........... Majoriti Rakyat TIDAK FAHAM Apakebendanya GST ! | dinturtle - Blogger PARTI MELAYU

Majoriti Rakyat TIDAK FAHAM Apakebendanya GST !

Thursday, October 24, 201330comments


GST akan menaikkan semua harga barang !

Bila GST dikenalkan, semua harga barangan akan naik 5% serentak ! Kenapa tak buat secara berperingkat ?

Ramai yang terlepas dari bayar cukai sekarang tapi dengan GST, semua orang kena cukai sebab setiap barang yang kita beli kerajaan akan kenakan cukai GST.

Yang kaya untung sebab mereka akan bayar kurang cukai tapi orang miskin, orang kampung .... kita semua yang tak pernah bayar cukai akan terpaksa bayar cukai yang sama dengan orang kaya. Yang kaya bertambah kaya sementara yang miskin bertambah miskin. Itulah GST !

Siapa yang nak kawal GST ni ? Kita pergi kedai beli barang, orang kedai naikkan 5% harga semua barang. Tapi mana kita tahu pekedai tu bayar pada kerajaan pulak 5% tu ? 


Itu adalah antara contoh2 ayat orangramai bila bercakap tentang GST. Itu dari mereka yang kononnya TAHU tentang GST ! Lebih ramai yang tidak tahu dan mendiamkan diri saja takut orang lain tahu yang mereka sebenarnya tidak tahu apakebendanya tentang GST.

Banyak komen2 yang bersifat negatif kedengaran mengenai GST dari mereka yang mendakwa tahu tentang GST.


HAKIKATNYA rakyat TIDAK TAHU apa itu GST ! Ramai yang masih keliru, tidak faham dan blur dengan GST. Tidak ada siapa dipihak kerajaan atau mereka yang pro kerajaan mahu tampil memberikan penerangan kepada rakyat tentang apa itu GST.

Yang nampak sibuk memberi penjelasan tentang GST adalah pemimpin2 pembangkang yang kini sudahpun memulakan sesi2 ceramah Isu-isu Semasa mereka.

Dikatakan GST ini sudah mahu diperkenalkan masa zaman PakLah lagi tapi ditangguhkan kerana rakyat masih tidak faham tentang GST. Banyak tahun telah berlalu malangnya sehingga kini langsung tidak ada usaha2 yang jelas dipihak kerajaan untuk cuba memahamkan rakyat tentang GST.

Pemimpin yang bercakap tentang GST pula semuanya hanya bercakap secara umum contohnya -

GST tidak akan naikkan harga barang, GST tidak membebankan, Kerajaan dah kaji semua perkara sebelum bercadang nak buat GST .... percaya jelah kat kerajaan bla bla bla ...

Tapi mekanisma GST itu macamana ? Rakyat perlu juga faham apakebendanya GST itu sebelum ianya dipaksa keatas mereka. 

Ada yang kata untuk Bajet 2014 ini GST akan ditangguhkan lagi ...... Majoriti rakyat yang dengar pun terasa legaaaaaa ....... 

LEGA ? Jika benar sistem GST itu memberi lebih manafaat kepada rakyat berbanding sistem cukai sedia ada, rakyat seharusnya membantah sebarang penangguhan GST ! 

Tapi rata2 rakyat merasa lega setiapkali kerajaan umum akan tangguh GST ..... Ini menunjukkan apa ?  Jelas rakyat takut akan GST.

Kemudian kerajaan akan balas ...... rakyat tak perlu takut, GST tidak akan bebankan rakyat bla bla bla tanpa menjelaskan mekanisma GST supaya rakyat faham.

Sekarang yang hebuh diperkatakan sebagai alasan kenapa Najib nak tangguhkan GST adalah kerana PRK Sg Limau. Jadi kita harus bersyukur kerana dengan adanya PRK Sg Limau, GST ditangguhkan !, kata pembangkang. 

Semua ini hanya menguatkan persepsi negatif yang ada dalam fikiran rakyat tentang GST.

Sekali lagi saya nak katakan - MAJORITI RAKYAT MASIH TIDAK FAHAM APAKEBENDANYA GST. 

Mujurlah portal Kementerian Kewangan ada beri penjelasan mendalam tentang GST tapi berapa ramai yang mahu cari maklumat sendiri ? Nah saya prinskrinkan supaya kita sama2 faham apa itu GST -




Alhamdulillah .... semua dah faham tentang GST kan ?

