........... Isnin 14 Oktober Keputusan Rayuan Kes Kalimah Allah - 20Ribu Kristian Sudah Berkumpul, Umat Islam ? | dinturtle - Blogger PARTI MELAYU

Isnin 14 Oktober Keputusan Rayuan Kes Kalimah Allah - 20Ribu Kristian Sudah Berkumpul, Umat Islam ?

Monday, October 14, 201312comments


Hari ini Mahkamah Rayuan akan memberikan keputusannya dalam kes Rayuan KDN terhadap keputusan Mahkamah Tinggi pada tahun 2009 yang membenarkan kalimah Allah digunakan oleh The Herald terbitan pihak gereja. 

Walaupun disebut The Herald saja tapi semua orang pun tahu kebenaran itu akan digunakan sepenuhnya oleh pihak gereja dalam apajua medium baik secara bertulis maupun lisan bagi merujuk kepada Tuhan Trinity Kristian.

Dari Utusan 12/10 -

- Jika kalimah Allah dibenarkan, ada segelintir penganut Kristian mungkin bertanya; kenapa umat Islam perlu keliru? Kenapa orang Islam hendak baca Bible? Kenapa pula umat Islam hendak pergi gereja ketika orang Kristian sembahyang?

- Lebih membimbangkan ialah agenda tersirat penggunaan kalimah Allah adalah untuk mengelirukan umat Islam dan menyatakan bahawa semua agama adalah sama. Perkataan Allah, solat, tauhid, Rasul, Kaabah, haji merupakan hak orang Islam yang tidak boleh dicerobohi oleh mana-mana pihak kerana ia akan menjadikan umat Islam keliru, ragu-ragu dan tersilap mengenal sifat-sifat Allah serta menggugat akidah.

Perkembangan ini sangat bahaya kerana boleh mempengaruhi umat Islam atas dasar hak asasi manusia.

- Sebagai umat Islam yang beriman, kita perlu peka dan bertanggungjawab dalam isu ini. Sikap membenarkan sesiapa sahaja menggunakan kalimah Allah semata-mata untuk menunjukkan bahawa Islam meraikan agama lain, hanya akan mendatangkan mudarat yang lebih besar kepada agama dan umat Islam.

                                          ************************

Ramai kita yang tidak sedar semalam telah berlangsung satu perhimpunan besar2an oleh penganut2 Kristian dimana hampir 20 ribu telah berkumpul di Stadium MBPJ Kelana Jaya. Acara keagamaan yang biasanya diadakan di gereja2 pada hari Ahad telah digantikan dengan perhimpunan itu.

Mereka berkumpul untuk berdoa supaya keputusan Mahkamah Rayuan akan memihak kepada mereka. - Rujuk TheMalaymailonline.
Tan Sri Murphy Pakiam
Senang jer mereka kumpulkan 20 ribu penganut Kristian....takde banyak songeh. Tidak perlu tunggu mana2 parti politik keluarkan Fatwa terlebih dahulu sebelum berkumpul. Tidak perlu cabar mencabar sesama mereka untuk tunjukkan kekuatan kumpulan mana yang lebih ramai berkumpul.

Pemimpin2 Melayu Islam kita pula sibuk dengan politik sehinggakan isu kalimah Allah ini pun terlalu payah untuk bersatu. Agaknya pantang tuk nenek untuk orang Pas dan Umno berada dalam satu majis yang sama dan memperjuangkan satu isu yang sama .... dipihak yang SAMA.

Kalau sebelum ini kedua2 pihak Umno dan Pas segan nak tunjuk muka sebagai berada dihadapan memperjuangkan isu ini ( walaupun kedua2nya mendakwa tidak akan berkompromi mempertahankan kalimah Allah dari disalahgunakan oleh bukan Islam ), apakah esok akan menyajikan kita satu senario lain ?

Saya berharap para Pemuda Umno-BN yang Progresif dalam Liberalisma akan hadir full force esok di Mahkamah Rayuan. Begitu juga Pemuda Pas yang Presidennya baru edarkan Fatwa Playsafe dua hari lepas ( KLiK ), harap dapat tunjukkan kesepakatan dalam isu ini.

PS - Untuk pengetahuan, sekiranya keputusan Hakim memihak kepada kita, yakni membatalkan kebenaran yang diberikan dulu, pihak gereja masih punya satu lagi ruang untuk merayu keputusan itu diperingkat Mahkamah Persekutuan ( Federal Court )

Share this article :

+ comments + 12 comments

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
October 14, 2013 at 6:10 AM

KJ kena jaga hati penyokong kuat DAP iaitu Regina Lee. Maybe Fathul Bari jer kot yang pergi untuk mewakili Pemuda Progresif. Manakala di pihak PAS, mereka cuma menghantar bekas-bekas pemimpin PAS seperti Hasan Ali dan Zul Nordin. Pemimpin PAS pulak kena jaga hati pemimpin DAP yang merupakan Abang Besar dalam Pakatan Rakyat. Jika di pihak UMNO ada puak Melayu Liberal, di pihak PAS pula ada puak Islam Liberal. Kedua-duanya sama jer sebab kat Malaysia ni Melayu adalah Islam dan Islam adalah Melayu.

