diketuai oleh Mahfuz adalah - Menumpang nama Haji Baharom Ramli, ayah kepada Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Jamal Khir.

Tumpang nama lagi ....... Pas dah takde isu setempat langsung kah ?

Artikel Utusan ini menjelaskan dengan begitu baik perjalanan kempen Prk Sg Limau setakat ini dengan membentangkan 5 hujah Pas yang dengan begitu mudah sekali dipatahkan oleh Umno.

Pas bertanding demi politik, BN bertarung demi rakyat

1 - penambahan kerusi BN di Sungai Limau tidak akan mengubah status pentadbiran parti itu, sebaliknya kemenangan BN akan menyebabkan parti tersebut menjadi angkuh

Memang benar, keputusan di Sungai Limau tidak akan mengubah status pentadbiran kerajaan negeri tetapi apakah ini bermaksud Pas mahu membiarkan sahaja penduduk Sungai Limau berada dalam kedudukan sekarang yang dilihat ketinggalan dari segi arus pembangunan?


2 - mereka mahu mengekalkan kerusi tersebut kerana ingin menjadi pemantau kepada kerajaan demi kebaikan rakyat.


Benarkah Pas boleh menjadi pemantau kepada kerajaan negeri sedangkan apa yang kita saksikan selama ini bukan sahaja di Kedah malah di seluruh negara, Pas dan pembangkang sentiasa sahaja mencari alasan untuk memburuk-burukkan kerajaan BN. Biarpun apa yang dilakukan oleh BN demi kebaikan rakyat, Pas dan pakatan pembangkang akan memutarbelitkan usaha itu demi meraih sokongan politik.


Sekarang ini pun dalam kempen pilihan raya di Sungai Limau, pelbagai tuduhan mereka lemparkan kepada pentadbiran kerajaan negeri tanpa mengkaji apakah dakwaan mereka benar atau tidak, adakah ini pemantau yang dikehendaki dalam Islam?

3 - jika Sungai Limau berada di tangan pembangkang, BN sebagai kerajaan akan berusaha merampasnya untuk Pilihan Raya Umum Ke-14, maka rakyat akan mendapat pelbagai nikmat pembangunan yang dilakukan oleh kerajaan dalam usaha memenangi hati rakyat.


Ini membuktikan Pas tidak berupaya melakukan apa-apa sebaliknya mengiktiraf keupayaan BN untuk melaksanakan pembangunan tetapi akhirnya Pas akan mengamalkan sikap 'lembu punya susu sapi dapat nama' dengan mendabik dada apa yang BN lakukan adalah hasil tekanan dan desakan mereka.

4 - kemenangan Pas akan menghantar mesej kepada kerajaan BN di pusat supaya jangan sewenang-wenangnya membuat keputusan yang kononnya bagi mereka merugikan rakyat

..... ia sekali gus menunjukkan parti itu terus dengan pendekatan politik ketinggalan zaman dan hakikatnya tidak mempunyai apa-apa agenda untuk membela nasib penduduk Sungai Limau. Sebaliknya mereka mahu 'memperalatkan' pengundi Sungai Limau demi kepentingan politik pakatan pembangkang.

5 - UMNO sudah diberi sebuah negeri, maka wajar sangatlah Sungai Limau (cuma sebuah DUN) diberi kepada Pas.

...menunjukkan Pas hanya mahukan kerusi itu semata-mata kerana politik tidak lebih daripada itu. Demikianlah sikap Pas, mereka mahu mempertahankan kerusi DUN Sungai Limau atas tujuan politik dan bukan untuk membela nasib rakyat di situ.

Bagi saya, semua hujah2 diatas sememangnya sudah dijangka dari parti Pas sebabnya, kesemuanya adalah hujah2 bersifat CAKAP-CAKAP. Hujah2 yang tidak memerlukan sebarang komitmen nyata yang boleh dijadikan kayuukur. Dengan katalain - Retoriks.
Calon BN - Ahmad Sohaimi Lazim

PS - oya, Prk kali ni Pas takde Manifesto ke ?

Share this article :

+ comments + 4 comments

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
October 27, 2013 at 3:24 PM

Apa pasal PAS tak bawak isu agama, isu kalimah allah, isu haram halal, isu munafik semua tu? Bos DAP tak kasi PAS bawak ke?

....................
Reply To This Comment ...................
October 27, 2013 at 4:26 PM

@Anonymousitu kena tanya Mahfuz

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
October 28, 2013 at 1:55 AM

kalau tanya mahfuz...... nanti dia jawap, aku pun dah nak MAMPUS..

....................
Reply To This Comment ...................
October 29, 2013 at 11:37 AM

Mana isu Hudud? Mana isu negara Islam?

Bagi saya din,kredit harus diberi pada Dato'Mukhriz. Agenda politik kasih sayang serta kesederhanaan yg beliau terapkan dlm kepimpinan kerajaan Kedah seakan-akan bakal menghancurkan Pas di Kedah.

Imej baik yang beliau telah mulakan sejak menjadi MP Jerlun sejak 5 tahun lalu beliau teruskan dengan penuh Istiqamah.

Dulu Pas akan berbangga dengan gambar2 calon mereka menjadi imam, mereka makan bersila dgn org kampung, mereka bawak ulama2 untuk berkempen.

Tapi segala pendekatan mereka telahpun diambil alih oleh Mukhriz. Org Pas sendiri dh mula goyang bila tgk Mukhriz boleh duduk 1 majlis dgn Mufti Kedah yg diketahui org kuat Pas iaitu Dato Badaruddin Ahmad,malah gambar Mukhriz berjumpa dengan ramai guru pondok di Kedah semakin menggentarkan Pas. Sampaikan Kg.Memali di Baling yg menjadi KAWASAN HITAM bagi umno pon dia dah masuk utk berjumpa rakyat di sana yg diketahui umum KARAT HIJAU.

Post a Comment