........... Prk Sg Limau - Mahfuz Sudah Langgar Authority Tertinggi Parti Pas ! | dinturtle - Blogger PARTI MELAYU

Prk Sg Limau - Mahfuz Sudah Langgar Authority Tertinggi Parti Pas !

Monday, October 28, 201311comments


Rasanya ramai yang dah baca satu SMS berbaur fitnah yang mengaitkan Mahfuz yang tersebar luas didalam handfon dan alam maya ini -


"Calun BN Sg Limau tu Ahmad Sohemi bukan pelajar pondok pak ya tapi jadi cikgu sementara ja. Dia bukan pendidikan agama. Jadi pensyarah pun bidang sains politik ja. Beliau pernah mendapat rawatan mental satu masa dulu. La ni menetap di Tg Malim. Ramai orang tak kenal beliau di DUN Sg limau. Fikirlah". 


Dan ini komen Mahfuz dari Harakah -

Jelas Mahfuz, beliau bukan ahli politik yang bodoh untuk mencalarkan imejnya sendiri. Mahfuz berkata, sms itu telah di 'print screen' dan sudah tersebar di laman 'Facebook' membuatkan beliau dihujani panggilan telefon bagi mengesahkan perkara itu.

"Wallahi Wabillahi Watallahi. Saya tidak buat perkara-perkara yang menjatuhkan imej saya sendiri," katanya dalam sidang media di Markaz Induk PAS PRK Sungai Limau.

Mahfuz percaya perbuatan keji terbabit adalah semata-mata mahu menimbulkan provokasi dan .......

WOOIT, STOP Jap ! Gostan balik ......

Beliau bukan ahli politik yang .....

Depan sikit .....

"Wallahi Wabillahi Watallahi. Saya tidak buat perkara-perkara yang menjatuhkan imej saya sendiri,"  
 

Haaaa....... Kenapa ya, bila baca ayat ni, saya boleh terkenang SPENDER PUTIH ! ?

Tu Mahfuz sedang melafazkan SUMPAH LAKNAT dengan nama Allah kan ....... Sebab payah sangat nak buktikan yang dirinya tidak bersalah, demi menjaga maruah dan integriti dirinya, demi menunjukkan kepada dunia yang beliau bukan seorang ahli politik yang bodoh dan paling utama kerana beliau yakin dirinya dipihak yang benar .... maka Mahfuz BERSUMPAH.

Hmmmmm ..........




Teringat sehari sebelum PRU13 tersebar berita yang Mustafa Ali bakal mengangkat sumpah di masjid Rusila bagi membuktikan dirinya bukanlah Mat Spender. Punyalah ramai manusia berbondong2 berjalan ke Masjid sebab parking kereta saja hampir 1 km jauh, semata2 nak dengar sumpah Mustafa, tapi akhirnya -

- Berkenaan dengan sumpah laknat, Mustafa kata setelah merujuk kepada Nik Aziz dan Hadi, kedua2nya mengatakan sumpah laknat TIDAK PERLU. Menurut mereka, pihak yang menuduh yang seharus bersumpah bukannya pihak yang dituduh.

- " Ini adalah pandangan AUTHORITY, tiada yang lebih tinggi dari Mursyidul Am " kata Mustafa Ali. - ( KLiK )

.
Pandangan AUTHORITY, tiada yang lebih tinggi dari Mursyidul AM, mengatakan - Pihak yang menuduh yang seharusnya bersumpah bukannya pihak yang dituduh !

Waktu itu saya bertanyakan - Apa yang payah sangat Mustafa Ali nak bersumpah ? Sebulan bertangguh dan nak kena rujuk Mursyidul Am lagi padahal yang menjadi isu adalah maruah peribadinya .... last2 senyap bodoh jer.

Konon nak buat repot Polis .... pun tak dengar cerita ....

Tapi Mahfuz dengan selamba badak, tanpa perlu merujuk sesiapa, dengan segera melafazkan sumpah demi membersihkan namanya.

Mahfuz ni pihak yang menuduh atau pihak yang dituduh ? Mahfuz sudah melanggar AUTHORITY TERTINGGI Pas !

PS - Sebenarnya tindakan Mahfuz bersumpah diatas telah meletak Mustafa Ali dalam keadaan gelisah.... ke.... Mahfuz sengaja nak sabotaj Mustafa ?