Share this article :

+ comments + 30 comments

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
October 24, 2013 at 8:44 AM

secara jujur, selepas membaca pasal GST, saya sudah semakin faham apa itu GST. dan saya berpendapat ianya memang perlu dan patut dilaksanakan demi untuk kestabilan ekonomi negara. antara pro kepada GST ini ialah semua rakyat menyumbang kepada cukai negara..peniaga2 yang biasanya amat pakar dalam tax evasion mmg dah tak boleh lari. jadi ianya adil kepada pembayar2 cukai tegar spt saya.

namun begitu, GST menjadi LANGSUNG TIDAK BERMAKNA DAN TIDAK BERKESAN jika kerajaan masih dengan sikap MEMBAZIR, KETIRISAN DAN RASUAH. yang akan menanggung akibatnya kelak adalah rakyat. apatah lagi jika kerajaan TIDAK BERSIKAP ADIL..maka ianya tentu akan menyusahkan golongan2 rakyat tertentu. jika GST dilaksanakan, kerajaan MESTI mengurangkan kadar cukai pendapatan dan pada masa yang sama rebat dan pelepasan cukai hendaklah dinaikkan. cukai2 spt rokok dan arak hendaklah dimaksimumkan. orang2 yang merokok dan minum arak sudah tentu orang2 berduit kan?

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
October 24, 2013 at 8:45 AM

GST tidak akan naikkan harga barang,
Din turtle, dalam Malaysia tida istilah harga barang TURUN kecuali bila ada sale. Milo 1KG harga kat Tesco/Gian boleh cecah sampai 18-20RM. Bula sale turun 16RM. Tahun depan harga tetap akan naik. Gaji minimum, persaraan 60 tahun itu semua KOS. GST or no GST harga tetap akan naik. Kemungkinan GST harga lebih mahal boleh jadi juga. Kerajaan Malaysia sebenarnya telah lama gagal untuk kontrol harga barang even harga kawalan pun tuan punya kedai boleh tipu. Keikhlasan kerajaan itu adalah persoalannya.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
October 24, 2013 at 9:14 AM

Din ... Ginilah yang aku faham ... Gst ni macam subsidi petrol ... Harga petrol tak naik tapi rakyat kena bayar lebih pasal subsidi di kurangkn ... Harga barang memang kekal tahap tu ... Tapi rakyat cuma kena tambah dgn bayar tax gst ... Ala macam makan kat kfc ... Rega dia tulis rm10.00 tapi masa bayar kena hulur rm10.20 .

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
October 24, 2013 at 9:25 AM

Ada GST ke, takde GST ke, penguatkuasaan undang-undang kat malaysia ni tetap lemah. Kalau tukar kerajaan pun dasar bumiputera akan dihapuskan, masa tu peniaga cha ya nun alif akan bermaharajarela menaikkan harga sesuka hati sebab ekonomi kaum mereka yang pegang. Nak kata tukar kerajaan harga barang semua turun, podah la.. air kat penang pun naik caj tau. Nama je WCS tapi tu maksudnya caj air dah naik, serupa je. Pembohong je lebih...

....................
Reply To This Comment ...................
October 24, 2013 at 9:41 AM

assalamualaikum en.Din

saya penah handle event yg perlukan penaja. dari situ baru saya tahu yg company2 gergasi mendapat PENGECUALIAN CUKAI jika menaja apa2 event, especially event yg. ada perkataan YAYASAN.

saya hanyalah pekerja biasa, saya takde dokumen nak dedahkan benda ni. saya harap en.Din boleh try cari maklumat ni. sebab kadang2 timbul rasa ragu, adakah event2 camni adalah bentuk MONEY LAUNDERING yg baru.

....................
Reply To This Comment ...................
October 24, 2013 at 10:13 AM

@AnonymousBagaimana pula yang dikatakan ia lebih baik buat rakyat ?

....................
Reply To This Comment ...................
October 24, 2013 at 10:15 AM

@Rayyan Peek-a-BooMungkin itu salah satu cara menggalakkan penyertaan syarikat2 besar dalam aktiviti komuniti. Semua aktiviti itu perlukan modal, jadi dengan cara pelepasan cukai itu, syarikat2 besar lebih senang hendak menderma.

Tapi tidak dinafikan ia mampu disalahgunakan.

....................
Reply To This Comment ...................
October 24, 2013 at 10:19 AM

@Anonymous"antara pro kepada GST ini ialah semua rakyat menyumbang kepada cukai negara" - lebih 80% rakyat yang dikecualikan dari cukai juga terpaksa bayar cukai. Yang tidak layak lebih ramai dari yang layak tapi lari dari bayar cukai. Bagaimana ia dikatakan sebagai pro ?

