........... Lawak Progresif | dinturtle - Blogger PARTI MELAYU

Lawak Progresif

Saturday, October 19, 201320comments

Sehingga waktu saya tulis ni kedudukan bagi Naib Presiden memang dah confirm milik Zahid dan Shafie sementara kedudukan satu lagi masih menjadi pertarungan hebat antara Hisham dan Mukhriz. Keputusan gosip yang saya dapat ketika ini Hisham 101 dan Mukhriz 88.



Apapun keputusannya nanti, memang melawakkan .......seperti yang saya tulis sebelum ini, satu Malaysia mentertawakan Hisham namun beliau masih mendapat sokongan yang begitu kuat dari pemilih.


Entahlah ....... Hishammuddin masih menjadi pujaan orang Umno ? ? !

Hishammuddin masih lagi Pemimpin Melayu pilihan Umno ? 

Hishammuddin nak UBAH Umno ?

Share this article :

+ comments + 20 comments

....................
Reply To This Comment ...................
October 19, 2013 at 10:25 PM

Pasal tu lah orang luar boleh mentertawakan UMNO dengan mengatakan Melayu itu BODOH dan mudah lupa

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
October 19, 2013 at 10:26 PM

Saya dah mula bengong dengan perwakilan UMNO nih. Orang Melayu pulak tuh!!! Ternaya benar percaturan Najib menjadi kenyataan iaitu dengan mengekalkan SEMUA ketua. Tidak bermakna aku kira dengan laungan TRANSFORMASI. Tak der faedahnya diadakan pemilihan. Tidak dapat diterjemahkan DEMOKRASI dalam UMNO. Saya kira UMNO akan kekal ditakok lama. UMNO akan kekal dengan imej lama.

Aku rasa, dimasa depan, (kalaulah ada lagi UMNO) dibuat pilihan secara pilihanraya. Dengan ini akan memberikan peluang kepada SEMUA ahli UMNO untuk mengundi pemimpin. Adakan pilihan ala pilihanraya dari peingkat bahagian hingga ke MT. kalau nak dibiarkan perwakilan yang menentukan, nampaknya Melayu akan hanyut dibuatnya. Berikan hak kepada setiap ahli UMNO untuk menentukan masa depan Melayu dan Negara. Kalau nak dikirakan, perwakilan yang ada sekarang nih pun bukanya benar benar menjadi wakil kepada warga UMNO. Kalau diperingkat cawangan dapat dilihat berebut berebut nak jadi perwakilan, semasa musim pertandigan jer. Kalau takder pertandingan, tak siapa pun ingin nak jadi perwakilan.

Kalaulah kemengan mereka mereka itu hasil dari pengundian, saya rasa lebih ramai lagi orang UMNO yang kecewa dengan keputusanya.

Saya harap UMNO tidak tenggelam bersama PRU14 nanti.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
October 19, 2013 at 10:43 PM

Kalau ikut cara pemilihan sekarang ni, calon yg popular dan selalu keluar dlm media massa akan menang. Kemudian, pemilihan calon pusat di peringkat Bahagian pun turut dicanang2 oleh orang yang berpengaruh. Kemudian sibuk war-warkan lebih telus dan kehendak akar umbi... cuba r buat siasatan, berani cakap r ada sesetengah yg menang tu sbb ada tangan ghaib yg arahkan. Bosan sudah dgn UMNO

....................
Reply To This Comment ...................
October 19, 2013 at 10:45 PM

Ahjib gor awal2 dah susun orang2 dia di seluruh negara di setiap cawangan dan bahagian..mcam kj jugak.Kedudukan sepupu dia memang dia dah 'kowtim' dengan orang2 dia.Jadi kita aje yg terhegeh2 mahukan perubahan sedangkan ahjib dan geng2 liberal dah pasang strategi siap2 siapa yg patut menang dan sebaliknya.

Hisham mesti menang punya,tidak ada apa yg dapat kita lakukan.Tun m pun dah tahu awal2 permainan geng2 ahjib dan liberal.Orang2 umno jadi lembu dicucuk hidunglah sampai ke sudah.Makin meluat aku dengan politik bodoh Melayu tak kira pemerintah mahupun pembangkang...

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
October 19, 2013 at 10:45 PM

Tengok gambo kat atas ni pun dah cukup meluat...

....................
Reply To This Comment ...................
October 19, 2013 at 10:52 PM

Pemilihan ini hanya membuka pekung Umno dengan lebih LUAS, ahli dan pemimpin Umno tanpa segan silu telah mempertontonkan kepada rakyat apa yang selama ini dikatakan sebagai persepsi rupanya ...... benar.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
October 19, 2013 at 10:56 PM

bro din.... alhamdulillah tuhan dah tunjuk tuh....

