........... GST - Jom Belajar Dari Presiden Pas | dinturtle - Blogger PARTI MELAYU

GST - Jom Belajar Dari Presiden Pas

Wednesday, October 30, 201327comments


Jom kita sama2 mencerna buah fikiran yang dilontarkan oleh Presiden Pas akan kenapa beliau menolak GST, dengan harapan dari point2 yang beliau berikan akan dapat lebih memahamkan kita akan erti GST itu sendiri.


17) Isu GST- cadangan ini ditolak. 

Lihatlah kembali dalam kisah Khalifah Umar Abdul Aziz ketikamana gabenor menulis surat kepadanya meminta dinaikkan cukai untuk menampung kewangan negara. Lalu, dia menjawab "kamu berlaku adil atau kamu akan dipecat". 

Boleh dikenakan cukai tapi mesti adil. Zakat dikenakan pada golongan yang kaya tidak pada yang miskin, cukai Kharaj dikenakan pada golongan bukan Islam. 

Zakat tidak boleh dihapuskan tapi cukai bukan Islam boleh dihapuskan apabila kewangan negara mencukupi. Inilah konsep yang adil. - dari Ucapan Bahas Bajet 2014 Haji Hadi KLiK.


Hmmmm ...... itu jer ?

Itu jer lah kot. Apapun diharap dapat meningkatkan lagi pemahaman anda tentang GST.


PS - Bajet Alternatif PR ada ke tidak cukai Kharaj ? Setelah berpuluh tahun memperjuangkan agenda Islam, seharusnya Pas sudah punya bluprin nya bagaimana bentuk Cukai cara Islam Pas yang mahu diperkenalkan. Formulanya bagaimana ?

Takkan dah menang baru nak buat kajian ( seperti yang pernah Pas lakukan ketika menang Terengganu dulu ). Maksud saya, takkanlah selama LEBIH 50 TAHUN berjuang atas asas perjuangan yang sama, pemimpin2 Pas masih lagi tidak punya Bluprin nya ? Masih lagi bercakap secara Umum / Retoriks ?

Share this article :

+ comments + 27 comments

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
October 30, 2013 at 2:38 PM

Presiden PAS cakap tak serupa bikin....pandai bercakap tapi tak pandai melaksanakannya.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
October 30, 2013 at 2:46 PM

Bluprint xde tapi bluefilm pemimpin pakatan bersepah......

....................
Reply To This Comment ...................
October 30, 2013 at 2:57 PM

Yang mereka tahu cukai kepala je. Setiap perhimpunan, ceramah, mereka sediakan karung, kotak minta derma ?

Apa yang kita nampak tokoh-tokoh sanjungan mereka kebanyakkan gemuk dan perut boroi... halal ke haram, balun !

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
October 30, 2013 at 2:57 PM

Alaaa bro din....puok bewak ni kecek jah pandai bro....semua isle...tapi perangai tk berapo Islam mano...otak taik lembu punya....

....................
Reply To This Comment ...................
October 30, 2013 at 3:10 PM

Saya YAKIN Haji Hadi sendiri tak faham apakebendanya GST tu !

....................
Reply To This Comment ...................
October 30, 2013 at 3:17 PM

Dan daripada faham sikit-sikit terus tak faham jadinya....putar, putar, putar, bila orang dah pening dia pun nampak sangatlah pandai , maka keluarlah kenyataan yang melalut. Nak tunjuk pandai katakan hahahaha

:Dsarah

....................
Reply To This Comment ...................
antihipokrit
October 30, 2013 at 3:56 PM

Kalau GST tu betul menurunkan beban rakyat mcm mana pulak? Tak ke jadi pak pandir hadi awang ni. Menolak sesuatu yg dia sendiri tak pasti. Patutla Allah takdirkan dia sepenggal je di Ganu.

....................
Reply To This Comment ...................
October 30, 2013 at 4:32 PM

Saya baca Rocky Bru, 2@3 hari lepas macam dah mula setuju dengan GST. Nak kata faham pun saya masih tak berapa jelas. Tapi bila saya baca OutSyed tapi saya mula tak setuju dan conpius balik. Betul jugasiitukangimas,OutSyed ni.
Rasa elok Bank Negara, Kementerian Kewangan (Naji jadi Boss ni), KPDNKK dll, buat penerangan macan Abe, DinTurtle syorkan, tempoh hari.

Penyokong UMNO yang dah meluat dan bosan.
RD.

....................
Reply To This Comment ...................
October 30, 2013 at 4:37 PM

Secara jujur saya sendiri masih tidak faham GST> Secara kasar bagi saya, ia banyak bergantung kepada keikhlasan para peniaga .... adakah para peniaga kita ini ikhlas ?

