........... KJ - Kemenangan Liberal Melayu KeAtas Konservatif ( Dalam Umno ) | dinturtle - Blogger PARTI MELAYU

KJ - Kemenangan Liberal Melayu KeAtas Konservatif ( Dalam Umno )

Sunday, October 13, 201362comments




Kenyataan KJ ini adalah satu hakikat pahit yang terpaksa diterima oleh orang Melayu -

"Kalau kemenangan itu kemenangan yang besar, ini adalah pengesahan bahawa saya sedikit sebanyak telah berjaya membawa pemikiran progresif ini menewaskan kuasa konservatif dalam parti Umno,"

"Saya anggap pemilihan kali ini sebagai satu pertarungan antara pemikiran progresif dalam parti kita dan pencabar-pencabar saya malangnya bawa pemikiran regresif yang ke belakang.

"Jadi bagi saya kalau sekiranya kalau saya berjaya dan diberi amanah oleh akar umbi, saya rasa ini pengesahan bahawa pendekatan dan pemikiran  progresif ini sebenarnya diterima oleh akar umbi,"- Mkini.

Samada kita terima atau tidak, suka atau benci .... inilah wajah UMNO.

Pendekatan LIBERAL yang tidak lagi mewakili suara jati orang Melayu, yang berselindung disebalik apa yang disifatkan sebagai pendekatan progresif.

PS - Saya akan buat satu pengumuman besar ( buat diri saya lah ) tak lama lagi. Jangan risau, saya masih terus sokong Umno dan BN cuma saya mahu kekalkan KEBEBASAN untuk terus kritik pemimpin2 Umno .... mana2 yang saya lihat tidak mempertahankan maruah agama, bangsa dan tanahair. 

Baik Najib apatah lagi KJ !

Bukan mengikut definasi pemimpin2 Umno Liberal yang ada sekarang tapi mengikut definasi orang Melayu sebenar. Jika tidak, saya tidak layak lagi memakai tagline Blogger Parti Melayu.

Share this article :

+ comments + 62 comments

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
October 13, 2013 at 10:57 AM

Setuju lah din

....................
Reply To This Comment ...................
October 13, 2013 at 10:58 AM

bersiap sedia untuk pakai baju PINK

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
October 13, 2013 at 11:03 AM

Teruskan saudara,hentam kumpulan liberal ni,KJ menanh bukan kerana apa,lawanya semua tiada pengaruh di peringkat nasional UMNO, cumaperingkat cawangan sendiri,di Bahagian sendiri pun masih tak cukup pengaruh,kita tgk pemilihan VP nanti ,sekiranya betullah org UMNO Menyokong agend Liberal mcm KJ & MK kata,nampaknya harapa Zahid dan Tok Ali adalah tipis,dan MT akan dipenuhi golongan liberal.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
October 13, 2013 at 11:05 AM

Macam mana yang dikatakan penganggur yang paling kaya (mantan) boleh membawa pemikiran progresif. Bersedialah untuk ejen dap dibawa masuk ke dalam umno. Lepas ni jangankan mca dan gerakan bergabung dengan dap; umno boleh boleh dibawa bergabung dengan dap! Tengok lakonan dan lawak apa yang nak dihidangkan semasa perhimpunan agung nanti. Tiada apa lagi yang boleh dilakukan sedangkan muhyiddin pun dan tak boleh nak tahan 'gerakan progresif'. Semua yang jenis boleh dibeli untuk lebih menjahanamkan IMR. Apa yang Melayu akar umbi boleh buat untuk survival adalah meyahut kempen ABC dan ABCD.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
October 13, 2013 at 11:19 AM

Setuju bro..kita bebas..kita sayang UMNO dan melayu bukan syg UMNO liberal dgn transformasinya...kita mengkritik kerana x nak UMNO and Melayu terkurbur

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
October 13, 2013 at 11:20 AM

Pemfitnah besar! Patutlah kau samakan darjat kau dgn kura2....aku nak tanya kau...ada ke KJ sebut pemikiran liberal atau Melayu Liberal???? Pemikiran progresif tu jelaslah....kami generasi muda Melayu memang nakkan pemimpin kami berfikiran progresif dan bukan KONSERVATIF, ada faham Din PENYU??? pegi sekolah balik dan belajarlah konsep dan pengertian PROGRESIF.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
October 13, 2013 at 11:31 AM

