........... Kalimah Allah - Tidak Ada Isu Pun ! | dinturtle - Blogger PARTI MELAYU

Kalimah Allah - Tidak Ada Isu Pun !

Tuesday, October 22, 201314comments

Sepertimana yang saya tulis sebelum ini, Najib dan Zahid mengesahkan keputusan Mahkamah Rayuan baru ini hanya merujuk kepada The Herald saja, alKitab masih dibenarkan menggunakan kalimah Allah.

"Baru-baru ini apabila Mahkamah Rayuan membuat keputusan mengenai kalimah ALLAH, ia tidak menyentuh sama sekali mengenai amalan Kristian di Sabah dan Sarawak, malah 10 points agreement masih dikekalkan," 

"Kepada rakyat Sabah, harap jangan ada sesiapa rasa tertekan kerana amalan setiap penganut agama akan kekal seperti mana sebelum ini." - Sinar.

Menteri Dalam Negeri pula berkata -

"Dalam keputusan yang dibuat Mahkamah Rayuan, hanya memberikan keputusan kepada penggunaan kalimah Allah dalam The Herald. Dalam al-Kitab perkataan Allah itu masih boleh digunakan.

"Permintaan Menteri Dalam Negeri yang merayu kepada Mahkamah Persekutuan adalah untuk memberikan hukuman kepada The Herald," - Utusan.


Kepada pembangkang dan pihak gereja diharap janganlah memberi persepsi seolah kerajaan menindas penganut Kristian ekoran keputusan mahkamah itu. 

Benda kecil jer tuh ...... BANYAK lubang yang ada untuk pihak gereja terus menggunakan kalimah Allah dan pelbagai medium juga ada selain dari The Herald untuk tujuan dakwah mereka. ( KLiK ). Ikut youtube pun boleh. Susah sangat, tutup je The Herald dan buat satu lagi penerbitan baru guna nama lain.
 
Perjanjian 10 Perkara Najib itu juga memberi begitu banyak kelonggaran kepada pihak gereja untuk mengedarkan alKitab keseluruh negara, jadi tak perlulah bising2. 

Share this article :

+ comments + 14 comments

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
October 22, 2013 at 9:55 AM

"Banyak lubang..." tu point utamanya kan?
Ada pihak saja2 je nak berkokok psl keputusan mahkamah tu. Nampak la mcm champion sket. All for political mileage. Padahal mmg boleh cari loopholes and take advantage.

Paan M.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
October 22, 2013 at 10:20 AM

Din,

Yang tersirat daripada yang tersurat. Terbaik. Masalahnya kebanyakkan daripada kita tak tahu menilai yang tersirat terutama pemimpin. Cakap terang2 pun depa tak peduli, inikan pula benda2 yang tersirat. Teruskan usaha, istiqamah, jujur, insyallah perjuangan akan di pandu oleh Allah azzawajaala.

....................
Reply To This Comment ...................
October 22, 2013 at 11:07 AM

oi tak abis2 dgn isu ni, samada kristian (bukan semua kristian percaya trinity) boleh guna/sebut nama (kalimah???) allah atau tidak, la ni roti canai teloq kat gerai tepi jalan dah rm2.20. harga barang2 lain dok naik, adakah najib, zahid, mufti & lain2 peduli. nanti ada mangkok ayon akan kata jgn makan roti canai sebab memudharatkan kesihatan & apa ka jadah lagi. memang takdak isu pun, tapi bila dah kena masok mahkamah, satu donia dok gelak kat malaysia.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
October 22, 2013 at 12:17 PM

Negeri yang kuat kuasa pengharamaan penggunaan perkataan2 spt Allah.. kaabah.. solat.. dll

Jd penguatkuasaan tersebut perlulah dilaksanakan..

Cuma...

Adakah undang2 itu terhad di mahkamah syariat atau semua negeri yg guna pakai enakmen pencegahan tersebut..

Sabah serawak penan KL tiada enakmen tetsebut... rasanye..

Xyz

....................
Reply To This Comment ...................
Otak geliga
October 22, 2013 at 12:25 PM

apa SEBENARnya perjanjian 10 perkara tu ye?....betul2 RAHSIA sampai tak boleh didedahkan kpd rakyat......ke dah ada DEDAH cuma aku tak tahu?......:)

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
October 22, 2013 at 12:56 PM

Apakah kita akan berlapang dada kiranya kalimah Allah dalam tulisan jawi ada bersama dengan setiap berhala yang disembah oleh puak kafir ...

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
October 22, 2013 at 1:08 PM

DT,

Menafikan keujudan isu-isu sensitif dan panas rentas agama tidak akan membantu merapatkan jurang kefahaman dan toleransi antara 2 atau lebih agama. Maknanya ialah penafian tidak mampu jadi penawar kepada penyakit kronik yang telah melanda sekian lama.

Timur Tengah memang nampak kurang mengalami ketengangan antara agama kerana sistem politiknya (feudal atau otokratik) berjaya mengendurkan ketegangan yang telah ujud sekian lama tetapi sebaik saja sistem itu berubah, ketegangan akan meningkat ke tahap memutuskan hubungan tenteram yang telah lama dipupuk.

....................
Reply To This Comment ...................
October 22, 2013 at 4:08 PM

Saya banyak juga berkawan dengan rakan2 Kristian dari Sabah & Sarawak.Ada yang berbangsa Kadazan dari Sabah dan Bidayuh serta Iban dari sarawak.Dan mereka juga kebanyakkan agak menitik beratkan pegangan agama mereka iaitu Kristian Katolik.Kebanyakkan antara mereka sgt menitik beratkan soal pergaulan lelaki dan perempuan dan tak minum arak pun!

