........... NFC 2013 - Tak Habis Lagi Cerita ? | dinturtle - Blogger PARTI MELAYU

NFC 2013 - Tak Habis Lagi Cerita ?

Friday, October 25, 201312comments

Saya sebenarnya masih malas nak menyentuh politik lagi buat sementara waktu, jadi mata tu melilau lah mencari isu2 lain yang menarik. Saya sepatutnya menulis sambungan kepada isu St Thomas tapi perkembangan terbaru memaksa saya tangguh dulu sehingga telah mendapat kepastian akan duduk perkara.

Isu ini pun saya tak nak sentuh tapi sebab dah takde isu lain terpaksa jugalah, lagipun terdapat beberapa perkara menarik yang telah lama tidak saya kemaskinikan mengenai isu NFC. Jeng jeng jeng ....


Nama NFC timbul balik 2 hari lepas bila Tony Pua berkata ada 'maklumat menarik' berhubung Pusat Fidlot Nasional jika Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) bersetuju membentangkan laporan siasatannya terhadap kes kontroversi itu di Dewan Rakyat.

"PAC sebelum ini menyiasat projek NFC dan laporannya diselesaikan selepas persidangan (2008-13 Dewan Rakyat) selesai. Oleh itu ia tidak dibentangkan," - Mkini 23 Okt

Itu PAC dulu yang siasat, PAC sekarang pula nak bentangkan dalam parlimen. Dan Ketua PAC baru Datuk Nur Jazlan berkata PAC baru kena bincangkannya terlebih dahulu -

"Kami akan bentangkannya dalam tempoh dua minggu. Untuk berlaku adil kepada jawatankuasa baru, mereka harus membincangkannya juga," - Mkini 24 Okt.


Entah apalah pulak yang perkara menarik tentang NFC yang belum didedahkan kepada rakyat ! ? Macam2lah NFC ni ..... Dari dulu lagi saya tolak tepi perkiraan politik dalam kes NFC dan saya tidak pernah menyorok perasaan tidak puas hati saya dengan cara NFC dikendalikan .... dari awal ia didedahkan.

                                        ********************************

SEBELUM ini dikatakan sebuah syarikat usahasama Malaysia-Jepun, Kirimitonas Agro Sdn Bhd dikatakan bakal mengambilalih NFC. Kirimitonas adalah kerjasama Datuk Nik Amin Majidbersama Hannan Foods Group syarikat daging terbesar di Jepun. Syarikat itu usahasama 60/40 antara Otoshitos Sdn Bhd milik Nik Mohd Amin dan Aruk Mert C. Ltd, syarikat milik HFG yang sedang mengembangkan perniagaan halal mereka.

“Secara komersilnya berdaya maju dan rakan usahasama mempunyai rekod baik dalam industri,” kata sumbernya.

“Perjanjian hampir selesai akan tetapi Kirimitonas Agro tidak akan mengambil alih pinjaman mudah yang diberi kepada National Feedlot Corporation (NFCorp),” satu lagi sumber mengesahkan dan menambah Putrajaya cuba mendapatkan kembali pinjaman itu melalui tindakan undang-undang. - TMI 9 Julai 2013.

Tapi Mkini 11 Julai 2013 pula melaporkan Menteri Kewangan 2 Datuk Seri Husni Hanadzlah berkata, syarikat Kirimotonas Agro Sdn Bhd (KASB) akan membiayai kesemua hutang yang ditanggung oleh Pusat Fidlot Nasional (NFC) kepada kerajaan.

"Kita setuju dan syarikat ini juga bersetuju setiap bayaran balik pinjaman NFC yang tertunggak akan dibiayai dan keseluruhan pinjaman tertunggak akan mereka bayar balik. Dan mereka minta tempoh percubaan selama tiga tahun," katanya.


Sebab saya kata NFC ni menarik ! Dalam masa dua hari saja boleh ubah fikiran dari tak nak tanggung hutang RM250juta kepada nak tanggung.

Akhirnya, dua hari lepas pada 23 Oktober 2013, Mkini melaporkan - Habuk pun tarak. Rundingan antara Kirimitonas dengan kerajaan berakhir tanpa sebarang kata putus. kata Najib. - kedua-dua pihak tidak dapat mencapai persetujuan dan rundingan kini telah berakhir, katanya dalam jawapan di Parlimen.