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
October 24, 2013 at 10:32 AM

Din

Yg saya tak faham kenapa KPDNKK tak beri penerangan kpd rakyat. Buatlah pen bersiri d semua akhbar mainstream semua bahasa. Buat FAQ biar semua jelas. Bayar advertorial ni. Kalau kita boleh bayar rm20 juta untuk lantik konsultan buat PPPM2013-2025. dgn laporsn hanya setebal 278 muka kenspa to tak boleh peruntukan rm2/3 juta buat penerangsn ni.
Sebenarnya gst ni akan mengantikan sst. Banysk yg beranggapan gst ni adalah on top of sst. Ini termasuk org pkr wong chen dlm tweetnya. Org2 pkr sebok dgn gerskan menggagalkan gst. Dimana org bn. Termasuk pemimpin yg.dikatakan progresif.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
October 24, 2013 at 10:34 AM

sebab ia bergantung kepada berapa banyak PENGGUNAAN barang2 yang dicukai. BUKAN barangan asas yang dikecualikan cukai. semakin banyak digunakan, maka bayar lebih la. bukan ke selama ini yang tak layak kena income tax itu turut membayar tax di outlet2 spt kfc, mc D, starbucks dll? itu bermakna mereka2 yg tidak layak dikenakan income tax itu sebenarnya bersedia untuk dikenakan tax.,

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
October 24, 2013 at 10:40 AM

jika diandaikan 80% yang tidak layak dicukai itu semua miskin papa kedana, sepatutnya mereka layak mendapat bantuan zakat bukan? tetapi 80% itu jugalah yang menjamu selera di tempat2 bercukai, mereka juga melanggan astro, ada yang perokok tegar dan pelbagai lagi..bukan ke selama ini mereka membayar cukai? cuma sebab GST ini masih baru lagi di negara ini, peniaga2 yang pakar tax evasion pula dah kalut, siap kena spin baaaik pula oleh politicians..tu yg jadi kelam kabut tu.hehe

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
October 24, 2013 at 10:40 AM

Ramai yang cuba nak lari dari cukai. Kawan aku yang keja majlis bandaran penah cakap kat aku, restoran mamak 24 jam declare untung sikit jer. Tak logik langsung. Ada satu lagi spesis yang mengelat bayar cukai ialah penjual barangan secara online. Aku rasa elok gak kalau diwar-warkan sesiapa yang nak pelepasan cukai kenalah bayar zakat.

....................
Reply To This Comment ...................
ka
October 24, 2013 at 11:44 AM

Yang saya tau GST ni - goods service tax akan menggantikan indirect tax sebelum ni.Memang betul penjelasan yang jelas perlu dilakukan oleh pihak kerajaan kepada orang ramai sebab ramai tak tau tapi mereka buat seolah2 mereka tahu dan sebarkan kepada yang lain apa yang mereka rasa mereka tahu tapi sebenarnya mereka pun blur gak.hehe.

saya baru saja pergi dengar tax talk on GST - getting prepaid, tapi ia dari perspektif syarikat /peniaga, apa itu standard rated, zero rated atau exempt dan samaada boleh claim balik atau tidak. Tapi talk tu masih secara basic dan yang hadir still blur2 termasuk saya.hehe

Tapi GST dari segi impact kepada pengguna/orang ramai, penjelasannya masih terlalu samar2 dan saya pasti ramai kakitangan kerajaan yang incharge GST ni pun masih blur2 gak.hehe

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
October 24, 2013 at 12:21 PM

Kalo pergi makan dekat piza ke kfc ke chiken rice ke dekat bill mesti ada service tax dan goverment tax. Persoalan aku bukan ke syarikat2 kfc piza ni bayar cukai berdasarkan keuntungan depa...tpi kenapa syarikat2 ni kena kan goverment tax dekat pelanggan sapa2 boleh terangkan?

....................
Reply To This Comment ...................
October 24, 2013 at 12:41 PM

Makin seronok la PEMANDHOL joli katak dengan duit GST nanti.GST ke tak GST akhir tahun report dari audit negara tetap ada ketirisan berjota-jota ringgit.Pukimak jer semua ni.

....................
Reply To This Comment ...................
October 24, 2013 at 2:04 PM

@kaYa, tepat sekali. Ramai yang main agak2 jer. Yang lebih konfiden nak terang tentang GST adalah pembangkang yang punya versi mereka sendiri tentang GST.

....................
Reply To This Comment ...................
October 24, 2013 at 2:05 PM

@AnonymousCukai yang dikutip itu akan diserahkan kepada kerajaan. Itu kalau mengikut SOP nya lah.

