........... Kalimah Allah - Jika Ada Pihak Yang Kata Mahu Teruskan Juga Guna, Tidak Semestinya Dia Langgar Keputusan Mahkamah ! | dinturtle - Blogger PARTI MELAYU

Kalimah Allah - Jika Ada Pihak Yang Kata Mahu Teruskan Juga Guna, Tidak Semestinya Dia Langgar Keputusan Mahkamah !

Thursday, October 17, 201315comments




Komen dari Mufti Kelantan, Datuk Mohamad Shukri Mohamad dalam isu Kalimah Allah seperti yang disiarkan dalam Utusan hari ini, bagi saya adalah yang paling rasional, berbanding banyak komen2 lain yang bunyinya terlalu gempak tetapi tidak menjelaskan impak sebenar keputusan mahkamah. Saya salin sepenuhnya dibawah.

Ramai yang sudah mula faham keputusan mahkamah itu hanya merujuk kepada The Herald saja, samada penerbitan lain ( selain alKitab ) dibenarkan atau tidak, itu tidak disebut. Tapi kita mungkin boleh menggunakan penghakiman kes The Herald untuk menghalang apa jua penerbitan lain oleh bukan Islam dari menggunakan kalimah Allah bagi merujuk kepada Tuhan selain dari Allah yang Esa.

alKitab masih dibenar menggunakan kalimah Allah.

Cuma yang saya mushykil adalah, bagaimana jika penerbitan lain contohnya The Herald, mencetak ayat2 ( copypaste ) dari alKitab yang menggunakan kalimah Allah ..... adakah dibenarkan ? Mungkin itu bakal jadi satu lagi perdebatan yang berpanjangan jika undang2 tidak kata apa2 secara spesifik mengenainya.

Contohnya, alKitab dibenarkan guna kalimah Allah tapi kebenaran itu gugur jika sebarang ayat yang mengandungi kalimah Allah itu dibawa keluar dari alKitab untuk digunakan dalam penerbitan lain ! Pelik juga bunyinya kan ....

Itu belum kira penggunaan kalimah Allah oleh pihak gereja dalam bentuk lisan ! Bunyi remeh tapi cuba bayangkan, paderi mereka berceramah dalam bahasa Melayu menggunakan kalimah Allah dan dirakam serta disebarkan dalam Youtube ..... boleh atau tidak ? Kemudian ada pula disertakan Transkrip ( maknanya dalam bentuk penulisan ) .....  

Bercakap boleh tapi tidak boleh ditranskripkan ? Atau bercakap dan transkrip pun tidak boleh ? Kalau video itu berupa bacaan dari alkitab pula bagaimana ? Boleh atau tidak ? 

Jadi bila ada pihak, contohnya Dap yang sengaja mahu mengapi2kan keadaan dengan berkata yang mereka akan teruskan juga menggunakan kalimah Allah disebalik keputusan Mahkamah Rayuan itu, kita harus meneliti kenyataan mereka terlebih dahulu, jangan kita terus hentam keromo. 

Mereka mungkin sudah nampak lubang ( loophole ) dalam penghakiman yang dibuat dan sengaja mengeluarkan kenyataan2 yang berupa perangkap.

Itu yang payahnya kalau sebarang penghakiman tidak dibuat secara MENYELURUH. Contohnya, tidak boleh hanya kepada The Herald tapi boleh kepada alKitab.

Apa kata Mufti Kelantan -

Ditanya kemungkinan berlaku penentangan oleh orang Islam sekiranya kalimah Allah terus digunakan di luar Islam, Mohamad berkata:

"Itu adalah satu kemungkinan, antara yang kita tidak mahu. Kalau itu menjadi amalan, terserah kepada mereka kerana kita sudah buat keputusan kalimah Allah adalah eksklusif kepada orang Islam, itulah keputusan muzakarah dan yang ada dalam enakmen negeri Kelantan.


"Jadi kalau sesiapa yang mahu langgar undang-undang itu, perkara lain pun ada undang-undang dan semua yang rasional faham apa akibat perlanggaran itu, jadi siapa langgar (penggunaan kalimah Allah di luar Islam) semua kena faham, kita serah kepada pihak yang mempunyai kuasa, Jabatan Mufti hanya memberikan fatwa,"


( Ada saya komen mengenai Enakmen itu diartikel lama - KLiK. )

dan kita juga tidak harus lupa akan kesan dari Penyelesaian 10 Perkara yang termeterai antara kerajaan Najib dengan pihak gereja 3 tahun lalu.

Walaupun dalam penghakiman bulan Ogos baru ni Hakim ada mengatakan ( KLiK ) -

- Dengan keputusan 3-0, Mahkamah menolak permohonan Titular Archbishop Gereja KL atas alasan surat PM itu tidak relevan dalam menentukan isu pelarangan penggunaan kalimah ALLAH. 

Ini adalah kerana hanya Menteri Dalam Negeri sahaja yang boleh mengeluarkan larangan dan membatalkan larangan penggunaan kalimah ALLAH menurut Akta Percetakan & Penerbitan. Memandangkan Menteri KDN sendiri telah menmbuat Surat Akuan Sumpah bahawa pelarangan tersebut masih kekal dan belum dibatalkan, maka isu pelarangan kalimah ALLAH itu masih kekal berkuatkuasa dan perlu dibicarakan sepenuhnya dalam rayuan nanti.