Pada pendapat aku bukanya KJ Berjaya membawa pemikiran progresif berasaskan kemenanganya, tetapi harus difikir, boleh dikatakan kebanyakan perwakilan yang mengundi tuh tidak pun paham akan perjuangan beliau sebenar. Perwakilan lebih mirip kepada pemilihan ratu tanpa mengenali beliau yang sebenar. Saya sendiri telah berjumpa beberapa perkilan dan menanyakan, haram mereka tak tahu dan tak paham liberal. Bila ditanya siapa nak pilih maka jawab mereka KJ. Bila ditanya sebab, mereka akan mengatakan KJ segak dan bergaya dan pula KP mereka dah suruh. Bila ditanya lagi kenalkah kamu dengan KJ, mereka terdian dan ditanya berkenaan peristiwa pemilihan lepas, mereka akan cakap KJ kena booooo. Sebab? RASUAH. Kamu kenal Regina Lee dan kamu tau siapa penganggur yang terkaya diMalaysia? Mereka tak tau.

Inilah rupa bentuk pemikiran perwakilan UMNO yang telah menentukan masa depan Negara. Bila pemikiran Ketua Ketua Bahagian telah “dibeli” oleh pehak tertentu, maka ianya akan diperturunkan keperingkat bahawan. Sebabnya kalau mereka tidak mengikut Ketua diperingkat Bahagian, calun mereka tak boleh menang konon kerana tidak akan mendapat restu.

Saya faham ada dari kalangan pemimpin yang telah berjaya mengetahkan keperibadian sendiri dari parti UMNO dan mereka mereka ini telah juga berjaya membuka ladang pentaksub.

Namun Allah telah menentukan dan kepada Allah juga mereka ini akan diadili.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
October 13, 2013 at 11:34 AM

Nampak nya Ajal UMNO makin dekat dan Pemuda UMNO terus pakai Skirt, kali ini tanpa seluar dalam. Senang nak .ceroboh.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
October 13, 2013 at 11:36 AM

akhamdulillah bro! semoga Allah berikan kamu kekuatan dan restu dalam memertabatkan agama, bangsa dan kesultanan Melayu. tiada apa yang dapat dilakukan melainkan memberikan pendapat dan curahan perasaan demi maruah agama, bangsa dan kesultanan Melayu. pemikiran progresif yang menghala kepada liberalisasi akan terus menerus ditentang. kalau nih lah caranya perwakilan beertindak maka tak heranlah Najib akan kekal dijwatan PM 3penggal lagi.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
October 13, 2013 at 11:44 AM

Saya bersama anda tuan din. Esok keputusan kalimah Allah saya nak tgk berapa ramai org islam dan siapa ada d sana

....................
Reply To This Comment ...................
Otak geliga
October 13, 2013 at 11:50 AM

kalau PUKUL RATA mmg BETUL la statement KJ....masalahnya sentimen LIBERALISM ni mungkin diterima sbhg KECIL dr ahli UMNO yg SEBENAR, apatah lg jika diambil kira dgn penyokong UMNO yg bukan ahli UMNO.

tp sekurang2nya KJ mempunyai GAYA PEMIKIRAN yg sama dgn MAJORITI pemimpin2 UMNO skrg terutamanya Ah Jib Gor.....kalau menang maksudnya TERIMA PEMIKIRAN mereka, kalau kalah, maka UMNO yg di tolak....hahaha

rupa2nya MENANG itu hak individu, kalau KALAH baru diHERET nama UMNO....cantekkk.....:)

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
October 13, 2013 at 11:53 AM

Bro Din,

Can't wait for that announcement. :)

Paan M.

....................
Reply To This Comment ...................
Otak geliga
October 13, 2013 at 11:54 AM

Oh ye, dlm sibuk berbicara berkenaan keHANCURan parti PAS, dlm masa yg sama UMNOpun TAK SABAR nak bersaing dgn PAS rupa2nya....hahaha

kedua2nya parti Melayu/Islam...kedua2nya menuju keHANCURan...timing tu perfect sgt.