Saya ada berdiskusi secara ilmiah dengan mereka pasal isu ini.Saya bertanya kepada mereka apakah mereka juga menggunakan Al-Kitab bahasa Melayu yang menggunakan Allah di dalamnya.Mereka memberitahu saya jika di negere mereka memang ya mereka menggunakan AlKitab versi Melayu/Indonesia,tetapi tidak tidak menggunakan perkataan ALLAH sebaliknya guna perkataan BAPAK,YESUS atau YEHWAH.

Mereka tidak menafikan yang terdapat sesetengah cetakan Melayu Indonesia yang menggunakan kalimah Allah sebagai ganti Tuhan tapi mereka mengatakan sangat jarang untuk dijumpai di Sabah atau Sarawak apatah lagi di Semenanjung.Kata mereka mungkin yang menggunakan AlKitab versi kalimah Allah itu mendapatnya dari Indonesia samada yg diberi oleh teman-teman atau saudara-mara mereka dari sana.

Kata mereka juga,kalau hendak cari AlKitab versi Melayu di gereja di sebelah SEMENANJUNG MALAYSIA ini samada yang menggunakan Allah,Bapak,atau Yesus adalah HAMPIR TIADA kerana majoriti iaitu 99% penganut Kristian di Semananjung adalah terdiri dari bangsa Cina + India dan mereka menggunakan Bible BERBAHASA INGGERIS.Diulang BAHASA INGGERIS yg diimport terus dari Vatican City yang LANGSUNG TIDAK ADA SEPATAH PUN KALIMAH ALLAH di dalam naskah tersebut.

....................
Reply To This Comment ...................
October 22, 2013 at 4:23 PM

Bro din,minta sedikit lag tambahan yer..jgn marah hehhehe..

Menurut kawan2 saya juga, di Semenanjung ini sukar sangat nak cari penganut Kristian tulen yang taat pada ajaran Kristian seperti tidak berzina dan tidak minum arak.Ini kerana 80% drp penganut Kristian di Semenanjung adalah berbangsa CINA yang memang kita tahu cukup terkenal sebagai MAT SALEH CELUP yg melanggar apa sahaja tak kira halal dan haram.Mereka sekadar Kristiaan pada nama terutama golonagn muda tapi mereka berlagak seperti Kristian tulen.

Tapi yang menampakkan seolah-olah gereja2 dan Kristian terutama sekali di Penang dan KL seperti sangan berpenagruh adalah kerana mereka dianaungi banyak NGO2 dan badan Profesional yang berpengaruh seperti Bar Council dan Human Right yang banyak menyumbang dana bagi menggerakkan aktiviti Kristian di seluruh Malaysia.

Toleransi agama di sana jauh lebih hebat dari di Semenanjung.Bukan suatu yang aneh bilamana Islam berkahwin dengan Kristian di sana.Walaupun telah memeluk Islam,namun keharmonian keluarga kedua-dua belah pihak masih kukuh dan utuh.Tiada aktiviti pulau-memulau dan aktiviti Kristinisasi di kalngan org Melayu jugak tidak sehebat seperti di semenanjung.

Pendek kata semua ini adalah ISU POLITIK yang dimainkan bagi meruntuhkan TEMBOK BESAR yang dimiliki BN di Sabah & Sarawak.Mereka telah cuba dengan isu2 sensitif seperti hal perundangan wilayah Sabah & Sarawak seperti royaliti balak dan petroleum dll,namun tampak sangat gagal dan kini mereka mula mencuba bermain api perkauman dan keagamaan.Mereka semakin berjaya.

Terima kasih Bro kerana memberi saya peluang utk share serba sedikit pengalaman serta pengetahuan berkaitan isu kalimah Allah ni di ruangan blog yg popular ini.

....................
Reply To This Comment ...................
October 22, 2013 at 8:41 PM

@AnonymousAda saya tulis di sini - http://dinturtle.blogspot.com/2011/04/isu-bible-melayu-ada-lagi-kafir-yang.html

....................
Reply To This Comment ...................
October 22, 2013 at 8:42 PM

@Otak geligaAdeeeh ... banyak kali dah saya tulis. antaranya -


- Perkara ialah kerajaan membenarkan penerbitan dan mengimport Alkitab semua bahasa termasuklah Bahasa Malaysia/Bahasa Indonesia yang mengandungi kata “Allah” tanpa sebarang sekatan.

- Penyelesaian 10-Perkara turut menyatakan bahawa di dalam semangat 1Malaysia dan mengakui bahawa ramai orang berulang-alik di antara Sabah dan Sarawak dengan Semenanjung Malaysia, tiada larangan atau pembatasan dikenakan ke atas mereka yang ingin membawa AlKitab masing-masing apabila di dalam perjalanan.

....................
Reply To This Comment ...................
October 22, 2013 at 8:44 PM

@AnonymousGood point. Sampai bila kita nak sapu semua yang dianggap sensitif kebawah Karpet ?

Macam isu perkauman 13 Mei, sampai bila rakyat kita nak faham atau belajar dari nya kalau nak berbincang secara terbuka pun dianggap taboo.

....................
Reply To This Comment ...................
October 22, 2013 at 8:45 PM

@To Live AgainKomen yang menarik, akan saya artikelkan nanti. TerimaKasih ! :)

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
October 22, 2013 at 9:39 PM

Din, hang tak nak kempen tutup semua lobang lobang tu ka. Ka ke Christian tak boleh guna perkataan tu. Penyumbat botol banyak kat kedai..

10 point Najib aka Ah ib Gor tu bukan ke 10+10+10 jadi Tententen... STOP..SUSPENSE>>>...

Post a Comment