........... Isu Kalimah Allah - BUKTI Sejauhmana Keikhlasan Pas Memperjuangkan Islam | dinturtle - Blogger PARTI MELAYU

Isu Kalimah Allah - BUKTI Sejauhmana Keikhlasan Pas Memperjuangkan Islam

Monday, October 14, 201322comments


Alhamdulillah ..... Hakim2 Mahkamah Persekutuan Datuk Seri Mohamed Apandi Ali, Datuk Abdul Aziz Abd Rahim dan Datuk Mohd Zawawi Salleh telah membuat keputusan kalimah Allah tidak boleh digunakan oleh pihak gereja dalam penerbitan The Herald mereka.

"Ia merupakan dapatan bersama kami bahawa penggunaan nama "Allah" bukan sebahagian daripada kepercayaan dan amalan agama Kristian," - TMI. .... makanya tidak melanggar mana-mana hak perlembagaan gereja.

Pihak gereja boleh mengemukakan rayuan ke Mahkamah Persekutuan sekiranya keputusan itu bercanggah dengan kepentingan umum.

                                 ********************
Apa yang saya ingin komen kali ini adalah hasil dari pemerhatian yang saya buat dalam masa dua hari artikel2 yang terdapat di alam internet Pas - orang Pas TAK AMBIL POT langsung tentang isu ini !

Disebalik ketegasan Dewan Ulama Pas yang mengkafirkan sesiapa yang menyokong kalimah Allah disalahgunakan oleh kafir, pengamal media pro Pas langsung tidak ada inisiatif untuk memperjuangkan isu ini ...... menghairankan !

Langsung tidak ada komentar dari siapapun blogger pro Pas yang meminta orang2 Pas supaya bersuara memberi sokongan kepada barisan peguam yang mewakili KDN dalam usaha mereka untuk mengubah kembali keputusan Mahkamah dulu. Serius ni - TIDAK ADA !

Tak percaya ? Saya prinskrin tajuk2 artikel dari Harakah sebentar tadi. Harakah memang dikenali banyak menyiarkan semula artikel2 hangat dari bloggers mereka selain dari lapuran wartawan mereka sendiri. 


Langsung tidak ada satupun artikel mengenai isu kalimah Allah sejak hari Sabtu ...... yang ada cuma pada nombor 4 iaitu satu lapuran pendek, ala kadar secara resmi, tanpa sebarang perasaan yang melapurkan hasil keputusan Mahkamah Rayuan tadi -



Sekadar cukup syarat melapurkan .... kalau tanpa artikel pendek ini, langsung tidak ada satu pun artikel mengenai perkara ini.

Dari senarai BlogList saya, para bloggers top pro Pas semuanya menjauhi isu kalimah Allah.

RUMUSANnya ? 

Jelas sekali Pas hanya mementingkan POLITIK semata2 waima dalam isu kalimah Allah sekalipun. Isu kalimah Allah ini tidak mendatangkan apa2 laba politik kepada Pas, ia hanya melaga-lagakan Pas dengan rakan tahalufnya iaitu Dap yang rata2 dipimpin oleh cina beragama Kristian dan Dap juga telah terbukti memainkan isu kalimah Allah ini bersama2 pihak gereja semasa kempen Pilihanraya Negeri Sarawak.

Makanya atas percaturan POLITIK, Pas memilih untuk TIDAK memperjuangkan isu kalimah Allah ini. Biarlah apa nak jadi pun ...... biarlah kalimah Allah itu disalahgunakan oleh orang kafir, yang LEBIH PENTING bagi Pas adalah - POLITIK !

Nah, satu lagi hikmah dari segala kemelut isu kalimah Allah ini yang telah dipertontonkan Allah kepada kita ...... sejauhmana keikhlasan Pas dalam memperjuangkan Islam.

Share this article :

+ comments + 22 comments

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
October 14, 2013 at 2:39 PM

Kalu ahli Pas berhimpun smpai 100k pun..adakah ianya mengubah keputusan hakim yg telah ditetapkan?..adakah dgn berhimpun di mahkamah dpt mengubah keputusan hakim?..yg penting adalah menghapuskan umno..

....................
Reply To This Comment ...................
October 14, 2013 at 2:41 PM

@AnonymousAlhamdulillah.... ada juga orang sebelah sana yang baca ! :)

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
October 14, 2013 at 3:22 PM

pas bacul. cuma nak kuasa saja. bukan nak mengakkan islam. puak pas sanggup benamkan kepala di dalam tanah seperti burung ostrich semata-mata untuk menyembah dap.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
October 14, 2013 at 3:43 PM

akhirnya seorang pas telah menjilat ludahnya sendiri.. jadi yg puak2 pas dok berhimpun di jalan raya mcm monyet tu apa? jika Allah azza wajalla dah tentukan semuanya..tapi dok ikut serta blackout la..bersih la...
mengaku je la korang memang munafik yg nyata wahai cai pas ooooi...

