........... Mohon PM Najib Jangan Terus Buat Lawak Bodoh Gula ! | dinturtle - Blogger PARTI MELAYU

Mohon PM Najib Jangan Terus Buat Lawak Bodoh Gula !

Saturday, October 26, 201314comments

Biar betul berita Mkini ni ! Yalah saya faham Najib kaitkan kehidupan seks dengan pengambilan gula berlebihan dan Mkini pula kaitkan kehidupan seks dengan pemotongan subsidi gula sebab Najib yang kaitkan pemotongan subsidi gula dengan pengambilan gula berlebihan ....Logik Berkait gitu....


Tapi tidakkah anda rasa yang Najib sudah Over dalam usaha mempertahankan alasan pemotongan subsidi gulanya ?

Ni siapa punya idea paling tak boleh blah yang Najib ambil untuk dijadikan bahan lawak depan khalayak ramai ?

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mempertahankan langkah kerajaan memansuhkan subsidi gula berkuatkuasa hari ini, dengan mengingatkan bahawa pengambilan gula yang berlebihan boleh menjejaskan kehidupan seks seseorang. - Mkini.

"Sayapun sudah belajar minum teh tanpa gula. Anda boleh berubah demi kebaikan diri sendiri," 

Adeeeeh ...... Kalau nak buat promo untuk kempen Kurangkan Pengambilan Gula Untuk Kesihatan, ok la juga. Tapi apa kaitannya dengan pemotongan subsidi gula ? !

Tolonglah Najib .... Jangan terus perbodohkan diri anda ! Just STOP IT dengan alasan kesihatan demi menjustifikasikan tindakan potong subsidi gula.

Mengaku sajalah yang ia tidak lain dan tidak bukan hanyalah kerana RM. Tidak lebih dan tidak kurang.  Kerajaan tak cukup duit dan terpaksa potong subsidi mana2 produk yang boleh dipotong.

Bagaimana kalau ada orang yang kaitkan kenyataan seks itu dengan kenyataan  Sayapun sudah belajar minum teh tanpa gula  ! Amacam ... sapa nak jawab ?

Muhyiddin pula boleh kaitkan dengan penyakit kencing manis yang dihidapi oleh arwah Azizan Razak ! Alahai .....

"Ramai meninggal dunia sudah ditakdirkan Allah, tetapi di dunia ini disebabkan banyak makan, di samping itu banyak ambil gula sampai tak usahlah saya cerita tentang almarhum (Azizan).

"Sebab itu juga dia terpaksa melalui proses kakinya terpaksa dipotong.

"Jadi kerajaan umum tidak ada subsidi umum tidak ada gula adalah keputusan tepat hendak menjaga maslahah am - hendak menjaga kesihatan," - TMI.


Kalau benarlah bagai dikata, saya nak tengok kerajaan buat satu kempen besar2an lepas ini supaya rakyat kurangkan pengambilan gula demi menjaga kesihatan !


Najib dan Muhyiddin dah baca kenyataan dari pakar kesihatan ini dan dipersetujui oleh Menteri Kesihatan ? -

"Ramai rakyat Malaysia menghidap obesiti bukan kerana mereka mengambil gula, tetapi berpunca daripada pengambilan makanan dan minuman.

"Masalah sebenar adalah ramai tidak mengamalkan senaman secara konsisten. Justeru, ia adalah satu alasan yang sangat menjengkelkan," kata Dr Ramesh. - TMI.


Sekali lagi saya mohon - STOP IT !  Sebelum anda menjadi bahan ketawa rakyat !

PS - Kalau pemimpin pembangkang yang kata begitu, saya gerenti dah teruk kena balun ! Kan ?

Saya tulis artikel ini supaya dapat orang Najib sampai kan pesan ini pada beliau. Saya takut esok lusa makin menjadi2 Najib dengan alasan bodohnya itu. Takkan nak diamkan ?

Share this article :

+ comments + 14 comments

....................
Reply To This Comment ...................
October 27, 2013 at 12:16 AM

seantero donia dok gelak kat dia la!

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
October 27, 2013 at 12:46 AM

Tak nak buat statement ker pasal rokok, arak, makanan kolestrol tinggi mcm nasi lemak tuu...

Tak nak pula tanya kak Ros yang teramat obesiti tuh?

Minyak petrol pun amat merbahaya untuk 'kesihatan', pasal itu subsidi dikurangkan.. kan?

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
October 27, 2013 at 12:57 AM

ingatkan makin lama makin pandai, rupanya makin lama makin melantun lantun bengapnya ,sesuai sangat dengan gambar...

....................
Reply To This Comment ...................
October 27, 2013 at 8:13 AM

Bro Din,

Sebenarnya punca kencing manis ia pengambilan karbohidrat secara berlebihan...makanan seperti nasi, roti, roti canai...dan lain-lain makanan berasaskan tepong adalah punca utama rakyat malaysia mendapat kencing manis. kadang-kadang kita hairan apabila terdapat pengidap diabetes yang tidak suka minuman manis...apabila diselidiki, rupanya dia makan nasi 4 hingga 5 pinggan setiap hari...dan kurang makan sayur...jadi untuk jaga elakkan diabetes, saya sarankan para pembaca kurangkan la pengambilan nasi...cara yang saya amalkan ialah apabila hendak makan nasi, makan buah atau sayur dahulu...kemudian baru disusuli dengan nasi..insyaallah kita akan dgn sendirinya kurangkan pengambilan nasi kerana perut sudah kenyang dengan buah dan sayur tadi..tambahan pula, buah dan sayur itu akan membantu penghadaman....

