........... Liberal itu Progresif ? 'Hidup Melayu' Itu Regresif ? | dinturtle - Blogger PARTI MELAYU

Liberal itu Progresif ? 'Hidup Melayu' Itu Regresif ?

Sunday, October 13, 201321comments




"Kalau kemenangan itu kemenangan yang besar, ini adalah pengesahan bahawa saya sedikit sebanyak telah berjaya membawa pemikiran progresif ini menewaskan kuasa konservatif dalam parti Umno," 

"Saya anggap pemilihan kali ini sebagai satu pertarungan antara pemikiran progresif dalam parti kita dan pencabar-pencabar saya malangnya bawa pemikiran regresif yang ke belakang.

"Jadi bagi saya kalau sekiranya kalau saya berjaya dan diberi amanah oleh akar umbi, saya rasa ini pengesahan bahawa pendekatan dan pemikiran  progresif ini sebenarnya diterima oleh akar umbi,"

Menarik sekali cara pemikiran pemuda Umno-BN ini ya.... sekali jer KJ sebut perkataan Progresif, terus melalak pemuda Umno-BN bahawa cara KJ adalah cara Progresif.

'Menarik' dalam konteks ' Mudahnya pemikiran Pemuda Umno-BN diuli supaya mengikut jer apa Cip kata ' 

Memang terlalu senang sangatlah agenda KJ yang mahu ubah DNA Umno kalau begitulah rupanya cara pemikiran pemuda Umno-BN. 

Perhatikan tajuk artikel dari skrinshot diatas, bila ditambah jer perkataan Progresif, fahaman Liberal yang dibawa oleh KJ terus disanjung tinggi oleh Pemuda Umno-BN !

Dan semudah itu juga KJ berjaya mentarbiahkan pengikut2nya yang perjuangan 'Hidup Melayu' yang sekian lama didukung oleh Umno, kini dilihat sebagai regresif /kebelakang/ tidak uptodate / kuno dan tidak sesuai lagi untuk generasi Melayu masakini.

Payah kalau dah perasan bagus nih .... Pemuda Umno-BN dah berjangkit penyakit Perasan Lebih yang dibawa oleh Najib dan KJ. Tak percaya ? 

Cuba tanya mana-mana Pemuda-BN tentang faktor 'kemenangan' Umno masa PRU13 yang lepas ...... adakah kerana Umno semakin kuat ( sebagaimana yang didakwa oleh Najib dan KJ ) ATAU kerana faktor pengundi Melayu Pribumi sudah tidak punya pilihan lain ?

Saya ungkit balik persoalan itu kerana dari situlah akan timbul kesedaran betapa konsep Liberal yang dibawa oleh Najib dan KJ tidak direstui oleh orang Melayu. Tapi kalau mereka termakan pembohongan nyata yang dilaungkan oleh Najib dan KJ kononnya Umno SEMAKIN KUAT dan kekuatan itu pula dikaitkan dengan fahaman LIBERAL yang kononnya disokong oleh akar umbi.... nak kata apa lagi dah ?

Ya, saya akui betapa pentingnya kita bersatu kembali setelah usai pertandingan. Makanya saya tidak setuju kepada saranan yang mahu ditubuhkan sebuah parti baru kerana sudah hilang kepercayaan kepada kepimpinan Umno.

Bagi saya itu bukan jalan penyelesaiannya. Tidak akan ada kesudahannya kalau setiap kali kita tidak bersetuju dengan pemimpin, kita tubuhkan parti baru !

Tapi waktu sama kita juga tidak boleh berdiam diri dan merelakan proses meliberalkan pemikiran orang Melayu dilakukan oleh pemimpin2 Melayu Liberal Umno.

Makanya dalam kita akur kepada kehendak perwakilan, kita perlu terus bersuara demi mempertahankan HAK dan MARUAH kita dari dilacurkan oleh pemimpin2 Melayu sendiri !

Jangan lupa, PakLah dulu jatuh pun bukan melalui Pemilihan tapi melalui kesedaran orang Melayu.

Jadi saya harap semua yang masih berpegang kepada cara Konservatif yang kononnya menurut KJ tidak progresif, supaya bersabar.

Sekali lagi saya ingin meminjam kata2 dari Zul Kulim -

Oleh itu, ahli UMNO wajib menolak mana-mana calon yang tidak meletakkan perjuangan memartabat dan memperkasa bangsa Melayu dan agama Islam. Apatah lagi mereka yang malu dan tiada keberanian meletakkan kepentingan Melayu dan Islam sebagai keutamaan perjuangan.

Ini juga bermakna perwakilan wajib menolak pemimpin-pemimpin yang korup, rasuah, menyalahgunakan kuasa, menjalani kehidupan maksiat dan mungkar. Ini adalah jenis kepimpinan yang akan menjahanamkan UMNO; merosakkan bangsa Melayu!

