........... Kalimah Allah - Kenapa DiKatakan Pembangkang Dan Gereja Hanya Bermain Politik | dinturtle - Blogger PARTI MELAYU

Kalimah Allah - Kenapa DiKatakan Pembangkang Dan Gereja Hanya Bermain Politik

Wednesday, October 23, 201310comments




Semakin kita membicarakan tentang isu kalimah Allah semakin terserlah akan kebenaran disebalik segala kemelut yang digembar gemburkan dalam media. Apakah dia Kebenaran itu ? 

Bukan hendak menafikan akan kepentingan kita mempertahankan kalimah Allah tapi cuba renungkan sejenak .... sebenarnya sejauh manakah IMPAK pengharaman penggunaan kalimah Allah keatas The Herald kepada dunia Kristian di Malaysia ? Sampai begitu hebat puak pembangkang yang bekerjasama dengan gereja menjual cerita kononnya sudah hilang hak kebebasan beragama di negara kita ?

Cuba baca komen yang saya petik dari artikel terdahulu dari seorang pembaca setia DT untuk mengetahui situasi penganut Kristian di Malaysia, dan kenapa saya katakan yang isu ini lebih banyak diperbesarkan bagi menimbulkan gambaran negatif kepada umat Islam dinegara ini.


October 22, 2013 at 4:08 PM

Saya banyak juga berkawan dengan rakan2 Kristian dari Sabah & Sarawak. Ada yang berbangsa Kadazan dari Sabah dan Bidayuh serta Iban dari sarawak. Dan mereka juga kebanyakkan agak menitik beratkan pegangan agama mereka iaitu Kristian Katolik. Kebanyakkan antara mereka sgt menitik beratkan soal pergaulan lelaki dan perempuan dan tak minum arak pun!

Saya ada berdiskusi secara ilmiah dengan mereka pasal isu ini. Saya bertanya kepada mereka apakah mereka juga menggunakan Al-Kitab bahasa Melayu yang menggunakan Allah di dalamnya. Mereka memberitahu saya jika di negeri mereka memang ya mereka menggunakan AlKitab versi Melayu/Indonesia, tetapi tidak menggunakan perkataan ALLAH sebaliknya guna perkataan BAPAK, YESUS atau YEHWAH.

Mereka tidak menafikan yang terdapat sesetengah cetakan Melayu Indonesia yang menggunakan kalimah Allah sebagai ganti Tuhan tapi mereka mengatakan sangat jarang untuk dijumpai di Sabah atau Sarawak apatah lagi di Semenanjung. Kata mereka mungkin yang menggunakan AlKitab versi kalimah Allah itu mendapatnya dari Indonesia samada yg diberi oleh teman-teman atau saudara-mara mereka dari sana.

Kata mereka juga, kalau hendak cari AlKitab versi Melayu di gereja di sebelah SEMENANJUNG MALAYSIA ini samada yang menggunakan Allah, Bapak,atau Yesus adalah HAMPIR TIADA kerana majoriti iaitu 99% penganut Kristian di Semananjung adalah terdiri dari bangsa Cina + India dan mereka menggunakan Bible BERBAHASA INGGERIS. Diulang BAHASA INGGERIS yg diimport terus dari Vatican City yang LANGSUNG TIDAK ADA SEPATAH PUN KALIMAH ALLAH di dalam naskah tersebut.

Menurut kawan2 saya juga, di Semenanjung ini sukar sangat nak cari penganut Kristian tulen yang taat pada ajaran Kristian seperti tidak berzina dan tidak minum arak. Ini kerana 80% drp penganut Kristian di Semenanjung adalah berbangsa CINA yang memang kita tahu cukup terkenal sebagai MAT SALEH CELUP yg melanggar apa sahaja tak kira halal dan haram. Mereka sekadar Kristian pada nama terutama golongan muda tapi mereka berlagak seperti Kristian tulen.

Tapi yang menampakkan seolah-olah gereja2 dan Kristian terutama sekali di Penang dan KL seperti sangat berpengaruh adalah kerana mereka dinaungi banyak NGO2 dan badan Profesional yang berpengaruh seperti Bar Council dan Human Right yang banyak menyumbang dana bagi menggerakkan aktiviti Kristian di seluruh Malaysia.

