........... KEMASKINI - KENA BACA ! Benarkah Kalimah ALLAH Milik Umat Islam Sepenuhnya Sekarang ? | dinturtle - Blogger PARTI MELAYU

KEMASKINI - KENA BACA ! Benarkah Kalimah ALLAH Milik Umat Islam Sepenuhnya Sekarang ?

Wednesday, October 16, 201317comments

* 16 Okt 11:05am - Saya repost sekali lagi sebab masih ramai yang tidak faham keputusan hari tu.

KEMASKINI 8:10pm - Terbaru dari TMI -

Keputusan mahkamah tidak terpakai di Sabah dan Sarawak, kata Wan Junaidi

 

Larangan penggunaan kalimah Allah yang diputuskan oleh Mahkamah Rayuan semalam hanya terpakai kepada akhbar mingguan Katolik, Herald dan bukannya kepada penerbitan Kristian lain atau Bible dalam bahasa Melayu, Al-Kitab yang digunakan di Sabah dan Sarawak, kata Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Wan Junaidi Tuanku Jaafar.

Beliau berkata keputusan Kabinet membenarkan penggunaan kalimah Allah dalam Al-Kitab di Sabah dan Sarawak serta jaminan yang dikeluarkan oleh Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Abdul Taib Mahmud pada 2011 masih terpakai.

PS - Jaminan oleh Tan Sri Abdul Taib ? Bukan ke jaminan itu dari Najib yang dipersetujui oleh kabinet dan disampaikan oleh Idris Jala ?

                                    ***************************************



JANGAN terlalu seronok dengan keputusan Kalimah Allah semalam ! Saya khuatir membaca tajuk2 sensasi yang digunakan oleh media ekoran keputusan yang dibuat kerana takut timbul salah faham. Ramai yang saya percaya menerima keputusan semalam dalam bentuk begini -

Kalimah Allah Hak Islam Sepenuhnya !

Apalagi bila dikatakan -

Tetapi penghakiman YA Dato' Sri Apandi yang paling menarik kesemua pihak bila beliau menegaskan bahawa 'penggunaan kalimah ALLAH tidak pernah dan bukan sebahagian daripada intipati integral kepercayaan dan perlaksanaan agama kristian. Mahkamah mendapati agak pelik mengapa pihak kristian berkeras mahu menggunakan kalimah ALLAH!!!". ( Blog Zul4Kulim )

Persoalan yang saya mahu timbulkan disini adalah - BENARKAH keputusan semalam membawa maksud bahawa kalimah Allah TIDAK BOLEH digunakan oleh pihak gereja bagi merujuk Tuhan mereka ?

                                       ********************************

Membaca artikel TMI mengenai komen Persekutuan Kristian Malaysia ( CFM ), saya tertumpu kepada satu perenggan yang bagi saya PENTING untuk kita semua FAHAM dalam kita bergosip tentang implikasi keputusan Mahkamah Rayuan semalam berhubung kes Kalimah Allah.

Cuba baca perenggan ini  dari TMI -

CFM juga menekankan supaya Putrajaya menghormati penyelesaian 10 perkara berhubung penggunaan kalimah "Allah" yang dikeluarkan pada tahun 2011 di mana kelulusan diberikan kepada penganut Kristian untuk menggunakan kitab Injil berbahasa Melayu dan beberapa kelonggaran lain.

Perenggan ini buat saya berfikir sebentar ..... perlu diingat ya, kita berurusan dalam konteks undang2 jadi setiap ayat yang digunakan mesti diperhalusi maknanya. Jadi saya baca dengan lebih teliti penghakiman semalam ( ada di blog MiM ) dan terasa agak kecewa bila saya sedari NILAI sebenar keputusan itu -

Keputusan semalam hanya merujuk kepada penerbitan The Herald saja ! Ia tidak melibatkan penggunaan kalimah Allah dalam Bible versi Melayu atau alKitab.