Soalnya bukan samada pemimpin yang hendak dipilih itu boleh membawa UMNO memenangi PRU-14 atau tidak, tapi soalnya ialah samada mereka boleh membawa UMNO kepada keredhaan ALLAH swt.

Dan apabila kita mendapat keredhaan ALLAH, nescaya ALLAH akan membuka pintu kejayaan dari segala arah dan pelusuk, termasuk daripada sumber yang kita sendiri pun tidak jangka!

Dan LEBIH BANYAKKAN BERSABAR kalau ditakdirkan Mukhriz juga tewas nanti dalam pemilihan Naib Presiden.......

PS - Paling menarik bila penyokong DAP dan Pemuda Umno-BN sama2 meraikan kemenangan KJ !


Mungkin ini petanda akan kemungkinan penyatuan Umno-Dap ? Peeeeeergh !

Share this article :

+ comments + 21 comments

....................
Reply To This Comment ...................
Otak geliga
October 13, 2013 at 6:52 PM

Alhamdulillah...nampaknya UMNO sudah boleh menerima DAP.....berkat tarbiyah Regina pd KJ n tarbiyah KJ pd pemuda2 UMNO....tak lupa juga tarbiyah Ah Jib Gor pd rakyat Malaysia umumnya n org2 UMNO khususnya akhirnya UMNO berjaya utk menjadi lebih progresif dlm menjalinkan hubungan yg lebih erat dgn DAP.....Tahniah KJ/DSN/UMNO......hahahaha

Satuuuuuu...Malaysia!!!!

....................
Reply To This Comment ...................
October 13, 2013 at 7:03 PM

Pak Cik Din terlalu banyak berkhayal

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
October 13, 2013 at 7:15 PM

@K.A.K

betul latu, lg2 regina lee org dap tu dah jd org kj

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
October 13, 2013 at 7:57 PM

Disokong akar umbi..belum tentu dapat sokongan rakyat..tunggu PRU 14. Bye bye BN

....................
Reply To This Comment ...................
October 13, 2013 at 7:58 PM

DAP terlalu teruja dan terkesima diatas kemenangan Ketua Pemuda untuk sepenggal lagi.Hmmmmm....menang awesome...!!!!

PtuiiiiHHH...!!!!

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
October 13, 2013 at 8:00 PM

Memandangkan team liberal dah menguasai umno, saya mencadangkan perkara-perkara di bawah supaya dilaksanakan secara segera bagi memastikan umno menjadi 100% liberal.

1. Mansuhkan sekolah kebangsaan dan tukarkan menjadi sekolah jenis kebangsaan melayu.
2. Bahasa Melayu dituruntaraf menjadi bahasa ketiga selepas Bahasa Inggeris dan Bahasa Ibunda (Mandarin dan Tamil)
3. Tiada lagi perbezaan mengikut kaum kerana setiap warganegara adalah sama bangsa iaitu Bangsa Malaysia. Slogan baru ialah 1 Bangsa 1 Malaysia.
4. Agihan kontrak kerajaan dan pemberian biasiswa melanjutkan pelajaran ke luar negara adalah 100% melalui meritokrasi. Tiada pilih kasih dan tiada kuota bumiputera.
5. Perdana Menteri, Ketua-ketua jabatan kerajaan dan CEOs GLC tidak semestinya seorang Melayu. Sebagai tambahan, kementerian-kementerian seperti Kementerian Pendidikan, Kementerian Kewangan, Kementerian Dalam Negeri, Kementerian Pertahanan dan Kementerian Luar Bandar yang sebelum ini menterinya mesti seorang Melayu, kini tidak lagi terikat dengan status quo berkenaan.
6. Semua program-program anjuran umno tidak lagi dibenarkan menggunakan nama umno tetapi umno-bn. Semua program umno akan dijenamakan semula sebagai program bn.
7. Agenda Melayu akan ditukarkan kepada Agenda Liberal.

....................
Reply To This Comment ...................
meorusa
October 13, 2013 at 9:26 PM


Apa sudah jadi dengan pemuda Umno.?Maybe i am too old.In any show it is said there will be 2 people who are deaf and dumb.In Malaysia the Umno Youth are really Dumb...budak melayu dan mak bapak Melayu semua dah Bodoh....compliment of shallow education system striving for As and tuition with the Jones ...bapak /mak no time teach kids how to think more of what to think....bila Melayu gila Harta.Congratulation...welcome to a DEad end compliments of the parents ,that us,, and how we raised our kids.Sudah hanya mahu kaya.Bila kaya ada Kuasa...is that right.?R u sure.?
When Anwar and Hadi remain in power I was lost.When Khairy and Sharizat continue to retain power thru Umno I lost hope.The German made Hitler what he was.The Malysian made Anwar,Hadi ,Khairy and Sharizat what they are.You are as guilty as Anwar,hadi,Kairy and Sharizat....you create and sustain them.I am glad I hate you.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
October 13, 2013 at 9:34 PM