                                          ******************************

Saya berminat nak tahu apa yang dah berlaku kepada segala aset2 terutamanya unit2 kondominium yang dibeli menggunakan dana NFC dulu ? Serius saya nak tahu ! Katanya pembelian kondo itu merupakan satu pelaburan yang bijak .... errr , kalau tak silap KJ pun ada tolong jawabkan isu ini -

Pihak pengurusan telah membuat keputusan bahawa pelaburan yang paling selamat, yang memberi pulangan yang besar, yang boleh dijual apabila duit diperlukan untuk operasi adalah aset hartanah.  Sudah pasti mereka telah mencari projek perumahan yang berkualiti tinggi dan popular agar pulangan NLMC dalam bentuk sewa dan juga kenaikkan harga apartment itu lebih besar dari pelaburan lain seperti akaun simpanan tetap.  Difahamkan, apartmen berkenaan telahpun disewa dan mula memberi pulangan kepada NLMC.  Nilai apartmen tersebut juga telah naik sejak dibeli NLMC. ( KLiK kalau nak baca sepenuhnya, dulu ada di blog KJ tapi sekarang saya cuba cari tak jumpa dah )

.
Jadi saya teramat nak tahu berapakah jumlah nilai sewaan yang telah berjaya diraih dari kondo itu dan berapakah harga jualannya. ( Sedap buat gossip ni, serius ! )

Kerajaan harus berusaha dapatkan balik jumlah pinjaman RM250juta itu CAMPUR interest !

Apapun kita tunggu lagi 2 minggu untuk mengetahui apakah 'maklumat menarik' mengenai NFC yang belum didedahkan lagi itu.

Share this article :

+ comments + 12 comments

....................
Reply To This Comment ...................
October 25, 2013 at 6:24 AM

Din,

A-G dalam satu kenyataan berkata pembayaran balik hutang tak ada pun seperti yg disebut oleh Timbalan Menteri kewangan.

Cerita yg mengatakan syarikat usahasama Malaysia-Jepun tu pun aku agak sengaja direka-reka untuk menyejukkan isu yg tengah hangat. Genuine businessman mana yang sanggup mengambil-alih hutang rm250 juta. aset yg ada pada NFC pun dah tak seberapa.

Aku rasa rm250 juta akan lebur dan kita rakyat akan tanggung semuanya. Shahrizat dah pun dilantik jadi Ketua Wanita UMNO semula. Bro ingat Najib akan ambil tindakan terhadap suami Shahrizat walau pun kesnya sekarang dalam mahkamah. Pinjaman tu pun tiada personal guarantee (not signed or delibrate). Jadi Condo2 tu jika atas nama suami shahrizat akan jadi milik mereka. Percayalah atas nama tecnical suami shahrizat akan terlepas. Tak malulah mereka ni ambil duit rakyat?

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
October 25, 2013 at 8:10 AM

Ha..Ha..Ha... Jgn mimpilah kerajaan Najib berani atau serius nak dptkan balik pinjaman tersebut!

Masing2 (CEO NFC dan Ahjib) memegang liabiliti sama ada dlm bentuk teladan mahupun kemersial....

Cara paling mudah mengikut kaedah kosmetik akaun ialah dgn membubarkan syarikat atau Company Dissolution (dgn cara menjual atau menukat hak milik). Sekurang-kurangnya, ada jugak yang tersimpan dlm gengaman tgn (hiddden) tanpa perlu dedahkan kpd umum (cth mungkin pemilikan kondo atau aset2 lain yg dibeli spt kereta2 melalui pinjaman tersebut dan tidak dinyatakan di dlm penyata keawangan). Ilmu mcm ini memang popular di kalangan ahli2 politik UMNO dan cth2 individu berkenaan rasanya ramai yg tahu!

Inilah melayu, rambang mata bila berhadapan dgn RM, pasal itu cinabeng2 sangat mudah 'membeli dan menjual' maruah melayu!

Melayu ada keris, tapi hanya untuk perhiasan!

....................
Reply To This Comment ...................
October 25, 2013 at 8:35 AM

Hmmmm .... timing pengumuman Letter of Intent dari Kirimitonas pada 20 April konon nak ambilalih NFC beserta dengan hutangnya sekali .....agak hampir dengan PRU13 kan ?

