........... Lagi Spin Fitnah Dari TMI - Kenyataan Zahid dan Najib Dalam Isu Kalimah Allah Pula | dinturtle - Blogger PARTI MELAYU

Lagi Spin Fitnah Dari TMI - Kenyataan Zahid dan Najib Dalam Isu Kalimah Allah Pula

Monday, October 28, 20134comments

Portal Themalaysianinsider ( TMI ) ni tak serik2 nak jadi batu api melalui cara laporan berita yang sengaja diSPIN untuk menimbulkan kontroversi.

Antara isu favoret TMI adalah kes kalimah Allah.

Perhatikan artikel TMI yang saya prinskrinkan dibawah -


Pertama - Tajuknya saja sudah bernada provokasi ! Ia terlalu UMUM sedangkan perenggan pertamanya pula lebih tepat yang berbunyi -

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi (gambar) hari ini bertegas dengan pendiriannya bahawa kalimah Allah tidak boleh digunakan oleh akhbar mingguan Katolik, Herald untuk merujuk kepada Tuhan walaupun di Sabah dan Sarawak.

Seharusnya tajuknya berbunyi - The Herald tidak boleh guna Allah Walaupun di Malaysia Timur. Ia lebih tepat dan spesifik. Kan lari jauh tuh berbanding Malaysia Timur tidak boleh guna Allah yang terlalu umum hingga boleh mencetuskan kemarahan mereka yang malas membaca artikel tersebut.

Perenggan kedua pula -

Kenyataan Ahmad Zahid itu bertentangan dengan kenyataan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak minggu lalu yang memberi jaminan kepada penganut Krisitian di Malaysia Timur mereka bebas menggunakan perkataan Arab itu.

Masa bila pula Najib ada beri jaminan sebegitu ?

Rujuk artikel Bernama bertarikh 21 Oktober ini - KLiK.

"Baru-baru ini apabila Mahkamah Rayuan membuat keputusan mengenai kalimah Allah, ia tidak menyentuh sama sekali mengenai amalan Kristian di Sabah dan Sarawak, malah 10 points agreement masih dikekalkan," katanya.

Najib TIDAK ADA berkata yang The Herald masih bebas menggunakan kalimah Allah di Sabah dan Sarawak, beliau hanya merujuk kepada AMALAN Kristian dan penggunaannya dalam alKitab ( seperti yang dirujuk oleh Perjanjian 10 Perkara )

"Kepada rakyat Sabah, harap jangan ada sesiapa rasa tertekan kerana amalan setiap penganut agama akan kekal seperti mana sebelum ini."

Keputusan Mahkamah Rayuan tempuhari juga jelas - Pengharaman kalimah Allah itu HANYA merujuk kepada The Herald dan tidak disebut sebarang pengecualian berdasarkan tempat pengedaran. AlKitab masih bebas menggunakan kalimah Allah.

Jadi kenyataan Zahid di atas tidak bercanggah dengan keputusan Mahkamah Rayuan dan ia juga tidak bercanggah dengan kenyataan Najib sebelum ini. 


Minggu lepas TMI dah 4 kali mohon maaf kerana melanggar etika kewartawanan dengan menyiarkan berita yang tidak sah, tak serik lagi ke ?

Sudah2lah TMI mengapi2kan perasaan rakyat melalui sentimen agama .....

Share this article :

+ comments + 4 comments

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
October 28, 2013 at 1:53 PM

Selagi xdi saman hingga berjuto2 hengget selagi itu mrk akan mnruskn fitnah....... Wat stail LKY saman smp tinggl spenda jer.....

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
October 28, 2013 at 5:00 PM

Ade modal la pembangkang nak spin lagi nanti. Paling kuat pun TMI tu mintak maaf je. Menteri buat bodoh lagi..

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
October 28, 2013 at 6:02 PM

Cuba 'make it clear, once & for all' pasal isu ni. AlKitab bahasa indonesia di Sabah & Sarawak shj dibenarkan guna Allah. Herald, poster, risalah, signboard, nama bilik, nama bangunan, tulisan kat kereta, brochure, internet, web page etc tak dibenarkan sama sekali di seluruh Malaysia. Haaa kan clear.

....................
Reply To This Comment ...................
October 28, 2013 at 6:33 PM

@AnonymousPernah dengar orang politik cakap dalam bahasa yang mudah faham ?

Post a Comment