........... Lagi Artikel TMI 'Mengesahkan' Umno Amalkan Politik Wang | dinturtle - Blogger PARTI MELAYU

Lagi Artikel TMI 'Mengesahkan' Umno Amalkan Politik Wang

Saturday, October 19, 20135comments

Pagi tadi lebihkurang 3 minit sebelum jam 10, The Malaysian Insider telah menarik balik artikel FITNAH yang disiarkannya sejak semalam selepas Mukhriz ( KLiK ) berikan amaran akan bertindak menyaman portal itu sekiranya tidak menarik balik artikel berkenaan selewatnya pada pukul 10 pagi.

Kenapa TMI akur dan tarik balik ? Sebab dalam permohonan maaf ringkasnya, editor TMI mengaku laporan artikel itu tidak tepat.

Ikhlaskah permohonan maaf itu ? Wallahualam .... kita tidak akan mampu membaca hati orang. Mungkin atas keikhlasannya, maka TMI menunggu hingga ke minit2 terakhir sebelum menarik balik artikel berkenaan.


Kerana ikhlas jugalah maka permohonan maaf itu cuma disiarkan dalam bahasa Inggeris dalam ruangan tersorok dibahagian Sideview. Ramai yang melihat artikel maaf itu melalui paparan Prinskrin yang banyak disebarkan blogger tapi kalau anda cuba cari sendiri di portal berkenaan, saya rasa melilau juga. Apalagi bagi mereka yang tidak perasan perkataan Sideview.


Perkara ASAS dalam etika kewartawanan telah dilanggar dan damage control yang dibuat sambil lewa .... mujur Mukhriz punya tahap toleransi yang tinggi dan sedia menerima permohonan maaf yang dibuat dan tidak akan mengambil tindakan undang2. ( KLiK )

Apapun, TAHNIAH kepada Mukhriz kerana berani mempertahankan kredibiliti dan integriti anda ! Sudah lama tidak kedengaran mana2 pemimpin Umno yang sanggup menyaman pihak yang membuat tuduhan rasuah / politik wang, SEMUA menafikan saja, malah ada juga yang buat tak tahu jer dan harap orang Umno mudah lupa..... memang pun mereka mudah lupa dan cepat memaafkan.

                                         ************************

OK settle yang itu ..... TAPI artikel TMI yang dibawah ni macamana pulak ? Anda baca dan cuba bayangkan KESAN / GAMBARAN / TOK NENEK PERSEPSI artikel ini kepada imej Umno.

Calon pemilihan Umno kempen secara berkumpulan bayar perwakilan

 

Di saat-saat akhir sebelum bermulanya pemilihan bagi jawatan tertinggi dipertandingkan Umno seperti Naib Presiden dan anggota Majlis Tertinggi (MT), calon-calon terpaksa bekerjasama secara berkumpulan untuk menampung politik wang yang terlalu mahal dalam parti Melayu terbesar itu.


Walaupun objektif sistem pemilihan baru bertujuan mengekang politik wang, seorang wakil calon kepada seorang calon MT Umno memberitahu, beliau bersama wakil-wakil calon lain terpaksa bekerjasama sebagai satu pasukan bagi memastikan mereka dapat menampung kehendak perwakilan-perwakilan yang kini semakin ramai disebabkan sistem pemilihan baru digunakan kali ini.

“Perwakilan ada yang minta RM300 seorang, ada yang minta RM500 seorang. Tengok tempat,” The Malaysian Insider diberitahu seorang wakil calon kepada seorang menteri yang tidak mahu dikenali.

“Jadi untuk tampung kos yang ‘mahal’ ini. Kami kempen secara berkumpulan. Kita guna ‘chai’, jadi semua calon donate untuk bayar kepada perwakilan. Katalah dalam RM50 seorang,” katanya.

Buat pertama kali dalam sejarah, 146,000 anggota akar umbi akan menentukan saf kepimpinan tertinggi parti itu dalam pemilihan hari ini.

Anggota akar umbi diberi suara lebih besar dalam pemilihan Umno berikutan pindaan Perlembagaan parti pada 2009 ke arah pemilihan lebih terbuka dan telus melalui sistem "electoral college", yang bertujuan membasmi gejala politik wang.

Seorang lagi wakil calon kepada calon MT memberitahu jika tidak menggunakan wang, sudah pasti calon-calon yang bertanding akan dikalahkan.

“Perwakilan nak pemimpin-pemimpin berkongsi sikit sahaja daripada apa yang mereka ada. Kalau tak bagi, bersedialah untuk kalah.

