........... Part 2 - Rakyat Tidak Faham Apa Itu GST ! | dinturtle - Blogger PARTI MELAYU

Part 2 - Rakyat Tidak Faham Apa Itu GST !

Thursday, October 24, 201311comments




Di bawah saya copy artikel KLChronicle, penjelasan oleh PEMANDU mengenai GST. Artikel pernah di siarkan oleh BH dan disebarkan oleh beberapa bloggers sebelum ini. Bagi mereka yang kurang faham tentang GST, saya sarankan anda baca. Penerangan oleh PEMANDU tuh, jadi saya harap anda akan dipandu kearah pemahaman yang lebih jelas.

Tapi sekiranya anda masih kurang faham selepas baca, jangan malu nak mengaku ....... sebab saya sendiri pun masih kurang faham ! Bukan sikit 'kurang faham' tapi banyak.

Bagi mereka yang dah biasa dengan terma2 ekonomi mungkin senang nak terima tapi bagi orang kampung macam saya ni ......terlopong jerlah. Ada satu perenggan yang menarik perhatian saya -

Kerajaan akan membantu peniaga, khususnya peniaga kecil untuk membuat sistem penyimpanan rekod agar mudah peniaga melaksanakan sistem cukai nilai tambah ini tanpa masalah.
.

Tak tahulah dah berapa ramai peniaga runcit dan peniaga kecil lain yang sudah didekati oleh Pemandu atau kerajaan untuk dibantu cara sistem penyimpanan rekod mesra GST itu setakat ini.

Yang pasti, kedai2 runcit dan warung2 kat kampung saya belum lagi !

Itu MAKSUD sebenar artikel saya sebelum ini. ( KLiK ) Nak beritahu kerajaan yang MAJORITI RAKYAT masih tidak faham apakebendanya GST.

Tidak nampak sebarang usaha dipihak kerajaan untuk membantu rakyat memahami dan menerima GST walaupun sudah beberapa kali saya terbaca pengakuan dari para pemimpin yang rakyat masih kurang faham tentang GST. Penjelasan dalam bahasa yang mudah difahami beserta dengan contoh2.

Para pemimpin itu sendiri pun saya ragu2 ..... diorang sendiri dah faham ke ?

Bila terdapat vakum dalam pemahaman rakyat tentang GST, maka mudahlah pembangkang sebarkan persepsi negatif mereka. Makin lama dibiarkan, makin kuatlah penentangan rakyat terhadap GST.

Tidak cukup sekadar berkata - GST tidak akan bebankan rakyat, GST bagus untuk rakyat dan negara bla bla bla .... Itu umpama memaksa rakyat menerima buta apasaja dasar kerajaan ! Bukankah Najib pernah berkata yang era kerajaan lebih tahu dari rakyat sudah berlalu ...... ?

Sebab untuk pengetahuan Najib, tahap kepercayaan rakyat kepada kerajaan untuk ikut buta macam lembu, sudah semakin tipis. Sebabnya, tanya PEMANDU dan errrr .... Ketua Audit Negara.

Oklah, Selamat Membaca !

GST perkemas sistem kewangan Negara (Berita Harian) #KLChronicle

Nampaknya sudah tersebar luas cerita kurang tepat tentang cukai barangan dan perkhidmatan (GST) yang akan diperkenalkan kerajaan tak lama lagi, walhal fakta sebenar tidak dihebahkan. 



Di sini, saya ingin bidas beberapa gambaran palsu tentang cukai itu dan memberikan pembaca perspektif tepat mengenainya.
dilaksanakan kerajaan bagi menyusun semula sistem kewangan negara untuk mencari sumber hasil baru dan memperkemas kaedah kutipan cukai. 

Perkara pertama perlu diingat ialah GST hanyalah antara tindakan yang dilaksanakan kerajaan bagi menyusun semula sistem kewangan negara untuk mencari sumber hasil baru dan memperkemas kaedah kutipan cukai. 