Baca dengan teliti dibawah -



Mahkamah berpendapat The Herald yang dicetak oleh pihak gereja TIDAK SAMA dengan alKitab. The Herald adalah dalam bentuk newsletter dan pengedarannya tiada had sementara alKitab sudah jelas hanyalah untuk orang Kristian saja, dan lagi terdapat arahan supaya ayat "BUKAN UNTUK ORANG ISLAM" mesti tercatat di muka depan alKitab.

Jadi alKitab masih dibenarkan menggunakan kalimah Allah.

Ini juga bermakna dakwaan ramai yang Kalimah Allah adalah Hak umat Islam sepenuhnya di Malaysia boleh dipertikaikan.

Ini juga membawa kita kembali 3 tahun lepas dalam soal Penyelesaian 10 Perkara yang ditandatangani oleh Najib yang membenarkan penerbitan dan pengimportan alKitab yang mengandungi kalimah Allah. Juga kebenaran untuk mereka yang ingin membawa alKitab antara Sabah/Sarawak - Semenanjung Malaysia.

( ada saya tulis di SINI

PENTING - Ini adalah tafsiran saya. Ia boleh dipertikaikan dengan hujah anda.

Disini saya amat berharap sesiapa yang arif dapat tampil memberikan penjelasan secara terperinci mengikut undang2 akan keputusan Mahkamah Rayuan semalam supaya rakyat tidak keliru. Spesifik kepada apa yang saya timbulkan disini, yakni -

Benarkah Bible versi Melayu atau alKitab masih diBENARkan menggunakan kalimah Allah bagi merujuk Tuhan Trinity Kristian ?

Share this article :

+ comments + 17 comments

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
October 15, 2013 at 6:58 PM

Kita tunggu tambi2 liberal parti politik orang melayu menghakiminya kemudian hari.

Tambi liberalistas sedang menggorak langkah!

....................
Reply To This Comment ...................
Otak geliga
October 15, 2013 at 7:26 PM

"...The Herald adalah dalam bentuk newsletter dan pengedarannya tiada had sementara alKitab sudah jelas hanyalah untuk orang Kristian saja..."

1) ada salah faham di pihak bro DT...dr artikel yg diprint screen bro DT, jelas kat situ kata Newsletter sama dgn Newspaper tp Newsletter mempunyai pengedaran yg TERHAD, bermaksud Newsletter "the Herald" adalah terhad pengedarannya sptmana AlKitab iaitu utk org Kristian shj. Sbb kewujudan Newsletter hanyalah utk mrk2/ahli2 yg mempunyai pandangan/minat/pegangan yg sama shj.

2) Disebabkan AlKitab tercatat "BUKAN UTK ORG ISLAM", maka sekurang2nya pengedarannya akan TERHAD pd org Islam n pelanggaran peraturan ini boleh dikenakan tindakan dlm undang2.....TETAPI, the Herald adlh sebaliknya....bukan shj tiada tercatat "BKN UTK ORG ISLAM" ttp pengedarannya kini sudahpun melangkaui media maya menyebabkan pengedarannya seolah2 TIADA HAD n TIDAK BOLEH DIKENAKAN TINDAKAN.

3) Kelebihan Newsletter adlh kandungannya yg RINGKAS n PADAT sgt berbeza dgn Newspaper n AlKitab menjadikanya lebih praktikal utk menyampaikan DAKWAH Kristian pd org2 Islam.

Bg saya, keputusan yg diambil oleh pihak Mahkamah adlh TEPAT utk menghalang nama Allah digunakan dlm the Herald yg sememangnya satu alat plg MUDAH, RINGKAS, MURAH, SELAMAT n CEPAT utk bukan shj menguar2kan kegiatan Kristian di Malaysia, ttp dlm masa yg sama berdakwah pd Org Islam utk mendekati Kristian.

