........... Isu Sekolah St Thomas - Point Utama Yang DiPerjuangkan | dinturtle - Blogger PARTI MELAYU

Isu Sekolah St Thomas - Point Utama Yang DiPerjuangkan

Wednesday, October 23, 201318comments


Artikel pertama saya ( KLiK ) mendapat reaksi yang amat menggalakkan, ternyata ramai yang ingin tahu perkembangan kes pemindahan sekolah rendah dan menengah St Thomas, Kuantan bermula sesi 2014.

  Namun ramai yang tidak memahami isu sebenar disini. Ramai yang menjadikan pemilikan hartanah tapak sekolah itu oleh pihak gereja St Thomas sebagai isu utama. Sebenarnya bukan itu yang menjadi asas perjuangan Badan Bertindak Selamatkan SK St Thomas. Makanya saya sengaja rujuk pihak gereja sebagai Tuantanah supaya kita tidak lari fokus.

Apa yang penting di sini adalah para pelajarnya. Ibubapa tidak mahu isu perpindahan ini menjejaskan fokus pembelajaran anak2 mereka. Kalau perlu pindah pun - PINDAHLAH. No hal, tapi pastikan prosesnya mengambilkira kesan kepada para pelajar dan tenaga pengajar yang terlibat.

Kedua2 Sekolah Rendah dan Menengah St Thomas mendiami keluasan tanah yang kecil, iaitu lebihkurang 4 ekar saja. Keluasan yang terhad ini pastinya menjadi penghalang kepada pelbagai jenis pembangunan aktiviti2 sekolah yang ingin dilaksanakan oleh pihak sekolah. 

Sekiranya sekolah dapat dipindahkan kepada kawasan yang lebih luas, pastinya lebih baik. Itu menurut kata wakil Badan Bertindak yang saya temui minggu lepas. Dan dengan hak milik tanah oleh kerajaan, pastinya tidak akan timbul sebarang isu seperti mana yang 'dikatakan' sedang dihadapi sekarang.

Jadi yang dipertikaikan sekarang adalah tindakan terburu-buru oleh kerajaan yang telah menetapkan supaya sekolah dipindahkan segera bermula tahun depan, walaupun tapak untuk sekolah baru masih belum wujud. Kemudian terpaksa pula menumpang sekolah lain. Bukan saja para pelajar St Thomas bakal terganggu malah sekolah2 yang menumpangkan mereka juga akan menerima kesan.

PERSOALANNYA - Kenapa keputusan yang tergesa-gesa ini ? Hantu mana yang mengejar pihak kerajaan sehingga memaksa kedua sekolah St Thomas dipindahkan dengan kadar segera ?

Benarkah tuantanah menghalau mereka ?

Benarkah tuantanah yang menetapkan tarikh akhir operasi sekolah ditanah mereka berakhir hujung tahun ?

Benarkah kerajaan ADA berbincang dengan tuantanah untuk meminta lanjutan tempoh supaya dibenarkan sekolah beroperasi sehingga sekolah baru siap dibina ?

Sewaktu isu mula timbul pada bulan Julai lalu, pelbagai spekulasi ditimbulkan. Pelbagai pihak baik dari Kementerian Pendidikan maupun Jabatan Pelajaran Negeri Pahang telah diminta berikan pengesahan/penjelasan namun tidak ada siapa yang mampu berikan jawapan. Para pegawai yang ditanya semua tidak tahu menahu tentang perkara ini !

Tapi mengikut satu surat resmi dari Kementerian Pelajaran  kepada Tuantanah bertarikh 22 Julai 2013, ada tercatat kenyataan yang menyebut KPM akan menamatkan pembelajaran kedua sekolah berkenaan pada 31 Disember 2013...... dan pihak KPM ingin memohon ia ditangguhkan pada 30 Jun 2014 tanpa dikenakan sewaan.

Pelbagai persoalan timbul mengenai kenyataan dalam surat berkenaan.  Tapi saya lebih berminat hendak tahu -

Siapakah yang menetapkan tarikh 31 Disember 2013 itu .... adakah tuantanah atau pihak KPM sendiri ?

Dan kenapa tidak minta tangguh untuk tempoh 4-5 tahun sehingga sekolah baru dapat dibina terlebih dahulu ? 