UMNO n PAS buat masa ni selamat selagi tiada parti baru yg membawa agenda parti masing2....tarik nafas lega la ye......:)

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
October 13, 2013 at 11:54 AM

Setuju sangat Din. Saya dah terkena . Ingatkan dulu mamat ni dah out so sokong balik UMNO. Konon dia dah tak mau bertanding PRU13 dan Najib dah sideline dia tapi sekarang dah lain jadinya ,makin menjadi jadi . Tunggu dan lihat geng geng dia menguasai kerajaan ,berkenduri dengan duit rakyat .

Satu saja yang terkilan ,sekarang ni tak tau mana nak sokong . So hope PAS keluar dari PR ,senang sikit nak buat pilihan

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
October 13, 2013 at 12:02 PM

Walaupun ahli UMNO,rasa sampai masanya kena intai-intai pihak sebelah sana,kot-kot ada yang lebih baik.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
October 13, 2013 at 12:06 PM

Sebenarnya, PAU tidak mengamalkan pemilihan yang telus. Calon2 yg bertanding mengetahui bahagian2 yang menyokong dan tidak. Ini menyebabkan perwakilan atau bahagian terpaksa untuk memilih tanpa kerelaan demi menjaga periuk nasi masing2.

Tempat aku ni pun, ramai yg membantah pemilihan yg dibuat oleh ketua bahagian. Rasanya, kalau sistem PAU dibuka 100% seperti PRU, tiada nama dan meyeluruh kpd ahli2 UMNO, mahu tidak KJ dan Ijat nih hilang deposit bertanding!

PAU kali ini lebih kepada proses transfomasi memacikan UMNO!

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
October 13, 2013 at 12:14 PM

Syabas KJ.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
October 13, 2013 at 12:19 PM

Progresif lah, tak nak regresif lah....duit rakyat kau sebat jugak. Yg progresif tu adalah yg amanah, bersederhana dan memelihara Islam. PRU14, aku balik kamunting Taiping baik aku undi PAS.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
October 13, 2013 at 12:24 PM

Pengumuman besar? tak sabar ni din, excited nak tau. Saya akan terus sokong anda...
kalaulah pengumuman untuk menjadi calon umno, atau jawatan dlm umno, PRU dan PAU dah lepas, pengumuman apa ek?
Cuma satu, kalau nak fight dgn KJ, Najib dan mat-2 liberal lain, DT perlu wujudkan rangkaian dgn blogger lain yang sependapat .... jgn bersendirian, kita semua dah tau bahawa parti umno sekarang dah menjadi parti KJ... kalau TDM nak masuk daun pun sekarang agak payah dah sebab orang KJ ada dlm semua bhg/cwg.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
October 13, 2013 at 12:42 PM

kj kata akar umbi sokong dia? Siapa kj? Bkn hebat pn,semuanya kerana $$.

....................
Reply To This Comment ...................
October 13, 2013 at 12:47 PM

Melayu akan berpecah 5... dua dlm umno, liberal dan konsevatif, dua dalam pas, ulamak dan anwarinas dan kelima PKR - parti penyokong kaum nabi lut.
Cina akan memegang status Quo... nak buat apa2 kena tanya cina dulu, kalau tak bakal melingkup dlm PRU.
MELAINKAN... melayu ada satu parti alternatif antara kedua umno-pas... parti yang berjiwa melayu, berimej islam. Perjuangan memertabatkan melayu dipersada dunia, dalam masa yang sama menjunjung agama (termasuk hudud). Tokoh yang akan menubuhkannya perlulah ultra melayu serta memiliki kelulusan duniawi dan ukhrawi. Fokus penyokong 100% melayu dan bumiputra sabah/sarawak.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
October 13, 2013 at 1:41 PM

kenapa la KJ bole menang... memang semua pengundi umno ni korup ke?

takut, umno syok sendiri.. ahli umno buat keputusan sekarang..

rakyat malaysia akan tentukan masa depan negara dalam pru-14...

adakah umno masih memerintah negara?

-kipas-

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
October 13, 2013 at 1:57 PM

UMNO pak kaduk...PAS lebai malang...PKR pak andeh...biarkan semuanya melingkup!!! percaya pada ALLAH... yakin pada ISLAM...pada suatu masa yang dijanjikan, kebenaran akan menyerlah, yang batil akan tenggelam...itu adalah janji ALLAH !!!

