........... PANAZZZ - Kes AlWafeer Air Dan MAS | dinturtle - Blogger PARTI MELAYU

PANAZZZ - Kes AlWafeer Air Dan MAS

Wednesday, October 9, 20136comments


Kalau sebut saja isu2 yang melibatkan MAS atau AirAsia pastinya nama Wee Choo Keong akan naik. Baru2 ni timbul perdebatan apakah wajar kerajaan menjual MAS ekoran komen peribadi yang diberikan oleh bos Pemandu Idris Jala. ( yang mana akhirnya selesai bila Najib menegaskan kerajaan tidak akan jual MAS )

Ramai yang dah tak kisah dengan entiti bernama MAS ni..... serabut je dengan masalah yang tak putus2. Rugi memanjang, baik jual jer !

Saya ada berbual dengan seorang staf MAS waktu itu dan saya bersetuju dengan beliau yang berkata -
MAS sebenarnya boleh UNTUNG BESAR. Flight selalu penuh. MAS adalah lombong emas ! Disebabkan lombong emaslah makanya MAS tidak putus2 dilanda masalah.

Logik juga kan ? Masalah timbul bila ramai yang gatal tangan. Kalau MAS bisnes yang rugi dan hutang banyak, kenapa masih ramai yang gatal tangan ? Nak seluk apalagi kalau kantung dah kosong ?

Artikel terbaru WCK ( KLiK ) adalah contoh kenapa MAS terus rugi ..... bukan kerana kegagalan operasi utamanya tapi kerana gatal tangan.

Isu yang dibangkitkan adalah mengenai hutang lama Alwafeer Air kepada MAS sebanyak RM62.4juta yang dikatakan sepertinya..... tidak ada siapa yang kisah nak tuntut ! 

Kes pernah dibangkitkan oleh WCK dalam Parlimen 2 tahun lalu ..... saya copy sepenuhnya dibawah dari blog WCK. Anda akan lebih memahami kes Alwafeer - MAS setelah membacanya.

Kes ini timbul semula bila 32 bekas staf MAS yang dipinjamkan ( seconded )  kepada Alwafeer Air berjaya dalam kes saman mereka menuntut gaji tertunggak dimahkamah Jeddah dan mereka melakukannya atas kapasiti sendiri tanpa bantuan dari kerajaan kita.

WCK persoalkan, jika mereka boleh berjaya menuntut hak mereka dalam mahkamah, bagaimana pula perkembangan tuntutan MAS/ PMB / Khazanah ? Mereka hanya memulakan kes saman tahun lalu sedangkan kes yang melibatkan Alwafeer-MAS sudah dibawa kedalam dewan Parlimen sejak 2 tahun dulu namun tidak ada khabar berita.

Benarkah MAS/PMB/Khazanah ada menuntut hak rakyat itu melalui proses mahkamah ? Jika ada, apakah perkembangannya ? 

Jika tidak ada - KENAPA ?

Baca juga kupasan dari Tuan Syed OTB - KLiK

                                          **********************************
.

Hutang ALWAFEER AIR lebih dari RM60 juta!

3-11-2011

Y.B. TUAN WEE CHOO KEONG [WANGSA MAJU] minta MENTERI KEWANGAN menyatakan: -

(a)  apakah usaha due diligence yang diambil oleh Penerbangan Malaysia Bhd (PMB) /MAS, sebelum memasuki rundingan untuk pajakan tiga buah jet bagi Alwafeer Air (Alwafeer) dan adakah kesemua tiga perjanjian pajakan telah dilaksanakan dengan serta-merta dan sekiranya ya, bilakah tarikh bagi perjanjian pajakan tersebut; dan

(b)  sila senaraikan tarikh yang tepat bagi setiap pesawat Jumbo yang diserahkan kepada Alwafeer dan tarikh akhir sewaan yang akan dibayar oleh Alwaafeer bagi setiap pesawat dan berapakah jumlah bayaran sewaan yang tertunggak oleh Alwafeer Air kepada PMB/MAS.

JAWAPAN:

Tuan Yang di-Pertua,

1 - Untuk makluman Yang Berhormat, Penerbangan Malaysia Bhd (PMB) dan Malaysian Airline System (MAS) telah melaksanakan kajian terperinci (due diligence) yang merangkumi aspek perundangan dan pelan perniagaan sebelum tiga buah pesawat miliknya dipajak kepada Alwafeer Air (Alwafeer). Kajian tersebut telah dilaksanakan di peringkat dalaman syarikat.

2 - Perjanjian tersebut memberi peluang kepada MAS dan PMB untuk meraih pendapatan melalui pajakan tiga buah pesawat yang merupakan lebihan daripada keperluan sebenar MAS. Selain daripada itu, MAS turut mendapat perolehan sampingan dalam bentuk perkhidmatan kejuruteraan yang ditawarkan serta dapat memaksimumkan penggunaan alat ganti dan kakitangannya. MAS dan PMB telah menerima sejumlah RM79.35 juta dalam bentuk tunai daripada Alwafeer bagi perjanjian pajakan tersebut.