Toleransi agama di sana jauh lebih hebat dari di Semenanjung. Bukan suatu yang aneh bilamana Islam berkahwin dengan Kristian di sana.Walaupun telah memeluk Islam, namun keharmonian keluarga kedua-dua belah pihak masih kukuh dan utuh. Tiada aktiviti pulau-memulau dan aktiviti Kristinisasi di kalangan org Melayu juga tidak sehebat seperti di semenanjung.

Pendek kata semua ini adalah ISU POLITIK yang dimainkan bagi meruntuhkan TEMBOK BESAR yang dimiliki BN di Sabah & Sarawak. Mereka telah cuba dengan isu2 sensitif seperti hal perundangan wilayah Sabah & Sarawak seperti royaliti balak dan petroleum dll, namun tampak sangat gagal dan kini mereka mula mencuba bermain api perkauman dan keagamaan. Mereka semakin berjaya.

Mungkin ada pembaca dari Sabah dan Sarawak yang mahu menambah komen atau membantah artikel di atas, dipersilakan.

Ya, kita boleh terus memperjuangkan Kalimah Allah untuk yang HAK tapi waktu sama kita jangan terjebak dalam permainan politik pembangkang dan gereja.

Share this article :

+ comments + 10 comments

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
October 22, 2013 at 11:14 PM

DAP sendiri dah tunjuk niat nak tawan Sarawak dengan Sarawak Dream.
Pihak gereja sendiri dah tunjuk persekongkolan dengan DAP.
Pandai-pandai congak sendiri la.

Kalau tak jadi lepas tu diorang buat tak tau dan lupa, cam kes Chin Peng mampos baru-baru ni.

....................
Reply To This Comment ...................
October 22, 2013 at 11:59 PM

@Anonymous
Apakah perbezaan penganut Kristian dinegara2 Arab dengan dinegara2 Asia Tenggara??? lihat disini (klik)

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
October 23, 2013 at 12:15 AM

Makin korang kalut gelabah makin brsorak gembira lah pemuja2 dajjal tuh, agenda menjadi..

Makin korang layan bmakna makin diorang dilayan, makin dilayan bmakna makin bnyak masa korang tbuang..

Jgn tperangkap dgn agenda pemuja2 dajjal tuh..

Diorag pun bukan ahli kitab, tapi cuma penyeru dajjal..

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
October 23, 2013 at 4:06 AM

Mmg benar..saya orang sabah. dab jiran saya agama kristian. cuma tidak pasti katolik atau tidak. dia sendiri pernah mengatakan tindakan gereja katolik adalah bersifat politik semata-mata. jika mereka bersembahyang, mereka tidak guna Allah pun. mereka biasa guna Lord, Jesus, Yehwah atau God sahaja.

....................
Reply To This Comment ...................
October 23, 2013 at 8:23 AM

tanya kerajaan BN. apehal dia lulus penggunaan allah di sabah sarawak. sekarang menular di semenanjung. mula buat bangang.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
October 23, 2013 at 9:41 AM

@Anonymous

Cakap memang senang, tapi diorang tak abis-abis racun dan hasut orang kristian dan convert orang melayu.

Kalau dibiar, hasilnya dakwah kristian berleluasa dalam diam seperti yang didedahkan orang ex Pas.
Kalau diorang menang kes ni, diorang lanjutkan ke hal lain pulak, diberi betis semua dia nak kebas.
Kalah mahkamah, ciorang kurang ajar melawan lepas tu hasut orang luar dalam cakap kononya orang islam Malaysia kejam dan menindas.

Golongan setan ni takkan berhenti selagi seluruh Malaysia ni diorang tak conquer.
Semuanya politik, kuasai malaysia dan hancurkan Melayu dan Islam tujuan muktamad.

....................
Reply To This Comment ...................
October 23, 2013 at 10:42 AM

dua belah pihak main politik la. kalau satu team main bolasepak & satu team lagi main badminton mana ada perlawanan. serupa mcm muhamad ali (casius clay) yg 'berlawan' dgn ahli gusti jepun.....boring & semua kena kelentong pada masa tu & live telecast lagi satu donia oi.

....................
Reply To This Comment ...................
October 23, 2013 at 11:02 AM

@kampong ladcasius clay ? peeeergh..ni otai nih ! :)

....................
Reply To This Comment ...................
October 23, 2013 at 11:04 AM

@kampong ladcasius clay ? peeeergh..ni otai nih ! :)

....................
Reply To This Comment ...................
October 23, 2013 at 11:44 AM

hehe...dapat maklumat dari lebai google

Post a Comment