........... PANAZZZZ ..... Gereja HALAU Sekolah St Thomas Sebab Nak Ambil Balik Tanah ! ? | dinturtle - Blogger PARTI MELAYU

PANAZZZZ ..... Gereja HALAU Sekolah St Thomas Sebab Nak Ambil Balik Tanah ! ?

Sunday, October 20, 201335comments



Sudah seminggu saya tangguhkan isu ini sementara menunggu tamatnya proses Pemilihan Umno. Ia mula mendapat perhatian saya minggu lepas ekoran tersiarnya artikel Sinar bertarikh 13 Okt 2013 ini - Pertanyaan terjawab. Secara ringkasnya -

Sekolah Kebangsaan ( SK ) St Thomas dan Sekolah Menengah ( SM ) akan dipindahkan, menumpang sementara di sekolah lain bermula 1 Januari 2014 sementara KPM juga dalam cadangan membina satu kompleks sekolah untuk SK St Thomas dan SMK St Thomas tetapi perlu mengambil masa beberapa tahun untuk disiapkan sepenuhnya

MAKNANYA bermula sessi persekolahan 2014 tanah tapak sekolah sedia ada sekarang akan diKOSONGkan.

MB Pahang Datuk Seri Adnan Yaakob berkata -

“Saya sudah hubungi pentadbiran tanah daerah supaya mencari tanah sesuai untuk pembinaan kompleks sekolah. Kami bersedia walaupun harga tanah agak tinggi. Masalah sekarang di mana nak cari tanah dalam bandar,” 

MAKNANYA -  Tapak baru pun belum ada lagi tapi sekolah sudah pun dipindahkan.

Yang menarik minat saya dengan kes ini adalah perenggan ini -

“Geran tanah ini hak gereja. Kerajaan negeri sudah berusaha dan kita tidak mampu pertahankan. Sekarang kita berjaya kekalkan status sekolah, kekalkan pelajar dan cari tanah untuk sekolah,”

Nah ..... apakah persepsi anda setelah baca secara ringkas artikel Sinar itu ? 

Baldi Hell punya gereja ! Senang2 jer diorang nak halau budak2 sekolah tu. Kalau tak silap sudah berpuluh tahun kedua sekolah itu beroperasi di situ. Semua orang Pahang kenal atau paling tidak pernah dengar nama Sekolah St Thomas ni. Ia antara sekolah terbaik negeri Pahang, sekolah Kluster, cemerlang dan berprestasi tinggi. 

Tapi tiba2 pihak gereja rasa nak pakai tanah itu - selepas berpuluh tahun - maka dihalaunya semua dan kerajaan terpaksa memindahkan semua pelajar, guru2 dan kakitangan sekolah. Notis pulak tu beberapa bulan saja. 

Memang nak cari pasal la ni !

Tindakan memindahkan sekolah ini bukan saja akan memberi kesan kepada murid2 tersebut tapi juga kesan kepada murid2 disekolah yang beri mereka tumpang..... selama beberapa tahun sehingga tapak baru ditemui, dibeli dan dibangunkan sekolah baru.

Kenapa yang pihak gereja kejam sangat ni ! ? Kenapa tidak diberikan kelonggaran masa supaya dibangunkan terlebih dahulu sekolah baru barulah dihambat keluar pelajar2 itu ?  Kalau dah berpuluh tahun diberikan izin sekolah itu beroperasi, apalah sangat beberapa tahun saja lagi ? Apa yang terdesaknya diorang ni ?

Tapi waktu sama timbul juga kesangsian ..... gila ke apa gereja ni, diorang tak kisah ke publisiti negatif ekoran tindakan mereka ini ? Macamana nak berdakwah, nak murtadkan orang Islam kalau terpalit dengan kekejaman begini ! ?

Saya cuba cari jika ada sebarang artikel terdahulu mengenai kes ini ..... takkanlah secara tiba2 jer kerajaan negeri dah buat keputusan nak pindah. Takder pun kecoh sebelum ni ? 