3 - Perjanjian pajakan bagi tiga buah pesawat tersebut telah ditandatangani masing-masing pada 16 Ogos 2009, 20 Oktober 2009 dan 2 November 2009, dengan penyerahan pesawat kepada Alwafeer masing-masing dibuat pada 19 Ogos 2009, 21 Oktober 2009 dan 2 November 2009. Ketiga-tiga perjanjian tersebut akan tamat pada ulang tahun keenam perjanjian iaitu pada tahun 2015.

4 - Tarikh terakhir Alwafeer membuat pembayaran sewa bagi pesawat-pesawat tersebut adalah pada 11 November 2010, dan sehingga 31 Ogos 2011, tungukan bayaran sewa kepada PMB adalah sebanyak USD19.5 juta. PMB dan MAS telah pun menghantar notis tuntutan kepada Alwafeer dan kini dalam proses untuk menamatkan kontrak pajakan tersebut. Ketiga-tiga pesawat tersebut kini telah pun berada dalam simpanan PMB.

Komen WCK ketika itu -

1 - Jika MAS/PMB telah melakukan “due diligence” sebelum ia menandatangani perjanjian pajakan dengan Alwafeer Air, MAS/PMB tidak akan menghadapi masalah untuk mengutip sewa bulanan bagi ketiga-tiga pesawat tersebut.

2 - Pembelian pesawat melebihi kerperluan menunjukkan pengurusan MAS dan Khazanah tidak tahu apa yang mereka lakukan atau mampu untuk mengurus MAS.

3 - Daripada jawapan yang diberikan oleh YAB Menteri Kewangan, telah menunjukkan bahawa sewa pajakan yang tertunggak adalah untuk tempoh 10 bulan (dari 11-11-2010 hingga 31-8-2011) berjumlah US$19.5 juta (lebih kurang RM60 juta).  Soal pentingnya adalah, MENGAPA TIADA SEBARANG TINDAKAN DIAMBIL TERHADAP PIHAK ALWAFEER AIR PADA BULAN NOVEMBER, DISEMBER 2010 ATAU JANUARI 2011?  SEBAGAI RAKYAT KAMI MENGHARAPKAN SEKURANG-KURANGNYA PIHAK MAS/PMB TELAH MENGAMBIL TINDAKAN UNTUK MENDAPAT KEMBALI KETIGA-TIGA PESAWAT TERSEBUT SELEPAS ALWAFEER AIR TIDAK MEMBUAT BAYARAN UNTUK SEWA PAJAKAN BAGI DUA HINGGA TIGA BULAN. TETAPI MAS/PMB TELAH GAGAL UNTUK BERBUAT DEMIKIAN TETAPI SEBALIKNYA IA MEMBIARKAN KEADAAN INI BERTERUSAN SEHINGGA BULAN OGOS 2011.

4 - Berani saya menyatakan disini bahawa maklumat tidak tepat kerana usaha-usaha untuk mengambil balik pesawat terakhir telah HANYA dimulakan pada bulan Oktober 2011 selepas saya membentangkan soalan ini di Parlimen. Pesawat terakhir baru diambil balik pada akhir bulan Oktober 2011. Saya percaya jika tiada soalan dibentangkan di Parlimen, pegawai MAS, PNM dan Khazanah dibawah kawalan Tan Sri Azman Mokhtar masih tidak sedar akan keadaan ini. Inilah masalah tunggal MAS yang mengalami kerugian yang begitu besar.

5 - Inilah satu contoh KEBOCORAN (LEAKAGE) ternyata di dalam pengurusan tertinggi MAS. Kalaulah KEBOCORAN sedemikian dapat dihentikan maka MAS telah berjaya meraih keuntungan RM100 juta tanpa mengerakkan pesawtnya!  Dengan ini, saya berharap Kerajaan akan menumbuhkan satu Suruhanjaya Di Raja untuk menyiasat secara mendalam KEBOCORAN-KEBOCORAN di dalam pengurusan MAS dan sekaligus menghentikan KEBOCORAN tersebut.

Jika tidak, KEBOCORAN ini akan berterusan tidak kira berapa ramai ”CLOWN/PUPPET/CON-SULTANTS dari Bina Tak Fikir atau Fikir” untuk kononnya menyelamatkan MAS sebaliknya mereka AKAN MENGHEMPASKAN MAS dalam masa yang terdekat.

6 - Saya percaya bahawa jumlah tunggakkan sebanyak RM60 juta BUKAN jumlah tunggakkan sebenarnya kerana jawapan tersebut tidak merangkumi tunggakkan kos dalam “BENTUK PERKHIDMATAN KEJURUTERAAN DAN ALAT-ALAT GANTI SERTA GAJI UNTUK JURUTERA-JURUTERA MAS YANG DIHANTAR KE ARAB SAUDI UNTUK MEMBERI PERKHIDMATAN”.  JIKA DIAMBIL KIRA TUNGGAKKAN UNTUK KOS TUNGGAKAN INI, SAYA YAKIN BAHAWA JUMLAH  TUNGGAKKAN SEBENARNYA ADALAH MELEBIHI RM100 JUTA!