Paling menarik, menurut wakil Badan Bertindak yang saya temui, selama 3-4 bulan isu ini hangat ( antara Julai - Oktober ), dalam pada group mereka sibuk berkempen untuk mempertahankan sekolah dan disebalik kata2 para pegawai kerajaan yang mereka akan berbincang dengan tuantanah untuk melanjutkan tempuh, TIDAK ADA sesiapa pun dari pihak kerajaan yang datang untuk berbincang dengan tuantanah !

Apa yang pasti, pada tanggal 12 Oktober lalu, MB Pahang telah umumkan kedua2 sekolah akan dikeluarkan dari tapak yang ada dan menumpang disekolah lain bermula sesi persekolahan 2014.

Sepertinya keputusan untuk berpindah pada 31 Disember 2013 sudah ditetapkan oleh pihak tertentu dari awal lagi dan sudah tidak boleh diubah.

Siapa yang menjadi mangsa disebalik segala 'perancangan' ini ?  

Mesti ada satu pihak yang nak kena balun ni .......kerajaan atau tuantanah ? Ni yang saya duk siasat ni... Bahagian ketiga very the soon !


Share this article :

+ comments + 18 comments

....................
Reply To This Comment ...................
roslan
October 23, 2013 at 12:46 PM

salam,

setuju..siapa yang menjadi mangsa? Merekalah yang patut diutamakan dulu..

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
October 23, 2013 at 2:08 PM

Nih cerita, bro Penyu, org Melayu terlibat ker?

....................
Reply To This Comment ...................
October 23, 2013 at 3:27 PM

kene cari surat bertarikh 8 Julai dari tuan tanah tu tulis ape..ni dh surat kedua.....

....................
Reply To This Comment ...................
October 23, 2013 at 4:07 PM

@Anonymous Majoriti Pelajar dan kerajaan adalah Melayu :)

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
October 23, 2013 at 4:31 PM

Saya rasa begini din, sepanjang pengalaman saya berkaitan dgn projek kerajaan ni, ada pehak yang cuba mengambil kesempatan daripada isu ini untuk nak buat untung besar (Hantu Projek). Hantu ini sedang berkompromi dengan hantu dlm KPM. Sesuatu projek itu boleh jadi macam-macam... samaada projek biasa (konvensional), projek turn-key, projek design and built, projek konvensional design&built, projek direct nego, projek tender terbuka, tender terpilih, tender terhad, projek ABS, projek wahyu, atau projek fast track (direct nego) ... antara kesemua ini, projek yang paling gilababi lumayan ialah projek fast-track, sudahlah direct nego lumayan, harga nya berkali ganda lumayan sebab ianya fast-track. Selalunya ianya juga berkait dgn projek wahyu (tak tau punca tiba2 ada kontraktor dapat).
Jadi, mungkin ada hantu dlm KPM yang sedang dok generate supaya projek ini disegerakan, caranya ialah menjolok pihak2 tertentu supaya melompat... jadi akan ada alasan untuk menjadikannya fast-track. Bila sebut fast-track, semua kena pantas... nego harga kena pantas, award projek kena pantas tapi yang penting harga mestilah pantas. sebabnya satu... nak kejar target date (yang mereka sendiri tentukan?)...
Begitulah sedikit sebanyak yang dpt saya kongsikan... yg lain2 tu din kena cari sendiri.

....................
Reply To This Comment ...................
ka
October 23, 2013 at 5:41 PM

tak sabar nak baca sambungan bahagian ke 3 ....

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
October 24, 2013 at 5:14 PM

Bro din...kasi related ngan kes tanah kementerian nazri..kalo utk depa mcm2 alasan..

....................
Reply To This Comment ...................
October 24, 2013 at 5:20 PM

@Anonymouskorang ni saja jer nak lagakan aku ngan Nazri,ek ..