Saya terjumpa artikel Berita Harian bertarikh 9 Julai 2013 - Gereja mahu ambil alih semula sekolah. Kata Yang DiPertua PIBG sekolah -

“Kami berharap pengurusan sekolah kekal di bawah Jabatan Pendidikan Pahang seperti sekarang kerana PIBG khuatir pengambilalihan pengurusan menyebabkan sekolah itu ditutup dan dijadikan perpustakaan,”

Hah ! Nak buat perpustakaan ? ? Sebab tu nak halau sekolah yang dah berpuluh tahun beroperasi dan merupakan sekolah terbaik Negeri Pahang ? 

Satu lagi ..... artikel itu bulan Julai, maknanya dalam senyap, sedar2 lepas 3 bulan saja kerajaan negeri Pahang telah mengaku kalah dan bersetuju nak pindahkan kedua sekolah tersebut bermula 2014.

Cepat sekali ! Sebab itu saya katakan ada unsur TERDESAK. 

Ni kena bikin heboh nih ! Kenapa harus dilepaskan pihak gereja begitu saja ....... tapi heran ya, isu ini senyap.

Sengaja saya tunggu selepas tamat proses Pemilihan Umno sebelum saya mulakan serangan terhadap gereja .... mesti gempak nih !

Di takdirkan, beberapa hari lepas saya bertemu dengan seorang wakil dari Badan Bertindak Selamatkan SK St Thomas. Beliau mempunyai anak yang bersekolah disana dan bersama majoriti ibubapa lain telah begitu aktif berusaha menyelamatkan sekolah St Thomas dari terpaksa dipindahkan.

Lama juga saya berbincang dengannya, saya juga ditunjukkan beberapa dokumen berkaitan isu ini. Saya juga diceritakan apa yang telah berlaku, bagaimana beliau serta wakil2 lain telah berjumpa dengan pihak gereja, dengan pihak Kementerian dan Jabatan Pendidikan malah pernah menghadiri perjumpaan dengan pelbagai pihak dalam perjuangan mereka.

Untuk artikel pertama ini, cukup sekadar saya tuliskan yang pihak tuan tanah ( saya tidak mahu gunakan nama pihak gereja kerana tidak mahu isu dipolitikkan ) TIDAK PERNAH berniat mahu menghalau sekolah St Thomas dari tanah mereka. Malah tuantanah TIDAK PERNAH ada apapun isu dengan wujudnya kedua sekolah itu !

Nah, ni dah jadi cerita lain nih. 

Persoalan mula timbul - Kalau tuantanah sendiri tidak halau sekolah tersebut, kenapa perlu kerajaan pindahkan ?

Dan kenapa yang TERGESA-GESA nak kosongkan tanah sedangkan tuantanah sendiri tak kisah pun ?

Saya akan cuba selidik isu ini dan cari jawapannya. Dalam waktu terdekat saya sendiri akan bertemu dan temuramah tuantanah untuk dapatkan cerita dipihaknya. Seperkara yang saya perasan, tidak ada respon pun disiarkan dari tuantanah. 

Siapa sebenarnya yang halau / berusaha pindahkan sekolah itu dan kenapa ?

Kalau benar tuantanah bertindak kejam menghalau kedua sekolah itu, saya ingin tahu apakah projek yang begitu penting untuk dikosongkan tanah itu.

Ada perkara LAIN yang terlibat dalam kes ini ...... apa dia ?

Share this article :

+ comments + 35 comments

....................
Reply To This Comment ...................
October 20, 2013 at 7:01 PM

Ceghite lagi din... aku nak dengar yang sahih je... tuan tanah tak sibuk tapi tuan tanah kedaung yang lain ke ?

Macam halau Mukhriz ke... he..he..

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
October 20, 2013 at 7:05 PM

jika kerajaan negeri yg beriya2 nak pindahkan..confirm pasal RM masyuuuuk la tu

....................
Reply To This Comment ...................
October 20, 2013 at 7:17 PM

Din,
Adakah mereka ini nak bina Gereja yg Terbesar di Pantai Timur atau ada tangan2 gatal yg hendakkan tanah tu untuk buat projek.

Sekarang ni apa pun boleh jadi.

....................
Reply To This Comment ...................
October 20, 2013 at 9:33 PM

Aku tak percaya pihak gereja akan bertindak sezalim itu. Ini mesti ada ulaq disebalik batu yang sengaja nak ambil keuntungan dan menyalahkan pihak gereja. Harap sangat Brother Din dapat dedahkan penyangak yang bersembunyi dibelakang tabir ni.