....................
Reply To This Comment ...................
Otak geliga
October 13, 2013 at 1:58 PM

@Anonymous
Maaf katalah...KONSEP 1Malaysiapun masih ramai yg KELIRU

sekrg ditambah konsep Endless Possibilities

ditambah lg konsep Progresif....sebenarnya hanya Tuan Punya badan yg PAHAM apa yg dia nak sebenarnya.

rakyat ni cuma buat keputusan atas TINDAKAN pemimpin2....Konsep "kami" mudah iaitu perjuangan Alif Ba Ta....Agama Islam, Bangsa Melayu, Tanah Air....konsep yg straight forward

tak perlu pakai Konsultan, tak perlu pakai Regina n tak perlu pakai duit juta2 utk memberi faham org ramai akan KONSEP yg diPERJUANGkan

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
October 13, 2013 at 2:00 PM

Hahaha perwakilan kita sampah saya rasa. Bro dn saya ada cadangan masa utk tubuh parti baru. Kita patut war2kan idea ni. Ni boleh jad hala tuju baru kita.

1. Bimbang undi melayu berpecah? Apa kita nk bmbang. Sebenarnya dh pecah dh pn. Ape salahnya satu lagi parti. At least kali ni tidak liberal tidak mempergunakan agama dan hanya pure utk org melayu sejati.

2. Pru lambat lagi kalau teruk sgt bila kita boleh gabung balik. Tu pn kalau umno dh serik amd menyesal. Kalau x biar je la. Aaya lagi rela kita kalah dr menang bercerminkan liberal. Boleh jadi iita boleh tarik org pas utk bergabung dan mungkib org pkr yg saya tau ranai dh insaf tp meluat dgn perangai umno maka xde tpt nk pegi.

Hakikatnya kita sebenarnya dh x boleh harap umno. Tunjang ketua dan pemuda semuanya liberal. Apa nk jadi dgn org melayu saya pn xtau. Kita kene buat sesuatu. Xkan hanya berpeluk tubuh. Saya tau ramai org melayu ingin tpt berpaut cuma tiada plattform yg dipercayai.

Melayu hampa

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
October 13, 2013 at 2:10 PM

@Anonymous


Antonyms of noun conservative

liberal, liberalist, progressive

Sumber http://www.synonym.com/antonyms/conservative/

Maknanya kata lawan konservatif ialah liberal juga.

Bila KJ kata menewaskan kuasa konservatif maknanya beliau mewakili suara liberalis.

Jadi sila tarik balik kata din turtle pemfitnah besar.

KJ memang LIBERALIST full stop.

Faham tak ni?


Keduanya jangan cepat suruh orang lain pergi sekolah sebelum kita mensekolahkan diri kita dahulu. Mulakan dengan belajar kaedah mencari antonym dahulu. Katanya saudara ini progresif takkan nak guna internet cari kata berlawanan pun tak pandai?

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
October 13, 2013 at 2:12 PM

Hampa ... hampassss .... .

....................
Reply To This Comment ...................
October 13, 2013 at 3:01 PM

Jangan hampa.Melayu di luar sana ramai yang sealiran dengan kita.Masih banyak masa untuk kita fikir dan gerakkan sesuatu demi Agama Bangsa Dan Negara

....................
Reply To This Comment ...................
October 13, 2013 at 3:10 PM

Selamat Maju Jaya Din pemblog Parti Melayu

....................
Reply To This Comment ...................
October 13, 2013 at 3:11 PM

Sabar semua.

Yang buruk bukan Umno. Sebahagian isi nya. MT belum lagi. Kita mahu Mukhriz mengimbangi keadaan. Beliau mampu !

Kepada senior lain, mereka sudah di kandangkan. Buka pintu pun mereka tidak keluar jauh mana. Tetapi apa yang Zahid gambarkan, itu bermula nya kekuatan. Jika ada tokoh terpilih, tempat nya masih istimewa.

Sekarang pilih lah gabungan mantap.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
October 13, 2013 at 3:12 PM

Tak cari press secretary ke Din?

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
October 13, 2013 at 3:35 PM

Salam Pok Din,

Saya Sokong Kita Buat Parti Baru.. Khusus untuk Mereka2 Yang Tidak Puas Hati Dengan UMNO, Tidak Puas Hati Dengan PAS, Tidak Puas Hati Dengan PKR, Tidak Puas Hati Dgn PBRS...Khusus Hanya Untuk Melayu Bumiputra Sahaja...

