........... Kalimah Allah - Pas Buang Selimut Putih, Pilih Spender Putih ! | dinturtle - Blogger PARTI MELAYU

Kalimah Allah - Pas Buang Selimut Putih, Pilih Spender Putih !

Friday, October 18, 201312comments

Timbalan Mursyidul Am Pas, Datuk Dr Haron Din sekali lagi menegaskan yang kalimah Allah hanya boleh digunakan jika merujuk kepada Tuhan Yang Esa bukannya Tuhan bersifat Trinity sebagaimana yang dipercayai oleh orang Kristian.

''Atas itu juga saya mengajak umat Islam sekalian marilah bersama-sama bersyukur kepada Allah kerana sampai sekarang kalimah Allah setelah diperjuangkan sehingga ke peringkat Mahkamah Rayuan dikekalkan hanya untuk Islam.

''Dengan kata lain, kalimah suci ini hanya eksklusif untuk orang Islam sahaja sementara permohonan daripada agama lain, mahkamah tidak membenarkannya,"


''Masih ada satu lagi tempat medan perjuangan yang namanya Mahkamah Persekutuan. Mungkin arahan tidak terduga akan berlaku nanti atau mungkin juga Malaysia bukannya medan untuk pertarungan mempertahankan kalimah Allah.


''Sebaliknya hingga ke peringkat Mahkamah Antarabangsa. Mungkin akan sampai ke sana. Apa pun sebagai umat yang faham tentang Islam itu sebagai agama tauhid wajib mempertahankan kalimah suci ini,"


Demikian ditegaskan oleh beliau dari Mekah ketika dihubungi oleh Utusan. Walaupun sibuk dengan ibadah Haji, beliau masih mahu mengulas panjang lebar supaya mesejnya jelas. 




Berbeza dengan pemimpin Pas yang sorang ni, dalam keadaan yang paling penting untuk menunjukkan ketegasan Pas dalam memperjuangkan Islam, Datuk Mustafa Ali semasa bercakap bagi pihak Pas dalam mengeluarkan pendirian bersama PR dalam isu Kalimah Allah hanya mampu berkata -

“Cuba tengok kenyataan kami sebelum ini, saya tidak ingat setiap perkataan,” Mkini.

Adeeeeh ..... Itu bukan dalam situasi spontan ! Bukannya wartawan pergi sergah dia ketika dia sedang memilih warna spender kegemaran di shopping centre ! Tapi Mustafa bercakap dalam satu Sidang Akhbar Khas PR bagi menyatakan satu pendirian bersama mengenai isu Kalimah Allah, dan beliau dipilih untuk mewakili parti Pas ...... dan Mustafa boleh jawap -

“Cuba tengok kenyataan kami sebelum ini, saya tidak ingat setiap perkataan,”

WOW ! Mustafa telah mengangkat tahap jawapan PlaySafe ke satu level yang baru !

Bandingkan kenyataan yang TERANG dan TEGAS dari Haron Din, tidak mungkin boleh disalahertikan.Tapi ketegasan yang sama tidak pernah dapat dipertontonkan oleh pemimpin2 Pas lain setiapkali pendirian mereka berdepan dengan konflik percanggahan dengan rakan Tahaluf mereka dalam Pakatan Rakyat.

Contohnya Ketua Penerangan Pas  Tuan Ibrahim pernah berkata -

Pas tetap menentang keras penggunaan kalimah ALLAH  dalam situasi yang menggambarkan ALLAH sebagai makhluk atau mempunyai anak, namun tidak menghalang orang bukan Islam menggunakan kalimah itu dalam penghayatan keagamaan mereka. ( KLiK )

Nik Aziz lagi kelas ....

“Nama ALLAH telah digunakan oleh syaitan dan iblis di dalam syurga lagi. Iblis jumpa Nabi Adam di syurga, dia kena guna nama ALLAH, ayah Nabi Muhammad nama Abdullah, dia peluk Islam, jadi apa susah kita? Cuma masalahnya, terjemah God dan Lord kepada ALLAH, itu tak betul,”

Dalam pada itu, Nik Abdul Aziz enggan mengulas lanjut menyarankan agar keputusan Majlis Syura Ulama sebelum ini dirujuk kembali bagi mendapat gambaran lebih jelas berhubung perkara itu (kalimah ALLAH) ( KLiK )

Jawapan yang paling ikhlas datangnya dari Presiden Pas Haji Hadi -

Ditanya sama ada pakatan pembangkang akan mempertahan penggunaan kalimah Allah dalam Bible seandainya memerintah negara, Abdul Hadi berkata "nanti kita memerintah dulu, tak memerintah lagi tak boleh sebut."