....................
Reply To This Comment ...................
October 20, 2013 at 9:37 PM

Din,

Yang Kementerin tunggu berpuluh tahun tak pindahkan sekolah tu ke tanah kerajaan kenapa? Sibuk sangat ke selama ni Kementerian terlebih sekali Jabatan Pelajaran peringkat negeri?

Mana maruah kerajaan yang sepatutnya di dukong oleh Kementerian untuk memastikan setiap murud murid tersebut mendapat sekolah tanpa menumpang di tanah Gereja berpuloh puluh tahun lamanya?

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
October 20, 2013 at 9:59 PM

menarik... good luck! tak sabar nak tau juga.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
October 20, 2013 at 10:12 PM

salam,
cerita nak ambil alih dah lama. patutnya keluar tahun lepas dah. dgr cite awal nak fight kat mahkamah pasal akan melibatkan byk jenis sekolah yg sama yg mungkin akan ambil tindakan yg serupa juga. tetiba jer, surat kpm, dikatakan arahan menteri, sekolah tutup.

sy tak kisah sangat sekolah tutup. ada byk sekolah lain lagi yg boleh menempatkan murid ni. kakitangan dan guru pindah la. yg tak tahan usaha utk mengekalkan nama paderi st thomas oleh org melayu sendiri.dulu sekolah dlm kawasan gereja, ok la guna nama tu. tapi bila gereja dah ambil balik, kenapa nak sentimental sangat dengan st thomas ni. tukar nama aje la. bikin sekolah baru, tukar nama. walaupun bekas sekolah atau bekas murid sayang bangat sama sekolah, tapi nama sekolah tu tak sedap dengar kalu bkn dalam gereja. fikirkan dengan tenang. tukar la nama sekolah tu kalu dah gereja nak amik alih sangat dan tak hirau pun nasib murid sekolah tu. tapi kalu naik bangunan komersial, nampak la duit dah masuk poket.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
October 20, 2013 at 11:36 PM

Mereka semua dah merancang nak buat projek rm juta buat bangunan sekolah.
Itulah isunya

....................
Reply To This Comment ...................
Jamal
October 20, 2013 at 11:47 PM

Ada juga beberapa kes seperti ini. Kes gereja minta balik tanah. Kementerian Pelajaran amat-amat sedia maklum. Malangnya pegawai/pengurusan tertinggi ambil mudah sesuatu perkara. Isu pokokya bukan gereja, tetapi isu tuan tanah minta haknya kembali.

Suatu persoalan, di bawah Akta Tanah 1960, kerajaan boleh ambil-alih tanah tersebut untuk tujuan persekutuan. Cuma bayar pampasan yang setimpal sahaja. Jadi, kenapa tak buat? Tak ada budget? Buat projek membazir macam Taman Tamadun Islam kat Kuala Terengganu boleh pulak.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
October 20, 2013 at 11:58 PM

Ingatkan tadi cerita pelajar2 melayu kena halau keluar!

Apa jugak cerita sekolah nih.... ada satu tempat tanah wakaf org Islam bole jadi tmpt sembah berhala.... Nih ada org2 melayu belacan atau 'budu' kesah?

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
October 21, 2013 at 12:10 AM

as salam,

selalunye kalau sekolah mubaligh mmg owner gereja. semua bangunan n meja n krusi n peralatan gereja punye. cuma guru dibayar gaji krajaan mesia. malah pelantikan guru besar pun perlu kelulusan gereja. mmg itu perjanjiannya dr dulu. mereka ada hak atas bangunan n tanah tu.
cums mushkil tindakan suruh keluar tu, desperate betul dan mmg ada agenda.

yuyu

....................
Reply To This Comment ...................
October 21, 2013 at 1:43 AM

@Esa AdamSaya difahamkan, tuan tanah tidak punya rancangan apapun atas tanah itu

....................
Reply To This Comment ...................
October 21, 2013 at 1:47 AM

@Anonymous"kalau naik bangunan komersial...." nak tunggu naik bangunan komersial naik dulu maknanya tak guna dah bising.

Maksud saya, kita selalunya bising bila perkara dah berlaku. cuma sesekali jer kita mampu intercept sebelum sesuatu itu berlaku.

saya cuma nak pastikan tidak ada yang pelik jer. Tak pasal2 murid2 menjadi mangsa ....untuk apa ?