....................
Reply To This Comment ...................
October 24, 2013 at 2:57 PM

Cukai koporate syarikat yg 25% tu adalah hasil dri keuntungsn syarikat. Yg ini banysk yg tipu. Terutsma skt sdn bhd. Sykt yg untung bolrh jdi tsk untung. Byk perbelanjaan persendirian dimasuk jdi perbelanjaan sykt. Dlm hal ini kerajaan tsk dapat hasil. Banyak penipuan.
GST adalah consumption tax. Yg ni sykt tsk boleh lari. Apa yg dipungut dari pengguna mesti diserah kpd kerajaan. Ini adalah salah satu sumber.hasil kerajaan. Coporate tax juga.sumber hasil kersjaan.
Dimana mana negara sama aja. Setakat ni belum jumpa lagi negara yg.tak kenakan tax diatas. Hanya % aja yg rendsh atau tinggi.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
October 24, 2013 at 3:01 PM

salam,

kerajaan mungkin berpendapat, rakyat bawahan terlalu bodoh utk memahami dan mudah lupa. so, segala cakap consultan dan punahsihat perlu diikuti tanpa bantahan kerana pemimpin tak perlu sakit kapla utk berfikir. ibarat kata syed luar kotak, perbincangan yg dibuat mungkin lebih kpd cakap tanpa merujuk kpd fakta dan kajian menyeluruh dan melibatkan pelbagai agensi. sakit kapla juga kalu nak menganalisis kalu tak pernah buat selama ni. salah tdm juga ni kalu tak pernah ajar menteri lain buat perbincangan analisis data sblm buat keputusan. jadi banyak la keputusan try error, try error dan putar, balik belakang pusing kanan kiri depan belakang, terjun lombong dan sebagainya.

punahsihat dan consultan pula tak berjiwa rakyat pasal makan gaji besar dan ada syarikat utk jadi kaya sehingga anak cucu joli katak pun tak luak sikit pun duit syarikat.

dulu orang kaya je kena cukai, kemudian semua rakyat kena cukai. kemudian yg dok jual barang pulak dok cari jalan macam mana nak elak bayar cukai. yg tukang kutip pula pakat dok kutip cukai utk poket sendiri. tu yg tak berintegriti la. susah la ni nak cari integriti pasal yg menang dalam mt dan vc umno pun tak cukup integriti pasal dak sogok wang utk jadi pemimpin (mungkin bukan semua, tapi tak ramai la kan) tapi apa pun, tak apa la pasal kita mudah lupa kata punahsihat dan consultan. buat jer, memang marah, nanti dah biasa, lupa la. masa pru, kita jual borong belaka.

baca pulak pasal negara gaji besar oleh tdm, pakat sakit kapla juga. gaji besar tapi kuasa beli tarak. tengah bulan habis juga gaji macam dulu juga serupa semasa gaji kecil. tak lebih dan tak kurang. dulu kalu bawa RM100, barang penuh troli, sekarang setengah bakul je. so, apa yg kita harapkan ialah yg terbaik untuk rakyat dan negara. bukan utk sesetengah rakyat jer yg sapu habis contohnya lembu rm250 juta, dapat kat keluarga kak ijat sorang jer, rumah rm7 juta, dpt dibeli pegawai yg tak dibayar gaji tapi dpt elaun jer. pinjaman mudah beratus juta hinggit utk beli saham dan syarikat milik kerajaan dpt kat menantu ex pm jer. melabur tapi rugi beratus juta tapi tak diambil tindakan hanya utk pegawai rapat dengan keluarga menteri ajer. anak menteri dan wakil rakyat pakat boleh harta sampai ke luar negara, rakyat mampus dengan harga makanan yg semakin meningkat dan dipaksa pulak untuk bayar cukai atas barang tersebut. pegawai nak tinggal kat luar negara anak beranak dan melancong, hanya pi buka syarikat kerajaan kat luar negara. rakyat kena tanggung. pi beli hartanah luar negara, hanya pegawai jer yg pi kerja kat sana. rakyat negara sendiri tak dpt kerja. mampuih la kita

....................
Reply To This Comment ...................
October 24, 2013 at 3:49 PM

Anon 3:01PM

Bernas dan mantap.Kita semua rakyat boleh pergi MAMPHOS...!!!!

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
October 24, 2013 at 4:05 PM

@dinturtle

20 cents yg kerajaan ambik tu boleh la dibelanjakan utk keperluan lain yg lebih berfaedah utk rakyat. Sifir yg senang je ni din...