“Jadi kami kenalah bekerjasama untuk tampung wang yang nak diberi kepada perwakilan,” katanya yang berkempen untuk seorang calon dari Utara.

Sebelum ini, nasib pemimpin tertinggi Umno hanya ditentukan kira-kira 2,500 perwakilan di perhimpunan agung parti itu.

Sebanyak 71 calon akan bertanding merebut 29 kerusi jawatan yang dipertandingkan iaitu Timbalan Pengerusi Tetap (tiga calon), Naib Presiden (enam) dan anggota MT (62).

Tumpuan adalah kepada enam calon naib presiden iaitu tiga penyandang, Datuk Seri Hishammuddin Hussein, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Datuk Seri Shafie Apdal yang akan berhadapan dengan Tan Sri Mohd Isa Samad, Senator Datuk Seri Mohd Ali Rustam dan Datuk Mukhriz Mahathir.

Kedua-dua sumber itu juga mengesahkan terdapat arahan daripada pemimpin tertinggi Umno untuk mengekalkan ketiga-tiga penyandang naib presiden Umno.

“Untuk calon VP, kami akan kekalkan yang sedia ada. Itu arahan atas. MT bebas,” katanya yang baru tiba dari negeri utara itu.

“Cuma kalau Mukhriz kalah, masaklah Najib kena dengan Mahathir,” katanya merujuk kepada Tun Dr Mahathir Mohamad dan Datuk Seri Najib Razak.

Najib dan Tan Sri Muhyiddin Yassin kekal sebagai presiden dan timbalan presiden Umno oleh kerana kedua-dua jawatan itu tidak dipertandingkan.

Pemimpin veteran Umno Datuk Seri Mustapa Mohamed semalam berkata parti Melayu itu kekal di takuk lama sekiranya politik wang masih digunakan oleh segelintir calon.

Menurut Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri itu, selain tiada kemajuan yang dapat ditunjukkan, Umno juga bakal rosak kerana calon gagal mematuhi peraturan terutamanya melibatkan politik wang.

Katanya, matlamat asal Umno menukar sistem pemilihan yang memberi kelayakan kepada lebih 145,000 perwakilan mengundi adalah untuk mengelakkan rasuah dan politik wang. – 19 Oktober, 2013.

 

Share this article :

+ comments + 5 comments

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
October 19, 2013 at 7:33 PM

1) Saya tertanya-tanya, yang si "wakil calon" tu pi habaq kat wartawan TMI (atau wakil TMI) tu apa hal? Sengaja nak aibkan parti sendiri ka?

2) Bahagian Pagoh mengekalkan semua penyandang VP (dan mungkin Bahagian Pekan juga begitu).... so memang benarlah apa yg Tg Adnan cakap di Selangor di awal kempen dulu kut?

3) Tg Adnan bagi amaran sesapa yg "sabotaj" pemilihan Umno akan diambil tindakan keras. Tindakan beliau yg "bagitau" bahawa Presiden suruh kekalkan penyandang tu tak dikira sabotaj ke ek?

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
October 19, 2013 at 7:35 PM

Kalau ke tiga-tiga penyandang VP kekal, maka:

KJ akan tersenyum riang kerana strategi 2016 beliau is on track.
Tapi of course, itupun kalau beliau tidak berada dikerusi pembangkang di Parlimen pasca PRU14.

....................
Reply To This Comment ...................
October 19, 2013 at 9:50 PM

Din,

Kalau ketiga-tiga VP yg lama kekal, aku nak cadangkan kepada Datuk Ibrahim Ali daftarkan Perkasa sebagai satu parti politik supaya aku boleh mengundi Perkasa pada PRU14. Damn with UMNO.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
October 19, 2013 at 10:08 PM

Dah ler tu Pondan2 dan Leberal2 UMNO! Tmpt aku, rata2 ahli sokong Mukhriz (kira majoriti), tapi ketua bhgn ckp misti undi si Pondan! Pasal kunu bhgn sda kena warning! mana punya kebenaran statement Ahjibbeng yg undi betul2 bebas dan mengambil kira akar umbi?

Tarak aper lah. Akan tiba masa juga nanti tuan Ahjibbeng duduk di kerusi org2 yg berpencen! Akan terbangkit lah jua nanti apa2 jenis kebodohan yg pernah tuan buat, spt apa yg pak bodoLAH skg hadapi!

....................
Reply To This Comment ...................
nutter
October 22, 2013 at 1:59 AM

To hell with Umno din! Puak nie xleh slamat dah

Post a Comment