........... KJ - Akarumbi Umno Sokong Agenda Progresif Liberalnya | dinturtle - Blogger PARTI MELAYU

KJ - Akarumbi Umno Sokong Agenda Progresif Liberalnya

Tuesday, October 15, 201317comments


"Tak guna kita popular dalam parti tapi ditolak oleh rakyat. Akhirnya rakyat juga yang bakal menentukan kepimpinan negara," 


"Sokongan padu perwakilan di seluruh negara menginsafkan saya dan membuatkan saya sedar akan amanah dan tanggungjawab yang berat ini. Ini membuktikan perwakilan akar umbi menyokong agenda progresif dan politik penyelesaian yang saya amalkan selama ini,"  - demikian tegas Khairy kepada Bernama seperti yang dilapurkan Mkini.

Menyedari perkataan LIBERAL punya konotasi negatif dalam politik Melayu, KJ dilihat cuba menjenamakan semula pendirian LIBERALnya kepada PROGRESIF. Sekarang masih baru jadi mungkin tidak akan dipertikaikan jika saya namakan ia sebagai Agenda Progresif yang Liberal tapi percayalah, tidak lama lagi akan menjadi satu perdebatan berpanjangan bilamana Pemuda Umno-BN akan menentang habis2an jika agenda KJ dilabel sebagai LIBERAL.

Bukan LIBERAL la tapi Progresif !

Artikel ini saya nukilkan supaya dapat dijadikan rujukan tatkala waktu itu tiba ........ saat LIBERAL dijenamakan sebagai Progresif.

KJ amat beruntung kerana Pemuda Umno-BN rata2 tidak faham maksud Melayu Liberal, malah kebanyakan mereka tidak ambil peduli pun soal 'agenda', soal perjuangan ...semua itu terlalu berat untuk dicerna pemikiran mereka.

Seperti kata blogger sifu JebatMustDie  ( yang saya terjemahkan ), Pemuda Umno-BN melihat Ketua Pemuda yang ada sebagai begitu popular malahan mendapat pujian melambung dari kem pembangkang, maka mereka perlu berikan undi kepadanya. Dalam fikiran, mereka berharap penyokong pembangkang akan beralih memberikan sokongan kepada Umno ..... kerana KP nya popular.

Mereka hanya tahu apa yang mereka lihat, mereka tidak mampu berfikir lebih dari itu.

When Pemuda Umno see their Ketua Pemuda as popular and even gets positive remarks from people within Pakatan Rakyat, they then feel that they must vote him at all costs. Maybe in the future Umno will get more votes from Pakatan Rakyat fans -just because he is popular. What Pemuda Umno know is just what they see. Not what they think.

Ujian pertama wajah agenda Progresif Liberal ini sudah dapat kita lihat ( tidak lihat ? ) semalam bilamana langsung tidak ada sebarang respon mengenai kes Kalimah Allah yang rata2 diperjuangkan oleh Ngo2 .....baik sebelum maupun selepas keputusan diumumkan.

Mungkin semuanya hanya RETORIK semata2 bagi Pemuda-BN.

Fokus sekarang bukan lagi mengenai agama ataupun bangsa ( huruf M dalam UMNO dulu punya makna mendalam ). Lagipun, jika beliau dilihat terlalu perjuangkan apasaja berkaitan agama dan bangsa, mungkin akan menyinggung perasaan rakan2 liberalnya diluar Umno. Seterusnya bakal mengurangkan popularitinya pula nanti...

The focus now is no longer about religion or even race (that letter M in UMNO used to mean something). Besides, if he is seen as being too much gung-ho on anything about his agama and bangsa, might not sit well with his liberal friends outside Umno. That will only make him less popular.

Balik kepada kenyataan diawal tadi, benarkah dakwaan KJ yang akarumbi UMNO menyokong agenda progresif ( yang LIBERAL ) dan politik penyelesaian yang diamalkannya selama ini ?


Ramai yang akan bantah tapi itulah PERSEPSI yang KJ mahu kita terima bila beliau mendapat sokongan padu Pemuda Umno-BN.

Apakah orang Melayu setuju dengan persepsi itu ?

PS - Baca juga artikel sebelum ini yang berkaitan - KLiK.
Versi The Star

Share this article :

+ comments + 17 comments

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
October 15, 2013 at 1:54 PM

APA YANG KJ AKAN BUAT AKAN DI SCRUTINISE......KALAU ELOK OK,
KALAU TAK ELOK, DAN TAK UNTUNGKAN MELAYU, KITA MASIH ADA PAU UMNO LAGI !
BARU DIA TAU TINGGI RENDAH LANGIT.
DON'T FORGET...YOU MAY BE UP TODAY......AND DOWN BILA BILA MASA.
DEMI MASA.......