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
October 24, 2013 at 4:24 PM

@dinturtle

PR konfiden ttg GST ni berpunca drpd perbelanjaan dr pihak kerajaan jugak. Tapi, kalau kerajaan berbelanja dgn berhemah, aku rasa diorg tak boleh nak spin.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
October 24, 2013 at 4:30 PM

@ReentryCapsule

Kenapa PM taknak coverup atau dgn kata lain 'kowtim' je dgn Audit Negara? Waktu zaman Dr M, takde pulak ade keluar benda2 macam ni, padahal waktu zaman Dr M pun ekonomi negara dah defisit. Ini bermakna, PM Najib lemah dlm mentadbir negara.

....................
Reply To This Comment ...................
October 24, 2013 at 4:32 PM

@AnonymousErrrrr .... saya nak tulis macam tu lah sebenarnya ! hahahaha...

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
March 24, 2015 at 4:18 PM

still a complicated and a burden to rakyat ~ they should just flashback how mahathir take care of us better than najib's does .. his wife is kinda materialistic tho' i guess those GST thing was refer to her hehehe

....................
Reply To This Comment ...................
March 26, 2015 at 8:29 AM

Din,
Sebelum ini bukan kita tak membayar cukai. Cukai SST yg 10% tu kita yg bayar. Cuma kita tak nampak kerana ianya dibayar ex-factory. Pengedar yg bayar bagi pihak kita kerana pengedar mengambil kira cukai tu sebagai input kos dia. Pengilang yg pungut akan bagi kat Kastam. Bila GST kita akan tahu berapa banyak cukai yang kita bayar. Itu saja. Kenapa nak heboh-heboh.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
April 3, 2015 at 11:08 AM

Ini menunjukkan bahawa gst itu adalah 'perkara' yg x baik dn bnyk keburukan....tu sbb diorg ni berani melaksana ttp x berani tampil mmberi penjelasan yg baik2 psl gst ni. TANGGUNG SEMUA BOLEH...JAWAB TU YG SUSAH KAN...? jk gst ni x bagus,knp ada yg mmbantah..? Jk ada yg bantah,tampil dan jawab. Rakyat Malaysia ni nk penerangan simple je,x phm dn xnk belit2 ngan bahasa yg ntahhape...contohnya: kasut ni harganya rm100 pakcik,+ gst 6% = rm106.......
Sepatutnya terangkan mcm ni:
Kasut ni harganya rm100,tp okcik kena + lg rm6 utk untuk cukai....
Pasti pkcik tu akan tanya:
Pasai apa plak aku kena bayaq cukai..? Ni zaman penjajah kaaaaa.....?!!!

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
April 3, 2015 at 11:09 AM

Ntah2 org2 tu sendiri pn x paham gst ni....

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
April 5, 2015 at 1:50 PM

bodohla pm kita nie.sendiri wat tahi orang lain kena tangung.pm kita pun benda kecik pun tak boleh pikir.aku rakyat biasa pun leh pikir nak atasi masalah yg pm wat.1)tak payah bagi brim.2)potong gaji orang kerajaan termasuk menteri dan lain2.3)projek yg mane tak patut wat.tak perlu wat.datuk najib patut pikir perbelanjaan jangan melebihi dr simpanan.mang salah rakyat gak yg mtk mcm2.tp pikir la orang sekarang tengah sempit.pe yg aku dgr konon gst peniaga dh tak leh amik kesempatan.ni tak makin gst makin lincah peniaga naik harga brg.TP PE TINDAKAN ORG KERAJAAN.TAK DE kan.ORG KASTAM pun tak wat keje.ptut pm najib tegas.spe naik harga barang melampau.ptut sita aset dan harta diaowg.bg kerajaan.dn bg peluang anak melayu yg jujur nak niaga.negara kita pun korupsi la najib.pe pm najib kita pun sama ke?

....................
Reply To This Comment ...................
June 15, 2015 at 2:42 AM

Maaf mencelah sya ni xreti ilmu ekonomi politik ni tapi bg saya yang berpendatan rm1300 sebulan ni terasa sesangat kesempitan hidup duit gaji tiap bulan x pernah cukup.pernah ke kerajaan pikir nk naikan gaji rakyat yg susah mcm kami ni kerja siang malam cukup bulan telan air liur gaji tah kemana anak sekolah van sekolah rumah sewa nk beli x mampu harga barang pulak makin hari makin mahal yg susah makin susah lah macam ni saya bukan nk mintak bilion2,cukup bagi kami belanja bulan menyimpan sikit2 untuk sakit demam ok lah harap pikir2 yg berkenaan yg susah melayu yg merempat melayu yg buat melayu jadi mcm tu pun melayu bukan bangsa lain jadi lah pemimpin seperti salahuddin al ayubi seorang pemimpin yg paling berani mati pun xde duit keluarga nk mengurus jenazahnya seorang pemimpin Islam bukan hanya atas nama sahaja islam

Post a Comment