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
October 19, 2013 at 10:56 PM

Salam,
Percaya kpd qada dan qadar. Usaha tu dah, tawakal sudah. ALLAH yg maha mengetahui. 3 tahun lagi, pau ditangguh utk pru14, alasan nak kukuhkan parti, ahli pun lupa. Nak salahkan ahli, tak boleh juga, pasal ramai gak yg nak ubah, tapi tak daya nak lwn arus. Tp kalu berlaku politik wang, memang nak hancur la umno nanti pru14 nanti. Mungkin melayu lupa, umno terus kukuh. Allah yg maha mengetahui

....................
Reply To This Comment ...................
October 19, 2013 at 11:04 PM

kalaulah kalah pru nanti...sapa dipilih tak salah..yg memilih akan dipersalahkan.paham tak maksud gua...

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
October 19, 2013 at 11:11 PM

Salam, kalau itu pemilihan perwakilan apa nak kata lagi. Perwakilan pun tak boleh harap... . Hishamuddin pun masih sokong lagi... Alahai...harap Umno sediakan kain kapan la untuk PRU14 nanti.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
October 19, 2013 at 11:12 PM

orang yg TERANG2 dah GAGAL sbg menteri kdn tu pun masih nak pilih?

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
October 19, 2013 at 11:15 PM

Bro; bhgn di pahang & johor solid sokong h2o..... Ada sentimental value kot .... Hehehe

....................
Reply To This Comment ...................
October 20, 2013 at 12:35 AM

Pemilihan pemimpin UMNO berapa tahun sekali? Takkan ini pemilihan terakhir sebelum PRU14? Kalaulah ini merupakan pemilihan terakhir, aku percaya UMNO dan BN khususnya menghadapi kesukaran untuk mempertahankan undi Melayu dalam PRU 14 nanti kerana pemimpin yang dipilih untuk menmgetuai UMNO terdiri daripada mereka yang tidak ada semangat juang dan semangat semangat kemelayuan yang tinggi kecuali orang melayu pada masa itu sudah hilang kemelayuan masing-masing dan

....................
Reply To This Comment ...................
Melayu Kampung
October 20, 2013 at 12:54 AM

Johor sumbangkan 26 undi kepada Hisham. Pahang tumpang sekaki kenapa? Tempat penyu bertelor pon turut sumbang undi pada Hisham!!!???

....................
Reply To This Comment ...................
October 20, 2013 at 1:06 AM

@Melayu KampungUntuk pengetahuan, banyak tempat lain yang penyu naik darat bertelur. Bukan saja di Terengganu.

Lainlah kalau sebut Penyu Belimbing :)

Wakpe orang duk sebut telur penyu jer nih ...

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
October 20, 2013 at 1:13 AM

BRO DIN SAYA ADA SATU CADANGAN SERAHKAN PADA SELURUH AHLI UMNO BUAT PILIHAN PEMIMPIN, WAKIL-WAKIL NI TAK YAH LE AMACAM SETUJU TAK SEMUA.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
October 20, 2013 at 1:15 AM

Saya tak mahulah keluar mengundi Pru 14 ni bersama-sama keluarga. 8 orang.Biarlah UMNO jadi pembangkangpun.....tak kisah.3 tahun akan ada banyak kemusnahan yang akan dilakukan olih ahjib gor dan kuncu-kuncunya.Mukhriz pula akan dkenakan pelbagai sekatan dan akan hanya dibenarkan berlegar-legar diKedah sahaja.

Kj pula bebas membuat rancangan dan meluaskan pengaruh.....orang Melayu yang akhirnya yang akan melopong dan rugi. Lepas 3 tahun.....pemilihan ditunda sebab dekat pru....takut perpecahan parti.....last -last kalau Umno menang pru pula maka orang yang sama juga yang diangkat........Melayu masih ditakut lama...jadi tiada guna lagi undi UMNO.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
October 20, 2013 at 1:20 AM

Ini namanya.....suratan illahi.

....................
Reply To This Comment ...................
ABJ
October 20, 2013 at 8:10 AM

Hisham, teruskan dengan program memberi Taklimat Pertahanan Negara / Pengangkutan keseluruh Negara ooops keseluruh Bahagian UMNO, kali ni jangan tertumpu pada para perwakilan UMNO aje, buat cara terbuka, ramai boleh mendengar taklimat tentang kementerian direct dari menteri. Guna segala kemudahan kementerian, bukan kena bayar pun ....

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
October 20, 2013 at 12:44 PM

Hisham sila balik turki....

Post a Comment