Pengumuman Najib yang rundingan gagal, dalam ertikata lain RM250juta masih sangkut, dibuat selepas PAU ........hmmmmm....

Penangguhan 2 minggu untuk bentangkan di Parlimen hanya supaya dapat dibincangkan oleh PAC baru, timingnya ngam2 selepas Prk Sg Limau .....hmmmmmm ....

Ketiga2nya punya timing yang cantik , kan...kan ?

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
October 25, 2013 at 8:45 AM

@dinturtle

Ha..ha..ha...

Tak terfikir pulak pasal timing-timing nih! tapi betulah, mcm perfect jer plan diorang nih!

Ahjib nih bukan cincai rupanyer... Dah mcm pakar membelit mcm cinabeng!

....................
Reply To This Comment ...................
October 25, 2013 at 8:50 AM

Din.
Semua timing yg mu posting tu memang cantik skripnya.
Yg aku pelik wanita2 UMNO ni semuanya ada penyakit catarac serentak.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
October 25, 2013 at 9:06 AM

rembat le banyak2 di dunia ni ,nanti kau orang pulak kena rembat kat akhirat nanti

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
October 25, 2013 at 9:35 AM

dan siapa yang dipilih oleh perwakilan untuk jadi ketua wanita umno? nampak tak betapa bodohnya perwakilan itu?

....................
Reply To This Comment ...................
October 25, 2013 at 9:38 AM

As Salam Bro

Mana ada orang atau peniaga yang waras nak tanggung hutang perniagaan orang lain... Kes ni dah berlarutanlah Bro... Sedangkan orang yang makan duit tu masih bebas dan mungkin boleh tido lena sebab PM kita dah bersuara... Senang hidup Bro... Lembu hidup dalam KONDO... rakyat pembayar cukai macam aku terpaksa tanggung duit rakyat yang hilang tu ... Agak2 Bro cadangan SPRM utk mengwujudkan undang2 yang boleh menghukum orang2 besar GLC dan menteri2 yang buat kesilapan sehingga merugikan kewangan rakyat macam kes Lembu nilah... atau kerugian pelaburan di luar negara...Akan terlaksana tak???? Ini mesti dah ada yang tersepit dan terbelit dimana2 ni... itu sebab tetiba aje PM bersuara... DESPERATE sangat dah ni....hihihihhhi..... Lagilah sekarang ni ALL THE PRESIDENT MAN WIN... tak lama lagi keluarlah perkataan membodek Bro....

....................
Reply To This Comment ...................
October 25, 2013 at 9:53 AM

@dinturtlePandai sungguh Abg.Din nujum tarikh.

....................
Reply To This Comment ...................
October 25, 2013 at 9:59 AM

@RD.hehehe ... lawak spontan jer tuh :)

Jangan ada yang ambil serius pulak

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
October 25, 2013 at 10:57 AM

En Din,

Anak-anak kat Ijat semua hidup mewah belaka. Pakaian mahal berjenama, makan restaurant bagus, travel business class. Cuba la korek-korek mana mereka tinggal. Tentu bukan Kg Baru bro. Si anak perempuannya best pergi melancong ke sana ke sini pakai private jet. Aaaahhh the perks of bila mama dia orang politik berpengaruh. Kesian rakyat kerja kuat kais pagi makan pagi, kais petang makan petang. UMNO dah jadi elitist bro. Bila nak undi baru la nampak batang hidung. Bagi Br1M sogok duit. Sedangkan dia orang kaya bunyit makan berjuta-juta ringgit. Cara legit lagi tu. Tak caya ke? Si Ling Liong Sik pun terlepas. Innocent kata makhamah. Ptttuiii. Dia orang songlap duit ada class la bro. Siapa yang menara? Rakyat juga yang menderita. Najib memang lembik. Baik je suruh bini dia run the country.

Melayu Fedup.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
October 26, 2013 at 9:46 PM

mana berani ajib mintak balik duit dari dari ijat tu , kan ijat dah terang2 kempen untuk kerismudin(sepupu dia) . i garu you you garu i, sendiri mau paham lah bro..

Post a Comment