....................
Reply To This Comment ...................
October 21, 2013 at 1:47 AM

@Anonymousjadi kenapa tidak siapkan dulu bangunan baru itu baru pindahkan murid2. Taklah menyusahkan sesiapa

....................
Reply To This Comment ...................
October 21, 2013 at 1:49 AM

@JamalSaya difahamkan tuan tanah tidak punya masalah dengan kewujudan sekolah diatas tanahnya.

Satu lagi, kenapa yang terdesak sangat ? Nak kejar apa dan apa yang mengejar ?

....................
Reply To This Comment ...................
October 21, 2013 at 1:49 AM

@Anonymousberikanlah maklumat lengkap, insyaAllah akan saya siarkan

....................
Reply To This Comment ...................
October 21, 2013 at 1:50 AM

@Anonymoussaya digahamkan pihak gereja tidak ambil tahu langsung perjalanan sekolah. Semuanya diserahkan kepada Kerajaan.

....................
Reply To This Comment ...................
October 21, 2013 at 6:24 AM

taktik org kristian. tanah gereja selamat ditangan kristian. nanti dapat tanah baru tambahan untuk sekolah kristian. ambik tanah sapa kalau bukan 'tanah melayu'.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
October 21, 2013 at 6:30 AM

Bro din... nak pindah 2 buah sekolah???

Buat apa pindah dan ganti sekolah baru kekal nama sama???

Kalau mrk halau... tutup.. biar je lah... lagi bagus.. takde 2 buah sekolah mubaligh..

Cuma kerajaan Pahang buat je 2 buah sekolah tu...atau sekolah kompleks.. dan bg je nama lain... Sekolah Tun Razak ke... Sek Najib ke...

Atau baguslah nok liberal sangat... tutup sek st thomas... buat sekolah mubaligh paling canggih dan besar pulok...

Adohlai.... bg saya... buat je sek kompleks lain ... nama lain... takyah2 tolenrasi ngan puak2 biadap...

Ke guane...

Xyz

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
October 21, 2013 at 9:52 AM

jika pihak gereja memang tidak terlibat, saya harap rakyat malaysia cuba jangan tuding jari terhadap mereka. hormati mereka kerana tuan tanah sendiri tidak tahu menahu pasal ini.
saya yakin memang ada tangan kotor yang nak kaut untung atas angin tetapi menjadikan pihak gereja sbg kambing hitam..yang paling kesian adalah murid sekolah yang tak tahu apa2..

....................
Reply To This Comment ...................
October 21, 2013 at 10:28 AM

Sekolah misionari cme skolah bantuan modal kerajaan, mcm la salle , st john semua...bukan dpt full fund pun...tapi mmg pelik la klu gereja tade isu ngan skolah tu...

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
October 21, 2013 at 3:14 PM

Apa nak bangga sangat dengan sekolah st. Tu st. Ini...eloklah robohkan namapun dah tk lambangkan islam,..kalau bubuh nama sk sultan mahmud mangkat dijulang ke kan sedap..atau sk tanah emas lago afdal!.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
October 21, 2013 at 3:56 PM

@dinturtle

1) http://bbcdrasmi.blogspot.com/2013/08/tanah-wakaf-dijadikan-tempat-ibadah.html#sthash.pBvTvl78.dpbs

2) Sdg cari, ingat2 lupa!

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
October 21, 2013 at 3:59 PM

tolongla..jangan memburukkan gereja pulak..padahal pihak kerajaan/sekolah yg pandai2 pergi mohon rampas tanah gereja. Harimau balas balik, sudah kalah perbicaraan cakap pulak gereja halau orang. Padahal tana itu memang mili gereja & tak ada pun pihak gereja menuntut bayaran sewa selama beberapa tahun dan berapa pelajar yang belajar & tamat persekolahan di situ. Semua kos untung diterima kerajaan tapi menggunakan harta orang tanpa memberi bayaran. Ini kirala adil tidak mengambil kira sewa dr tahun sekolah st thomas ni ditubuhkan..