Seriusli, semua ini mengelirukan ! Kita rakyat biasa cuma nak tahu, jika berdepan dengan satu-satu situasi - Boleh atau Tidak ?

PS - Artikel ini adalah pandangan peribadi saya. Anda digalakkan untuk suarakan pandangan juga tapi saya harap elakkan dari kata2 kasar dan cacian. Kita berhujah bukan memaki. Untuk memaki, ada artikel tertentu yang lain pula ...

Tindakan langgar hukum kalimah Allah


KOTA BHARU 16 Okt. - Mufti Kelantan, Datuk Mohamad Shukri Mohamad mengingatkan semua pihak di negeri ini bahawa sesiapa sahaja yang melanggar Enakmen Kawalan dan Sekatan Pengembangan Agama Bukan Islam 1981 termasuk menggunakan kalimah Allah di luar Islam boleh dihukum berdasarkan enakmen tersebut.


Tegas beliau, perlanggaran terhadap enakmen tersebut adalah sama dengan tindakan seseorang individu di negara ini yang melanggar undang-undang iaitu kesalahan dilakukan akan dibawa ke muka pengadilan untuk dihukum secara adil.


Justeru, beliau berkata, sekiranya orang bukan Islam masih mahu menggunakan kalimah tersebut, itu adalah hak masing-masing, namun mereka perlu 'faham' bahawa Malaysia adalah sebuah negara yang mempunyai undang-undang untuk dipatuhi.


"Kita duduk dalam negara yang ada undang-undang, negara yang amalkan undang-undang, jadi terserah kepada mereka untuk menggunakannya kerana mahkamah pun ada satu tahap lagi untuk mereka kemukakan rayuan.


"Tetapi kami di Kelantan sudah ada enakmen. Sudah lama enakmen itu yang melarang mereka di luar Islam daripada menggunakan kalimah Allah dan ini adalah undang-undang yang digunakan di bawah mahkamah sivil," katanya.


Beliau mengulas kenyataan Presiden Gereja Malaysia, Dr. Eu Hong Seng bahawa gereja Kristian seluruh negara akan tetap menggunakan kalimah Allah dalam acara keagamaan, doa dan bahan pendidikan kerana alasannya keputusan Mahkamah Rayuan hanya tertakluk kepada penyiaran majalah mingguan, The Herald.


Ditanya kemungkinan berlaku penentangan oleh orang Islam sekiranya kalimah Allah terus digunakan di luar Islam, Mohamad berkata:

"Itu adalah satu kemungkinan, antara yang kita tidak mahu. Kalau itu menjadi amalan, terserah kepada mereka kerana kita sudah buat keputusan kalimah Allah adalah eksklusif kepada orang Islam, itulah keputusan muzakarah dan yang ada dalam enakmen negeri Kelantan.

"Jadi kalau sesiapa yang mahu langgar undang-undang itu, perkara lain pun ada undang-undang dan semua yang rasional faham apa akibat perlanggaran itu, jadi siapa langgar (penggunaan kalimah Allah di luar Islam) semua kena faham, kita serah kepada pihak yang mempunyai kuasa, Jabatan Mufti hanya memberikan fatwa," jelas beliau.

Share this article :

+ comments + 15 comments

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
October 17, 2013 at 12:52 PM

Presiden Gereja Malaysia, Dr. Eu Hong Seng bahawa gereja Kristian seluruh negara akan tetap menggunakan kalimah Allah dalam acara keagamaan, doa dan bahan pendidikan kerana alasannya keputusan Mahkamah Rayuan hanya tertakluk kepada penyiaran majalah mingguan, The Herald

Kalau begini maka kita perlu tentang kerana Jesus-God adalah Kristian. In nyata mereka mau cetuskan perselisihan. Kalau kes orang Sabah/Sarawak itu lain kerana mereka mengunakannya berabad lama.

....................
Reply To This Comment ...................
October 17, 2013 at 1:03 PM

@AnonymousYa, undang2 kena JELAS dalam isu ini. Mohon pihak berkuasa tampil dan gariskan apa yang boleh dan apa yang tidak.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
October 17, 2013 at 1:15 PM

Kontroversi spt kes natrah akan membara spt api dlm sekam.. dan tak mustahil akan mengala2...

Dan api dlm sekam ini dilalikan dgn ubat bius pengikut taksud yg mendakwa mrk pejuang tulin...

Selagi tiadanya penyatuan persaudaraan Umah.. Melayu Islam kat Malaysia. .. selagi itulah ianya diperkotakatik kan

Semuanya jelas dr makna hadis... umat Islam akhir zaman spt buih2 dilaut.. banyak tapi tak kuat...

Semoga persaudaraan sesama muslim menjadi kukuh... aus dan khazraj... ansar dan muhajirin.. pas dan umno???

Wallahualam. ..