Selain itu, langkah lain juga sedang diambil termasuklah membanteras rasuah, membasmi pembaziran serta mewujudkan proses pemerolehan yang telus. 

GST adalah sebahagian program peningkatan secara menyeluruh dengan penggabungan tindakan lain oleh kerajaan, bertujuan mencapai matlamat sebagai negara maju dan berpendapatan tinggi secara mapan serta menyeluruh menjelang 2020. 

Buat masa ini, asas rangkuman cukai kita terbatas iaitu terlalu bergantung kepada cukai pendapatan, baik cukai korporat mahupun cukai individu. 

Jumlah penduduk Malaysia mencecah 29 juta tetapi bilangan yang membayar cukai pendapatan kurang daripada dua juta orang. 
Takkan individu dan badan korporat yang sama diminta membayar cukai berkali-kali, malah didesak lagi membayar cukai lebih? 

Kita cuma boleh berharap mereka dapat menjelaskan lebih cukai bila pendapatan mereka bertambah. 
Sudah tentu jika kita tidak memperluas asas cukai, tidak mungkin sebarang potongan terhadap cukai pendapatan dan korporat dapat dipertimbangkan. 

Pelbagai sebab yang mendorong kita memperbesar asas cukai, antara lain adalah hasil pendapatan yang tidak dilaporkan. 

Cukai belanja 

Sistem cukai nilai tambah seperti GST adalah cukai penggunaan yang mana bayaran cukai akan dikenakan pada setiap tahap berlakunya penambahan nilai dalam proses itu. Ini bermaksud GST hanya akan dibayar oleh golongan yang mampu berbelanja. 

Jika anda mempunyai pendapatan tetapi tidak membayar cukai atas sebab tertentu, anda masih mahu membeli dan menggunakan barangan. Bila anda berbelanja, cukai yang dibayar sebagai GST dapat disalurkan kepada kerajaan sebagai sumber pendapatan. 

Jika anda bimbang GST akan menyukarkan hidup anda, perlu diingat apabila GST dilaksanakan, kadar cukai sifar boleh dikenakan atas barang keperluan asas sebanyak mana yang mungkin. 

Matlamat ini yang sedang diusahakan kerajaan bagi memastikan rakyat tidak terbeban akibat cukai ke atas barang keperluan asas. 

Apabila GST dilaksanakan nanti, cukai jualan serta perkhidmatan yang kini pada kadar 6.0 hingga 10 peratus akan dihapuskan. 

Pada tahun awal pelaksanaan GST, pendapatan kerajaan belum boleh memperlihatkan keuntungan kerana hasil yang diperoleh akan mengimbangi kehilangan akibat penghapusan cukai jualan dan perkhidmatan. 

Akan tetapi, sesudah beberapa lama, GST akan menyumbang kepada sumber pendapatan kerajaan. 
Langkah yang dilaksanakan bagi mempertingkatkan hasil pencarian rakyat akan menjadikan rakyat semakin mewah. Apabila pendapatan rakyat semakin meningkat dan jumlah penggunaan juga meningkat, punca pendapatan daripada GST juga akan bertambah untuk kerajaan. 

Apa pula manfaat GST untuk rakyat? Pertama, pengguna tidak akan membayar cukai lebih di atas pembekalan barangan dan perkhidmatan asas seperti makanan, pengangkutan awam dan pendidikan kerana cukai akan ditetapkan berkadar sifar untuk barangan dan perkhidmatan tersebut. 

Kedua, penambahan hasil bagi kerajaan membolehkan program kebajikan masyarakat seperti BR1M, iaitu program pemberian tunai untuk golongan rakyat berpendapatan rendah diteruskan. 
Dilaksana pada 2015 

Besar kemungkinan pelaksanaan GST hanya akan dimulakan pada pertengahan 2015 dan itu pun jika GST diumumkan pada bajet akan datang. Hal ini kerana jangka masa antara 12 hingga 18 bulan diperlukan untuk memperkemas pelaksanaan cukai nilai tambah ini. 

