........... Kenyataan KJ - Pemilihan Ketua Pemuda UMNO atau Ketua Pemuda UMNO-BN ? | dinturtle - Blogger PARTI MELAYU

Kenyataan KJ - Pemilihan Ketua Pemuda UMNO atau Ketua Pemuda UMNO-BN ?

Sunday, October 6, 201316comments

Artikel saya semalam mengundang banyak persoalan dari pembaca ( KLiK - Saya Sokong KJ Sebagai Ketua Pemuda ........ ! )
.... sensitif rupanya topik KJ ni ek.... tak boleh main gurau2 ! Nah saya perjelaskan KENAPA tajuknya begitu rupa..

Dibawah adalah kenyataan dari penyandang Ketua Pemuda Umno, Khairy KJ yang saya copy dari blog rakan.  Tidak ada edit cuma saya besarkan mana2 yang ada perkataan Pemuda UMNO dan saya warnakan yang ada perkataan Pemuda UMNO-BN.


Pemilihan Ketua Pemuda UMNO Malaysia: Tinggal lebih kurang seminggu sebelum perwakilan Pemuda UMNO di seluruh negara menentukan kepimpinan untuk penggal akan datang.

Sepertimana yang rakan-rakan sedia maklum, saya sekali lagi menawarkan diri untuk terus menyandang jawatan Ketua Pemuda UMNO Malaysia, jawatan yang saya sandang sejak tahun 2009.

Selama empat tahun yang lepas, pelbagai program telah Pemuda UMNO-BN laksanakan dengan tema mendekati orang muda melalui politik khidmat bakti. Program-program yang dijalankan oleh Pemuda UMNO-BN di bawah kepimpinan saya menyentuh isu-isu yang menjadi kebimbangan anak muda negara terutamanya yang berbangsa Melayu.

Hasil kajian yang telah kami buat dalam BN Youth Lab beberapa tahun dahulu, pendekatan Pemuda UMNO-BN telah diubah secara menyeluruh. Orang muda zaman sekarang tidak lagi tertarik dengan politk yang berteraskan retorik semata-mata, sebaliknya mereka mahu melihat apakah penyelesaian atau solutions yang dapat ditawarkan oleh parti-parti politik.

Oleh yang demikian, saya telah membawa Pemuda UMNO-BN ke arah solutions-based politics yang mementingkan jalan penyelesaian dan bukan hanya tahu mendesak kerajaan tanpa cadangan atau pelan pelaksanaan sendiri.

Contohnya, kita mendapati orang muda risau dengan masa depan kerjaya mereka dan juga kos sara hidup yang meningkat. Pemuda UMNO-BN telah bertindak atas kebimbangan ini dengan penganjuran Karnival Kerjaya Pemuda BN (BN Youth Job Fair) yang sudah masuk tahun keempat penganjuran dan telah menjelajah ke seluruh negara. BN Youth Job Fair telah menerima hampir sejuta pengunjung sejak ia bermula dan telah membantu 140,000 orang - majoritinya anak muda - mendapat peluang pekerjaan.

Pemuda UMNO-BN juga telah mengemukakan beberapa cadangan kepada kerajaan untuk menangani masalah perumahan untuk orang muda melalui BNY HOPE yang akhirnya menjadi polisi baharu melalui PR1MA, Skim Rumah Pertamaku dan rumah transit untuk orang muda. Jelajah 1Malaysia atau JOM dibawah Pemuda UMNO-BN pula telah berjaya membaik pulih ratusan rumah usang orang muda di seluruh negara.

Pemuda UMNO-BN juga telah memperjuangkan isu gaji minimum bersama kesatuan-kesatuan sekerja sehingga ia menjadi realiti. Pada akhir tahun ini Akta Kebangkrapan akan dipinda hasil daripada usaha kami untuk memberi peluang kedua kepada mereka yang dibelenggu status muflis.

Banyak lagi program-program yang kami telah buat selama empat tahun lalu. Pemberian biasiswa untuk anak muda daripada keluarga berpendapatan rendah untuk ke IPTS juga telah kita berikan melalui BNYES, lesen motosikal diberi dengan harga yang terendah melalui (BL1M) yang masih dalam pelaksanaan, gerakan sukarelawan dibayai melalui Dana Belia 1Malaysia (kini diambil alih 1M4U), profesional muda dilibatkan dalam politik melalui BNYV dan isu keadilan sejagat sering dibangkit terutama isu Palestin.

Ini tidak termasuk peranan Pemuda UMNO-BN sebagai suara orang muda. Sebagai contoh, baru-baru ini kami membantah cadangan PTPTN untuk menyenaraikan para peminjam yang lewat membayar atau tidak membayar hutang di bawah senarai CCRIS sehinggakan cadangan itu tidak diteruskan.

Inilah antara pencapaian kami selama empat tahun yang lepas. Memang betul, corak kepimpinan Pemuda UMNO sekarang berbeza dengan zaman dahulu. Namun saya berpendapat gaya lama di mana Pemuda sinonim sebagai kumpulan pendesak semata-mata sudah tidak relevan lagi.