Tapi point artikel saya, sekiranya Hadi menentang, beliau haruslah gariskan kenapa beliau menentang. Hadi sendiri terlebih dahulu kena faham apa itu GST sebelum boleh memandai komen tentang atau sokong.

Dari jawapan Hadi, apakah anda fikir dia tahu tentang GST atau main hentam keromo jer ? Tidakkah terlintas pada fikiran anda yang jawapan Hadi itu boleh digunakan untuk apasaja bentuk cukai baik GST ke, APL ke MRG ke, AKM ke ... jawapan Hadi adalah untuk semua ! Sebab ia berbentuk umum yang retoriks

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
October 30, 2013 at 4:44 PM

Teringat polemik cukai kharaj di terengganu awal tahun 2000 dulu. Tertanya2 jgk adakah PAS masih dgn cadangan itu ... atau setelah dah bertahalul siyasi maka tak der dah cadangan itu ... sedangkan yg paling kuat melenting dgn cadangan trsebut adalah karpal singh. Mungkin selama ini Haji Hadi tak kesah kena cukai SST, tapi cukup melenting bila sebut GST.hehehe..

....................
Reply To This Comment ...................
October 30, 2013 at 4:47 PM

@RD.Hahaha ... saya yang pada mulanya dah mula nak faham sikit2, lepas baca syed OSTB, terus hancur balik !

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
October 30, 2013 at 5:17 PM

salam,
mr presiden hadi bantah gst pasal tak islam. nama tu gst tu bukan islam tapi omputih, sekular tu. ce gst tu dalam bhs arab, kerajaan bn tak layak pulak untuk melaksanakannya pasal bkn parti islamik dan menindas orang kafir. tu kalu dengar ceramah pas la pulak.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
October 30, 2013 at 5:28 PM

@dinturtlebagus juga ada yg berpandangan kritikal dan analitikal. dapat la banyak maklumat untuk difikir kewajaran gst ni. kalu ikut jer, tak berfikir la pulak, dah biasa dgn pemimpin yg berfikir selama 22 tahun, bila tiba pemimpin yg berfikir secara yb mahpuz, kita kena fikir juga la.

....................
Reply To This Comment ...................
October 30, 2013 at 5:43 PM

Bro,
Apa ada pada nama. kalau kerajaan nak gunakan nama SST pun boleh. Cuma sistemnya diubah. Ada negara namakannya VAT (value added tax) bukan GST (Goods and Service Tax).
Kalau dulu kerajaan ubahkan sistem pongutan cukai ini mengunakan kaedah GST tapi masih gunakan nama SST aku rasa tak ada rakyat yg bising. Kemudian baru tukar nama.
Bila dicanang GST rakyat mula bimbang yg ini adalah cukai baru. Ditambah pula bangkangan dari pembangkang. Sekarang Nuar baru bersuara yg GST adalah lebih efesen.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
October 30, 2013 at 6:17 PM

Aku setuju ngan GST dengan syarat PEMANDU dimansuhkan. Buat rugi jer bagi peruntukan juta-juta tapi semua idea tak boleh pakai. Program PERMATA Kak Mah tu pun elok dibubarkan kerana nak membina fasiliti dan kos pengurusannya pun dah makan beratus juta ringgit. Lebih elok dan menjimatkan jika silibus program PERMATA ni diserapkan terus ke dalam silibus tadika kemas dan prasekolah. Satu lagi, Ah Jib Gor jangan pandai-pandai pulak nak hulur juta-juta ke sekolah vernakular kerana tiada faedahnya langsung. Jika kerajaan pandai berjimat, berbelanja secara berhemah dan tidak membazir, saya rasa rakyat pun tak keberatan untuk memberi sokongan.

....................
Reply To This Comment ...................
October 30, 2013 at 7:02 PM

GST ialah Cukai Barangan dan Perkhidmatan. Maknanya bukan barangan sahaja, segala bentuk perkhidmatan seperti baiki kereta, gunting rambut, masukkan duit ke dalam Tabung Haji, perkhidamatan perubatan, dan segala mak nenek bentuk perkhidmatan yang register akan dikenakan cukai GST 6%. Barangan pula ada banyak layer. Cth, untuk menyediakan baju melayu. Pembekal beang untuk buat kain akan dikenakan cukai 6%, pengilang kain akan dikenakan GST 6%, pemborong kain akan dikenakan cukai 6%, pekedai kain akan dikenakan cukai 6%, upah menjahit akan dikenakan cukai 6%, pembeli akan dikenakan cukai 6%. Jadi berapa peratus kerajaan dapat untuk menghasilkan sepasang baju melayu. Ini yang pembangkang bimbang dan inilah punca mereka kata barang akan naik harga. GST ni banyak layer dan bukan seperti cukai sedia ada hanya 1 layer sahaja.