Bayangkan sejenak jika anda seorang pengilang barangan pengguna, contohnya minuman dalam botol. 
Anda perlu membeli barangan mentah seperti gula, perisa minuman, botol dan lain-lain daripada pembekal. Pembekal ini akan memasukkan cukai GST dalam harga jualan mereka kepada anda. 

Bila anda menjual minuman anda pula, anda juga harus meletakkan harga minuman yang ditambah dengan cukai GST. Namun, anda berhak membuat tuntutan rebet daripada nilai harga yang tidak anda masukkan, yakni cukai yang dikenakan oleh pembekal ke atas anda. Untuk itu, anda perlu menyimpan semua rekod anda dengan betul dan kemas. 
Bantu peniaga kecil 

Kerajaan akan membantu peniaga, khususnya peniaga kecil untuk membuat sistem penyimpanan rekod agar mudah peniaga melaksanakan sistem cukai nilai tambah ini tanpa masalah. 

Banyak manfaat lain diperoleh daripada sistem penyimpanan rekod ini. Sebagai contoh, kajian menunjukkan bahawa nilai modal yang begitu tinggi mengalir keluar dari Malaysia tetapi nilai itu tidak sama dengan nilai yang tercatat dalam akaun negara. 

Kira-kira 80 peratus daripada nilai itu adalah harga pindah, iaitu syarikat terbabit memindahkan kos mereka ke serata dunia hanya semata-mata untuk mengurangkan bayaran cukai. 

Sesudah pelaksanaan GST, perbuatan seperti ini lebih sukar dilakukan kerana semua rekod akan disimpan pada setiap peringkat dalam proses penambahan nilai. 

Rekod dalam rantai perniagaan akan mencatatkan nama pembekal dan harga bekalan, sama juga bagi anda yang menjual, semuanya akan disimpan. Rekod seperti ini akan menunjukkan dengan mudah sebarang pemesongan yang berlaku. 

Bukan setakat pemesongan nilai modal, malah perbuatan lain juga boleh dikesan menerusi rekod ini. Hal ini memudahkan kastam mengesan mereka yang mengelak duti dan membolehkan Jabatan Hasil Dalam Negeri menyiasat pihak yang melarikan diri daripada membayar cukai. 

Pelaksanaan GST akan memastikan pengemaskinian rekod yang lebih sempurna dan memungkinkan kutipan cukai dan duti yang lebih berkesan pada masa akan datang. 

Cukai bernilai tambah ini sudah pun dilaksanakan di kebanyakan negara dunia serta ASEAN. Malah, negara pengeluar minyak juga sudah melakukannya. 

Perkara yang ingin ditekankan di sini adalah cukai GST ini luas asasnya dan dikenakan berdasarkan jumlah penggunaan. 

Golongan kaya selalunya berbelanja lebih, jadi mereka yang mesti membayar GST, bukannya golongan berpendapatan rendah. 
Susun semula sistem 

Bila dilihat daripada aspek mana pun, GST sememangnya langkah progresif bertujuan untuk menyusun semula sistem cukai negara kita. GST adalah suatu langkah imperatif, kemestian memang bukan satu-satunya sebagai sumber hasil yang mapan bagi sebuah kerajaan ekonomi yang maju dan membangun untuk melabur balik kepada sektor yang memerlukan. 

Penulis ialah Ketua Eksekutif di Unit Pengurusan Prestasi dan Pelaksanaan (PEMANDU) dan juga Menteri di Jabatan Perdana Menteri.

Share this article :

+ comments + 11 comments

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
October 24, 2013 at 5:34 PM

Din,

Perkara yang paling penting adalah GST menggantikan cukai jualan (CJ) dan cukai perkhidmatan (CP) sedia.

Banyak perkara ada CJ dan CJ tetapi ramai tidak sedar kerana sudah termasuk dalam harga. barang.

