........... Mempertahankan Menteri Ayam ! | dinturtle - Blogger PARTI MELAYU

Mempertahankan Menteri Ayam !

Wednesday, October 9, 20132comments

Saya perasan beberapa blogger ada menyindir Menteri KPDNKK Datuk Hasan Malek dalam isu kemungkinan harga gula dan tepung naik. Mereka menjadikan tajuk artikel TMI ini - Harga gula dan tepung naik untuk kesejahteraan rakyat, kata menteri untuk mempersendakan beliau.


Sebenarnya saya sendiri nak tulis perkara yang sama dari semalam lagi, yalah masih terasa kegeraman ekoran kenyataan bengong Datuk Hasan sebelum ini -

"Pengguna perlu guna kuasa untuk ajar pihak tidak bertanggungjawab, kalau tengok harga naik jangan beli ayam tapi beli daging pula,"

Jadi ayat sepertimana tajuk artikel TMI itu sama juga bengongnya, dan kalau ditulis pun, pembaca pasti terima memang Menteri Ayam ada sebut begitu. Matching, kata orang.

Tapi kali ini saya agak berhati2 sedikit dengan cara lapuran TMI. Nampak sangat spin nya. Takkanlah Datuk Hasan sebengong itu nak sebut harga gula dan tepung naik demi kesejahteraan rakyat !

Cuba baca artikel itu, Perenggan pertamanya - Keputusan kerajaan menaikkan harga tepung dan gula adalah demi menjaga kestabilan ekonomi negara di samping menjaga kesejahteraan hidup rakyat, kata Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Hasan Malek adalah rumusan yang dibuat oleh TMI. Apa yang disebut oleh Datuk Hasan -


"Kita akan melihat pelbagai faktor sebelum sebarang keputusan diambil termasuk fiskal serta kedudukan mata wang negara biarpun keputusan diambil mungkin tidak popular namun ia terpaksa dibuat bagi menjaga kestabilan ekonomi serta kesejahteraan hidup rakyat,"

Nampak bagaimana TMI spin kenyataan Datuk Hasan ? Ayat "Menjaga kestabilan ekonomi serta kesejahteraan hidup rakyat" adalah dalam konteks ekonomi negara secara menyeluruh. 

Saya beri contoh perbandingan -

Pas kata tidak akan membiarkan kalimah Allah digunakan sewenang2nya oleh orang kafir, itu pendirian Pas. Tapi Pas senyap kelu tidak bersuara bila Pakatan Rakyat dimana Pas adalah ahlinya yang paling berpengaruh ( kononnya ) menyatakan pendirian bersama kalimah Allah boleh digunapakai oleh bible bahasa Melayu.

Jadi bolehkah kita katakan yang Pas telah dengan rela membiarkan kalimah Allah digunakan oleh orang kafir bagi merujuk Tuhan mereka, atas nama perjuangan Islam Pas ?

Errr ..... boleh pakai ke analogi tu ? 

Tak kisahlah ....... walaubagaimanapun kerajaan harus mengambilkira sentimen rakyat sebelum menaikkan harga barangan keperluan asas seperti gula dan tepung. 

Rakyat sekarang dah pandai membuat perbandingan ..... contohnya berapakah yang mampu kerajaan dapat jika harga barangan itu dinaikkan ? Bandingkan dengan nilai ketirisan bodoh yang dilapurkan oleh Ketua Audit Negara baru2 ni...... atau tahun lepas, atau tahun sebelumnya atau tahun .....  

Bukankah itu duit rakyat ? Persoalan mudahnya - kenapa pula rakyat yang harus menanggung beban akibat ketirisan bodoh itu ? 

Daripada kerajaan menjadikan kenaikan harga barangan asas sebagai punca pendapatan tambahan, apakata kerajaan kejar penyangak2 wang rakyat dalam kerajaan dan dapatkan balik wang yang telah mereka songlap....tak kiralah, nak rampas rumah ke, kereta ke, wang simpanan ke .... janji dibayar balik !

Juta2 tuh ! Tak pun berusaha saman syarikat penerbangan AlWafeer, kat situ jer dah dekat RM100 juta sangkut. ( KLiK )

So .... kat mana kita ni ? errrr.... ok, kenyataan Menteri Ayam tadi. Bagi saya, ia lebih kepada SPIN dari TMI untuk terus memperlekehkan Menteri2 kita.

Kalau betul Datuk Hasan ada sebut begitu, saya pun nak balun juga cuma dalam kes ini, saya rasa beliau tidak ada berkata sebagaimana tajuk artikel TMI itu.

Saya tak fikir Datuk Hasan sebengong itu !

Share this article :

+ comments + 2 comments

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
October 9, 2013 at 11:21 PM

Aku rasalah din, muka menteri kita tu yang menyebabkan TMI dan pembangkang suka sangat menyakat.... Ada sense of humour lah katakan.... Ada jugak iras2 pelakon drama gitu.
Tapi bagi saya, beliau harus berhati2 dgn apa2 kenyataan kerana kita kini berhadapan dengan pembangkang yang lebih bersifat penyangak dan pro penjenayah... Jadi menteri kena berhati2.... Takuuuuttttt owww!!

....................
Reply To This Comment ...................
October 9, 2013 at 11:49 PM

@AnonymousKo jangan .... aku takut tengok muka dia !

Post a Comment