Berbalik kpd persoalan bro DT "Benarkah Bible versi Melayu atau alKitab masih diBENARkan menggunakan kalimah Allah bagi merujuk Tuhan Trinity Kristian?".....JAWAPannya YESSSSSS....kenapa?.....semuanya berkaitan SEJARAH bagaimana Kristian disebarkan di Sabah/Sarawak....saya berpandangan org Islam Sabah/Srwk sudapun biasa dgn perkara ini ttp TIDAK bg rakyat semenanjung.

Saya cuma tertarik utk nak tahu....ADA atau TIDAK, BOLEH atau TIDAK AlKitab versi Melayu ini dihalang dibawa masuk ke semenanjung....semenanjung n Sabah/srwk ada undang2 tertentu yg memisahkan kedua2 bhg ini. Tp adkh dlm bab agama yg lebih KRITIKAL/SENSITIF, kebiasaan di Sbh/Srwk dlm nama Allah ini BOLEH DI HALANG utk dibiasakan di semenanjung??

dan KENAPA Ah Jib Gor bersetuju utk memBENARkan AlKitab versi Melayu dr Sabah/Srwk dibawa ke semenanjung?

....................
Reply To This Comment ...................
October 15, 2013 at 7:37 PM

@Otak geligaSaya tulis pengedarannya tidak terhad kerana mengambilkira penyiaran melalui internet.

TETAPI cuba fikirkan ini pula - Bagaimana kalau The Herald menggunakan ayat2 dari alKitab untuk dicetak dalam newsletter atau newspaper mereka ? Tidak salah kan ? Itu bukan ayat editor Herald tapi ayat alKitab yang dibenarkan guna Allah.

Semua boleh dipusingkan.....

3 tahun lepas kalau tak silap, sebanyak 5ribu alKitab juga telah dibenar dibawa masuk melalui Pelabuhan Kelang.

Kebenaran untuk alKitab dibawa berjalan antara sabah/sarawak-Semenanjung menjadikan sebarang halangan dari sudut undang2 satu bahan lawak.

bagaimana nak tahu yang alkitab yang dibawa dari sabah/sarawak kedalam Semenanjung tidak dibawa kembali ke sabah/sarawak ?

....................
Reply To This Comment ...................
October 15, 2013 at 7:43 PM

@dinturtleSatu perkara lagi, maknanya saudara juga bersetujulah yang ramai dari kita sudah tersalah faham maksud keputusan hakim semalam dengan mendakwa pihak gereja sudah tidak boleh guna kalimah Allah ?

Kalau tak silap, dalam youtube pun ada wartawan yang kaitkan penghakiman itu dengan alKitab.

Kena perbetulkan perkara ini supaya dapat dielakkan salahfaham dimasa depan

....................
Reply To This Comment ...................
Otak geliga
October 15, 2013 at 7:51 PM

@dinturtle
Kalau mrk sudah dipastikan menggunakan ayat2 dlm AlKitab, itu sudah melanggar undang2 sbb JELAS KDN sudah nyatakan AlKitab hanya utk org Kristian n digunakan gereja shj...cuma tak tahulah samada undang2 ni bermaksud KESELURUHAN atau SBHGIAN Alkitab shj.

sbb itu apbila the Herald dihalang menggunakan nama Allah, scr tak langsung, walaupun dipetik sedikit ayat dr AlKitab, itu dah termasuk dlm melanggar undang2 sbb MEDIUM yg digunakan adlh The Herald yg dihalang menggunakan nama Allah.

utk AlKitab dr Sbh/Srwk yg dibawa ke Semenanjung, spttnya kerajaan fikirkan jalan yg bersesuaian....spttnya kerajaan awal2 lg tidak memBENARkan sama sekali SEMUA AlKitab dlm versi bahasa/negara apa sekalipun yg terkandung didlmnya nama Allah supaya dilarang dibawa masuk ke semenanjung.

bila dah diBENARkan, jd mcm skrg la...kelam kabut, SERABUT

....................
Reply To This Comment ...................
Otak geliga
October 15, 2013 at 7:52 PM

@dinturtle
yup saya sependapat dgn bro DT....ramai di antara kita dah SALAH FAHAM

....................
Reply To This Comment ...................
October 15, 2013 at 8:37 PM

Saya baca. Memang penghakiman yang hanya merujuk The Herald. Siapa yang tertipu dan di tipu. Secara sah nya, kristian di beri dan berhak mensyirikkan Allah. Dosa tidak terampun kepada Melayu.