....................
Reply To This Comment ...................
bluk
October 24, 2013 at 6:27 PM

kalo betol gst ni bagus knp lembap sgt krajaan nk bg pnrangan.knp dberi masa sbyk2nya,ruang sluasnya utk pmbangkang xploit isu ni.klemahan smcam ni la yg buatkn pnyokong2 krajaan makin mluat.ya la,bila kwn2 pmbangkng dok tenyeh pasal isu ni,kami nk jwp pon xbrani.point xdk.lembap.

....................
Reply To This Comment ...................
October 24, 2013 at 6:40 PM

@blukYa betul tu. Para bloggers lain pun bukannya faham hehehe. Kalau tidak dah lama ada yang keluarkan artikel tulisan sendiri apa yang mereka faham tentang GST bukannya copypaste apa yang media lain tulis.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
October 24, 2013 at 8:20 PM

Adakah kerajaan nak mengawal akaun setiap peniaga? Memang betul bahawa ada peniaga yang menyediakan laporan kewangan tahunan yang telah 'dimodified'. Setakat angka-angka tu boleh 'diubahsuai' sehingga nampak seimbang. Kecuali jika kerajaan menyelaraskan semua peniaga WAJIB menggunakan sistem perakaunan yang sama dan semestinya online supaya boleh dipantau oleh Jabatan Audit Negara. Satu soalan dari saya, apakah peniaga pisang goreng di tepi jalan dimestikan menggunakan sistem perakaunan tersebut? Agak-agak jutawan MLM setuju ke tidak dengan cadangan tersebut?

....................
Reply To This Comment ...................
Melayu Kampung
October 24, 2013 at 8:57 PM

Hanya pakar ekonomi yang pandai berbahasa pasar sahaja yang dapat menjelaskan tentang GST ni. Kalau tetap menggunakan bahasa ekonomi, sampai bila pon orang tak akan faham. Contohnya seperti semalam dalam rancangan Soal Jawab TV3. Datuk Jazlan sepagai salah seorang panel cuba buat penjelasan. Walaupun dia berbahasa Melayu, sepatah haram pon aku tak faham sebab dia bercakap dari sudut ekonomi.

Dekat sinilah kelemahan kerajaan nampak nyata. Nak buat benda yang baik tapi tak tahu cara nak buat penjelasan. Sama macam orang umur dah nak masok 40 tahun tapi cuba bercakap dan berperangai macam umur 20 tahun. Memang nampak tak kena. Atau seperti baju saiz "S" tapi beri pada orang berbadan XXL pakai.

Dalam pada itu, kekecohan ini bersifat sementara sahaja. Bila dah dilaksanakan, baru orang akan betul-betul nampak dan faham tentang GST. Aku sendiri nak ambil pendekatan secara tunggu dan lihat. Tak berani nak memandai cuba bagi penjelasan kepada perkara yang sampai hari ini aku tak juga faham-faham lagi!

p/s : Aku hidup dengan menjual char kuey teow (meniaga bukak payung tepi jalan je). Nak kena sediakan software untuk track bisness kecik aku ni tak? Ada siapa-siapa yang boleh bantu beri penjelasan?

....................
Reply To This Comment ...................
October 24, 2013 at 9:04 PM

@Melayu KampungTunggu jelah nanti orang PEMANDU datang !

....................
Reply To This Comment ...................
Melayu Kampung
October 24, 2013 at 9:26 PM

Pemandu lori memang ramai jadi customer aku bro Din! Hahaha

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
October 24, 2013 at 9:50 PM

Di bawah kepimpinn ah jib gong pemalu gpng cina ... Semua urusn diserahkn kepada pemandu. Ah jib gong hanya akan membaca skrip yang dah disiapkn oleh pemandu. Adakah ah jib gong faham apa yang dibacanya ... Tak tahulah aku. Berbeza dgn tun m ... Beliau akan menyerahkan kepada orang yang pakar dalam bidang masing2. Selepas itu tun m akan mendengar taklimat dan kemudian bersama2 berfikir utk mendapat resolusi yang terbaik. Pakar yang ada kat pemandu adalah pakar kaunseling dan bahasa inggeris ... Pakar jenis inilah yg dilantik oleh ah jib gong untuk membantunya dalam urustadbir ekonomi negara. Hebat ah jib gpng sama hebat dengan pemandu.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
October 24, 2013 at 11:59 PM

as salam cik din,
secara asas nya secara mudah, gst sepatutnya menurunkan harga brg. selama ni kita memang dah kena cukai tapi dlm bentuk cukai jualan. bermula dari kilang, pengedar dan kedai, disetiap peringkat ada cukai jualan, cuma dah terselindung dlm harga jualan.

