........... Minta Calon2 Tertinggi Nyatakan Pendirian Perjuangan AlifBaTa Mereka - Konservatif Atau Liberal ! | dinturtle - Blogger PARTI MELAYU

Minta Calon2 Tertinggi Nyatakan Pendirian Perjuangan AlifBaTa Mereka - Konservatif Atau Liberal !

Wednesday, October 16, 20138comments

Artikel terbaru sifu blogger JebatMustDie adalah sebuah komen BERNAS dari seorang pembaca beliau yang mengulas apa yang dilihatnya sebagai satu keadaan yang tidak logik / tidak masuk akal bilamana Ketua Pemuda Umno-BN menyalak tentang agenda Progresif dan Liberal sebagai arah tuju baru Umno.

KENA BACA artikel tuh ! Ditulis dalam omputeh  yang mudah tapi saya pasti Pemuda Umno-BN yang begitu Progresif dan Liberal tidak punya masalah ...kan ?

Saya cukup setuju dengan apa yang Ramayana ( penulis artikel itu ) nukilkan. 

Cuba ingat kembali keputusan PRU13 yang baru lepas. Melayu Mudah Lupa tapi tak kan lah  baru 5 bulan dah lupa semuanya tentang PRU13 yang dikatakan Ibu kepada semua Pilihanraya itu, kan ?

97% orang Cina TIDAK memilih Umno. Majoriti orang Melayu kembali menyokong Umno. Dan Umno kembali berkuasa atas ehsan undi orang Melayu Pribumi.

( Nanti ada pulak pengomen yang cuba buat lawak bodoh - bro, Umno tak bertanding la PRU, yang bertanding BN la ! . Come on la..... Cina menolak BN kerana faktor Umno dan Melayu menyokong BN kerana Umno saja yang ada. Faham2la maksud nya )

Tidak ada siapa yang dapat menolak hakikat itu - Umno kembali berkuasa atas EHSAN orang Melayu Pribumi. Setuju tak ? Orang berfahaman Progresif dan Liberal nak bangkang tak ayat tu ?

Waktu mula2 keluar keputusan PRU, hampir semua bersetuju undi EHSAN dari Melayu Pribumi itu diberi BUKAN kerana namanya Umno atau dalam katalain atas dasar mereka cuma tidak mahu melihat kerajaan Pakatan Rakyat memerintah dan alternatif yang ada cuma Umno.

Orang Melayu Pribumi TIDAK MAHU cara baru Pakatan Rakyat, mereka mahu hak mereka di iktiraf dan dipertahankan, mereka mahu CARA LAMA Umno !

Apakah cara baru yang dibawa oleh PR ? Jeng jeng jeng  ......- Cara Progresif yang LIBERAL !

Malah cara LIBERAL yang dibawa oleh Najib juga diTOLAK. Cina yang dilebihkan oleh Najib pun TOLAK cara yang dibawa oleh Najib ! Kalau tidak kenapa hanya 3% saja cina yang Najib manjakan tolak Umno mentah2 ? Habis dikerahnya suku sakat anak beranak supaya keluar mengundi MENOLAK Najib.

Hanya undi EHSAN Melayu Pribumi yang menolak cara PR yang telah menyelamatkan Umno.

Dan sekarang Ketua Pemuda Umno-BN pula mahu memperkenalkan cara Progresif yang LIBERAL yang dibawa oleh Pakatan Rakyat yang asalnya diTOLAK oleh pengundi Melayu Pribumi .......

LOGIK dan MASUK AKAL ?

Kalau benar seperti yang didakwa oleh KJ bahawa akar umbi Umno menyokong agenda Progresif Yang Liberal yang dibawanya, kenapa mereka tidak pilih saja Pakatan Rakyat hari tu ? ! 

Segala tentang TRANSFORMASI dan UBAH yang cuba dibawa oleh Najib telah diTOLAK semasa PRU13 !

Sebab itu Najib dan Umno senyap sunyi untuk 2-3 bulan selepas PRU13. Semua terkedu dan terpaksa menelan ego yang tercalar. Tapi adakah pemimpin2 Melayu Liberal ini belajar apa2 dari penampar rakyat itu ?