Jadi Nama Parti Kita Parti Tak Puas Hati atau PTPTH nasib Tak jadi PTPTN?

Bila Mana Kita Buat parti ini, Kita sebenarNya sudah pun Tewas.. Kerana Kita Lari daripada perjuangan Sebenar..Perjuangan Yang Sebenar ialah Menzahirkan Yang Betul dan Haq dan menegah Yang Batil dan Salah.

Berapa Ramai Orang2 Melayu yang tidak Masok Menjadi Ahli UMNO, Berapa Ramai Ahli UMNO? Ahli2 UMNO yang sedia ada sebenarnya sama seperti Dulu, Mereka Ini Tidak Berubah, Tidak Pernah Mahu Berubah..kata Orang Putih, RELUCTANT TO CHANGES.. be it Good or Bad.

Mereka ini suka benor duduk di takuk lama.. inilah sebenarnya luka yang sudah bernanah, pekong yg sudah berbau busuk, kencing Manis Tahap Suntik Insulin.. Tapi Masih ada Hati nak Menentukan Nasib orang2 Melayu,

UMNO..UMNO...UMNO.... Sedar ke Bahawa Majoriti Pengundi Pada Hari Ini Adalah Mereka Yang Celik IT, Melayu Kebanyakkan Yg Berpengetahuan, Melayu YG Kebanyakkannya Cerdik Pandai, Bukannya Bodoh, Dungu, Bisu dsbNya.

Fikir2kan Lah.. Mari Kita Ambil Masa Satu Minggu Memikirkannya dan selepas itu Kita UMUMkan Dalam Blog Din Turtle Nie...

From Ampang Asal Kay Tee. Anak Warisan... Anak Kecil Main Api....

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
October 13, 2013 at 3:52 PM

Pengumuman baru dari Dinturtle?

Adakah Din Turtle nak bertukar menjadi Teenage Mutant Ninja Turtle ?

Nampaknya kita perlukan superhero yang baru untuk mempertahankan Islam dan Melayu. Pemuda dah tak boleh diharapkan. Perkasa pun sama, takleh diharap jugak, apabila Ketua Wira Perkasa Sdr. Irwan pun dah ditutup mulutnya dari lantang bersuara.

Kelahiran semula Anwar Ibrahim 2.0 kini telah berlaku.....

Rises of the the killing machine
New born of darth vader

UMNO akan dirosakkan dari dalam secara perlahan-lahan. Liberalis akan mempropagandakan persepsi bahawa menolong melayu itu adalah mundur ke belakang, berfikiran sempit atau jumud, ortodoks,tidak dinamik, tiada kebebasan, nilai-nilai kuno atau tradisional, tidak terbuka dan tidak sesuai dengan corak pemikiran anak muda zaman sekarang.

Selalunya anak buah akan akur dengan 'nasihat' ketua bahagian. Dah menjadi kelaziman bahawa melayu sukar untuk menderhakai bosnya. Lagipun undi bukannya rahsia dan buruk padahnya jika pangkah lain dari yang disuruh. Saya mintak supaya sistem pengundian sebegini dibuat penambahbaikan pada masa akan datang supaya selepas ini undi adalah 100% rahsia.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
October 13, 2013 at 4:04 PM

Salam,

Kritikan dan teguran adalah ubat kpd umno. Pujian dan ampu serta bodek merobohkan, buat umno sakit. So, biar kritik drpd menghukum membuta tuli. Harap bro kritik apa yg tak betul drpd pandangan rakyat bawahan.
Jumpa sorang pembeli akhbar, bila baca je tajuk utama, terus keluar kata bongok. Gitu la ckp org yg bkn pewakilan.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
October 13, 2013 at 4:12 PM

Ini lah hasil klu bukan melayu liberal tp melayu progresif hasil tarbiyah kj..x ada budi bahasa

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
October 13, 2013 at 4:19 PM

Perkasa n jati perlu gerakkan penubuhan parti baru untuk melayu...jika tidak melayu akan hanyut akibat melayu progresif klu pun bukan melayu liberal...