....................
Reply To This Comment ...................
October 30, 2013 at 7:38 PM

@dinturtleSaya sebenarnya malas nak komen pasal Hadi ni. Saya kalau boleh, tak mahu bermusuhan sesama Melayu Islam.
Pada pandangan saya Orang Agama hanya pandai pasal Agama. Itu pun kalau mereka tiada kepentingan lain, seperti politik. Mereka hanya pentingkan kesejahteraan and kesatuan Ummah. Langsung tak fikir pasal WANG atau harta.

Tapi dalam bab menguruskan Negara, terlebih lagi yang berbilang bangsa seperti Malaysia dan pada masa yang sama, mempertahankan bangsa, agama, Raja dan Negara, Orang Agama TIDAK cerdik.

....................
Reply To This Comment ...................
October 30, 2013 at 7:45 PM

@dinturtle

Bro,

Aku dah baca posting OSTB. Kalau businessman ikut cara perkiraan OSTB alamatnya bungkuslah business dia kerana dia tak akan dapat bersaing dengan pesaing2 dia.

Seorang businessman tulen akan cuba sedaya upaya memberikan harga yg termurah untuk customernya melainkan dia monopoli business itu.

OSTB telah menberi contoh perkiraan secara compounding. Itu bukan businessman namanya.

Sebenarnya kos GST dalam input pengeluaran boleh dituntut balik dari kerajaan. Ini akan mengalakkan pengeluar memasarkan barangan direct kepada retailer menjadikan middleman redundant. Lebih banyak middleman lebih tinggi harga sesuatu barang.

Saya ambil contoh barangan 'tayar'. Dalam supply chain yg ada sekarang sebelum ianya sampai ke kedai tayar ada banyak peringkat. Bermula 'Kilang'>>'Marketing Co Pengilang'>>'Distributor'>>'Kedai Tayar'. Dalam sistem GST sekarang harga dari kilang ke pengguna akan menjadi tinggi. Ini boleh dipendekkan dari 'Pengilang'terus ke 'Kedai Tayar' seperti satu masa dulu dalam tahun 70han. Dalam sistem SST once you pay SST dalam supply chain you cannot charge anymore sales tax. Jadi dalam tahun 70han dulu banyak Pengilang yg membuka Marketing co untuk mengelak membayar sales tax yg lebih tinggi. Marketing co membayar sales tax kepada kilang dengan kadar yg rendah. Ini merugikan kerajaan. Kerana selepas itu walaupun ada 5 peringkat dalam supply chain sales tax tak boleh dipungut lagi.

Untuk pengilang memasarkan barangan mereka dengan harga competitive mereka mesti memendekkan supply chain. Kos input GST mesti ditolak sebelum menetapkan harga.

Jadi assumption OSTB tak valid.

Pengguna juga mesti dididik meminta resit barangan dan perkhdmatan kerana resit2 mesti menunjukkan kos GST ini.

Aku rasa kedai runcit dikampong2 dan taman tidak akan termasuk dalam sistem collection GST kerana ada treshold turnovernya (jumlahnya aku tak pasti). Begitu juga peniaga2 pasar malam, pasar basah dll.

....................
Reply To This Comment ...................
October 30, 2013 at 9:32 PM

@putrarahman

Betul ada banyak layer. tapi player dalam setiap layer boleh tuntut balik cukai gst dalam setiap kos input.

Jadi kalau ada 3 layer bukan bermakna cukainya 18%. Ia akan lebih dari 6% tapi taklah sampai 10-15%.

Katakan A, 1st layer bayar gst=X (input cost).
A jual ke B dan charge gst=Y.

Y > X. A akan serah jumlah pungutan (Y) kepada kerajaan dan claim balik dari kerajaan (X). The difference is the govt revenue at every layer in the supply chain PLUS the 6% the consumer pay for GST.

....................
Reply To This Comment ...................
October 30, 2013 at 10:30 PM

@Esa AdamPeniaga akan jadi pemungut cukai bagi pihak kerajaan lah ?

maknanya peniaga2 kat Malaysia ni kena jujurlah. Rakyat memang tak boleh lari dari cukai. Tapi berapa banyak cukai itu akan diterima oleh kerajaan ?