Insya'Allah sekiranya diberi mandat sekali lagi, saya akan terus memimpin Pemuda UMNO-BN supaya kami dapat membawa lebih banyak lagi idea penyelesaian atau solutions untuk orang muda. Semua orang boleh bercakap, tetapi bukan semua yang boleh melaksanakan.

 Mohon sokongan rakan-rakan pada 12hb Oktober. Saya, KJ, sekali lagi menawarkan diri sebagai calon nombor 1 bagi jawatan Ketua Pemuda UMNO Malaysia. -Y.B. Khairy Jamaluddin, Menteri Belia dan Sukan merangkap Ketua Pemuda UMNO dan Barisan Nasional

Dan ini pula banner kempen KJ -


Makanya dalam artikel semalam saya menyatakan sokongan saya terhadap kempen KJ selaku Ketua Pemuda BN. 

Nampak ? Semuanya BN, BN, BN ! Sekarang Pemuda Umno dah bertukar jadi Pemuda Umno-BN. Hanya bila merujuk kepada jawatan saja, ia kembali jadi KP Umno.

Berapa kali KJ sebut nama Melayu ? SATU kali sahaja.

Bayangkanlah .... nak sebut Pemuda Umno pun terasa malu, kena tambah juga BN kat hujung. 

Ini kenyataan kempen resmi dari KJ ok. Ia pastinya telah di semak berulangkali oleh KJ sendiri ( kalau bukan dia yang tulis ) supaya benar2 sesuai dan mewakili jiwanya yang sebenar.

Jiwa Melayu sejati atau Melayu Liberal ?

Mungkin bagi KJ, tidak ada apa yang salahnya kalau akrnonim UMNO tu jadi United MALAYSIAN National Organisation.

Kepada semua ahli2 Pemuda Umno-BN, sokonglah KJ sebagai Ketua anda dalam Pemilihan UMNO-BN tidak lama lagi.

Sememangnya generasi baru Umno sedang di UBAH menjadi lebih LIBERAL oleh KJ.

Share this article :

+ comments + 16 comments

....................
Reply To This Comment ...................
Melayu Kampung
October 5, 2013 at 11:35 PM

Bro Din kena siarkan juga klip temuramah dengan Akhram setiap kali ada artikel tentang KJ ni. Biar orang boleh nampak perbezaan apa itu Pemuda UMNO dan Pemuda BN. Siapa lantik KJ ni jadi Ketua Pemuda BN. MCA dan MIC tu terima ke? (Itu pon kalau dua-dua parti tu masih wujud DAN berfungsi - bukannya bangkai yang diseret ke hulu ke hilir oleh UMNO)

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
October 6, 2013 at 12:02 AM

Daripada banner di atas, majoriti program yang telah dianjurkan oleh KJ adalah program BN. Tiada langsung program yang khusus untuk Pemuda UMNO. Semua program KJ mesti ada kaitan dengan Pemuda BN. KJ memang tak layak jadi Ketua Pemuda UMNO kerana gagal melaksanakan program yang khusus atas nama melayu atau UMNO.

....................
Reply To This Comment ...................
October 6, 2013 at 12:06 AM

jawatan kp umno dah dlm poket dia. tumpuan dia sekarang hanyalah terhadap kp parti2 komponen terutamanya mca & kalau boleh dia nak jadi ketua pemuda malaysia (bn+pr).

....................
Reply To This Comment ...................
October 6, 2013 at 12:09 AM

@Melayu KampungArtikel ni bukan nak promote Akhram atau mana2 calon lain :)

Hanya ingin memastikan perjuangan bangsa Melayu terus relevan diatas nama Umno

....................
Reply To This Comment ...................
October 6, 2013 at 2:57 AM

Ketua Pemuda Regina.

....................
Reply To This Comment ...................
October 6, 2013 at 3:58 AM

Kalau akram perjuang melayu tulin kenapa perlu berlindung utk promote, kenapa perlu berlapik, apologetik dlm sebuah perjuangan?

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
October 6, 2013 at 6:01 AM

Salam Ding, Barulah paham pebenda yg Mung nok kabbor..., Tapi Bila Baca Daroh terus Naik..Gittulah gamboran netapa hancor lulohnya Hati bila mengenangkan apa yang telah dilakukan oleh si KJ nie.

Sebagai Anak Warisan... Anak Kecil Main Api... Jangan Sesekali Kita semua Memebri Undian pada si Khairi ini. Cukup2 sudah kiat semma beri kepada dia.. Amat sedikit yang dilakukannya Hinggalah Pemuda-Pemudi Kita menyeberang ke Pakatan Rakyat, Merempit dsbnya.

Apa Nok jadi dgn Negara Kita Bilamana Kita saloh pilih pemimpin?