Alahai Pas .... Payah sungguh ya bab nak jaga hati rakan Tahaluf anda, kan ... Kalau berdepan dengan Umno, peeergh ... batu boleh jadi lembut bila kena sergah ! 

Tapi bila Dap jeling jer ...... semua jadi pondan.

Share this article :

+ comments + 12 comments

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
October 18, 2013 at 4:05 PM

Kalimah Allah - Pas Buang Selimut Putih, Pilih Spender Putih !

Tajuk artikel original yang paling stailo ! hahahaha.....

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
October 18, 2013 at 4:06 PM

UMNO ATAU PAS SAMA AJE. MANA ADA DIA ORANG PERJUANGKAN KALIMAH ALLAH. YG MEMPERJUANGKANNYA IALAH NGO MUSLIM. JADI JANGAN HERAN DGN KENYATAAN YG DIKELUARKAN OLEH AHLI2 POLITIK TERSEBUT.

....................
Reply To This Comment ...................
Otak geliga
October 18, 2013 at 4:08 PM

Pandangan PDD Haron Din hanyalah pandangan individu....begitu juga dgn pandangan pemimpin2 PAS yg tak bersetuju nama Allah digunapakai oleh org Kafir..semuanya pandangan individu.

pandangan dikira pandangan bersama sekiranya menyokong penggunaan nama Allah oleh Kafir

....................
Reply To This Comment ...................
October 18, 2013 at 4:39 PM

Dah bosan agaknya dengan statement Pandangan Peribadi,jawapan ringkas tapi padat Stopa Ali menunjukkan tahap liberal mereka jauh mengatasi umno!

....................
Reply To This Comment ...................
October 18, 2013 at 4:45 PM

Tapi bro din,puak sana dok mengusung satetemt PLAY SAFE dn lidah bercabang dari Asri MAZA yg seperti biasa memebri jawapan secara sindiran kepeda umno dn pihak kerajaan bila dia ditanya mengenai kenyataan bekas Mufti Johor Dato Noh Gadut yang mengatakan siapa yang memepertikaikan Fatwa mengenai pengharaman kalimah Allah dibimbangi akan murtad.

Si Asri ni bukan nak jawab soalan sangat tp mcm biasa dia berlagak bagus.Dia ckp kalau ikut satement Noh Gadut 2 Dr.Yusof Qardhawi dan Dr.Wahabah Zuahaily pon jadi kafir sebab mereka membenarkan penggunaaan kalimah Allah kepada orang kafir.

Padahal dia tak explain panjang lebar pon pasal fatwa Dr.Yusof dan Dr.Wahbah Zuhaily 2.Adakah mereka secara mutlak mebenarkan kafir menggunakan kalmah Allah walau dalam keadaan apa sahaja dan di mana sahaja.

Jawapan2 spt Stopa dan ulama spt MAZA ni la yang menambah kerosakan mat Islam di Malaysia.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
October 18, 2013 at 5:56 PM

Stopa Ali kambeng tua tak payah nak tunjuk hebat lah. mana kejelasan /keterangan atas kehebatan anda gi hotel ari tu. Ingat org dah lupa ka??? Kulit tebal...TAK RETI MALU!!

....................
Reply To This Comment ...................
October 18, 2013 at 7:06 PM

@To Live Againyang paling terbest - orang Pas boleh terima semua itu dengan lapang hati ....

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
October 18, 2013 at 10:58 PM

kalau nik aziz keluar statment pulak, mesti dia rujuk syaitan iblis. Dah kawan dia......

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
October 19, 2013 at 8:32 AM

depa sama macam syiah suka bertaqiyah ke depa memang syiah?!

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
October 19, 2013 at 12:18 PM

Datuk Harun Din harus segera buat solat sunat minta pertunjuk dari ALLAH..masih perlu kah dia berada bersama sama dengan puak pas ini...lebih lebih lagi sekutu beliau dalam pakatan secara terang terangan menyokong pengunaan kalimah ALLAH untuk agama kristian dan orang bukan islam...

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
October 19, 2013 at 11:18 PM

@AnonymousHahhaaaaa! Pas dan umno jadi sama bila pas dlm keadaan terdesak dan tersepit.... Pas akan jadi sangat islam bila berkaitan dgn nak seranah umno dlm bab hudud.....
Apa pas ni boleh jadi islam atau apa?

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
October 19, 2013 at 11:24 PM

@AnonymousDemi keegoan, demi sokongan manusia, demi maruah, manusia boleh bersifat angkuh dari petunjuk Allah.... Abu Tholib adalah contohnya. Walaupun kita islam, tapi ciri2 itu mungkin saja menghinggapi kita jika Allah kehendaki....

Post a Comment