........... LAST KOPEK Kempen KP - Kenapa Saya Sokong Akhram | dinturtle - Blogger PARTI MELAYU

LAST KOPEK Kempen KP - Kenapa Saya Sokong Akhram

Friday, October 11, 201325comments


Saya nak ambil kesempatan terakhir ini sebelum pemuda2 Umno nyatakan pilihan siapa yang mereka mahu jadi Ketua Pemuda Umno, untuk meluahkan pendirian saya.

Sebelum itu suka saya jelaskan bahawa sokongan yang saya berikan kepada saudara Akhramsyah adalah sokongan ikhlas saya tanpa sebarang motivasi luaran. Saya juga tidak termasuk dalam apa yang digelar sebagai TEAM Akhram. Saya juga tidak masuk mana2 Group Whatsup bagi tujuan perbincangan atau penyelarasan kempen dalam 'kempen peribadi' saya menyokong Akhram.

Saya menulis / bergerak secara solo, tidak dibayar, dan meluahkan pandangan yang 100% peribadi. Makanya segala 'balunan' terhadap KJ juga adalah luahan peribadi saya. Tidak didorong oleh sesiapa atau apajua motivasi luaran.

Bermula dengan artikel 'kempen' pertama saya -

1 -Kenali Akhramsyah, Pencabar Ketua Pemuda KJ - MENARIK NIH !

diikuti dengan wawancara ketika pertamakali bertemu Akhram di hari penyerahan borang pencalonan -

2 -Akhram Sanusi - Saya Anak DEB

3 -Perjuangan Melayu Berhaluan Kiri, Kanan Atau Tengah - Antara KJ dan Akhram

4-Kenali Calon Ketua Pemuda, Akhramsyah - Video Eksklusif.

5 -Akhramsyah - Pemuda Harus Jadi Kumpulan Pendesak Bukan Kumpulan Yes Bos! ( Video )

Saya ada dijemput untuk bersama2 Team Akhram tapi saya tolak dengan baik kerana saya lebih suka bergerak sendiri tanpa terikat dengan sebarang Gameplan.

Artikel2 berbaur kritikan saya terhadap KJ sepanjang kempen seperti dibawah adalah juga luahan peribadi saya -

 

6 -Nak Ubah Itu, Nak Ubah Ini ..... Si Pengubah Yang Patut Di Ubah !

7 -KJ - Saya Tidak Ada Apa2 Kelebihan Menjadi Menantu PM

8 -Saya Sokong KJ Sebagai Ketua Pemuda ........ !

9 -Kenyataan KJ - Pemilihan Ketua Pemuda UMNO atau Ketua Pemuda UMNO-BN ?

10 -Selamat Tinggal Pemuda Umno, Welcome Pemuda Umno-BN !

 

Seronok sebenarnya buat benda ni ! Maksud saya, memperjuangkan apa yang kita sendiri yakin dan mempertahankan kenyakinan itu dengan usaha sendiri mencari bukti2 -

 

11 -Akhram Penipu ? Presiden MAYC Mohd Hazri DiMinta Sangkal Bukti2 Ini !

12 -Akhramsyah Penipu ? - Lagi Bukti Menyanggah Dakwaan Calon Ketua Pemuda Sik, Mohd Hazri

dan membuat research sendiri, bukan hanya untuk terus mempromosikan Akhram tapi waktu sama mencabar diri sendiri yang pilihan saya untuk menyokong Akhram itu adalah tepat. Saya cari artikel2 lama yang ada mendedahkan halatuju perjuangan politik beliau, bukan setakat apa yang beliau melalak sekarang dalam waktu berkempen - 

 

13 -Pandangan Akhram Bila ahLek Mempertikaikan Hak Bumi Tiga Tahun Dulu... Kalau KJ Bagaimana Ya ?

 

Artikel terbaru saya yang turut mendapat respon menarik -

 

14 -Akhramsyah Tidak Bijak Rupanya ....

15 -Tun Mahathir Sokong Akhramsyah ! ?

 

Dan yang terakhir, walaupun ada kaitan dengan KJ, tapi ia lebih berbentuk umum yakni tidak merujuk kepada Pemilihan esok -

 

16 -Kerana Mempertahankan KJ, Orang DAP Di Julang ! Alahai Pemuda Umno-BN ....