Share this article :

+ comments + 11 comments

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
October 29, 2013 at 3:20 AM

Hebat Pok Din Kita Swing Topik...

Alamaaak, Seluar Dalam Putih... Untuk Parti Hijau Putih..

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
October 29, 2013 at 6:00 AM

Tujuan asal bersumpah adalah untuk menyekat merebaknya fitnah. Tentang sama ada bersalah atau tidak, ianya akan diputuskan dalam perbicaraan mahkamah syariah. Mahkamah syariah lebih afdal dari mahkamah sivil kerana peguam tidak boleh memutarbelit fakta kerana segala hujah diambil dari Al-Quran dan hadis. Dalam hal ini, kita melihat bahawa mahkamah adalah lebih adil, lebih telus dan LEBIH BERAUTORITI. Bukan tok guru atau mana-mana ulama sekalipun. Hanya orang kristian sahaja yang merujuk kepada paderi jika telah melakukan kesalahan dan paderi diberi autoriti untuk memberi pengampunan.

Dalam kes Stopa, saya melihat beliau sama seperti Anwar iaitu mengelak dari melakukan sumpah. Sumpah merupakan jalan yang paling mudah untuk membersihkan diri dari fitnah. Bagi Mahfuz pula, saya respek beliau kerana beliau mempunyai pemikiran luar kotak. Saya suka sebenarnya dengan cara Mahfuz mengendalikan damage control. Lagipun Mahfuz bukannya seorang pemimpin PAS. Beliau ialah pemimpin PR. Soal autoriti dah tak penting bagi beliau. Yang penting, beliau sentiasa ada cara untuk menyelamatkan tengkuk sendiri. Eleh Din, ko tu kan peminat Mahfuz. Takkan ko tak kenal cara dan style Mahfuz dalam menyelesaikan masalah. Takat benda kecik macam tu, kacang jer bagi Mahfuz yang kita sedia maklum mempunyai kepakaran dalam pelbagai bidang.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
October 29, 2013 at 7:29 AM

hihihi.. pedih.. pedih.. cara bersumpah tu PAS baru terjumpa dalam kitab.. dulu kitab duk kat bawah timbunan sampah sarap..

....................
Reply To This Comment ...................
Mat Put
October 29, 2013 at 7:32 AM

Bang din, nak tanye sikit..

AUTHORITY tu binatang ape? Sejenis kuih kah?

....................
Reply To This Comment ...................
October 29, 2013 at 7:35 AM

"Wallahi Wabillahi Watallahi. Saya tidak buat perkara-perkara yang menjatuhkan imej saya sendiri,"

agak2 adalah dia hanya buat benda yang akan menjatuhkan imej orang lain ?

....................
Reply To This Comment ...................
October 29, 2013 at 8:55 AM

Ha ha ha!!! menarik nih.. nasib baik blog DT ni bukan Utusan, kalau tak beserabut kepala otak orang tua tu nak jawab. apapun syabas DT, anda penganalisis terbaik..

....................
Reply To This Comment ...................
October 29, 2013 at 8:59 AM

Saya sangat menghormat cara Din Turtle menulis dengan tidak terlalu mencerca atau memperlekeh sesama Melayu Islam.
Saya copy-paste, di bawah apa yang saya baru komen dalam MyMassa yang nampaknya menyokong KJ.

Saya penyokong UMNO dan saya tidak mahu orang Melayu terus berpecah dan bersengketa.

Merujuk kepada article dalam posting, "Ceramah PAS di PDM Kabu 10 sesak dengan 10 ribu hadirin!"

Inilah akibatnya orang Melayu di ajar baca Koran dalam Bahasa Arab.
Tak faham apa pun yang di baca.
Bila berjumpa, beri salam tapi tak sedar dan faham apa yang di ucapkan. Bila bersalaman, tak tengok muka pun.
Ketuk pintu rumah orang, bagi salam. Tak tahu orang ada rumah ke tidak.
Salam dah membawa maksud, ' Ada orang dalm rumah tak ni?'

Hanya pentingkan diri sendiri dan mahu tunjuk hebat. Kalau ya pun di 'upah', jaga lah hati sesama Islam.