....................
Reply To This Comment ...................
tebing tinggi
October 14, 2013 at 7:12 AM

Umat islam diMalaysia sekarang ini rata-rata sudah tidak menjiwai Islam ,'banyak memakan barang yang tak halal' (kurang peka halal / haram sesuatu makanan yang di ambil )

Umat Melayu sekarang ini sudah tidak sudah tiada roh Melayu ( banyak Melayu angkat ) mengaku Melayu untok kepentingan menjadi Melayu.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
October 14, 2013 at 7:54 AM

Allahuakbar .Allah itu nama Mu. Lindungi lah nama agung Mu seperti mana engkau melindungi Kaabah rumahMu daripada serangan tentera bergajah Abrahah. Ampuni lah hamba2 Mu yang Islam diMalaysia. Taksubnya mereka kepada pemimpin (yg sgt tua) sehingga sanggup berpecah belah. Berpusing2 dalam kesesatan .Berikan lah petunjukMu dan lindungi lah kami

....................
Reply To This Comment ...................
October 14, 2013 at 8:16 AM

Sedih aku bila dengar kalimah Allah disivilkan di Mahkamah Tinggi..anak2 kita yang akan datang terpaksa berhadapan cabaran dengan lebih besar jika ukuran peristiwa ini tidak berpihak kepada kita ..nauzubillahhi minzalaik...

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
October 14, 2013 at 8:33 AM

seandainya puak2 kafir tu menang, jika masa depan nanti ditakdirkan ramai yg murtad, aku berdoa biarlah keturunan mereka2 yang redha dgn penggunaan kalimah itu oleh kafirun sahaja terkena..jauhkanlah dari keturunan kami yang sikit pun tidak redha dgn penggunaan kalimah itu oleh kafirun..amiiin

....................
Reply To This Comment ...................
October 14, 2013 at 9:40 AM

Atas dasar Satu Malaysia Ketua Pemuda UMNO tidak hadir dan menunjukkan sokongan.Regina pun tak selesa kalau bosnya pergi kesana.Nanti kalau video terbaru Namawee nak keluar mungkin Ketua Pemuda turut berlakon macam dulu.Kali ni mungkin jadi driver lori.Dulu jadi driver teksi Namawee

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
October 14, 2013 at 9:51 AM

Najib pulak apa cerita? Hari nih dia cuti makan angin kat US ato UK ato dia memang dah lupa kalimah Allah nih?

Org yg ada kuasa pun takut buat keputusan? Sia2 shj ngaku jadi pemimpin Melayu ato Islam kunu...

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
October 14, 2013 at 10:53 AM

ALLAHU AKBAR!!!
ALLAHU AKBAR!!!
ALLAHU AKBAR!!!

ALHAMDULILLAH..kita menang 3-0. umat Islam yang tidak redha dengan perkongsian kalimah ini, marilah kita panjatkan kesyukuran dan bertasbih bertahmid dan bertakbirlah sebanyak2nya..

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
October 14, 2013 at 11:54 AM

Syukur Alhamdulillah. Kemenangan berpihak pada kita. Walaupun saya tak dapat nak pergi ke Putrajaya, doa saja yang mampu saya buat. Sejak pagi tadi saya berdebar-debar tunggu keputusan. Moga Allah S.W.T sentiasa melindungi kesucian agamaNya di bumi Melayu. Amin.

....................
Reply To This Comment ...................
Otak geliga
October 14, 2013 at 12:05 PM

mungkin keputusan awal boleh kita JANGKA dr barisan HAKIM yg akan membuat keputusan terakhir....siapa barisan hakim2 tu?.....kalau majoritinya Islam, insyaAllah jika masih ada perasaan bertanggungjawab terhadap Islam, selamatlah nama Allah.....jika barisan hakimnya majoriti adlh KAFIRUN atau Melayu Islam tp liberal n plural, faham2 sendirilah.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
October 14, 2013 at 2:14 PM

Tertanya-tanya mana kelibat Ketua Pemuda UMNO yang baru dipilih. Calon yang kalah, Saudara Akramsyah hadir memberi sokongan bersama ratusan umat Islam yang hadir. Untuk harapkan UMNO membela agama kita nampaknya dah tak boleh bergantung pada UMNO lagi. Majoriti yang datang adalah NGO Islam, Perkasa, Pembela dll.

Isu ini mendapat liputan meluas daripada media antarabangsa. Reuters, BBC, The Telegraph, AP, FOXNews, MSN. Wartawan yang menulis adalah dari puak kafir, sama ada puak cina komunis, India atau orang putih. Laporan mereka ini amat berat sebelah. Tidak menggambarkan keadaan sebenar di Malaysia. Kalau orang luar baca, mereka akan menganggap puak kafir kristian dan juga kafir lain kononnya teruk ditindas di Malaysia.

Memang era kita hidup sekarang ini merupakan era akhir zaman seperti Nabi Muhammad S.A.W berpesan dahulu. Zaman di mana musuh-musuh Islam berebut-berebut "mencabut" Islam itu umpama orang yang kelaparan. Saat ini kita sedang menyaksikan sendiri.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
October 15, 2013 at 11:06 AM

Saya pegi. Sedu dan hapi. Syukur alhamdulillah....hanya Allah tahu akan dlm hati ini bersama penyokong d sana

Post a Comment