....................
Reply To This Comment ...................
October 28, 2013 at 12:41 AM

Pulak dh wakil Badan Bertindak kata isu tergesa2 pulak.....aritu beria2 sgt nk bwk ke Sg Limau isu ni skrg pusing cerita pulak....wakil Badan Bertindak jgn jd keling la....saya beri peluang ckp sendiri dgn DSD MB tk mahu....blh buat bodo aje, lps tu saya ajukn mtk PIBG beri penjelasan pun tk mahu....skrg nk cerita pasal notis singkat.......kena sedar Badan Bertindak tk diikhtiraf bila diberi peluang jelaskn pd DSD MB jual mahal tunjuk besar kepala siap ugut utk politikn isu ini diSg Limau.....sanggup ddk dgn Fuziah Salleh....apa cerita?

....................
Reply To This Comment ...................
October 28, 2013 at 11:10 AM

Badan Bertindak jgn over sgt jaja isu ni. Saya pada mulanya sokong usaha mereka tp bila wakil mereka duduk berbincang dgn Fuziah Salleh lps itu ugut nk mempolitikn isu ini mintak maaf la nampak sgt ada agenda tersembunyi. Saya mtk Din Turtle dgr bkn dr satu pihak sahaja. Saya beri ruang pada mereka utk bercakap dgn DSD MB mereka tidak tk mahu. Kalau nk salahkn org dlm isu ini salahkn YDP PIBG dan pegawai KPM bukan kerajaan......

....................
Reply To This Comment ...................
October 28, 2013 at 11:32 AM

@Ezad Zainalmohon saudara emel ke saya supaya dapat saya pencerahan dari pihak kerajaan Negeri.

dinturtle@hotmail.com

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
November 2, 2013 at 10:08 AM

Maaf En Ezad Zainal, i think you x tw ape2 psal case ni....jgn main redah jer..... bila msa pulak Badan Bertindak nk join PKR. Duduk semeja x semestinya nk join.... nk bincang dgn DSD MB ape lg.... klu dia sndri yg buat hal

....................
Reply To This Comment ...................
Abdul Izad
November 2, 2013 at 1:53 PM

Fuh. En Ezad boleh beri ruang untuk bercakap dengan MB? Mesti En Ezad orang politik kan? Apa kata En Ezad sendiri yang bercakap hal ni dengan MB? Kenapa kena tunggu badan bertindak atau PIBG? Sure boleh kan? Kami tunggu keputusan dari orang kuat UMNO iaitu En Ezad lah untuk bantu. Al maklum lah, PIBG dah buat salah. Badan bertindak pula tak diiktiraf. Tinggal En Ezad yang bijaksana sahaja yang mampu . Selamat Berjaya En Ezad yang bijak. Dari warga Ibubapa SK St Thomas.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
November 3, 2013 at 9:14 AM

Ada sesiapa kenal Ezad ni ke? Cakap Takde fakta. Boring lh baca komen orang yang tak boleh nak guna otak. I know orang yang berkerja keras dlm badan Bertindak. He work. He is good. Bukan mcm u, apa yang u dah usahakan ? Ckp lh sendiri dgn MB.... Nonsense.

....................
Reply To This Comment ...................
Kampung Gal
November 3, 2013 at 2:55 PM

Salam. Saya kenal sangat si Ezad ni.Ni lah salah sorang geng anti #BeraniBerubah. Ni yg mukhriz harap tapi belakang ikut sgt punggung orang lain. Budak baru nak berpolitik. Jgn lah memalukan UMNO. Isu ni lebih besar dari yang dilihat. Bukan level Ezad hingusan ni yang nak faham. Harapnya sekolah tu kekal sampai siap bangunan baru. Tahniah Din atas isu yang mantap ni.

....................
Reply To This Comment ...................
November 3, 2013 at 7:07 PM

Semoga usaha Badan Bertindak Selamatkan SK St Thomas berjaya. Dengarnya mereka dah berjumpa dengan seorang minister pusat dgn pihak church.mesti ada yang marah tu. Terutama orang Pekan

....................
Reply To This Comment ...................
November 3, 2013 at 7:16 PM

Tahniah badan bertindak. Tq kerana fighting for our kids.

....................
Reply To This Comment ...................
November 3, 2013 at 7:20 PM

By the way, rasanya kalau YB Fuziah nk masuk campur, mmg elok lh. Tu kan kawasan dia. Apa yang jadi masalah ya En Ezad? MP tak kira lah parti mana pun. Mmg dah tanggungjawab dia. En Ezad kena matang sikit.kurangkan politik kepartian. Bukan musim pilihanraya.

Post a Comment