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
October 21, 2013 at 9:32 PM

yes,i agree with you,the church's authorities have to delay taking back the land until the new school is built.but i believe this land belongs to the church.
author,if u dont mind,your passage,
'Baldi Hell punya gereja ! Senang2 jer diorang nak halau budak2 sekolah tu. Kalau tak silap sudah berpuluh tahun kedua sekolah itu beroperasi di situ.'
sounds offensive.and please remember,both Saint Thomas schools were first established by the church.if u're nt a Thomasian,GET YOUR FACTS RIGHT.i dont mean to create an internet chat war.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
October 22, 2013 at 12:54 AM

Tanah. Semua nak tanah. Kerajaan nak. Rakyat pun nak. Murid pun nak. Kementerian Pendidikan? Pun nak!!! Nak apa? Nak halau murid. Nak halau guru. Ya lah, semua orang tahu Pahang memang kurang tanah. Almaklumlah, Pahang bukanlah sebesar mana pun. kalau Pahang sebesar Melaka atau Langkawi, sure banyak tanah yang ada.
FAKTA ATAU KEBETULAN? ATAU FAKTA YANG BETUL? ATAU KEBETULAN ITULAH FAKTA.
rasanya kalau tidak silap kompleks membeli-belah ECM (East Coast Mall) telah bertukar nama kepada CapitaMall. Dengar katanya tergadai. Ada yang kata , memang jual. Yang pastinya kini telah menjadi milik warga asing. Ini termasuk juga sebahagian Hotel Zenith. Betul atau tidak, saya pun tak tahu. Cuma yang jadi kemusykilan ialah tarikhnya hampir sama dengan tarikh tetiba prosiding mahkamah untuk mengambil alih tanah dimulakan oleh pihak Kementerian Pendidikan. Bila prosiding dah mula baru depa sedar agaknya yang tanah ni masih berpenghuni.... maka terus withdraw dan hasilnya ialah... Berpihak kepada Church. Nampak macam church menang tapi KPM yang lari.

PERSOALANNYA: KENAPA?
Arahan siapakan agar KPM yang bijak ini berundur dan terus mengarahkan sekolah bersurai atau kata maksud sebenarnya ialah berambos!!!

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
October 22, 2013 at 12:56 AM

@Anonymous Ni bukan soal bangga atau tidak tapi mengenai kepincangan dan kemalasan pihak KPM dan JPN bekerja. Dapat gajikan . Jadi mereka kenalah kerja.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
October 22, 2013 at 1:29 AM

@Anonymous Mana Kementerian Tanah? ada yang dah rasa nak lari ke?

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
October 22, 2013 at 11:03 AM

@Anonymous

yang kedua:
http://theflyingkick.blogspot.com/2013/09/angkuhnya-pemilik-tokong-hindu-yang.html

Dari blog otai TFK.

....................
Reply To This Comment ...................
October 22, 2013 at 7:38 PM

Dengar kata dari bekas pendaftar sekolah Pahang memaklumkan bahawa Tanah ni rezab sekolah. Wahhhh. Lagi menarik ni

....................
Reply To This Comment ...................
October 23, 2013 at 1:50 AM

@AnonymousHmmm ... cuba fahamkan maksud artikel dan maksud ayat2 itu ditulis :)

....................
Reply To This Comment ...................
October 23, 2013 at 11:17 AM

Mision school di malaysia, banyak tuduhan mengatakan sekolah ini disebalik pemurtadan orang islam di malaysia.Tapi herannya banyak melayu yang bersekolah di mission school.Nah,kini,bila nak tutup,kalian membebel tak tentu pasal.....

....................
Reply To This Comment ...................
October 23, 2013 at 11:32 AM

@DavidNi sorang lagi - cuba fahami isu sebenar - artikel terbaru - http://dinturtle.blogspot.com/2013/10/isu-sekolah-st-thomas-point-utama-yang.html

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
October 23, 2013 at 11:56 AM

Adoiiii....ye hok neh rupe lagu bangau oh bangau.....di penghujung citer ...umno gak yg salah....mst ada yg kembong poket neh....macam kes audit negara...yg kenyang makan makhlok2 yg meluluskn 'pengkhianatan' tapi yg dpt taik kjaan BN gak...gali jgn x gali ye Pok Ding....

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
October 23, 2013 at 1:12 PM

bila kerajaan nak ambik balik tanah kerajaan yang ada skola cina kat kl ni,boleh plak bantah.
sama je dengan kes ni pun.....

Post a Comment