........... Perhatian Pusat Zakat - BACA INI ! | dinturtle - Blogger PARTI MELAYU

Perhatian Pusat Zakat - BACA INI !

Friday, October 11, 201315comments

Artikel kali ini saya ingin beri highlight kepada dua artikel rakan blogger Flyingkick yang agak menyentuh hati dan mohon mendapat perhatian dan tindakan segera dari pihak bertanggungjawab. 

1 - TAK KE SIAL NAMANYA APABILA PUSAT ZAKAT MASIH NAK MENYIASAT LAGI 'KELAYAKAN' MUALAF YANG BEKERJA DI RESTORAN CINA UNTUK TERUS HIDUP INI!!!

2 - HAKIM BENGONG! PENGURUSAN MASJID CELAKA! PUSAT ZAKAT SIAL!!!

Tak payah layan lah makihamun blogger tu, lihat pada kes2 yang disiarkan, dan bertindaklah.

Seperkara lagi, kalau tak silap saya, antara natijah yang kita dapat hasil dari pendedahan kes Murtad DUMC dulu adalah modus operandi pihak gereja dalam mengeksploitasikan kedaifan umat Islam melalui pendekatan amal serta diselitkan dakwah secara halus.

Apakah perkara baru dan tindakan baru yang telah Pusat Zakat atau mana2 pihak bertanggungjawab telah laksanakan hasil dari pendedahan kes Murtad DUMC ?

Atau anda juga seperti ramai lagi rakyat lain hanya melihat kes itu dari sudut politik semata2 ?

Tanyakan persoalan ini - Kenapa pihak gereja mampu mendekati golongan asnaf yang sepatutnya menjadi tanggungjawab Pusat Zakat untuk bantu ...... atau dari sudut lain pula, Kenapa golongan asnaf yang seharusnya mendapat bantuan dari Pusat Zakat pergi kepada pihak Gereja untuk mendapatkan bantuan BUKANNYA kepada Pusat Zakat ?

Saya tidak mahu tuduh sebarangan kerana saya sendiri tidak arif dengan gerak kerja Pusat Zakat tapi bila kes2 diatas dihebahkan, nak tak nak, ia buat kita tertanya2 ....... apakah Pusat Zakat kita ini tidak mesra 'pelanggan' ? Atau terlalu banyak birokrasi ? Atau pegawai2nya banyak songeh ? Atau perkhidmatannya lebih bersifat waktu pejabat ? Atau ..... terlalu banyak persoalan timbul akan tahap efisien nya anda !

Tambah sakit hati kalau terbaca adanya projek2 bangunan yang megah yang dibina hasil duit zakat oleh pusat2 Zakat ini ..... tapi waktu sama, kepada gereja juga yang dituju golongan miskin untuk mendapatkan bantuan menyara kehidupan seharian.

Share this article :

+ comments + 15 comments

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
October 11, 2013 at 1:14 PM

diaorang kerja kat pusat zakat tu cuma untuk dapat duit gaji je sebab tu buat kerja macam taik. lebih baik kerja kat kilang arak kalau macam tu punya perangai. apa bezanya diamanahkan untuk buat kerja tapi tanak amanah dengan kerja kat tempat yang diragui halal haramnya

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
October 11, 2013 at 1:33 PM

bro din..pusat zakat memang dah jadi glc... kpi mereka adalah berapa juta dapat kutip, bukan berapa dibelanja....untuk asnaf... conoh ada pusat zakat siap buat hotel untuk tambah pendapatan... siapa mengurus pusat zakat ni sebenarnya? kalau ada orang pusat zakat yang datang buat penerangan pasal kewajipan bayar zakat siap boleh baca ayat Quran lagi... jadi aku rasa orang agama yang urus... tapi bila jadi macam ni aku jadi tak paham... lebih pelik bila ada orang besar boleh pakai dulu dui zakat untuk keperluan peribadi, tapi orang miskin dan asnaf dilayan macam najis...

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
October 11, 2013 at 2:12 PM

saya sangat bersetuju dengan saranan saudara admin. wang zakat digunakan untuk projek bangunan yang megah. sememangnya berlaku dimana sesudah projek siap, sebahagian dari bangunan tersebut dijual kepada bangsa bukan Melalyu. sangat sedihnya bangunan yang dibina itu adalah tanah yang berstatus wakaf. apa nak kata, kuasa ditangan mereka dan kita hanya mampu melihat.

begitu juigalah dengan wang masjid yang bertimbun tuh. pengerusi masjid bersilih ganti mengikut pergolakan UMNO. setiap pengerusi yang terpilih akan membuat projek samada membesarkan ruang masjid atau tandas. ruang masjid yang ada sekarang nih belum pernah penuh dengan jemaah tapi nak dibesarkan lagi. kalau tak der projek mungkin takder hasil.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
October 11, 2013 at 2:14 PM

Tak wajar terus tuding jari dan menyalak pd PPZ. Bureaucratically ini bawah tanggungjawab Pak Menteri utk come up dgn SOP yg jelas bagaimana nak tingkatkan effectiveness & efficiency organisasi PPZ. Ini memerlukan team penasihat yg high-power thinking. Kalau tidak golongan asnaf ni akan jadi mangsa habuan team high-power gereja. Contohnya, peranan masjid stempat, JK Masyarakt, JK Kampong, JK Penduduk dan juga YB (Yang Berkhidmat) Wakil Rakyat. Ini tidak memerlukan otak geliga saintis nuclear utk perkemaskan modus operandi PPZ. Hanya sedikit innovative approach diperlukan. Apakah puak agamawan di PPZ kurang enthusiastic & tidak berstamina dlm jalankan tugas mereka? Ataupun kesan fahaman Arabism telah lama bertapak dlm pemikiran mereka? Jika ia, ini petanda Qalbu tidak sihat. RD5

....................
Reply To This Comment ...................
October 11, 2013 at 2:25 PM

@Anonymouspart orang besar guna dulu duit zakat .... yang itu memang tak boleh blah !