amboi ke main regina meraikan kemenangan boss dia.terbuktilah kj ni musuh dlm selimut,gunting dlm lipatan.baguslah ah jib gor,team kau memang tip top utk kaum yg kau sayang.hidup cinabeng,hidup cinabeng.mampos melayu ,mampos melayu.syabas ah jib gor,kerana undi org2 melayu kau dpt jadi pm,bini kau dapat melaram sakan.dgn undi org melayu kau boleh bagi semua yg kau ada dekat kaum kesayangan kau.tahniah ah jib.minggu depan ada lagi kejutan yg boleh buat semua kena sakit jantung.kalau mukriz tewas,sepupu kau menang ,dasyatlah game kau ah jib.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
October 13, 2013 at 9:55 PM

as salam dt,
pening juga memikirkan apa yg jadi semlm. pemuda 100% sokong kj, sistem undi kita terima, pasal mmg dah tau peraturannya. tapi 100% undi, mmg pemuda liberal habis, berkokoklah sang liberal.
org umno mmg malas membaca, cuma buat keputusan berdasarkan cerita kedai kopi. kita usaha je lg, mungkin sistem baru ni amat susah utk tunjukkan kehendak majoriti.
lagi sedih tgk kemenangan ketua wanita.
saya anggap pemilihan kali ni tak ubah mcm Anugerah Bintang Popular. undi atas siapa yg popular.

yuyu

....................
Reply To This Comment ...................
tebing tinggi
October 13, 2013 at 10:29 PM

Yang pentingnya Melayu jangan patah semangat ,takan KJ seorang bolih megubah landasan perjuangan Melayu , nilah akibat kalau banyak melayu angkat dalam UMNO.

....................
Reply To This Comment ...................
October 13, 2013 at 11:04 PM

En. Din,
mmg frust jugak tgk si KJ liberal ni menang tp bila di fikir balik, it is impossible an underdog mcm Akramsyah ni nak kalahlan si KJ yg hari2 muka keluar dengan gahnya di media2 dan jugak kat semua Kem Belia & Sukan events. Jgn disalahkan pengundi, sbg contohnya, pemuda yg ard 25thn dari katalah Dusun Tua (let alone, Sabah.S'wak) guano nak kenal si Akramsyah yg dari Langkawi ni. He is at a disadvantage all along memandangkan Pemuda UMNO ni dah dicengkam KJ selama 5 thn, apatah lagi dia menteri Belia. Sepatutmya, bagi 1 term jar utk KP ni.

Anyway, k Ijat tu taklah liberal kan, tp dia tu mmg disayangi oleh ahli2 Wanita. Harap2 dia dah bertaubat dan cuba utk cleanse her sins/perception after this. Mmglah dia akan jadi shooting target utk si DAP ni, tp si KJ liberal ni lagi merbahaya sbg gunting dlm selimut (bersama Regina)

Saya ni bukannya penyokong UMNO/BN sangat tp baru2 ni kat GE13 saya pangah BN sbb mmg tak mau martabat Melayu hilang atau diganyang oleh DAP terutama melalui si Anwar dan PAS yg dah hilang arah tujuan.

....................
Reply To This Comment ...................
October 13, 2013 at 11:38 PM

@zz2440Penting ni ya , saya pernah katakan yang KJ punya peluang menang yang amat besar berbanding Akhram, jadi saya tidak terkejut dengan kemenangan beliau, sebab dah dijangka,

Soal analisis pemilihan, itu kena tunggu keputusan terperinci bilangan undi setiap bahagian.

Jadi yang buat saya bengang adalah kenyataan kemenangan KJ yang mengagungkan LIBERALISMAnya seolah orang Melayu semua sokong.

Kemudian orang Umno-BN pula, ikut sama menjulang Melayu Liberal ini sebagai IKON..... dan fahaman LIBERALnya sebagai jawapan kepada survival Melayu !

Itu isunya sekarang.



....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
October 13, 2013 at 11:52 PM

Bro din... kita patut ambik iktibar, bagaimana Allah tunjukkan kepada kita permainan orang cina semasa pru13, mcam tu jugaklah dilondehkan kepada kita siapa umno yang sebenarnya.... jadi pru 14 tepuk dada... tanyalah iman...

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
October 14, 2013 at 8:19 AM

Bang Din,
Oh ni ke yg announcement tu? Yup2, kita kena sabar. Saya setuju.
Saya pernah dgr psl the probability of Umno-Dap alliance tu. Saya tak ingat, tapi rasanya Datuk Kadir Jasin ke, or Awang Selamat ke pernah warn psl tu gak. Very unlikely, but still... kan? Huhu

Paan M.