Ternyata EGO mereka terlalu besar....... Mereka tidak dapat menerima hakikat yang rakyat - terutamanya Melayu Pribumi, telah menolak cara LIBERAL yang mereka bawa. Mereka tidak dapat mengubah cara itu kerana sememangnya itulah diri mereka - MELAYU LIBERAL.

Jadi secara perlahan2 kita dapat lihat bagaimana, demi menyelamatkan EGO, hakikat yang Umno itu lemah dek pembawaan Liberal mereka telah cuba ditutup dengan selimut kepalsuan kononnya orang Melayu Pribumi memang mahu pilih Umno, bukan kerana tidak ada pilihan yang lebih baik dari PR tapi kerana memang Umno menjadi pilihan utama dari awal.

Kemudian perlahan2 mereka akan dakwa bahawa orang Melayu menyokong cara LIBERAL yang dibawa oleh Najib, KJ dan pemimpin2 Melayu Liberal lain.

Dan secara perlahan2 akan berkumandanglah semula sorakan2 TRANSFORMASI dan UBAH ....... ( yang senyap seketika sebaik saja keputusan PRU13 diumumkan )

Akhir sekali, semuanya akan kembali seperti keadaan sebelum PRU13 ...... dan terselamatlah kemaluan Najib dan pemimpin2 Melayu Liberal lain. 

Nah, rakyat menyokong cara Najib sebab itu kerajaan Najib kembali berkuasa.

Itulah yang sedang berlaku ketika ini ........ nampak permainan KJ - akar umbi menyokong agenda Progresif Yang Liberal yang dibawanya ?

                         ************************

Seorang pengomen, Melayu Kampung ada bertanyakan ini dalam artikel sebelum ini -


Ada tak presiden, timbalan presiden, calon-calon naib presiden dan MT bercakap mengenai liberalisme ? Siapa yang menentang dan siapa yang menyokong ? Rata-rata mengatakan bahawa pemuda adalah barisan pelapis kepimpinan UMNO. Tak ada ke sesiapa pun yang risau gejala liberalisme bakal mengusai sepenuhnya UMNO suatu hari nanti ATAU mereka semua bersetuju menjadikan UMNO sebuah parti liberal? Kalau benar Najib mendengar keluh kesah orang Melayu, kenapa tidak diperjelaskan sekarang? Mengapa induk membenarkan sayap mengepak dihaluan sendiri ?

Ya, sementara mereka masih lagi berkempen sebelum hari Pemilihan, apakata kita minta mereka komen tentang agenda Progresif Yang Liberal ini, minta mereka nyatakan pendirian mereka tentang halatuju agenda Agama dan Bangsa yang mereka ingin bawa ...... biar akar umbi buat pilihan berdasarkan fahaman mereka BUKAN berdasarkan cara mereka berkempen.



 Ini bukan soal siapa calon yang menang atau kalah tapi ini soal survival bangsa Melayu, kemana Umno mahu bawa perjuangan AlifBaTa  mereka.

Share this article :

+ comments + 8 comments

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
October 16, 2013 at 1:40 PM

Apakah maksud rasis ?

Bagi liberalis, maksud rasis ialah menolong, mempertahankan, membela dan melebihkan bangsa Melayu lebih daripada bangsa lain.

Bagi melayu akar umbi pula, maksud rasis ialah mana-mana kaum yang mencabar, menghina atau memperlekehkan status quo perlembagaan negara, kedaulatan raja-raja melayu, hak istimewa orang melayu dan kedudukan islam sebagai agama persekutuan.

Cuba lihat kedua-dua perbezaan di atas. Kita akan dapati bahawa pemimpin-pemimpin umno akan sedaya-upaya untuk mengelak daripada menyebut soal melayu supaya tidak dilabel rasis. Mereka lebih suka bersikap playsafe iaitu menentang pun tidak, menyokong pun tidak. Tapi pada masa yang sama, melihat orang melayu mesti mesti dilayan samarata supaya rakan-rakan bukan melayu tidak berkecil hati dan memberi sokongan kepada mereka. Mereka cuba mewujudkan persepsi bahawa agenda melayu adalah satu perjuangan yang sempit dan mundur ke belakang. Mereka lebih suka bersikap terbuka dan menafsirkan bahawa semangat melayu adalah slogan yang kolot dan tidak sesuai lagi dipraktikkan pada zaman sekarang. Mereka ingin dilihat lebih dinamik dan bukannya statik. Mereka ingin mengubah DNA pemuda agar lebih bertolenrasi dengan nilai-nilai sejagat dan tidak lagi terikat kepada nilai-nilai kuno atau tradisional.