....................
Reply To This Comment ...................
October 27, 2013 at 8:22 AM

@Sharifah Rashidah bt. Syed AhmadJadi atas nama keperihatinan menjaga kesihatan rakyat, adakah saudari akan mencadangkan supaya harga beras dan tepung gandum dinaikkan ? :)

....................
Reply To This Comment ...................
October 27, 2013 at 1:04 PM

Bro Din,

Bukan itu maksud saya, sekadar berkongsi pengalaman sahaja...Kalau boleh amalkan, alhamdulillah.. because you will feel the difference....tapi terpulang la..

....................
Reply To This Comment ...................
October 27, 2013 at 1:27 PM

@Sharifah Rashidah bt. Syed AhmadSaudari baru saja belajar maksud 'Spin' ... hehehehe

....................
Reply To This Comment ...................
October 27, 2013 at 1:34 PM

Ya..betul tu...hehe..thanks for the lesson....

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
October 27, 2013 at 2:43 PM

Aku yakin din alasan yg diberikan itu adalah nasihat dari pakar kaunseling dari pemandu. Nak tunjuk yg gomen empati kepada rakyatnya. Perkataan empati ni orang kaunseling yang tahu apa maknanya dan kaedahnya.

Aku lebih suka cara tun m ... Direct ... Tak ada duit ... Katalah tadak duit ... Rakyat pun faham. Apakah ah jib gong sangka rakyat yang dia tadbir sekarang ialah rakyat yang hidup spt era 60an.
Sedangkn umno memajukn rakyatnya tetapi pimpinan umno dok fikir rakyatnya masih spt tahun 60an ... Hem silap banyak la.

....................
Reply To This Comment ...................
October 27, 2013 at 2:48 PM

@AnonymousEgo kot yang menghalang Najib dari mengaku kerajaan tak cukup duit .....

Tapi bukankah itu jauh lebih baik dari menggunakan alasan yang kemudiannya dijadikan senjata makan diri untuk waktu yang panjang...

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
October 27, 2013 at 4:54 PM

Macam mana nak mengaku yg gomen tadak $$$ din oii. Gaji Pemandu puluh ribu nak kena bayar. Dah tu nanti kena tuduh tak pandai urus ekonomi negara pulak. Pastu camna nak habaq kat rakyat yang kerajaan nak bagi BRIM tapi kata kerajaan tadak duit ... Lagi haru kena sekeh dek pembankang. Alasan yang paling logik ialah gomen empati kepada rakyatnya takut ramai lagi yg kena penyakit kencing manis. Pasal dia orang dok ingat rakyat malaysia masih lagi dok takuk tahun 60an. Lawak pun lawak lah asalkn logik.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
October 27, 2013 at 8:14 PM

Salam,
nak jaga kesihatan brg keperluan dikurangkan subsidi. Dgn harga gula mahal, rakyat akn kurang beli gula dan minum teh tanpa gula? Harga teh o brp agaknya tanpa gula? Sedap agaknya kuih donat, sri muka, keria, cik mek molek tanpa gula. Makanan kita perlu perubahan dgn tanpa gula. Lepas ni, semua rakyat terutama ahli umno jgn beli gula. Elakkan gula krn mdtgkan penyakit kencing manis. Bykkan minum air mineral. Kuih tradisional juga tak perly beli, byk gula. Sekaya, jam, aiskrim semya hendaklah dihalang dijamu dlm majlis kerajaan krn perlu patuh kpd pm

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
October 28, 2013 at 6:22 PM

din aku cadangkan engkau senaraikan makanan yang membawa mudarat kepada kesihatan seperti garam ka ... makanan segera ka ... dan lepas itu engkau hantar senarai tadi kat ah jib gong dan pemandu selepas itu engkau minta dan rayulah kat ah jib gong dan pemandu agar senarai barangan tadi dinaikan harga ... atas nama kesihatan ... aku yakin ah jib gong dan pemandu setuju ... dan engkau claimlah 5% seperti yang pemandu buat ... gerenti kaya engkau din ...

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
December 8, 2013 at 8:14 PM

Sepatutnya,kerajaan memahami tabiat jenis makanan dan minuman rakyat malaysia.Gula banyak memonopoli jenis makanan yg berperasa manis.Peratusannya amat tinggi.Rangkaian produk makanan dan minuman yg berasaskan kepada perasa manis sangat besar kecuali kicap dan produk2 makanan lain.Jenis produk jenis begini,ianya sampai tepat pada setiap individu.Jangan ambil skop yg kecil,dgn hanya pengambilan gula mengikut peket.Sudah semestinya,pengurangan subsidi gula akan meningkatkan kos hidup rakyat.Mungkin menjejaskan mutu produk makanan sekiranya harga gula meningkat dan boleh menjejaskan pasaran produk makanan dan minuman tersebut..Ia mengcakupi bab deria rasa rakyat malaysia.Seperti juga dangan kenaikan harga petrol dan diesel.Letak GST sudah cukup dan kekalkan subsidi.

Post a Comment