peniaga kena mantain satu akaun utk rekod brapa gst diterima dan dibayar. perbezaan antara kedua, jika bayar lebih boleh lah tuntut or dibawa kehadapan. secara normal nya jumlah diterima lebih jadi perlu buat bayaran ke kastam/lhdn. kerana jumlah diterima or jualan mesti lebih besar dari kos yg kita bayar.

persoalannya
a) jika cukai jualan yg dikena setiap peringkat terhapus, anda percaya ke esok harga turun 10%. atau inflasi terus berlaku mengikut kadar gst yg dikenakan.
b) jika kerajaan nak kena gst, agak2 berapa yg patut. 10% spt cukai jualan. tinggi jugakan, kita naik minyak 20sen, brapa harga naik. semua nak naik. kalau sama kutipannya buat apa nak susah2 nak pakai gst.
c) peringkat implimintasi - perasan tak pemandu bas kita sibuk nak tolong peniaga buat gst. kita tanya lak, brapa kos kerajaan nak implement sistem. dengar ye, kos sistem dan latihan akan melebihi hasil yg akan dikutip. tak lupa kos para konsultan mat saleh.
d) sapa yg akan kutip - lhdn or kastam, perlu diingat kedua ye mempunyai kpi target yg brrbeza. nak buat biarla hampir sempurna, jgn ia akan sebabkan lebih byk ketirisan

aku sokong gst jika buat betul2 pasal sapa belanja byk, dia kena pun byk la gst.

pada aku skarang masa terbaik turun cukai korporat n individu. kita terlalu tinggi cukai banding negara lain. mana ekonomi nak grow kalau semua kilang lari tempat lain.

wallahualam.

yuyu

....................
Reply To This Comment ...................
October 25, 2013 at 9:41 AM

Din
Aku ni bengang dgn kenyataan Ahmad Maslan yg cuba mengelirukan org ramai. Berita astro awani pgi ni dia boleh kata sst sekarang ni 16%. Jadi. Gst akan kurang dari tu..
Seorang lagi menteri cap ayam najib. Bro dia ni sekolah kat mana. Tak kan seorang menteri di kementerisn kewangan tsk tau apa itu sales and service tax (sst).
Sales tax (10%) dan service tax (6%) adalah mutually exclusive. Ini basic bro. Mana boleh dia campur mcm tu. Samaada dia tak tahu atau mahu mengelirukan org ramai. Apa salah kata 10%.
Aku percaya dia akan salahkan reporter. Tapi kenyataan ni dilapor dalam media beberapa hari lepas. Tak pun dia betulkan. Ohh menteri2ku.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
October 25, 2013 at 6:49 PM

Ha ha ha, joke of the DAY,

Barang kalau harga RM100.00 bila GST, dia jadi RM90.00, bila beli kat kedai RM96.00 6% GST, Jimat 4 Ringgit......

Tapi ...... Eletrik/Air kena GST Juga, Kedai paling kurang 4,5 Ratus Sebulan, Air Lagi, kalau 400 + 6% Kena Tambah RM24.00 takkan le kedai nak bagi RM90, dia Jual, RM92

Ehhh ada lagi Kilang pun kena bayar Eletrik/Air, Barang dari RM90 Mau dia naikkan jadi RM100.

Bila balik rumah Eletrik Kalau RM150 Kena tambah RM9, Air Kalau 40, Kena RM2.4


KAT MANA JIMATNYA...........

Post a Comment