Apakah mereka ingin mengubah dasar serta halatuju UMNO agar lebih releven dengan agenda liberal ? Apakah kita sudah bersedia untuk menjenamakan semula UMNO dengan menyuntik elemen-elemen kemodenan dan corak pemikiran baru ? Liberalis nampaknya ingin mewujudkan kelompok Melayu Baru yang rata-ratanya terdiri daripada Melayu Urban, Melayu Elit dan Melayu Liberal. Mana-mana golongan yang tidak mengikut aliran baru tersebut pasti akan dipinggirkan.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
October 16, 2013 at 2:57 PM

Mentor KJ kat selatan tanahair dah bagi klu; singapura mungkin terpaksa bergabung dengan Malaysia.

Jadi agenda progresif umno sekarang adalah untuk menjadikannya mesra dap; KJ dah mulakan dengan mengambil penyokong kuat dap sebagai s/u akhbar kementeriannya.

Di bawah KJ yang semakin besar sayapnya, atas dasar liberal dan progresif, umno berkemungkinan akan bergabung dengan dap. Lepas tu ikut la telunjuk dap puas-puas!

....................
Reply To This Comment ...................
October 16, 2013 at 6:25 PM

@AnonymousKemas komen saudara :)

....................
Reply To This Comment ...................
wak
October 16, 2013 at 8:41 PM

Din,

Sebenarnya UMNO ni memang bak kata Tun M .. MELAYU mudah lupa.. Tapi Melayu di luar UMNO takkan lupa.. UMNO bakal menempah kuburnya sendiri GE 14 jika masih lagi berdolak-dalik dgn kuasa pengundi Melayu Jati di luar dan melebihkan agenda Liberal yg nak mentransformasikan UMNO menjadi parti acuan PKR/DAP. PAS wak tak boleh nak kata apa sebab wak tak tau dah identiti apa parti tersebut.

....................
Reply To This Comment ...................
Melayu Kampung
October 16, 2013 at 9:35 PM

Jejaga bro Din cakap pasal liberal ni. Omak dio dah enter frame!

....................
Reply To This Comment ...................
umnosokmo
October 17, 2013 at 1:03 AM

pemimpin Umno liberal jangan dok syok sendiri.. melayu pilih umno pada pru lepas kerana tiada alternatif lain.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
October 17, 2013 at 2:55 AM

salam din. wa dah malas nak ckp bahasa kehormat dgn lu, wa da malas nak cakap bahasa kampong dgn lu dan wa taknak cakap bahasa ompute dgn lu. skang wa cakap bahsa rock dgn lu. bahasa pyan habib .. simple. wa respek lu punya blog, wa respek lu punya usaha, wa tangkap respek lu pnya perjuangan, wa ikut lu dari 1st2 lu upload. cuma wa rasa ni dah masok bab buang masa dah. poyo brader. perwakilan umno dari bawah sampai atas dah kena hijack otak diaorang. muka taktau malu, bodo sombong, syok sendiri dan munafik no.1. lu nk pecahkn mindset chain diaorang, biar btol lu? sayap dah dpilih kepala tercalar dgn rasuah brader. itu yg diaorg maupun. lg baik dlm kita ada 4thn sblm pru14 lu gi brainstorming dgn hardcore2 melayu kat luar sana mcmana nk tarik rambut dlm tepung. tapi dlm konteks melayu aa, pasal lu blog parti melayu. bukan dlm konteks unno pasal umno dah tak melayu... masa da suntok, ekonomi dunia semakin gawat, melayu semakin terpinggir. lupakn umno ... wa cakap lu

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
October 17, 2013 at 11:27 AM

@dinturtle Saya amat setuju dengan komen saudara.

Inilah kesannya jika orang tu tak bersekolah di Malaysia...tak membesar di Malaysia dan jarang bertutur dalam bahasa Melayu di waktu peribadinya.

Sedangkan remaja Bangsar pun tak mungkin boleh faham denyut nadi remaja Manik Urai, apatah lagi seorang Melayu yg membesar di luar negara.

MUBARAK, JATI dan PERKASA harus MAIN PERANAN!

Post a Comment