Orang Pas bila ada kuasa pun balun juga

....................
Reply To This Comment ...................
October 11, 2013 at 2:27 PM

@Anonymouskalau dah banyak sangat duit tak tahu nak bagi siapa, saya nak cadangkan pusat Zakat tubuh dana bantu beri pinjaman tanpa faedah kepada umat Islam yang jadi mangsa hamba kepada ahlong.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
October 11, 2013 at 2:41 PM

Dap Sarawak melalui pusat khidmatnya di Petra Jaya,Kuchign pun dah "menyalak" Baitulmal Sarawak.Kenapa buat bangunan kompleks di Kuching,Miri dan Sibu yg berharga berjuta2 ringgit sedangkan masih ramai Melayu miskin.Bukan saya cakap,ok.Dap yg komplen.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
October 11, 2013 at 3:28 PM

bro..cite byk x guna psl di masjid negara sendiri..semua agamawan dari pengarah sampai ke imam dan bilal yang diorg tau buat keje yg kene buat sahaja,cukup bulan dapat gaji..orang agama mcm tu pun pentingkan duit,inikan pulak tmpt longgokan duit seperti PPZ..sebab tu xde kuliah maghrib ke subuh ke lps isyak ke sebab tu sume perlu ade duit..kalo xde duit jgn hrp imam2+bilal nak buat free2 jer...

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
October 11, 2013 at 5:11 PM

ok kata nak siasat. bukan susah nak siasat pun. mintak je kad pengenalan atau perakuan yg kata dia da masuk islam. nak check utk mualaf bukan sesukar utk tentukan kelayakan fakir miskin. sbb asnaf utk mualaf tak perlu penilaian kewangan pun mcm utk fakir miskin. cukup dia ucap 2 kalimah syahadah kita dah boleh bg dia bhgn zakat tu. tak kira la dia ada banglo dgn perusahaan berjuta2 pun dia tetap berhak utk dpt asnaf zakat tu. biasanya dlm tempoh 1-2 tahun (bergantung pada ketetapan ppz) dia akan layak dapat zakat tu tanpa kira status. kalau lepas tempoh tu mungkin dia tergolong fakir miskin, barulah buat penilaian kewangan. dan sekiranya layak, masuk bawah asnaf fakir miskin pula. ish takkan tu pun pusat zakat tak tau?

jentayu

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
October 11, 2013 at 5:38 PM

tiap2 tahun x miss dpt kad ucapan selamat hariraya drp pejabat zakat.tgk je sampul saya terus buang sambil maki hamun.duit zakat aku bukannya utk beli kad raya ni semua.aku tak perlu pun kad tu.apa lagi zaman dah moden ni,hantar ucapan pakai sms je.tolong ambil perhatian baitulmal johor.saya tak nak kad lagi dah

....................
Reply To This Comment ...................
October 11, 2013 at 5:40 PM

@AnonymousBenda mudah sengaja dipersulitkan ....

....................
Reply To This Comment ...................
October 11, 2013 at 5:41 PM

@AnonymousI LIKE :) !

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
October 11, 2013 at 6:38 PM

salam,

setuju dgn anon 5.38. setiap tahun dpt kalendar meja. mahal juga harganya. kemudian bila pi kedai terjumpa pulak van zakat. gi beli barang utk yg patut dapat kot. baru ni kat trafik light, nampak kenderaan kutipan zakat bergerak. tapi orang miskin macam tu juga. memang terasa benar dengan kajian omputih, orang yg belajar agama kurang cerdik. asyik berceramah salah orang, silap orang, tak bersungguh orang terhadap perintah Allah, perlembagaan dan undang-undang Islam . tapi bab kerja, tak pernah mereka sentuh. macam mana mereka lalai sehingga org islam yg layak tak dpt zakat, org islam tak lalai dalam kewajipan mereka kerana ustaz asyik berceramah bab politik lebih dan sebagainya. org miskin mereka tak tahu tempat utk mereka mengadu kerana mereka perlu bekerja setiap masa. tanpa kerja, tak makan la keluarga tu. tapi harap tak hulur la brim, tapi hulur la bantuan untuk mereka berjaya mengatasi masalah kemiskinan.

saya sangat berharap agar pengurusan zakat dapat menyediakan tempat berniaga yg sewa murah atau percuma dengan bayaran mungkin zakat perniagaan dan membolehkan orang miskin berniaga di bandar besar. mungkin sewa yg murah dapat meringankan beban. tapi perlu la pemantauan, kerana ramai yang suka ambil kesempatan jika ada ruang sekecil mana pun.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
October 11, 2013 at 8:17 PM

bro din.... yang paling aku takut nanti pusat zakat kena pakai consultan untuk tunjuk bagaimana belanja duit zakat.... kuang...kuang...kuang...

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
October 12, 2013 at 6:44 AM

Bro Din, pergi baca web Sarawak Report. Dalam tu banyak cerita pasal pusat zakat bina bangunan-bangunan megah. Bro baca dulu. Mendidih bro. Walaupun web tu bukan jenis "mesra kerajaan", tapi bangunan-bangunan tu memang wujud.

Post a Comment