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
October 14, 2013 at 4:00 PM

PAS tak usah cakaplah tak berminat nak berhimpun. Andaikata ada arahan atau seruan dari pemimpin atasan PAS untuk berhimpun, sanggup pulak turun beramai-ramai meskipun perjalanan jauh Kelantan ke KL sekalipun diaorang sanggup datang. Tak cukup pergi sorang, bawak famili sekali untuk memeriahkan suasana. Betul cakap Din, kalau tiada keuntungan politik di sisi PAS, jangan haraplah diaorang nak sokong.

Walaupun ianya berkaitan dengan kalimah suci umat Islam sekalipun, PAS tetap PAS. Macam Hadi Awang, aku sendiri confuze apakah pendirian sebenar pemimpin PAS ni. Setuju atau tak setuju. Sokong atau tak sokong. Senang cakap, pendirian PAS adalah pendirian dua dalam satu iaitu setuju pun ya, tak setuju pun ya. Dua-dua boleh pakai.

Depan pengikutnya, pemimpin PAS cakap akan pertahankan kalimah Allah. Tapi di hadapan DAP, setuju untuk tidak bersetuju sebijik macam kata-kata Boris The Animal (MIB 3). Kalau UMNO sedang menuju ke arah liberal, PAS pun apa kurangnya. Sama jer sebab pasal agama sendiri pun tak berani untuk menyatakan pendirian. Suka sangat playsafe atau dalam bahasa yang mudahnya suka sangat pakai kondom. Terlalu sangat nak menjaga hati rakan sekutu.

Di manakah PAS yang dahulunya bagaikan singa di rimba. Mengaum sehingga menggentarkan musuh-musuhnya. Ketika itu, sebut sahaja PAS semua orang akan membayangkan PAS adalah parti yang ekstrim kepada Islam. Tapi tu dulu, sekarang tidak lagi. PAS kini hanyalah sekadar menjadi pengikut dan bukan ketua yang digeruni. PAS tidak mendominasi Pakatan Rakyat dan apa yang PAS lakukan, telah menyebabkan Islam tidak lagi dihormati seperti dulu.

Aku nak tengok dalam pemilihan pucuk pimpinan PAS nanti. Siapakah yang akan menguasai pucuk pimpinan PAS? Golongan ulama atau golongan liberal ?

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
October 14, 2013 at 4:24 PM

Takut nanti DAP kecik hati.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
October 14, 2013 at 4:24 PM

Di dalam PAS...juga arah perjuangan mereka lebih kepada Syiah...mereka menggunakan takyiah .... 9bermuka-muka...bohong-bohong...Mereka memang satu harakah yang tidak berwibawa...dan tidak boleh diberikan tanggungjawab untun menjaga agama dan negara...Allah akan ajar merka...

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
October 14, 2013 at 4:27 PM

@Anonymous

kalu turun berhimpun BERSIH untuk patuh arahan si kapeer ambiga, bole pulak yer....

....................
Reply To This Comment ...................
October 14, 2013 at 5:32 PM

umno dan pas penakut.x mahu bersatu dlm hal2 kepentingan agama.

....................
Reply To This Comment ...................
October 14, 2013 at 5:55 PM

@AnonymousPoint saya buka terhad kepada berkumpul/berdemo saja tapi dari segi memperjuangkan isu. Langsung tidak ada artikel ! ?

....................
Reply To This Comment ...................
Antihipokrit
October 14, 2013 at 6:15 PM

puak ni memang takde keje lain. UMNO UMNO UMNO. itu je dlm wirid dia.

....................
Reply To This Comment ...................
Antihipokrit
October 14, 2013 at 6:21 PM

PAS nak backing Islam? Dulu bolehlah.. zaman skg ni mcm tunggu kucing bertanduk. Cth tgk je kat Selangor.. Dah ada kuasa kat Selangor pun tak boleh nak alihkan kilang Arak. Sedangkan dulu mcm nak mati syahid halakan segala kesalahan kpd UMNO. jgnkan alih kilang arak, org yg basmi arak pun dah kena pecat semata2 takutkan rakan SETAHALLUF. Dakwah ler tu... akhirnya dah tak mampu jawab, semua salah UMNO.. mcm budak jahat pukul org, lepas tu ckp ada budak yg lagi jahat pukul org juga..