Saya percaya bahawa tunggakkan sewa berjumlah RM60 juta atau melebihi RM100 juta telah menjadi hagus atau “bad debt” yang telah diakibatkan oleh KEBOCORAN dalam pengurusan MAS.  Saya menyatakan sedemikian kerana Alwafeer Air sudah tiada pesawat lagi untuk dioperasikan.

7 - Tambahan pula terdapat ramai juruterbang serta pramugari MAS yang di”seconded” atau memilih untuk berkerja dengan Alwafeer Air yang tidak dibayar gaji sejak akhir tahun 2010. Masih terdapat ramai pramugari warga Malaysia yang berkerja di situ menunggu untuk dibayar tunggakkan gaji hingga kini. Mereka menjadi mangsa kerana Perjanjian Pajakan ini. Saya dimaklumkan bahawa sesetengah daripada pramugari tersebut terpaksa berkerjaPART TIME waktu MALAM. Saya amat berharap Wisma Putera akan mengambil tindakan sewajarnya dengan serta-merta  untuk membantu pramugari-pramugari malang tersebut supaya mereka tidak perlu meneruskan kerja “PART TIME” yang tidak boleh diterima oleh masyarakat kita

Saya berharap YB Menteri Pengangkutan bersedia pada Isnin akan datang (7-11-2011) untuk memberi penjelasan yang terperinci terhadap soalan-soalan di atas khasnya KEBAJIKAN PRAMUGARI MALANG TERSEBUT.

Related article read HERE.

Terima Kasih

Wee Choo Keong

 

 

 

,

Share this article :

+ comments + 6 comments

....................
Reply To This Comment ...................
October 9, 2013 at 8:44 AM

Ha.. Dinturtle sudah jadi blogger kredibel. Syabas ! Informasi menarik dari kalangan bloggers yang prihatin.

Orang kanan kerajaan melihat. Tindakan menjadi susulan.

Saya pernah komen supaya MD MAS mesti di sandang akauntan bertauliah. Nanti kita nampak cantasan demi cantasan untuk menjadikan MAS sebuah entiti kerajaan yang " cost efficient". Bukan lagi lombong emas yang rugi memanjang.

Kisah pelik tapi benar !

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
October 9, 2013 at 10:39 AM

Din,

Sebagai org lama dr MAS, dah puas tengok syarikat di buat macam pelacur. Dirogol sepuas2 kemudian ditinggalkan begitu saja. Tidak seperti zama Dato Aziz dahulu. Selepasnya yang datang dgn idea yang nampak baik tapi penuh taik disebaliknya. Bagilah pengurusan pada anak tempatan yang dah lama bergelumang dalam syarikat ni. Kalau setakat lulus accountant tapi abuk mende pun tak rti dari segi operasi memanglah hancur.

Cuba bayangkan jawatan KSN dalam kerajaan dilantik orang dari luar yang tak rti apa bab pentadbiran. Boleh? Bab ni yang kadang2 pemimpin Kerajaan UMNO-BN bertindak macam budak tak habis sekolah rendah. Cuma depa ni lulus Phd soal nak melingkup dengan poket depa penuh.

Bilalah nak ada pemimpin yang adil dan amanah ni.

....................
Reply To This Comment ...................
October 9, 2013 at 11:16 AM

@maaeDalam kerajaan sibuk konon nak berjimat, memotong subsidi bla bla bla, kes2 macam ni hanya membuatkan kita tertanya2 - ikhlaskah kerajaan an satu lagi, dalam kes2 JUTA-JUTA begini, kenapa hampir tidak pernah ada sesiapapun yang dipertanggungjawabkan ? Dimanakah AKAUNTABIITI ?

....................
Reply To This Comment ...................
October 9, 2013 at 11:21 AM

@AnonymousPenyamun2 dikalangan para managers MAS juga harus didedahkan, saya difahamkan banyak perkara yang telah di VENDOR kan dimana kesan negatif yang berlaku - kos melambung2 naik.

Semua ini memakan untung. Manalah nak untung MAS kalau terlalu ramai penyangak.

Saya percaya kerana benda2 beginilah maka Tun Mahathir sarankan agar MAS diswastakan saja. Selagi dibawah kerajaan, selagi itulah mentaliti begini kekal. Bila dah diswastakan, barulah semuanya mampu dibersihkan. Tapi apa lagi kepentingan lagi ketika itu ?

GLC seperti MAS harus kekal dalam kerajaan kerana membawa nama negara tapi harus ditadbir seperti swasta. Bagaimana nak buat tu ?

....................
Reply To This Comment ...................
antihipokrit
October 9, 2013 at 11:24 AM

Sia-sia je pengorbanan Tun Razak dan Tun Dr Ismail membina MAS. Najib dan Nazir ada kisah? Gampang..

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
October 9, 2013 at 5:04 PM

@antihipokritSeperti juga filem Tanda Putera yang Najib sendiri tak layan. Apa nak kenang jasa orang dulu-dulu?

Post a Comment