Kerajaan kena ada SOP dan mekanisma yang benar2 loop-free

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
October 30, 2013 at 10:54 PM

GST... salah satu syarat ialah setiap peniaga di semua peringkat kena berdaftar, berdasarkan syarat2 kelayakan dan threshold yang ditetapkan. Pada asasnya ia tidak byk berbeza dgn SST sbb mengikut sistem SST, peniaga/penyedia prkhidmatan akan diberikan sijil kastam oleh pihak KDRM. Satu komponen yang paling obvious ialah ... setiap peniaga/penyedia perkhidmatan yg berdaftar akan diberikan nombor GST (sama mcm fail Cukai pendapatan). Setiap transaksi yang berlaku, perlu dikeluarkan tax inbois berbanding dgn inbois biasa yang diamalkab sekarang. Ada elemen bayaran balik (refund) melalui claim kpd pihak kerajaan. Setiap harga brgn yg tertakluk kpd GST perlu disertakan dgn tag price + GST secara berasingan bg memudahkan pengguna mengetahui berapa harga barangan dan GST dikenakan. Faktor ini secara ilmiahnya boleh mengurangkan kegiatan 'price insertion' secara 'blank' ke atas suatu harga barangan. Terutama sekali di peringkat pemboroang/org tengah. Kaedah setiap negara yg praktik GST adalah hampir sama namun mgkin sedikit berbeza dr segi pentadbiran dan kaedah kutipan. Sesetengah negara praktik kutipan cukai pada kadar 'ultimate price', maksudnya ditanggung sepenuhnya oleh pengguna. Namun majoriti mempraktikkan multi level collection. Untuk Malaysia... nampaknya kena tyer pak menteri la bagaimana nak buat.

Namun sistem GST sebenarnya bukanlah 'stand alone system'. Implementasi GST perlu seiring dgn perlaksanaan lain2 akta seperti akta pencatutan harga dan akta persaingan adil.

Namun sy setuju dgn bro din... kot mana2 pun, faktor kejujuran & integriti adlah yg utama.hehehe

....................
Reply To This Comment ...................
October 30, 2013 at 11:48 PM

@dinturtle

Yes. Dalam SST peniaga juga menjadi pemungut cukai. Tapi dalam GST semua rangkaian supply chain menjadi pemungut cukai.

Denda yg melangar akta cukai adalah berat. Yang ini Syarikat2 cukup takut kerana penaltynya berat. Bagi Syarikat besar tak menjadi masaalah kerana ada akauntan yg membuat kerja ni. Tapi bila sekarang diperluaskan kepada banyak syarikat, tak tahu samaada pihak kastam sudah bersedia ke tidak. Untuk memastikan keberkesanan penaltynya mestilah berat seperti yg dikenakan kepada pengilang-pengilang.

....................
Reply To This Comment ...................
October 30, 2013 at 11:57 PM

@dinturtle

Bro
Yang aku was was ialah restoran2 mamak ni. Kalau dia tak print resit dan customer tak kisah maka cukai tak akan dipungut.

OSTB kata sales restoran mamak ni boleh mencakau rm18k sehari. Sudah tentu restoran ini kena charge customer service tax 6%.

Kalau pukul 2-3 pagi dia jual tanpa resit maka kerajaan akan hilang pungutan cukai.

Yang ini pegawai2 kastam kena pantau. Hukuman berat mesti dikenakan seperti penalty cukai berganda atau ditarik lesen perniagaan.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
October 31, 2013 at 8:52 AM

Ermm. Bang Din
Kalau nak email dkt bro, mcm mana? Saya cari dkt profile, takde pula. Huhu

Paan M.

....................
Reply To This Comment ...................
October 31, 2013 at 12:23 PM

@Anonymousdinturtle@hotmail.com

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
October 31, 2013 at 8:13 PM

@AnonymousSetuju!
Hari ni 31 Oktober 2013, di Dewan Rakyat, dua MP dari DaPigs (sorangnya Ngeh Kor Ham) bagun bertanya: apakah perbezaan di antara sistem pembankan Islam dengan sistem bank konvensional.

Tergelak Dtk Ahmad Maslan nak menjawabnya.

Rupa-rupanya bertahun2 depa duk bersahabat dengan PAS, ulama PAS 'terlupa' nak ajar DaPigs ttg Sistem Bank Islam.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
October 31, 2013 at 10:59 PM

Salam,

Secara jujurnya, saya pun masih tak jelas dengan GST ni. Banyak sangat penjelasan yang berbeza. Taklimat dari badan pelaksana contohnya Jabatan Kastam, penjelasan lebih tertumpu pada pelaksanaan GST. Kalau dari politik, gomen biasala semua "yes man". Opposition dengan "oppose". Pakar ekonomi pun banyak pendapat. Tu tak temasuk "pakar" bidan terjun. Last-last saya pun pening.

Pasal Tok Guru Hj. Hadi ni, malas nak komen banyak. Background die bukan dari ekonomi. Pakar ekonomi dalam PAS tu bagi la briefing kat Presiden hang. Sejam dua jadi la. Daripada tak tau apa-apa tiba-tiba nak join semangkuk. Tak ke menjatuhkan imej Presiden. Lagi satu, Bang Non dah support GST ni. Nak tengok apa reaksi dari PAS lak. Jangan keluar citer Khalifah Umar Abdul Aziz versi lain dah ler.

Post a Comment