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
October 15, 2013 at 2:32 PM

Akar umbi tuh patut ditukar kepada akar ubi. Baru ngam dgn statement mat bangla nih!

....................
Reply To This Comment ...................
October 15, 2013 at 2:41 PM

@AnonymousTak perlulah panggil gelaran2 yang bersifat fizikal yang tidak enak walaupun kepada KJ.

contoh - Mat Liberal OK
tapi Mat Bangla - Tak OK.

Fizikal adalah ciptaan Allah .. lainlah yang sengaja ubah dengan salah makan ubat !

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
October 15, 2013 at 3:09 PM

Aku rasa progresif, konservatif dan liberal langsung takde peranan dalam otak pemilih semasa pemilihan UMNO baru ni.

Yang mempengaruhi undi adalah faktor lain yang tak berkaitan sama sekali. Faktor yang macam mana agaknya?

Saya bukan orang UMNO, tak taule apa yang berlaku time-time benda macam ni.

Yang KJ cakap lepas dia menang tu ikut sedap mulut dia je, siap berlagak lagi.

Apa-apa pun hasil PAU setakat ni mengecewakan. Transformasi dah basi.

Kalu dah basi, bahaya makan, keracunan boleh mati...

....................
Reply To This Comment ...................
October 15, 2013 at 3:22 PM

Apalah yang boleh kita harapkan dari Ahli Mat Rempit dan Makcik Pakcik yang kurang membaca dan mengikuti perkembangan semasa.Ditambah pula dengan jargon jargon dan atau istilah yang pelik pelik membuatkan mereka keliru dan haru.Asal Ketua pakai songkok baju melayu dan sampin undi dan ikut jerlah macam lembu kena cucuk lobang hidung.

Sekian

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
October 15, 2013 at 4:24 PM

bila perwakilan semua mengundi kj saya x dpt tidak terpaksa terima sememangnya terutama yg di dalam umno sebenarnya sudah liberal.

kata2, persepsi semuanya boleh menipu mungkin jga undi tp saya rasa tidak dlm case ini.

saya pernah cadangkan tubuhkan parti baru, saya jga makin mendgr suara agar parti baru ditubuh.

hakikatnya kita semua akan mengundi bn pru depan. mereka di dalam umno tau hakikat ini. maka kita sebenarnya sudah tiada leverage. cara utk mendapatkan kembali hak utk menawar hanyalah dgn memecahkan condition ini, di mana melayu terpaksa mengundi bn. caranya cuma satu parti baru.

jalan lain saya x nampak. muhidin x mungkin naik bila semua angkatan najib dipilih, kita semua tau naib presiden jga sukar buat mukriz now that perwakilan hanya mengundi org2 najib.

melainkan kita semua bersetuju utk beristiqamah dgn bersabar dan berserah, maka terima kenyataan bahawa hanya akan ada kekecewaan selepas ini.

umno dahulu ditubuhkan kerana timbul kesedaran bahawa hak bangsa dan agama perlu dipertahankan, maka atas dasar yg sama parti baru perlu diwujudkan memandangkan umno sudah lagi tidak berminat menjaga hak2 kita. perwakilan pula sama ada terlalu bodoh atau sudah pn termakan wang.

saya x rasa ini adalah semuanya cons semata2 berbanding pros. sekiranya parti baru dilihat lebih ikhlas mudah2an kita dpt menarik pas utk bergabung maka instead of berpecah kita kembali bersatu.

kiranya tiada parti baru utk org2 melayu saya mmg terpaksa mengaku akan mengundi bn. apapn lebih baik dr dap dan cauvinis menang.

maka kitaran yg sama... cuma kita semakin rugi dan hanya akan lantang di dalam blog tanpa mengubah apa2.


melayu hampa

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
October 15, 2013 at 4:46 PM

Aku dengar team liberal nak kekalkan status quo dan menyingkirkan mukhriz. Mukhriz dianggap membahayakan team liberal.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
October 15, 2013 at 5:17 PM

Bila tengok keadaan semasa, cuma KJ sahaja yang nampak berkebolehan menubuhkan parti baru yang beranggotakan golongan pelapis....gang muda...UMNO progresif agaknya nama parti baru

....................
Reply To This Comment ...................
October 15, 2013 at 9:00 PM

Kalau ikutkan kitab Barat definasi Liberal adalah kita tak perlu mengikut seseorang walaupun arahan telah dikeluarkan pada satu satu masa. Jadi anda boleh faham akibat dari definasi tersebut..he he he. Selamat Hari Raya Aidil Adha Din.

