........... Kalimah Allah - Haji Hadi, Sudah2lah Berpolitik ! Nyatakan Pendirian Pas Yang Sebenarnya Apa ? | dinturtle - Blogger PARTI MELAYU

Kalimah Allah - Haji Hadi, Sudah2lah Berpolitik ! Nyatakan Pendirian Pas Yang Sebenarnya Apa ?

Saturday, October 12, 201310comments




Setelah lama membisu dalam isu kalimah Allah, Pas bersuara melalui Presidennya Haji Hadi .... mungkin sebagai persediaan sebelum dibalun oleh orang ramai kerana berdiam diri sementelah keputusan rayuan berhubung isu ini akan diberikan Mahkamah Rayuan hari Isnin ini 14 Oktober 2013.

Konon nak menunjukkan ketegasan pendirian Pas mempertahankan Kalimah Allah tapi apa yang terserlah hanyalah pendirian PLAYSAFE yang tidak berpijak pada keadaan semasa.

PAS menegaskan bahawa penganut agama bukan Islam tidak harus disekat daripada menggunakan kalimah Allah dalam mengamalkan kepercayaan mereka namun penggunaan tersebut tidak harus disalah guna atau disalah tafsir.

Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang (gambar), berkata tiada peruntukan undang-undang yang tidak membenarkan kaum lain untuk menggunakan kalimah Allah namun kebebasan yang diberikan tidak harus disalahgunakan kerana Allah adalah satu-satunya tuhan yang layak disembah bagi umat Islam.

“Kita tidak boleh melarang penganut bukan Islam untuk melaksanakan suruhan agama mereka kerana manusia seharusnya mempunyai kepercayaan terhadap tuhan.

“Kalimah Allah dalam perkataan Arab tidak boleh diterjemah ke dalam bahasa lain kerana tidak sama dengan perkataan ‘tuhan’. Oleh kerana itulah kalimah Allah itu sangat suci,”- TMI.

Apa yang saya fahami dari kenyataan Hadi - Kita tidak boleh larang orang kafir guna kalimah Allah asalkan ia menepati maksud sebagaimana yang kita pegang. OK, itu secara UMUMnya diterima.

Tapi bagaimana pendirian Hadi @ Pas tentang penggunaan kalimah Allah oleh pihak gereja di Malaysia ? Apakah phak gereja mahu menggunakan kalimah Allah itu didalam Bible versi Melayu atau apajua penerbitan sebagai merujuk kepada Allah sebagaimana yang kita amalkan ATAU mahu menggunakan kalimah Allah itu bagi merujuk Tuhan Trinity Kristian ?

Hadi harus SPESIFIK ! 

Hadi harus berikan pandangan resmi Pas apakah beliau bersetuju dan akur dengan pendirian bersama Pakatan Rakyat yang membenarkan kalimah Allah digunakan dalam Bible versi Melayu sebagaimana yang diperjuangkan oleh pihak gereja.

Jangan nak berpolitik PLAYSAFE lagi kerana umat Islam harus bersatu dalam isu ini ! Para hakim juga adalah manusia dan saya kira mereka pastinya mengambilkira sentimen umat Islam negara ini dalam membuat keputusan.

Bertegaslah sikit Hadi oooooi !

PS - Jangan kerana Tahaluf Siyasi Pas bersama Dap maka pemimpin2 Pas jadi lembik dalam mempertahankan kalimah Allah ! Apakah itu yang mahu dijadikan bukti kebaikan bertahaluf dengan kafir Dap ?

Share this article :

+ comments + 10 comments

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
October 12, 2013 at 4:29 PM

Din, off topic jap....

Din, tadi aku dah try 4 - 5 kali untuk masuk ke blog engko tapi fail. Aku tak tau sebab apa. Sekarang baru boleh masuk. Lega rasanya. Mati-mati tadi aku ingat blog engko dah attack ke, kena hack ke. Din, baik ko berhati-hati. Ko tu banyak musuh, Din. Ramai orang yang nak curi telor penyu. Baik ko simpan telor ko baik-baik.

....................
Reply To This Comment ...................
antihipokrit
October 12, 2013 at 5:01 PM

Spesis kondon PLAYSAFE LIBERAL sama mcm Najib dan KJ (termasuk 650k pemuda bacul yg mengundi KJ)

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
October 12, 2013 at 5:01 PM

It's always PAS yg mengalah, berkorban, bertahaluf siyasi dan agree to disagree dgn non muslim in pakatan, why not in this case non muslim in pakatan pulak bertahaluf siyasi dan agree to disagree dgn muslim dlm pakatan.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
October 12, 2013 at 5:13 PM

Tak de pendirian jelas, tanda die masih konpius.

....................
Reply To This Comment ...................
October 12, 2013 at 5:20 PM

@Anonymouswell ....actually dalam kes ini Pas sama Dap sudah sama2 agree to disagree :)

Point is, tidak semua perkara boleh begitu terutamanya soal akidah.

....................
Reply To This Comment ...................
October 12, 2013 at 5:21 PM

@AnonymousHadi tak konfius, dia faham apa isunya. Kerana faham lah, maka dia cuba bermain kata2.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
October 12, 2013 at 6:18 PM

Kata kafir mana nak ikut cara islam. Mereka tidak nampak kecantikan ugama suci ini.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
October 12, 2013 at 6:20 PM

cakap pemimpin melayu islam sekarang semuanya memakai kondom. tak sampai sebelah tangan yang berani tanpa kondom. ibaratnya suka ... tapi takut nak tanggungjawab. sampai mufti pun boleh simpan telur kalu berbicara bab islam. takut dimaki hamun orang ramai.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
October 12, 2013 at 6:46 PM

Berpolitik merugikan bangsa, agama dan negara. Nasib baik la dia bukan PM kita....kalau tak, hancur punah ranah la bangsa Melayu di tangan mereka. Parti PAS hanya layak mentadbir Ghazal Pati....

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
October 12, 2013 at 8:13 PM

@AnonymousBagi saya, hadi ni hanya layak mengepalai ajaran sesat saja sebab putaran kata2 nya hanya akan menyesatkan umat islam. Ya pun tak, tidak pun tak.... Agaknya dia ni dah khatam berkursus memutar belit isu dengan anwar tak?.. Jadi sekarang dia try ilmu putarbelitnya dgn isu kalimah ni, nak tengok berkesan ke tidak.
Agaknya Inilah contoh ostad politik yang dimaksudkan dalam hadis Rasullulah tentang fitnah akhir zaman.... Wallahualam!

Post a Comment