Berapa artikel semuanya ? Peeeeerrgh 16 artikel beb ! Tak kiralah si Akhram menang atau kalah, dia wajib kena belanja saya makan hehehehe ...


Sebut tentang menang atau kalah, secara jujur saya katakan yang peluang Akhram untuk menang adalah tipis. Bukan mustahil tapi tipis. Umpama pertarungan Nabi Daud melawan Jalud - dalam konteks sikerdil melawan gergasi.

Tapi misi utama saya adalah untuk menyampaikan MESEJ orang Melayu kepada KJ. Kalau ditakdirkan Akhram menang, itu saya anggap sebagai bonus.

Lebih memuaskan hati bila beberapa bloger dari TEAM KJ menyebut nama saya dalam penulisan mereka ..... terbukti ada impak ! Kalau tidak untuk apa disebut, kan ? Why, Why ?

Malahan blogger yang ramai tahu sebagai blogger KJ turut memberi pengiktirafan dalam bentuk sindiran peribadi yang tidak ada kaitan dengan kempen dalam post baru beliau -


Hahahahahaha .... ya, untuk apa kita bergaduh, kita kenalah Professional. Berdebat dalam penulisan, bersilat menentang hujah. Dalam saya ketinggalan dalam bentuk gadjet pun, berpeluh juga korang, ek......

Dan saya setuju pandangan beliau -

Kita perlu fikirkan PRU14 bukan setakat PAU.  Kepada semua - GUNA AKAI SIKIT !

Cara pra-PRU13 hampir menjahanamkan Umno, UBAH LAH ! Takkan nak ambil risiko yang SAMA lagi untuk PRU14 ?

Akhir kalam kempen ( kalau ada point saya tulis lagi ! ), saya printskrin dua entry dari FB SSTDM buat renungan semua pemilih -


Share this article :

+ comments + 25 comments

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
October 11, 2013 at 4:44 PM

Esk pagi undi aku untuk mamat ni sbg kp di dewan banquit mpspk bahagian sungai petani

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
October 11, 2013 at 4:47 PM

Salam bro din...all the dgn bro...baca blog budak budak penyokong melayu liberal tu tentang KJ buat tekak jd loya..hujah dangkal...kj menang melayu terkubur..menang sorak kampung tergadai

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
October 11, 2013 at 5:08 PM

Din, walaupun ko bukan team akhram, tapi ko punya penangan aku rasa jauh lebih terkehadapan dan all out. Kempen habis-habisan punya sampai team kj sendiri pun selalu sebut nama ko......Ko ingat tu Din, nama ko dah popular...hehehe. Aku respek ko Din pasal ko buat lebih daripada apa yang team akhram sendiri dah lakukan. Din, engko betul-betul blogger melayu sejati. I salute u, Din.

Din, aku ada satu permintaan. Sekiranya Akhram menang, aku nak ko buat temubual khas dengan Akhram dan soalan-soalannya nanti ko kumpul daripada pembaca-pembaca setia blog ko. Lepas tu, dalam tempoh setahun yang pertama aku nak ko buat liputan aktiviti-aktiviti atau program-program anjuran Akhram untuk menilai sejauh mana Akhram mengotakan janjinya untuk tolong Melayu. Bole tak Din ?

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
October 11, 2013 at 5:10 PM

aku pun

....................
Reply To This Comment ...................
October 11, 2013 at 5:17 PM

@AnonymousPastinya menjadi satu tanggungjawab peribadi pula kepada saya untuk memastikan apa yang saya laung2kan itu ditepati oleh empunya badan !

Hmmm .... saya sedang cuba nak dapatkan interview bersama Regina Lee dalam masa terdekat. Harap orang KJ baca dan sampaikan :))

....................
Reply To This Comment ...................
antihipokrit
October 11, 2013 at 6:00 PM

Masa isu kalimah Allah, masa isu SK Pristina, masa isu penghinaan terhadap Raja2, Islam, bangsa Melayu, lambang kenegaraan manakah suara PEMUDA Liberal? Menikus?