....................
Reply To This Comment ...................
antihipokrit
October 15, 2013 at 10:05 PM

dei KJ, Melayu undi UMNO GE 13 utk apa? Untuk LIBERAL ke? Kalau Melayu nak LIBERAL dah tentu Melayu solid undi PKR. Kau je yg tak sedar diri KJ

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
October 15, 2013 at 11:45 PM

Bukan nak hina, bukan nak peleceh...
Kalau diamati, rata2 hampir 90% para aktivis pemuda hanya berkelulusan spm saja, jarang ada berkelulusan iktisas, jadi sokongan kpd kj adalah berupa kekaguman yg melampau terhadapnya, maklumlah dgn kemahiran bahasa omputeh kelas tertinggi, kepetahan berbicara yg baik dan kata orang KJ ni boleh diharap sebagai juru cakap dlm mendepani pembangkang (alaaa mcm aljubb la jugak) lagipun bab duit ringgit x dak masaalah pulak tu.
Kekaguman beginilah yang telah banyak memperdayakan ramai orang terhadap anwar, inilah budaya melayu, baik dlm umno, pkr dan pas.
Yang betul2 bijak dan dpt menilai, tidak ramai dlm sayap pemuda, jadi betullah kata TDM, umno tidak ingin para cerdik pandai menjadi ahlinya, kerana akan mengujudkan banyak saingan dan perebutan. Kalau ada yg cerdik, akan dicantas awal2 , tinggallah pengikut yang akan kagum kpd yang seorang itu, bagi mereka tiada yg lebih pandai dari yg sorang tu walaupun dia tu liberal atau apa saja sisi hitamnya.
Bagi saya selagi umno menyekat keanggotaan para cerdik pandai, KJ akan meneruskan cengkaman sehingga berjaya menjadi PM Malaysia. Tak percaya? Tunggu dan lihat.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
October 16, 2013 at 12:38 AM

Adakah KJ akan menyediakan umno untuk bergabung dengan dap?

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
October 16, 2013 at 1:24 AM

Sebenarnya senang saja nak pilih mana pemimpin umno yg benar-benar berjiwa umno. Iaitu yg tidak digemari dap. Bodohla jika percaya dgn memilih pemimpin yg dipuji dap akan membuatkan mereka mengundi umno di masa akan dtg. Tak ada akal ke?

....................
Reply To This Comment ...................
Melayu Kampung
October 16, 2013 at 8:45 AM

Ada tak presiden, timbalan presiden, calon-calon naib presiden dan MT bercakap mengenai liberalisme? Siapa yang menentang dan siapa yang menyokong? Rata-rata mengatakan bahawa pemuda adalah barisan pelapis kepimpinan UMNO. Tak ada ke sesiapa pun yang risau gejala liberalisme bakal mengusai sepenuhnya UMNO suatu hari nanti ATAU mereka semua bersetuju menjadikan UMNO sebuah parti liberal? Kalau benar Najib mendengar keluh kesah orang Melayu, kenapa tidak diperjelaskan sekarang? Mengapa induk membenarkan sayap mengepak dihaluan sendiri?

Seperkara lagi yang perlu kita fikirkan adalah kualiti perwakilan yang mengundi. Adakah mereka hadir demi masa hadapan Melayu atau hanya sekadar meramaikan majlis. Menangnya KJ bukan kerana agenda yang dibawanya tetapi lebih kepada sikap tidak ambil peduli para perwakilan. Aku dah tanya ramai perwakilan pemuda ditempat aku ni dan SEMUA jawab mereka undi KJ sebab calon KP bahagian yang suruh. Statement yang mengatakan KJ mendapat sokongan padu akar umbi sebetulnya menyimpang jauh dari keadaan sebenarnya. Sama keadaan dengan Melayu mengundi BN kerana menyokong UMNO dan bukannya kerana tiada pilihan lain yang lebih baik.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
October 16, 2013 at 9:18 AM

lebih ramai sore loser dalam sesebuah parti maka akan lebih meriahlah suasana. bayangkan kalau dalam sebuah parti semuanya adalah terdiri dari mereka yang akan menerima keadaan seada-adanya... suram beb!

....................
Reply To This Comment ...................
October 16, 2013 at 10:58 AM

@AnonymousSore loser ? Saudara tertinggal bas la ....

Menerima keadaan seadanya ? Hai Pemuda-BN pun nak jadi lembu macam orang Pas ?

....................
Reply To This Comment ...................
October 16, 2013 at 10:59 AM

@Melayu KampungPoint yang bagus, mungkin saya akan peringatkan sebelum pemilihan naib sabtu ni :)

Post a Comment