Menghina, memfitnah dan memperlekeh sesama Melayu Islam, tak sudah-sudah.
Patut la, di seluruh dunia, Umat Islam asyik bersengketa dan berbunuhan sesama sendiri. Tanpa di sedari kedua-dua puak ini telah memperkayakan orang bukan Islam dengan membeli senjata untuk membunuh saudara seagama. Kerana, terdesak tamak dan kemaruk wang mereka bersubahat pula dengan US ataupun Israel untuk mengulingkan kerajaan Islam. Lepas di tuduh pula US dan Israel punca kepada masaalah orang Islam.

Bila kali terakhir kita dengar atau baca, orang Cina dalam DAP, Gerakan dan MCA, memperlekeh atau mengecam sesama mereka?
Sepakat mereka menyalahkan Perkasa, sebagai 'ancaman kepada perpaduan kaum di Malaysia'.
Tanpa rasa malu Gerakan mengutuk Perkasa atas kegagalan mereka, walaupun Perkasa belum wujud semasa Gerakan kehilangan Pulau Pinang, 2008.
Mereka tidak berani mengutuk Hindraf, Dong Zong dan DAP sebagai ancaman sebenar kepada perpaduan kaum di Malaysia. Faktanya:-

Dong Zong di tubuhkan pada 1955.

Hindraf ditubuhkan pada 2006.

Pada zaman Pak Lah yang lemah dan corrupt. Kehilangan 2/3 di Dewan Rakyat dan nampak seperti UMNO tidak lagi dapat mempertahankan kepentingan Melayu (seperti termaktub dalam Perlembagaan) dan akibat didesak dengan berbagai tuntutan melampau golongan extremist, perpecahan orang Melayu di sebabkan seorang peliwat yang tamakkan kuasa dan harta,
PERKASA ditubuhkan, pada April 2008, sebulan selepas PRU13.

Siapa yang paling lama, menjadi ancaman kepada perpaduan kaum di Malaysia?
Sepatutnya Perdana Menteri, semasa beliau berucap pada Convenshen Gerakan, bertanya di atas pentas:-
'Siapa yang mengundi PR pada PRU lepas, sila angkat tangan".

....................
Reply To This Comment ...................
October 29, 2013 at 10:55 AM

Biasa la bro. Bila kena pada batang hidung sendiri kata pulak orang yang menuduh yg kena sumpah.Bila Saiful sumpah laknat dan buat tuduhan,dia pulak nk dihukum Qazaf atas alasan tak ada 4 saksi yang adil. Tapi masa Mat Subu beri anugerah AL-JUBURI dulu tak ada pulak disuruh bersumpah ker,dikenakan qazaf ker sebab tak bawak saksi. Apa pon tak kena.

Agama dilacurkan dengan harga yang sanagt MURAH dan jijik. Sebab 2 sy TERPAKSA undi umno kerana sehina dan sehajat umno,diaorg tak berani keluarkan hujah agama untuk menutup kerja setan yang mereka lalukukan.

....................
Reply To This Comment ...................
October 29, 2013 at 11:24 AM

@RD."'Siapa yang mengundi PR pada PRU lepas, sila angkat tangan".

I Like !

Ya, saya setuju dengan pemerhatia saudara. Mereka tidak pernah mau menghina / mencerca sesama kamu mereka.

Akan saya guna point ini dalam artikel saya nanti :)

....................
Reply To This Comment ...................
October 29, 2013 at 11:27 AM

@To Live AgainPoint utama artikel ini adaah untuk menunjukkan betapa Pas hanya menggunakan agama demi kepentingan politik. Main ikut 'dan' jer.

Kalau sesuatu itu dipegang kuat, mereka akan KONSISTEN. Dan disini kita lihat KONSISTENSI itu tidak ada. Saya percaya orang Pas sendiri dah lupa kenyataan mengenai Authority yang disebut Mustafa 5 bulan lalu itu.

Kebenaran hanya untuk mereka yang mahu berfikir.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
October 29, 2013 at 12:18 PM

salam,

tu pasal pm ah jib gor nak ikut teknik mahpuz berfikir. subsidi gula dikurangkan kerana mencegah rakyat malaysia mendapat kencing manis. memang luar kotak. mahpuz bersumpah, memang mati terus hujah utk mengaitkan dia dgn sms tu. abis cerita. bila kita selalu pi surau dan dengar ceramah ustaz pas, kita akan tahu kenapa mereka tak takut melakukan kesalahan berulang dan tak takut kepada Allah swt di atas segala ceramah mereka yg mempunyai fakta yg salah atau disampaikan secara mengelirukan.

Post a Comment