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
October 13, 2013 at 4:20 PM

Budak tu burung belatuk je bro..klu tanya lebih lebih bkn dia blh jwp pum

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
October 13, 2013 at 4:22 PM

Perkasa n jati perlu gerakkan penubuhan parti baru untuk melayu...jika tidak melayu akan hanyut akibat melayu progresif klu pun bukan melayu liberal...

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
October 13, 2013 at 4:29 PM

Salam Pok Din,

Nok Tambah Sikit Lagi..

Apa2 pon Buat Sementara Di Fikir-Fikirkan Apa Yang patut dan Sepatutnya Kita sebagai Rakyat perlu Buat ilah Kita mesti Memperjuangkan kemenangan utk LAKSAMANA MUKHRIZ supaya dapat diseimbangkan pengaruh Si Khairi Jamaluddin di dalam MT UMNO nanti di dalam kesempatan yang amat singkat ini?

Jika Dipuji Laksamana Berlebihan, Ramai Yg akan Meluat Nanti, Akan Tetapi Jangan Sesekali DiKeji atau Di Hina.. Kerna ini memberikan senjata kepada Pihak2 Yang Ingin Sangat Menjatuhkannya.

Saya teramat Yakin Sekali, Sekiranya Diadakan Suatu Pilihan Suara atau Pilihan Email atau SMS, Facebook, Twitter dsbNya untuk melihat keadaan sebenar Masyarakat Melayu pada SAAT ini, Majoriti UmumNya Kecewa dengan Pemilihan PAU kali ini Khususnya bagi Ketua Pemuda dan Ketua Wanita, Jika Mereka ini disuruh Membuat Pilihan... sudah Pastilah Si Sharizat Ini dan Si Khairi jatuh tergolek Nuuun Jauh di bawah atau Paling Bawah Diantara Calon2 Lain..

Pendek Kata, Kalaulah Orang BUTA, PEKAK DAN TULI PON TAK akan SESEKALI Memilih Si Khairi Jamaluddin mahupon si Shahrizat Nieehhh,

Tapi Malang sekali, Inilah Yang Dipilih Di setiap Bahagian masing2.. Sungguh Memalukan, Meloyakan...

Kpd Penyokong Khairi, Berapa Banyak Yg Kau Dapat sehinggakan Sanggup Kau Nodai Perjuangan orang2 Melayu Terdahulu..Walhal Engkau Sendiri Pon Tahu Siapa Akan Si Khairi Yang Kamu Telah Pilih Itu.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
October 13, 2013 at 4:30 PM

Salam tuan din,

Melihat keputusan semalam saya memang kecewa. Kalau inilah kepimpinan yang perwakilan UMNO pilih, saya fikir UMNO belum serik kena sembelih dengan cina komunis pru lepas.

Sebelum ini, saya harapkan Saudara Akram boleh beri tentangan sengit pada Si Kitol ni. Memang terkejut tengok polls result. Adakan semua perwakilan Pemuda UMNO ni takde otak? Macam Tun M cakap "semua yang tinggal dalam UMNO bodoh. Yang profesional kebanyakan pergi ke PAS dan PKR."

Pada pandangan saya, sistem "electoral college" yang digunapakai ini masih gagal mengurangkan kuasa dan pengaruh warlords dalam UMNO. Duit masih jadi instrumen penting untuk dapatkan undi. Transformasi yang dilaungkan, tapi bila keputusan keluar muka yang sama, apa maknanya ni? Pemimpin yang terang-terang terpalit skandal kronisme dipilih. Geng Budak Tingkat 4 yang kita tau banyak merosakkan negara dipilih.
Kenapa sistem terbuka tidak digunapakai? Biar semua perwakilan seramai 146 500 buang undi secara terbuka tanpa melalui bahagian.

Saya mengundi UMNO PRU lepas kerana ingat atas jasa UMNO, saya dan adik beradik lain masuk u. Walaupun dari keluarga susah, dasar UMNO yang jaga Melayu. Pemimpin UMNO terdahulu yang konservatif yang memastikan nasib Melayu terbela di Tanah Melayu. Bukan pemimpin yang "progresif" kononnya, tapi berotak liberal. Yang tak pernah tau erti hidup susah.