....................
Reply To This Comment ...................
October 14, 2013 at 8:22 AM

@AnonymousSoal pengumuman itu ada saya jawab diartikel berkenaan :)

....................
Reply To This Comment ...................
October 14, 2013 at 11:55 AM

Bro,

Kalau benar konsep progresif/Libral itu diterima rakyat kenapa BN banyak kehilangan kerusi dalam PRU13.
Orang Melayu tidak ada pilihan terbaik maka UMNO boleh menang banyak kerusi. Ini sepatutnya diterima oleh orang UMNO.
Kenyataan KJ yang mengatakan konsep libralnya telah mengalahkan gulongan konsevertif dalam parti adalah salah dan tidak berpijak dibumi nyata.
Bileh tak kita tahu undi popular KJ ni. Ada sesiapa yg boleh wikileak angka2 ini. Mungkin dia menang tipis saja dibahagian. Kalau dia menang tipis aja dibahagian dia tak boleh berkokok yg dia telah mengalahkan gulongan konservertif. Sebagai penyandang dia memiliki kelebihan.

....................
Reply To This Comment ...................
October 14, 2013 at 1:17 PM

@Esa AdamRamai yang menunggu keputusan terperinci pemilihan. Tak tahulah samada Umno akan keluarkan

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
October 15, 2013 at 11:37 PM

Memang sah la, UMNO dah berubah lebih demokrasi penuh fahaman edologi samakerataan, lebe tepat 1M.......sekiranya dah rasa boleh di-librel kan dewasa ini, teruskan lah bubar saja UMNO, jenamakan One Malaysian Party......terbuka luas buat rakyat Malaysia tampa mengira satus, permaustiun tetap dialu kan tampa perajudis.....Sekolah Keb. / Sekolah Jenis Keb. jadikan Sekolah 1M beraliran OM Puteh......... Dasar Ekonomi Baru, tak perlulah di perkasakan demi Librelisma yang di Agongkan.........
ini mungkin boleh diterima pakai 50th akan datang, tidak diwaktu ini 2013........Melayu maseh mundur ketinggalan jauh kebelakang.......dimamah Korupsisma bangsa sendiri.........
Dasar Ekonomi Baru itu lah buktinya, selama 30th maseh ditapak permulaan asalnya.......
kalau begini lah dasar perubahan nya, pasti Melayu berubah, puteh mata, puteh tulang, asalkan tak sakit dihati......alang mandi biar basah.............PRU14 pasti tampok Kerajaan berubah kuasa..........Melayu / cina kan rakyat MALAYSIA

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
October 16, 2013 at 1:16 AM

@K.A.K Dik... En Din tidak berkhayal.

Saya paste di sini satu diskusi kontra di antara seorang blogger (Outsyed the box) dengan seorang pembaca blognya:

Pembaca menulis komen:
"...To some Muslims, they say, ..."I'm still a muslim eventhough I drink wine and go to church. I don't have to pray five times a day just to show that I'm a muslim because Allah knows what's in my heart."

Tetapi seorang Muslim yang benar-benar beriman, hatinya akan tersentuh jika Rasulullah dihina dicaci.

Muslim yang beriman tidak akan sanggup membaca sebarang tulisan yang penuh penipuan dan mengelirukan ummat Islam. Hati akan rasa panas, geram dan sedih."

Blogger membalas:
"... When you are grown up, no one can insult you by drawing a circle in the sand and saying 'Ini kepala bapak awak'.

The same applies with religion. Please grow up. No one can insult Islam or Allah. And the good prophet is dead. Tell me how do you insult a dead man?

So please grow up. "

......................

Jawapan blogger seperti ini adalah contoh kenapa kita puak konservatif dalam UMNO amat bimbang dengan kemunculan pemimpin seperti KJ.

KJ pastinya akan bersetuju dengan fahaman dan pegangan si blogger tersebut.


....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
October 16, 2013 at 1:23 AM

@Anonymousdah la PEMANDU penuh dengan moles....

bila baca Dr MiM.. wow! katanya pemuda UMNO dah awal-awal lg dah buat keputusan utk pilih KJ.
Bagus MiM..! awak seorang Liberal rupanya.

At least sekarang dah jelas pendirian Pemuda UMNO... majoriti mereka sehati sejiwa dengan Pembangkang rupanya!

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
October 16, 2013 at 1:32 AM

Saya amat setuju dengan persoalan yang encik utarakan dalam posting ini.

Satu lagi yang saya tak tahan bila dia memberi komen tersebut dalam bahasa Inggeris (dalam bulan Oktober....Bulan Mendaulatkan Bahasa Kebangsaan !).

Ooopss.... komen saya ni ala ultra Melayu.... tak ngam dengan Pemuda UMNO dah sekarang....

Post a Comment