Kini kepada semua peguam Melayu syarie dan biasa, bersedia lah menolak sepenuh nya kumpulan pakiam. Mereka tidak berpuas hati selagi melayu tidak dapat di murtadkan sepenuh nya dengan penggunaan kalimah Allah.

Percayalah kemusnahan bakal berlaku jika mereka berjaya menembusi Akidah Islam.

Umpama nya minum mabuk siang malam, boleh pula
bersolat dalam masjid dan berjemaah. Bijak lidah berceramah pasal Islam dan hebat nya ilmu nya melangkaui ulama-ulama tersohor.

Kita kenal siapa mereka.

....................
Reply To This Comment ...................
October 15, 2013 at 8:52 PM

isu sebenar disini adalah percubaan untuk mencabar status quo Islam sebagai agama persekutuan dan cabaran mereka pada kuasa menteri dlm negeri yg boleh pada bila-bila masa menyekat dakwah kristian pada umat Islam

perintah Mahkamah semalam berjaya menghalang penerbitan kristian utk mengguna pakai kalimah Allah dlm penerbitan dan tindakan menteri dlm hal berkenaan adalah menepati perlembagaan

ini sekaligus memberikan kuasa pada menteri dalam negeri untuk menyekat sebarang usaha kristian untuk mengelirukan pemahaman umat Islam

kesan dari keputusan mahkamah ini ialah kuasa menteri dalam negeri ada dan sah dlm menyekat sebarang usaha penyebaran ugama bukan islam kepada umat islam

....................
Reply To This Comment ...................
October 15, 2013 at 8:55 PM

@maaeWaktu sama, heran juga kenapa puak2 gereja ni meroyan macamlah kerajaan menindas orang Kristian ?

Yang dilarang cuma penerbitan The Herald je dari guna nama Allah tapi cara mereka melalak macam mereka diharamkan terus dari guna Allah.

....................
Reply To This Comment ...................
Otak geliga
October 15, 2013 at 9:15 PM

@dinturtle
Serupa la dgn Cina yg MEROYAN diTINDAS walhal mereka lah yg menghirup darah n membelit bangsa lain di Malaysia ni.

cumanya isu AGAMA ni mungkin berkesan utk pribumi Kristian di Sabah/Sarawak.

Bukankah sasaran mrk nak RAMPAS Sarawak dr BN?...sementelahan skrg ni mrk dpt SOKONGan dr PAS yg mengaku SEMUA AHLInya Ulama?....masa skrg la mrk kena gembleng tenaga sehabis mungkin selagimana PAS masih bersekedudukan dgn mereka.

diTAKDIRkan PAS melafazkan TALAK pd PR, tak mustahil PAS akan buat pusingan 180 darjah terhadap SEMUA isu2 melibatkan perKAUMan n keAGAMAan.

SEMUANya demi UNDI n KUASA.....akhirnya balik semula kpd POLITIK...rasa2nya, inilah hasil TARBIAH terbaik PAS pd biaDAPigs dlm menggunakan isu agama utk mengaut laba politik

....................
Reply To This Comment ...................
tebing tinggi
October 15, 2013 at 11:24 PM

Sepatutnya cendiakawan-cendiakawan Islam diMalaysia khususnya wajib mengorak langkah bagi mencabar pemberian 10 pekara olih Najib Razak ,dari sudut perundangan . Adakah seorang P M layak berbuat begitu dalam pekara-pekara yang menyentoh sesitiviti umat islam setempat bagi kepentingan politik.
Adakah majlis raja-raja bersetuju dalam pekara ini ( kerana disini kepentingan Islam itu digangu-gugat)


