........... Kerana Mempertahankan KJ, Orang DAP Di Julang ! Alahai Pemuda Umno-BN .... | dinturtle - Blogger PARTI MELAYU

Kerana Mempertahankan KJ, Orang DAP Di Julang ! Alahai Pemuda Umno-BN ....

Thursday, October 10, 201323comments


Satu perkara tentang politik kita yang saya tak suka adalah sikap taksub kepada pemimpin. Kita sering menuding jari kepada orang Pas yang taksub dengan pemimpin2 mereka, tapi apa bezanya Umno, dalam sesetengah kes?



Perkara ini semakin terserlah bila tiba pertandingan yang melibatkan pemimpin. Bab berkempen akan kelebihan yang ada pada pemimpin  pujaan mereka, itu kira standard lah. Bab menyerang lawan pun kira standard juga. 

Yang tak boleh blah, dalam mempertahankan pemimpin kesayangan, apasaja kelemahan yang jelas pada mata ramai pun akan dipertahankan mati2an, seolah pemimpin pujaan itu maksum ! Langsung tidak ada cacat celanya.

OKlah, banyak juga isu yang saya tutup mata, malas nak komen tapi yang ini memang tak boleh tahan.



Dalam mengempenkan KJ, ada yang sanggup membela Regina Lee ! Adeeeehhhh ....  agak2lah. 

Saya ambil point2 dari blogger Helenang - Antara alasan2 bagi MENYOKONG perlantikan Regina Lee sebagai setiausaha akhbar KJ ( yang diambil dari blog Mymassa ) -

1 - “tujuan KJ membawa Regina bekerja dengan beliau adalah bagi membuktikan sendiri bahawa apa yang penyokong DAP percaya selama ini, bahawa semua menteri UMNO itu korup, malas dan tidak tahu buat kerja adalah satu fitnah semata-mata”.

“Lebih menarik, Regina pula bermula di pejabat seorang anak muda berjaya seperti KJ yang tidak sudah-sudah ditohmah, bagi mendapatkan first hand knowledge of what is going on in the umno ministries.”

“Dengan memerhatikan kecenderungan dan pengaruh Regina dalam laman Twitter terutamanya, sudah pasti akhirnya kebenaran akan sampai juga ke sebelah ‘sana’ bukan?”

2 - “Siapa lagi yang lebih layak menyampaikan DAKWAH kepada orang Cina selain dari orang Cina itu sendiri?”

3 - “YB KJ juga sedikit sebanyak dapat mempelajari tentang sensitiviti dan norma kehidupan seorang Cina yang kini majoritinya simpati kepada DAP.”

“Dengan ini, sebagai Ketua Pemuda UMNO dan BN, beliau akan dapat merangka strategi yang lebih tepat untuk melaksanakan program yang berkesan kepada orang Cina, terutamanya golongan muda yang semakin menjauhi Kerajaan”.

Jadi, pengerusi Pemuda BN, YB Khairy Jamaluddin, dengan mengambil Regina Lee sebagai pegawai beliau, sebenarnya sedang mengatur “satu lagi langkah strategik yang akan menguntungkan UMNO”.

Seriusli, korang terima hujah2 di atas ? Bukan ke baru ni ramai yang bising mengkritik kehadiran wakil Dap ini dalam kerajaan, habis tu sekarang ? Hanya kerana nak menangkis serangan lawan, segalanya dihalalkan dan disokong, ketahap menjulang orang kuat Dap ?

Kenapa saya kata begitu ?

Dalam memberi sokongan yang tidak berbelah bahagi kepada tindakan KJ melantik orang kuat Dap sebagai setiausahanya, tanpa disedari hujah2 itu juga mengangkat Regina Lee sebagai seorang yang jujur, berfikiran terbuka ( tidak Rasis ), seorang yang boleh dipercayai ......ketahap diberi kepercayaan untuk berdakwah kepada orang Dap. Orang kuat DAP tuh ...


Dalam korang kutuk balun orang Dap, waktu sama korang julang si Regina Lee ? Hanya kerana mahu mempertahankan kemaksuman KJ ?

Alahai PEMUDA UMNO-BN ......

Share this article :

+ comments + 23 comments

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
October 10, 2013 at 8:35 PM

Hujah orang yang tak tahu perangai Cina, macamtulah, macam bodoh. Ingat Regina nak menyampaikan perkara yg baik-baik ke? Poorah. DAP nak memerintah, bukannya diaorang kisah Melayu ni baik ke rajin ke malas ke pandai ke bodoh ke. KJ belalah Trojan horse tu yg akhirnya bakal memakan diri sendiri.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
October 10, 2013 at 8:42 PM

Tkde perkataan jujur, boleh dipercayai dan tak rasis dlm stmt mymassa tu pun? Fitnah ke bro?