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
October 11, 2013 at 6:50 PM

salam,

moga ramai pemuda umno yang layak mengundi membaca artikel bro. bila nak undi tu, memang kena guna akai. gunakan sebaik mungkin. pru 14 memang lambat lagi, 5 tahun lagi. tapi kesan pau ni, menjangkau hampir 5 tahun dan mungkin lebih. ingat la kpd penyokong umno, ingat la kesan yg mungkin timbul bila hanya pemuda sahaja yang suka, tetapi tidak kepada orang luar. bukan pemuda dan orang yg selalu minum kopi kat hotel dan bawa kereta berjenama mewah, tetapi ingat kat org luar yg minum kat kedai kopi biasa dan bawa kenderaan tak mewah. mana yg lebih ramai semasa di pru14.. ingat kesan jangka panjang bukan jangka pendek. terbukti, ketua sekarang hanya untuk bn bukannya untuk melayu. undi bukan melayu tak bertambah tapi berkurang, ketua pemuda sekarang berjaya ke? harap pemuda dapat berfikiran waras, ingat perjuangan umno yang sebenarnya. jangan hanya ingat perjuangan pemuda sahaja, peluang dapat wang besar.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
October 11, 2013 at 7:34 PM

Its Insanity: doing the same thing over and over again and expecting different results. Elbert Einstein. Maknanya, semua pemuda UMNO giler kalau terus sokong KJ lagi dan mengharap kan dia akan menerajui perjuangan asal PEMUDA UMNO, meletakkan Islamdi tempatnya dan menang PRU14. Unless...semua telah digula-gulakan....

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
October 11, 2013 at 8:23 PM

bro din... aku rasa kj akan menang... alasan utama aku yang pi pangkah tu semua kawan dia... bukan akar umbi yang sebenar....

....................
Reply To This Comment ...................
October 11, 2013 at 8:27 PM

Esok pemilihan dan hasil bakal diterjemah melalui jumlah sokongan ahli pemuda. Kebanyakan jawatan dipertaruhkan atas personaliti calon dan jarang sekali ahli2 umno mahu melihat melebihi keperluan tersebut. Namun, jika sekiranya pemuda umno ditakdirkan akan tetap berubah menjadi centrist dalam umno atau enggan memahami asas penubuhan umno, maka rasanya sayap pemuda umno harus dibubarkan shj. Dan pemuda2 umno boleh beramai2 keluar dan menyertai dap kerana prinsip asas perjuangan mereka selepas itu tiada bezanya lagi.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
October 11, 2013 at 8:38 PM

{\rtf1\ansi\ansicpg1252
{\fonttbl\f0\fnil\fcharset0 ArialMT;}
{\colortbl;\red255\green255\blue255;\red34\green34\blue34;\red255\green255\blue255;}
\deftab720
\pard\pardeftab720\partightenfactor0

\f0\fs26 \cf2 \cb3 \expnd0\expndtw0\kerning0
\outl0\strokewidth0 \strokec2 Salam Din dan saudara seislam,\
\
Sedikt renungan, Pemilihan 2008 KJ bertanding jawatan KP UMNO ( BuKan BN). Jawatankuasa disiplin mendapati KJ bersalah menggunakan politik wang, saya ulang " Bersalah" tetapi dibenarkan memegang jawatan selepas di berikan amaran. PRU 12, keputusan merosot terutama dr saluran generasi baru. \
\
Pra PRU 13, mengistiharkan tidak mempertahankan kerusi parlimen rembau tetapi akhirnya bertanding juga, sebab PM nak atau siapa?\
\
PRU 13 sekali lagi keputusan merosot terutama daripada golongan muda.\
\
Mana kredibiliti sebagai KP UMNO? Tak payah nak jadi juara BN kalau hak UMNO. Sendiri tak pandai nak jaga.\
\
Fikir-fikirkan lah. Melayu islam malaysia memerlukan pemimpin yang ikhlas berjuang atasa dasar melayu islam dan bukan atas dasar2 yang lain kerana kita bukan menongkat dunia.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
October 11, 2013 at 9:02 PM

my salute to u bro. it's just my taste and surely my decision. u're a real wonder and really can read within lines. ur effort in bringing back the long lost battle for the Malays will surely be answered. just be patient and wait for the result which i bet wuld be on ur side. thank u bro, u have used the card up ur sleeves.

betul ker cakap aku nih. aku benar benar xcited dengan artikel kali ini. kalau salah, maapkan aku. aku orang Melayu tapi sekali sekala nak gak cuba tulis omputeh.