Cendiakawan-cendiakawan Islam dan mereka yang memahami akan hakikat ini wajib tidak memesongkan lagi masyarakat umum (Islam) dengan dakwan-dakwan yang pekara ini seolah-olah sudah selesai sedangkan mereka (cristian) berusha dengan apa cara sekalipon bagi mendapatkan kehendak dan tujuan mereka.
Kelapaan kita hari ini bakal menghanchurkan umat Islam diMalaysia dimasa akan datang.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
October 15, 2013 at 11:39 PM

kalau tak salah, keputusan mahkamah tersebut mengikat apa-apa permasaalahan yg ditimbulkan dari kes kalimah Allah itu. Ini bermakna yg keputusan hakim itu telah jadi undang2 baru dan ia hanya akan berubah apabila..
1. mahkamah yg lebih tinggi buat penaksiran yg berbeza, atau
2. parlimen buat undang2 baru yg perlukan penafsiran baru oleh badan kehakiman.
Jadi tidak timbul isu bahwa keputusan mahkamah itu hanya utk herald saja tapi ianya adalah mengikat semua penerbitan lain.
Diharap ahli politik tidak mempolitikkan isu tersebut utj menjaga hati setengah penganut kristian dgn membuat tafsiran yg berbeza dgn mahkamah.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
October 16, 2013 at 4:46 AM

sedih... semua ini hanya untuk memuaskan hati bangsa yang mudah terkeliru :)

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
October 16, 2013 at 7:07 AM

Kristian 9%
Muslim 63%

Melayu + Bumiputra 60%
Cina 23%

Apa lagi mau sorong2...
Mau undi apa lagi...

Sedarlah.. selagi 63% tak bersatu... berpecah... selagi itulah Islam didesak dan dihina...

Politik demokrasi bukan dari Islam
Demi undi Pas jadi liberal.. Umno nok jd koho lebih liberal. ..
Astarfirullah ha azim..
Semoga Alla ampunkan dosa2 kisilapan kita...

....................
Reply To This Comment ...................
Melayu Kampung
October 16, 2013 at 9:58 AM

Penghakiman dibuat keatas penerbitan the herald sahaja. Tidak meliputi alKitab atau agama kristian secara keseluruhannya.

Kalau bro tak tulis perkara ni, aku pon tak tahu yang judgement tu untuk satu penerbitan saja.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
October 16, 2013 at 11:12 AM

Inilah permainan politik namanya............sebenarnya tiada kebanggan apa pada penghakiman tu seperti yg digembar gemburkan.Selama ni pun tadak sapa peduli The herald tu malah penggunaan nama Allah telah lama dibenarkan penggunaan dalam al-Kitab/bible..seperti di sarawak,siap ada jaminan lagi tu ..bleh guna isk isk isk

Sebenarnya larangan penggunaan Allah selain Islam ni telah dimaktubkan dalam enakmen pengembangan Agama negeri-negeri ,kecuali 4 negeri..jika guna ,boleh ambil tindakan pun oleh polis dan dakwa di mah majestret...........dah berapa kes didakwa?(selain dari kes pertama di negeri pahang)..

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
October 16, 2013 at 12:58 PM

@maae
Bro, aku tak paham lah. Orang kristian mensyirikkan Allah, kenapa pulak orang Melayu yang tanggung dosa mereka sehingga tak terampun? Kalau aku yang mensyirikkan Allah, baru lah dosa aku tak terampun. Kalau hakim-hakim tu yang silap, depa tanggung sendirilah. La ni orang Melayu lain jadi (not within my control) hakim, pesal pulak aku sebagai Melayu+Islam pi tanggung dosa kesilapan penghakiman mereka? Kalau macam ni pahaman sebenarnya ada kah engkau megatakan Allah tak adil? Unacceptable logic la bro!

Post a Comment