Harapan saya sekarang Muktamar PAS akan bawa PAS pada landasan asal. Keluar dari PR. Kembali semasa PAS di bawah Allahyarham Ustaz Fadzil Noor. Bersihkan PAS dari elemen Syiah. Kalau ini berlaku, saya pasti ramai orang Melayu akan mengundi PAS PRU14 termasuk saya dan keluarga.

Untuk UMNO, saya fikir orang Melayu perlu mengajar pemimpin "progresif" seperti Najib dan Kitol pada pru akan datang.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
October 13, 2013 at 4:35 PM

Saya tak setuju kita buat parti baru. Nanti serupa mcm menteri kpdnkk, kalo ayam mahal beli daging. Tak suka umno, kita tubuhkan parti A. Tak suka parti A, kita create parti B pulak dan seterusnya tanpa ada kesudahan. Parti umno dah molek dah, tak perlu ditukarganti. Yang perlu ditukar ialah pemimpinnya, bukan parti. Sekarang kita dah ada 2 pemimpin umno yang liberal, seorang presiden bn dan seorang lagi kp umno-bn. Kedua-duanya adalah pemimpin bn dan bukannya pemimpin umno. Kita telah kehilangan presiden umno dan kp umno sekaligus. Sekarang ni dah tiba masanya kita lancarkan Plan B iaitu Tsunami Melayu bagi mengembalikan umno ke landasan sebenar iaitu membela nasib melayu dan mempertahankan hak melayu.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
October 13, 2013 at 4:43 PM

Memandangkan sekarang ni kita dah kepupusan blog yang pro-melayu, saya mencadangkan supaya dinturtle dilantik sebagai presiden gabungan blogger-blogger pro-melayu. Kita perlukan kekuatan baru untuk mengimbangi asakan dari blogger-blogger yang bertuan. Kita perlukan blogger yang benar-benar bebas seperti dinturtle supaya kita mampu menjadi suara pendesak. Mulai sekarang, jom kita boikot blogger-blogger yang menyokong pemimpin melayu liberal.

....................
Reply To This Comment ...................
October 13, 2013 at 4:51 PM

@AnonymousOVER dah tu ... sabar bang, biar reda dulu ribut sebelum kita bertindak.

....................
Reply To This Comment ...................
October 13, 2013 at 4:52 PM

@AnonymousYa, menubuhkan parti baru bukan jalan terbaik bagi saya. Tidak ada kesudahannya...

....................
Reply To This Comment ...................
October 13, 2013 at 4:56 PM

@AnonymousSeperti juga keputusan PRU13, jangan diungkit soal sistem yang digunapakai kalau dari awal lagi tidak ada bantahan.

Kita terima keputusan pemilihan. Cuma kita minta disiarkan juga perinciannya atau Popular Votes supaya gambaran yang lebih jelas dapat kita lihat.

....................
Reply To This Comment ...................
Melayu Kampung
October 13, 2013 at 4:58 PM

Lima hari kebelakangan ini aku memang sedih. Bila berjumpa dan bercakap dengan pewakilan Pemuda, rata-rata tidak kenal Akhram. Tidak faham bahayanya sikap liberal. Yang paling malang, semua kata akan undi KJ tapi tak tahu kenapa mereka hendak buat begitu!! Adakah dia bagus? Ada perubahan yang dia buat? Semua tak boleh jawab. Mereka undi hanya kerana mereka lebih kerap dengar nama KJ dari nama Akhram. Itu saja. Makcik aku undi Shahrizat pon disebabkan hanya manusia ini saja yang dia kenal. Ramainya pewakilan memilih bukan bermakna kualiti pemimpin dipilih adalah yang terbaik. Macam artis tayang peha - lagi banyak selak maka akan lebih popular walaupon kalau menyanyi, suara katak lebih merdu. Inilah rupanya UMNO sekarang.

....................
Reply To This Comment ...................
October 13, 2013 at 4:59 PM

@AnonymousTerlalu banyak cerita mengenai campurtangan Ketua Bahagian dan lain2 dalam pemilihan tapi sejauhmana semuanya benar ? Ada ker sesiapa yang berani tampil membuat kenyataan bersumpah ( kalau tidak ada bukti ) ?

Waktu sama saya juga tidak menafikannya, cuma buat waktu ini saya lebih suka bertenang dari menuduh sesiapa. Suasana masih panas.