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
October 10, 2013 at 8:42 PM

Nak komen pun nak kena approval? Takut apa?

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
October 10, 2013 at 8:45 PM

Alahai...sedih dgn peminat fanatik kj...tu la din aku igt pas ja taksub..rupa2 nya umno pun ada...alahai....agak2 la nk sanjung si kj tu pun...toya tui ptuihhh

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
October 10, 2013 at 8:47 PM

AMU gi mana masa PRU?

....................
Reply To This Comment ...................
October 10, 2013 at 9:16 PM

@AnonymousSaudara faham ke tidak apa yang cuba disampaikan ?

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
October 10, 2013 at 9:18 PM

br0 jangan lupa blogger pun sama sama mainkan peranan dalam mempromotekan KJ. aku pun tak paham kepada mereka mereka ini. ada yang menentang leberalisasi tapi disebaliknya sokong liberalisasi. apa yang mereka dapat atau hendakkan aku pun tak tahu. tapi kalau bercakap atau menulis berkenaan dengan semangat MELAYU wah bukan main lagi. aku rasakan kalau blogger consisten memperjuangkan MELAYU Insya Allah yang dikejar pasti dapat.

....................
Reply To This Comment ...................
October 10, 2013 at 9:27 PM

@AnonymousRamai dah tanya soalan ni .... AMU jawatan apa ya masa PRU13 ?

....................
Reply To This Comment ...................
October 10, 2013 at 9:44 PM

Kj sekadar menambahbaikan modal insan secara hadhari

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
October 10, 2013 at 10:09 PM

bro din... ini la perangai orang kaya yang dah lupa dia melayu dan sapa musuh melayu... takat kj lantik cina dap jadi pegawai dia, apa nak heran kalu big bos lantik consultan dan pemandu untuk takbir negara... aku ada cadangan nak tau bro din setuju tak? kalau dah pm kemaruk sangat nak guna consultan luar negara apa kata kita cadang ke dia buat jawatan pm II, pilih la salah sorang ideris j ke omar o ke jadi pm II, dia sebagai pm cuba tukang sign dan pi rasmi majlis dah le.... menteri kbs dan mentri lain yang rasa orang dap boleh bantu tadbir negara pun boleh ikut, buat jawatan menteri kbsII supaya mudah si cina dap ni buat kerja dengan bangsa dia hehehehe...bro din aku rasa orang melayu dah ada penyakit baru yang lebih merbahaya dari penyakit phd... penyakit ni berjangkit iaitu penyakit bodoh bortingkek-tingkek... dari bos turun ke menteri turun ke penyokong.... dan aku rasa kj akan menang kp lagi.... berapa orang yang boleh undi? melainkan umno buat pemilihan pemimpin macam pru, maka aku rasa tak kan ada politik wang dan baru kj dan yang lain boleh dijatuhkan....

....................
Reply To This Comment ...................
October 10, 2013 at 10:53 PM

Dekat blog aku bertimbun KJ Regina Evengelical punya machai.Rasa nak jentik jer nipple diorang sampai lebam.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
October 10, 2013 at 11:09 PM

Dalam hal lantik melantik neh aq rasa no 5 yg kat Penang tuh lagi brilliant dari kj....dia lantik budak Melayu anak kroni yg dok dlm majlis MPPP...bagi gaji lebey kureng jer senyapla dia...jadi mak sanggup tukang angguk pale jerla...

yg kj pi angkut amoi yg mmg anti UMNO/BN n penyokong ketat DAP ...sahabat baik evangelis Jerusubang lak tuh...mmg menempah maut la..bawa perisik masok dlm kubu awak..itu kerje baghal namanyer...atau mmg kj pon sama spesis dgn jerusubang tuh wAllahualam.....
aq mmg langsong xcaye dgn kj aka kitol jalang...

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
October 10, 2013 at 11:11 PM

Mereka ingat org yg bkn ahli umno tp sokong umno suka dgn kj dan pemimpin lemah dan rasuah. Ingat kita ni bodo ke apa. Hak nsk pilih memang hak pewakilan yg layak. Tapi jgn salah pilih yg menyebabkan masalah kpd org yg tak memilih. Masalah yg rimbul di peringkat bawah tp org stad dpt msklumat yg sebaliknya. Fikir masa hadapan

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
October 10, 2013 at 11:29 PM

Apa Beza Antara Akramsyah Dan KJ ?
http://syedsoutsidethebox.blogspot.com/2013/10/apa-beza-antara-akramsyah-dan-kj.html

aku rasa satu artikel yang baik untuk dikongsikan bersama. apa pendapat blogger lain yang sudah ternyata mengampu KJ?

