........... Hanya SATU Kopitiam Di Terengganu Ada Sijil Halal ! | dinturtle - Blogger PARTI MELAYU

Hanya SATU Kopitiam Di Terengganu Ada Sijil Halal !

Wednesday, October 9, 20135comments

Agak mengejutkan pendedahan yang dibuat oleh CEO Maidam ( Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Terengganu ), Datuk Mohd Rozali Saleh bahawa dalam banyak2 kopitiam dinegeri Terengganu, HANYA SATU saja yang ada Sijil Halal !

( Saya tak kata yang lain haram cuma mereka tidak ada Sijil Halal jer )

Memanglah bukan satu kemestian atau syarat wajib berniaga untuk memiliki Sijil Halal tapi dengan adanya Sijil Halal itu, sekurang2nya memberi kenyakinan kepada umat Islam untuk berkunjung dan menikmati hidangan di restoran2 mereka. 

Lainlah kalau kita sudah ketahui pemiliknya beragama Islam tapi biasanya lah, kopitiam2 yang ada dinegara ini dimiliki oleh taukeh2 cina. Pekerja Melayu tidak semestinya taukeh Melayu, kan ? 

Bukan sekadar tidak menghidangkan babi atau anjing ( Tony Pua sukalah kalau sebut anjing ni ), tapi Sijil Halal ini akan memastikan juga proses penyediaan makanan, bahan2 makanan dan kelengkapan dapur turut bersih disegi syarak.

Hmmmm .... saya biasa juga ke satu kopitiam beredekatan rumah, bukan nak makan sangat tapi lebih kepada kemudahan internet yang disediakan. Laju dan cepat kalau mahu layari youtube apalagi kalau perlu upload video.  Nampak gayanya kena cari port lain la ...

Kita mungkin tidak akan ketahap memarahi taukeh2 kopitiam kerana tidak sensitif dengan perkara ini tapi kita mampu mengubahnya .....seperti kata Datuk Rozali -

“Sekiranya kita mahu mereka mendapatkan sijil halal, kita perlu memilih untuk tidak berkunjung ke kopitiam mereka, itu sahaja. Kita tidak boleh memaksa dan sebarang keputusan terletak di tangan pengguna,”

Gunakan kuasa pengguna yang ada pada kita !

Pemilik kopitiam Terengganu tak hirau sijil halal

KUALA TERENGGANU – Walaupun pelbagai maklumat dan galakan mengenai sijil halal diberikan kepada pengusaha kopitiam di negeri ini, mereka dilihat tidak mengendahkan dan tidak berusaha mendapatkan sijil halal dari pejabat agama.

Ketua Pegawai Eksekutif Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Terengganu (Maidam), Datuk Mohd Rozali Saleh berkata, perkara ini telah lama diberitahu dan sehingga kini pihaknya belum mendapat permohonan daripada pengusaha kopitiam di negeri ini melainkan sebuah kopitiam di Kemaman, sebelum ini.


“Perkara ini bukan diwajibkan kepada pengusaha kopitiam, tetapi ia adalah galakan bagi memastikan semua bahan yang mereka gunakan dalam setiap makanan yang dijual adalah dari sumber yang halal.

“Mungkin perlu melalui beberapa prosedur sehingga menyebabkan mereka enggan berbuat demikian, tambahan pula, pengguna termasuk orang Islam sentiasa datang untuk menjamu selera di kopitiam mereka,” katanya.

Mohd Rozali berkata, sebagai pengguna, orang ramai terutama umat Islam perlu bijak memilih dan tidak memandang remeh berkaitan isu halal haram dalam makanan kerana ia akan menjadi darah daging.


“Kita mahu mereka miliki sijil halal bagi menjamin makanan yang dijual boleh dimakan oleh orang Islam, malangnya, di Terengganu kebanyakan pengusaha kopitiam masih belum memohon dan memiliki sijil halal.


“Sekiranya kita mahu mereka mendapatkan sijil halal, kita perlu memilih untuk tidak berkunjung ke kopitiam mereka, itu sahaja. Kita tidak boleh memaksa dan sebarang keputusan terletak di tangan pengguna,”
katanya.


Menurut Mohd Rozali, untuk memohon sijil halal adalah mudah dan mereka boleh ke Maidam untuk mendapatkan borang.


Bagaimanapun, untuk mendapatkan sijil halal, itu yang mengambil masa yang agak lama, mungkin sekitar dua bulan kerana kopitiam itu perlu melalui proses pengauditan untuk mengkaji bahan masakan yang digunakan.

Share this article :

+ comments + 5 comments

....................
Reply To This Comment ...................
October 9, 2013 at 3:54 PM

orang melayu ekpun suka sangat dengan bisnes cina, suka makan kedai cina, suka repair kereta bengkel cina, bukan melayu tak reti baiki, tapi melayu tak reti cakap, buka cina bijak sangat bisnes, tapi cina bijak bercakap, hebat agaknya makan kat kopitiam cina, lagi satu semua benda melayu nak tiru cina, umpamanya makan guna chopstick, tapi bab rajin bekerja, disiplin tak nak pulak tiru cina.

....................
Reply To This Comment ...................
October 9, 2013 at 4:10 PM

Din
Ganu ni lain bro. Cina ganu tahu apa yg.org islang boleh makang dan tak boleh makang. Dan hampir keselurihan pekerja juga org melayu islang.
Kat kemamang tu ada kopitiam penuh dgn org kita. Kalau dah tengok kat dapor tu org ganu kita buat apa lagi sijil halal. Melainkan di kl lkita tak tahu org thai ke myanmar ke vietnam ke
Jadi biarla demo mcm tu. Kalau ambil sijil naik pulak harga kopi O dan roti bakar.

....................
Reply To This Comment ...................
October 9, 2013 at 4:37 PM

@Esa AdamHmmm .... betul juga, tapi heran juga kenapa bos Maidam keluarkan kenyataan sijil Halal Kopitiam ?

Takperlah, lepas balun Maidam baru ni kes biasiswa ditarik balik, terasa nak back-up pulak Maidam ! :))

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
October 9, 2013 at 7:42 PM

@dinturtle salam,
memang org cina ganu faham benar apa yg org islam tak boleh makan. tapi itu org cina yang tua saja kan. yg muda tak pi sekolah kebangsaan, tak campur gaul macam dulu. memang pekerja melayu dari dapur sampai keluar, tapi yg pi beli barang dan bikin barang bukan melayu. yg tu yg nak kena jaga. macam kat kuantan, pakai aje tudung, guna orang indon, cari pekerja melayu, ramai la orang melayu masuk dan makan minum. tak ada sijil halal pun tak apa pasal orang melayu yang bekerja dah membuktikan halal.tapi asal usul bahan mentah yg dibeli oleh tokeh cina tak ada yang ambil kisah. yg dah siap masak dan hidang serta pekerja melayu, dah jadi halal. sebabnya, ada kat penang, kedai yg sama , org melayu tak masuk pasal semua pekerjanya cina dari dapur sampai kat luar. bila buka kat kuantan, campur cina melayu(indon?), penuh org melayu. no hal pasal makanan halal. yum yum sedap. istimewanya mesia, halal makanan, pasal melayu bekerja.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
October 11, 2013 at 10:59 AM

Dah bertahun tak pijak kopitiam halal atau tidak. Cari kedai melayu maahhh

Post a Comment