....................
Reply To This Comment ...................
October 13, 2013 at 5:01 PM

@AnonymousKomen yang bagus, TerimaKasih :)

....................
Reply To This Comment ...................
October 13, 2013 at 5:02 PM

@AnonymousHampas2 pun orang Melayu juga bang. :)

Sabar ...

....................
Reply To This Comment ...................
October 13, 2013 at 5:03 PM

@nonbalYa, Melayu semakin berpecah ....ini yang semakin merisaukan kerana ia tambah melemahkan kuasa politik Melayu

....................
Reply To This Comment ...................
October 13, 2013 at 5:04 PM

@Otak geligaMajoriti pemimpin Umno yang lain TIDAK ADA PENDIRIAN. Mereka hanya mengikut saja..

....................
Reply To This Comment ...................
October 13, 2013 at 5:06 PM

Bro,

Pengumuman apa tu. Aku 100% sokong mu. Calon2 yg terpalit pun boleh menang. Apa nak jadi dengan UMNO.

....................
Reply To This Comment ...................
October 13, 2013 at 5:06 PM

@AnonymousErrr perkataan Progresif itu baru je keluar, terus jadi sebutan :))

"Liberal" tu dah lama keluar tapi tak pernah pun dibantah sebelum keluar "Progresif" ?

....................
Reply To This Comment ...................
Otak geliga
October 13, 2013 at 5:10 PM

@dinturtle
Sebab Konsep Progresif nampak lebih EDUCATED dr Oxford....:)

....................
Reply To This Comment ...................
October 13, 2013 at 5:14 PM

Saya ingin memohon maaf, TAK JADI nak umumkan apa2 :). Setelah difikirkan, saya rasa tidak perlu untuk umumkan apa2 tindakan yang mahu saya buat. I"Pengumuman" hanya mewujudkan perasaan EGO yang tidak diperlukan. Lagipun 'Siapa Lu' nak umumkan apa-apa ..... hehehe

Saya cuma akan lakukan saja. Dan sudah pun saya lakukan sesuatu tanpa perlu diumumkan.

Apa yang penting, suara bangsa Melayu yang BEBAS akan terus berkemundang dari blog ini !

....................
Reply To This Comment ...................
October 13, 2013 at 5:17 PM

@Otak geligaYa, ia cuma permainan kata2 .... sebab itu saya katakan KJ ni bijak sekali orangnya.

Hanya kerana KJ sebut Progresif, orang Umno akan rujuk maksud Progresif bagi menjenamakan perjuangan liberal KJ.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
October 13, 2013 at 6:34 PM

Akram sepatutnya bermula dr bwh.....tanding exco dulu tak pun naib. Ni tidak terus nk lwn ketua. Bukannya org kenal dia. Tgok mcm fathul bari skrg mendahului calon exco.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
October 13, 2013 at 9:41 PM

oohh saya dah tau sebab apa menang.kalau undi tak rahsia nilah jadinya.undi tu mestilah rahsia,barulah sapa2 bebas pilih sapa2.confirm status quo kekal utk naib presiden.mampos umno hehehe

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
October 14, 2013 at 1:25 AM

aku cadangkan agar DT tubuh parti baru...PARTI MELAYU...DT jadi presiden.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
October 14, 2013 at 11:49 AM

tahniah saudara..bg saya tiada apa yg mampu dibuat..jaringan KJ dalam umno telah meresap masuk pd keseluruhan bahagian..rata rata perwakilan tidak mengenali siapa yg dipilih contoh pemilihan exco.kebanyakkan perwakilan yg ada semuanya pak turut dan tiada roh parti.sedih umno sedang mengali kubur sendiri atas hilangnya hala tuju umno yg sebenar..

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
October 14, 2013 at 2:20 PM

Bagus, saya setuju dgn saudara din..buat saja, tak perlu heboh.. cakap kemudian..kalau kita tak cakap, org lain akan cakap juga akhir nya

....................
Reply To This Comment ...................
October 15, 2013 at 5:16 PM

Transformasi LONGKANG yg dilolongkan Najib telah dijelmakan oleh Regina Lee dgn membabikudakan KJ melalui istilah molek2 spt 'progresif' konon. LANCAU!

Post a Comment