1. Kita Doh ada Sorang Rakyat Melayu Yang Giler Ising Nok jadi PM? Macam Burung Murai gie sana sini Burukkan Kepimpinan Negara di bawah BN. Apa yang BN buat semmanya dia tentang... Orang suruh Berdebat Dia gie buat plastic surgery.. sbb nok nappok muda..Bila Selesai Undian, dia pon baliklah buat kecoh itu ini.. Rumoh Siap Pahat Berbunyi.
2. Kita ada pulok si KJ nie pon sama. Pemuda UMNO dia dok jaga setara mana, Pemuda UMNO TIADA WAWASAN untuk mencairkan hati batu anok2 muda bumiputera khususnya Melayu untuk memperkuat dan memperkukuhkan Pemuda Melayu Pemangkin UMNO.
3. KJ nie sibok nok jadi Ketua Pemuda BN, mungkin pada dirinya jadi Ketua Pemuda BN samalah macam PM Ketua BN! Tapi kerja buat lang kepalang, jadi ad daripada tak dok lassong.
4. Program Belia dibawah KBS dulu jemput K-Pop .. jadi isu RM1.6 Million? Apa peranan Ketua Pemuda didalam Program Tersebut.. Tidak ke patut Ketua Pemuda sama2 Tolong Menteri jadi Dana? Syarikat Mana yg tarik Diri? siapa Yang Rekomenkan? Apa peranan KJ selaku Ketua Pemuda UMNO didlm soal ini? Ini tidok, KJ nak selamatkan diri beri penjelasan yg Memakan Diri!
5. Aku kata KJ gagal di dalam mengetuai Pemuda BN, samalah macam DS Hisham ... Belai 4B mati tanpa Kubur dan Batu Nisang sappa lening..
6.Pendek kata.. Dok Soh citer Banyoklah.. Kita Pakkat jangan undi KJ, Kita Harus Memberi Peluang kepada orang lain..Pilihlah orang lain, supaya kita ada suntikkan baru sebagai Persiapan Awal Mengharungi PRU14..

....................
Reply To This Comment ...................
Areyougonnagomyway
October 6, 2013 at 8:43 AM

Tumpang promote Din, untuk orang Melayu.
Join group di FB Jual Beli Biznes Melayu
www.facebook.com/groups/jualbelibiznesmelayu

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
October 6, 2013 at 10:00 AM

Salam,
Tu pasal penyokong kj tak boleh nak jawab. Nak pilih sebagai ketua yg mana satu. Dia tak bawa masuk melayu tapi cina dan india ke dlm umno. Memang malu agaknya jadi melayu tu yg pilih cina dap jd su akhbar dia. Kalu pemuda umno bacul, memang mereka akn pilih kj yg tak buat apa pun utk melayu. Memang terang lagi bersuluh, memang dia tak buat apa pun utk umno

....................
Reply To This Comment ...................
October 6, 2013 at 6:07 PM

KJ tak layak Kepala orang Melayu.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
October 6, 2013 at 7:16 PM

KJ...
Jiwa kamu konfius
Karektor kamu konfius
Perjuangan kamu konfius
Landasan kamu konfius

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
October 7, 2013 at 8:55 AM

Nasib baik kamu hensem kj..klu x sesen pn kamu xbernilai..

....................
Reply To This Comment ...................
October 8, 2013 at 11:57 AM

Saya rasa pemahaman saudara KJ lebih cenderung ke arah mendapat undi populis dan bukannya realis.

Hakikat dianya dipilih oleh sekumpulan "penyokong pembeli" (siapa boleh lupa jeritan "Rasuah" sejurus KJ menang dalam pemilihan KP dulu) turut memberikan gambaran bahawa dia berdiri di atas dahan yang rapuh.

Namun realiti politik sekarang, memperjuangkan hak secara samarata telah menenggelamkan perjuangan berdasarkan kepada ras akan mengatasi segalanya. Dan jika dilihat kepada gaya perjuangan KJ, dianya nampak mahu menjadikan UMNO diterjemahkan kepada United MALAYSIAN Nation Organisation dan terkubur sudah perkataan MELAYU di dalam UMNO.

Jika BN diterjemahkan sebagai Better Nation, apalah sangat UMNO, daripada United MALAYS Nation Organization kepada United MALAYSIAN Nation Organization.

Tak pasti samada kita sedar atau tidak percaturan halus di dalam ini..

....................
Reply To This Comment ...................
October 12, 2013 at 1:57 AM

Apa yang saya nampak YB KJ mempromote program seperti BN Youth Job dan sebagainya atas faktor menunjukkan bahawasanya setiap program yang dilakukan tidak tertumpu kepada satu bangsa sahaja. Parti UMNO adalah parti orang melayu dan BN terdiri daripada UMNO MIC MCA dan parti komponen yang lain. Jadi mungkin YB KJ menggunakan nama BN adalah untuk menunjukkan yang program ini untuk semua kaum. Ini pandangan saya.

....................
Reply To This Comment ...................
October 12, 2013 at 2:01 AM

@NadzrienPandangan saudara tidak salah :)

....................
Reply To This Comment ...................
October 12, 2013 at 8:06 AM

Terima kasih saudara @DinTurtle :)

Post a Comment