....................
Reply To This Comment ...................
October 10, 2013 at 11:44 PM

@AnonymousDalam soal pandangan bloggers, saya tidak salahkan mereka secara peribadi. Hak masing2 untuk nyatakan sokongan kepada siapapun.

Kita berhujah dalam penulisan, asal jangan dibawa kepada personal.

Sudah tiba masanya imej bloggers diangkat sebagai Image Consultant ! :))

Nothing personal just being professional !

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
October 11, 2013 at 3:02 AM

Ttg taksub pd pemimpin. ini dah jadi fitrah alam...pengikut perlu apply the right calculus to the pemimpin...this is quite a universal formula specifically to achieve 4P - Poketism, Perutism, Pangkatism dan P * * * * tism. The first 3 P pernah diwar-warkan oleh salah seorang mantan TPM kita. "P" yg ke empat adalah entri terkini yg mula gaining momentum. NATION IN UNORDNUNG

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
October 11, 2013 at 4:07 AM

Nak Kaji apa lagi KJ bangang oii, Cina bukan nak tengok UMNO bersih tak rasuah ke,tak kayakan kroni ke,bukan itu semua, apa yang mereka nak Kuasa Politik memerintah,Itu je,Perpaduan,ke kongsi kuasa ka,1Malaysia ke,yg cina nak ialah PM mesti cina,itu je,so klu Najib dan KJ betul betul nak menang undi cina balik,janjikan Kuasa politik mutlak pada mereka, itu je yg mereka nak,lain2 janji dan usaha memang habiskan beras je.Boleh ke KJ??

....................
Reply To This Comment ...................
ka
October 11, 2013 at 11:06 AM

Ramai geng2 pembangkang suka kat KJ ni (esp sedara mara saya).mana taknya proxy anwar kan.

Dah terlalu ramai proxy pembangkang kt dlm kerajaan skrg ni dan terlalu banyak nasihat dan langkah2 yang diambil oleh menteri2 n kerajaan yang merosakkan nama.

Masih tak nampak lagi ke mereka2 ni? Najib hanya terima nasihat bulat2 je ke dari penasihat2 dia berbeza dari Tun Dr M yang dulu dia yang banyak bagi idea hasil dari pemerhatian beliau dan bila beliau berjalan ke luar negara mesti beliau balik dgn idea2 baru bukan setakat makan angin saja.

Kenapa orang kuat UMNO ni tak nak perbetulkan natijah mereka dan masih lagi di takuk lama.eee tak faham saya. Saya harap Din paham lah apa yang nak saya sampaikan ni ye. Peace :)

....................
Reply To This Comment ...................
October 11, 2013 at 11:25 AM

@kluangmanPeeeergh..... komen paling unik nih !

....................
Reply To This Comment ...................
October 11, 2013 at 11:27 AM

@AnonymousApakah dalam satu2 pertandingan, kita akan hanya menyokong calon yang ramai yakin akan menang ?

Dan kalau kita sokong juga calon yang kita sendiri tidak yakin menang, apakah maksudnya ?

....................
Reply To This Comment ...................
October 11, 2013 at 11:28 AM

@ReentryCapsuleBanyak sangat berpantun2 kat sana .....:)

....................
Reply To This Comment ...................
October 11, 2013 at 11:32 AM

@kaSatu perkara yang saudari kena faham juga, sebenarnya ramai diluar sana yang mempunyai pandangan yang sama TAPI mereka fikir pandangan mereka itu agak lain dari arus perdana KERANA mereka yang berpandangan seperti saudari jarang yang hendak bersuara TAPI jika saudari rajin ke FB Saya Sayang Tun Dr Mahathir atau ke FB Kelab CheDet, saudari akan perasan rupanya saudari tidak keseorangan.

Harap KA faham apa yang nak saya sampaikan ni ye :)

Lama tak komen ?

....................
Reply To This Comment ...................
ka
October 11, 2013 at 1:42 PM

@dinturtle

Memang suka baca page Saya Sayang Tun Dr Mahathir tu selain blog incik Din ni lah.

Lama tak komen tapi tak pernah lepas dari baca setiap entry kat blog ni. :)

Post a Comment