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
October 14, 2013 at 9:13 PM

Salam,
Setakat nama Allah, org pas tak smik pit langsung. Kalu dap nak lacurkan agama pun tak apa, kalu pemimpin pkr tolak perlembagaan islam dan hukum hudud, no problem, bkn masalah pas. Masalah pas timbul jika pemimpin umno memperkatakan hal agama islam. Bila kerajaan bercakap hal islam. Itu baru masalah pas timbul krn musuh utama mereka muncul dan akan menyebabkan mereka bodoh dan jahil. Sblm perkara itu berlaku, mereka serang dulu.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
October 14, 2013 at 9:30 PM

Allah Maha Besar dan Maha berkuasa. Allah tidak memerlukan sesiapa untuk mempertahankannya, tapi bolehkah manusia mempertahankan keimanannya kepada Allah yakni Muslim itu lah yang utama. Kita perlu belajar dari perisiwa Abrhahah. Kemenangan sementara Herald kemudian Kerjaaan dan akhir sekali tunggu keputusan rayuan di Makahmah Persekutuan ini semua adalah Sandiwara dunia yang sementara.

....................
Reply To This Comment ...................
October 14, 2013 at 10:22 PM

Menang atau kalah tiada makna jika diri disetiap individu itu maseh jahil dalm mengenal Agama sendiri.

jangan salahkan musuh didepan mata..kalu diri sendiri maseh tercari dn meraba.. misi pertama kita ialah perbaiki Agama dalm diri keluarga dan masyarakat.

....................
Reply To This Comment ...................
October 14, 2013 at 11:34 PM

@Anonymous? ? ?

Jadi saudara setuju lah kalau kalimah Allah disalahgunakan oleh orang kafir ?

....................
Reply To This Comment ...................
October 14, 2013 at 11:35 PM

@hamzah hambaNi sorang lagi ...... Maknanya saudara setujulah kalimah Allah disalahgunakan oleh orang kafir ?

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
October 15, 2013 at 7:06 AM

Hanya kerana Hadi Awang buat statement playsafe, pengikut-pengikutnya terpaksa backing beliau walaupun hakikatnya isu ini menyentuh soal aqidah kita umat Islam. Kita bukan bercakap pasal aqidah umat Islam zaman sekarang, tapi soal generasi Islam kita pada masa akan datang. Kenapa kita nak memperkecilkan isu orang yang nak kebas nama tuhan kita? Nama tuhan adalah isu yang besar. Lebih-lebih lagi jika ianya ditulis dalam bible bahasa melayu, ianya pasti akan mengelirukan sesiapa sahaja yang membacanya. Kenapa perlunya bible ditulis dalam bahasa melayu kalau ianya terang-terang adalah bertujuan untuk merosakkan aqidah orang melayu kita sendiri.

Tiada siapa yang nak marah kalau bible ditulis dalam bahasa melayu sekalipun, tapi tolong jangan gunakan kalimah Allah sebagai gantinama kepada God. Allah tetap Allah dan God tetap God. Saya kecewa, kerana Hadi Awang masih lagi menggunakan hujah bahawa sembelihan orang Yahudi dan Nasrani halal dimakan oleh orang Islam. Zaman sekarang ni kat mana nak cari Yahudi dan Nasrani totok yang masih lagi berpegang teguh kepada kitab asal (Injil dan Taurat).

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
October 15, 2013 at 10:57 PM

@AnonymousSalam din, pohon tuan simpan isu ini untuk tatapan penyokong pas ketika hampir pru 14, bersama lain2 isu yang penting dan genting. Semoga akan memberi kesedaran dan hidayah kpd para penganut pas.
Tidak ada yang lebih teruk dari pas jika diteliti dari kesemua pertubuhan bertunjangkan agama di dunia. Pas lah sebuah pertubuhan yang secara terangan menunggang agama untuk kepentingan politik dan kepentingan jawatan, kuasa dan wang.... Usah lagi bermadah, bercakap lunak demi agama.... Tiada agama dlm pas.

....................
Reply To This Comment ...................
January 21, 2014 at 7:53 AM

hadi nak kawin dgn awek kristian kot...sebab tuhan hadi sama dgn tuhan awek kristian

....................
Reply To This Comment ...................
January 21, 2014 at 8:24 AM

klu dah nama tuhan kafir kristian dah sama nama dgn tuhan pas dan hadi apa lg ....ijab kabul la per lg.....nti bole la hadi termengandung anak kit siang....guan eng termengandung anak nuar.....nuar bole mengandungkan anak karpal singh.....pok nik....nak join kot

....................
Reply To This Comment ...................
January 21, 2014 at 1:21 PM

klu nak pki kalimah allah mesti sembah allah yg esa shj.......ikut hukum dan syariat allah.....jgn memandai2 guna kalimah allah tp langgar perintah allah.....baik tak payah guna....buat malu jek.....tanya org kristian tu tuhan dia siapa jesus ke allah......

Post a Comment