....................
Reply To This Comment ...................
Otak geliga
October 11, 2013 at 9:07 PM

Org pompuan Ganu tak marah ke bila bro DT sebut last KOPEK?...:)...org Johor & utara ok ja

sebut pasai AMU ni, saya sependapat dgn bro sedara kura2....hehe....peluang nak menang mmg TIPIS.....majoriti FAHAM apa sbbnya

tak sabor nak tunggu keputusan PAU....nak tgk samada PAU 13 ni PAU yg bakal dihidangkan masih PANAS, FRESH & ada INTI BARU atau masih lagi suka dihidangkan PAU SEJUK, BASI & INTInya makin lama makin seCO'ET

kpd saudara Akram selamat berjuang & BERJAYA HENDAKnya...underdog ni byk kelebihan

....................
Reply To This Comment ...................
October 11, 2013 at 10:21 PM

@belangPemuda tahun 2013 tidak sama dengan pemuda 2009 ... Isu yang sama tapi cara penerimaan yang berbeza.

Dulu Rasuah dipandang hina tapi kini ..... no problem !

....................
Reply To This Comment ...................
October 11, 2013 at 10:22 PM

@AnonymousPeeergh, ok, ok,alright alright ! I Like ! :)

....................
Reply To This Comment ...................
October 11, 2013 at 11:25 PM

Salam saudara kura-kura (hehe),

KJ akan monang. Sobab dio oghang negori yang bersemenda ngan bini PM yang jugo oghang negori. Oghang negori mano leh kalah. Hehe.

Mukhriz pun akan monang sobab bini eh pun oghang negori.

Kok akhram nak monang...kono masuk suku!

Kesimpulan eh...kawinlah ngan oghang negori. Hehe.

Camno tu bang sedaro kuro2?

....................
Reply To This Comment ...................
antihipokrit
October 11, 2013 at 11:31 PM

InsyaAllah Bhg Jerantut akan mengundi Akhram walaupun musibat KP Jerantut pak turut dan penjilat KJ.

....................
Reply To This Comment ...................
Melayu Kampung
October 11, 2013 at 11:33 PM

Aku bersama dengan kamu dalam hal ni bro Din. Pantang mengaku kalah sebelum tamat berjuang. Sebaik-baik keputusan adalah Agama, Bangsa dan Tanah Air menjadi tunjang perjuangan siapa saja yang menang nanti.

....................
Reply To This Comment ...................
October 11, 2013 at 11:35 PM

@panehDen nak balas tapi bila ekau sebut namo Rosmah, lidah den tak tertubek kato2 !

Nanti laen yang dituju, laen pulok yang teraso :))

....................
Reply To This Comment ...................
October 11, 2013 at 11:35 PM

@antihipokritEkau orang Jerantut yo ?

....................
Reply To This Comment ...................
October 12, 2013 at 1:28 AM

Aku sebagai anak PEMUDA W Persekutuan berdoa pada Rabb Alam Semesta agar tiada pemuda liberal diangkat sebagai PEMUDA UMNO..Amin

....................
Reply To This Comment ...................
October 12, 2013 at 1:34 AM

Usah fikir menang atau kalah. Kemenangan yang sebenar adalah perjuangan hingga ke akhir, tidak mengaku kalah sehingga penamat !

....................
Reply To This Comment ...................
anti dap
October 12, 2013 at 6:25 AM

masalahnya skrg...penyandang ketua pemuda barubsekarang nak memartabatkan melayu? habis selama ni buat apa? dgn tony pig pua pun takde bunyi. lantik pula hardcore supporter dap jadi dia punya press secretary..what the hell? so...better give the chance to akhram..

....................
Reply To This Comment ...................
October 12, 2013 at 7:56 PM

Kj akan menang besor yoep..hehej macam biasa lah mcm korang tau kankan..hehhe.

*yamseng*

....................
Reply To This Comment ...................
October 12, 2013 at 8:05 PM

@hamzah hambaMemang dah dijangka ..:)

Post a Comment