....................
Reply To This Comment ...................
October 17, 2013 at 1:16 PM

@AnonymousMasalahnya mampukah umat Islam kita melihat isu perpaduan ini di LUAR KOTAK POLITIK ?

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
October 17, 2013 at 1:30 PM

Dewan ulama mrk sendiri persoalkan...
Majlis Syura mrk pinggirkan..
Giliran akar umbi utk muktamar pula jadi taruhan...
Jika ubat bius perlalian masih tidak hilang...

Alamatnya... kita semua dlm kerugian... kecuali yg berpesan2 kpd kebenaran dan berpesan2 dgn kesabaran...

Wallahualam

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
October 17, 2013 at 1:36 PM

Prk sungai limau penanda arasan baru slps pru13

Endorsement resolusi multaqa 1000 ulama Pas...(samada terbukti atau tersilap)

Isu topik prk... kalimah Allah.. syiah.... spender putih (kat ganu.. umno ganu xsuka main isu nie... masih beradab lg masa pru13)
Taktaula kat kedah..

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
October 17, 2013 at 1:40 PM

Org melayu hidup mrk 24jam - 6jam (tidur) dgn politik...
Xberlawan politik.. takde apa keja nak buat...

Tingkatkan ekonomi.. Tingkatkan ibadat... sampingan shj.. politik penting lg... huhuhuhu

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
October 17, 2013 at 1:53 PM

Saya mintak KP Pemuda UMNO-BN yang baru menang menjadikan Pemuda Progresif sebagai Suara Pendesak. Takkanlah kalo bab aqidah Islam pon nak diswastakan kepada Perkasa kot. Bukankah UMNO dasar perjuangannya adalah jelas dari melayu untuk melayu. Bukannya Untuk Melayu tapi Nikmat Orang lain (UMNO).

....................
Reply To This Comment ...................
Otak geliga
October 17, 2013 at 5:25 PM

Untuk penjelasan yg lebih jelas ttg SEJARAH penggunaan nama Allah dlm bible versi Melayu sila lihat ceramah dr ISMA di:

http://www.youtube.com/watch?v=SoNTmixOVYo#t=696

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
October 17, 2013 at 11:32 PM

BILA MASA PULA UMNO PERJUANGKAN KALIMAH ALLAH. PERJUANGAN DILAKUKAN OLEH NGO ISLAM DAN BEBAS DARI PARTI POLITIK.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
October 18, 2013 at 12:51 AM

mana pergi majlis raja2 sbg ketua agama islam.c amik pot ker..PM najib,muhideen apsal senyap je

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
October 18, 2013 at 1:09 AM

Ini semua berpunca dari kelemahan Kerajaan sendiri, terlalu ringan memandang rendah Akidah Islam yang digubal secara tidak langsung, menerusi penghapusan Perlembagaan yang termaktub
kukuh ia itu, ISA......dimana segala kestabilan Agama/bangsa dan Negara, sudah dilancurkan demi kesamarataan yang mana belum tentu dapat mengharmonikan Rakyat Malaysia, walaupun
seribu tahun mendatang........percaya lah, selagi bersatus nya Malaysia Negara Islam , selagi itu lah puak Haramkejadah tak akan senang menjadi Warga Negara................
Kerajaan berorantasikan Libralisma tak akan kemana pun, pasti lumpuh......bukti dah nampak, Turki/USA/Mesir dan Malaysia bakal mengikut jejak mereka........percayalah!, kalau demikian kehendak Pemimpin hari ini, silakan hapuskan Satus Negara Islam dan Perlembagaan Nagara diganti berkiblatkan........., LIBRALISMA.........

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
October 18, 2013 at 8:06 AM

@AnonymousYahudi hampir menyelesaikan kerja mereka di Malaysia.... Kerja mereka akan selesai bila umat islam akan bertempur sesama sendiri atau dgn kristian. Selagi benda tu tak berlaku, kita tidak akan berhenti dari melihat para pemimpin politik dap, pas dan pkr mengeluarkan kenyataan kontroversi dan menyentuh sensitiviti umat islam.
Hanya kerajaan yang kuat dan pemimpin yang berani, adil dan tegas serta bijak macam TDM sahaja yang boleh diharap untuk mengendalikan situasi seperti ini. Diharap umat islam dilindungi Allah....

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
October 18, 2013 at 8:24 AM

Umno lah penjilat kapir kalu nak tau..yang berjuang ngo2 yg tidak mengharapkan umno...nk harap apa dri puak2 politik dajjal ni nak atau tidak umat islam kena bersatu.diatas Agama sbb mereka(ahzab)pakatannkapir sedang bersatu membantai umat islam.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
October 18, 2013 at 4:45 PM

@Anonymous malangnya....pemuda UMNO telah memilih KP Liberal dan si KP telah memberi amaran, HANYA pemuda yang menerima agenda Liberal sahaja yang akan diberi muka olehnya.

KP Liberal sudah pasti akan menggunakan hujah Dr Maza.

Tuan Admin, tahniah kerana mengutarakan situasi2 yg rasanya ramai orang seperti saya tak terfikirpun especially yg tentang transkrip utk youtube tu.

Really! rupanya ada banyak loopholes...!

Post a Comment