........... Boros @ Laporan Ketua Audit Negara - Saya Tuntut Keadilan ! Hukum Mereka Yang Terbukti Pecah Amanah | dinturtle - Blogger PARTI MELAYU

Boros @ Laporan Ketua Audit Negara - Saya Tuntut Keadilan ! Hukum Mereka Yang Terbukti Pecah Amanah

Friday, October 4, 201326comments


Setiap tahun time2 gini, seperti biasa rakyat akan berhibur dengan wayang pacak berjudul Lapuran Audit Ketua Negara. Tumpuan ramai adalah isu pembaziran yang dilakukan oleh pegawai2 tinggi agensi2 kerajaan yang begitu boros MENYALAHGUNAKAN kedudukan dan kuasa yang ada pada jawatan mereka, dengan perbelanjaan yang berpuluh kali ganda lebih tinggi harganya untuk produk dan perkhidmatan berbanding harga pasaran. 

Mereka tidak pernah gagal untuk buat kejutan demi kejutan SETIAP TAHUN. Kalau diadakan KPI untuk tahap Boros Tertinggi, pegawai2 kerajaan ini tidak pernah mengecewakan rakyat !



- RTM bayar RM3810 sejibik untuk 20 biji jam dinding dimana harga pasaran untuk sebiji lebihkurang RM100 je...Siapa yang order dan luluskan ?

- Scanner pengimbas otak bersaiz A4 dengan harga RM14,670 sejibik dimana harga pasaran cuma RM200 sebiji jer. Siapa yang order dan luluskan ?

- Pelupusan beribu pasang kasut oleh Kastam bernilai lebih RM600k atas alasan tidak menepati piawaian ? ? Yang pergi beli kat kedai yang bertulis ' Barangan yang telah dibeli tidak boleh dikembalikan ' tu kenapa ? Dalam kepala saya cuma satu jer - wujud ke kasut2 yang telah di'lupus'kan itu ?

- Kursus 4 hari seorang pegawai kerajaan ke Geneva Switzerland menelan belanja lebih RM300k ! Itu bersamaan dengan berapa orang pelajar yang mampu diberikan biasiswa penuh untuk belajar 4 tahun di IPTA ?

- RM1.26 juta dibelanjakan melalui kad kredit tanpa had untuk pegawai tinggi Khazanah ! 106 keping kad kredit tanpa had telah dikeluarkan dan khazanah tetap bayar walaupun perbelanjaan tidak disahkan.

Dan banyak lagi ........

SETIAP TAHUN pemborosan berlaku ! Tahun lepas begitu juga, dua tahun lepas pun sama .... APA NIH ? ? ?

Duit rakyat tuh dan rakyat berhak nak kepoh. Rakyat berhak menuntut tindakan tegas diambil keatas pegawai2 yang terlibat .... tak kira mereka masih berkhidmat, sudah bertukar ke jabatan lain ataupun sudah bersara.

Tapi pernahkah kita dengar ada mana2 individu yang dipertanggungjawabkan keatas ketirisan dan pembaziran wang rakyat ini yang berlaku secara konsisten tanpa gagal setiap tahun ?

Saya lihat isu ini tidak ada kaitan dengan orang politik tapi kesannya lebih kepada Menteri2 kementerian terlibat. Siapapun yang jadi Menteri, benda ni tetap berlaku. Parti manapun yang memerintah, benda ni tetap juga berlaku. 

Sebab pegawai2 yang SAMA juga yang bekerja. Dan selagi tidak ada tindakan tegas diambil keatas mereka ini, jangan haraplah perkara sebegini tidak akan berulang. 

Curi RM1 dari tabung mesjid pun terpaksa berdepan kemungkinan dipenjarakan maksimum 10 tahun ! ( KLiK ) Apakah tindakan tidak amanah pegawai2 kerajaan yang terlibat dalam isu boros ini tidak dilihat sebagai mencuri, mengambil tanpa izin ?

Tahun depan akan ada lagi wayang pacak oleh Ketua Audit Negara ....dan sekali lagi KPI boros pegawai2 tinggi kerajaan akan dipertontonkan ... dan sekali lagi kita bergossip.... SAMPAI BILA ?

Saya TUNTUT tindakan tegas dari segi undang2 diambil keatas semua pihak yang terlibat !



Share this article :

+ comments + 26 comments

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
October 4, 2013 at 3:44 PM

DEMI ALLAH..AKU TIDAK HALALKAN SATU SEN WANG CUKAI YANG AKU BAYAR SETIAP TAHUN KEPADA MEREKA2 ITU. AKU BAYAR TAX BUKAN SIKIT WOI..60K SETAHUN. ITU HASIL TITIK PELUH AKU KERJA 30HARI SEBULAN TANPA REHAT..MEMANG CELAKA KEPADA MEREKA2 ITU...

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
October 4, 2013 at 4:00 PM

Saya pun desak tindakan tegas di ambil keatas pegawai kerajaan terbabit.

RD.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
October 4, 2013 at 4:04 PM

jgn mendemi Allah kan pada natijah yg ko sendiri tak nampak.. bongkak, riak haram jadah namanya tu..

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
October 4, 2013 at 4:13 PM

Ho Subhanallah hebat sungguh anon 3:44 pm kat atas ni 60K setahun ...sya cuma 10% dr mamat ni

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
October 4, 2013 at 4:32 PM

demi Allah melayu akan mati kalau dpt pemimpin mcm ni..undilah umno boleh pi mampus

....................
Reply To This Comment ...................
Melayu Kampung
October 4, 2013 at 4:34 PM

Kalau masih ada yang belum nampak dengan jelas kenapa orang berebut jawatan, inilah masanya untuk memperbaiki pandangan anda. Bukan tanggungjawab yang dikejar tetapi wang ringgit yang jadi buruan.

Sama macam kes Puspakom dulu. Gempak gila tahan beratus orang tapi kesudahan nya tetap sama - rasuah tetap berlaku sampai sekarang. Beginilah cara orang politik nak bayar budi kaki bodek yang duduk keliling mereka. Wujudkan projek bukan-bukan dengan harga yang tak masok akal hanya untuk kekal dudok diatas.

Ikhlas aku cerita ni bro Din. Sedara aku bagi pinjam duit pada ahli politik. Dia dapat bayaran semula melalui pemberian kontrak tanpa perlu kemukakan tender. Bukan satu atau dua je kontrak dia dapat tapi melambak bro. Sebab jumlah duit yang dipinjam bukan sikit. Selagi proses pemberian kontrak tak diselia dengan betul, selagi itulah pembaziran macam ni akan berlaku. Tangkaplah berapa ramai orang sekarang ni, pengganti yang ditangkap akan buat benda yang sama. Cara je berbeza.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
October 4, 2013 at 4:35 PM

Din, ada tak diaorang dedahkan berapa kos yang telah dileburkan untuk menanggung perbelanjaan pegawai-pegawai PEMANDU? Kos untuk setup pejabat 'kita' kat USA tu ditaja oleh pihak swasta ke? Manalah tau kot-kot ada menteri yang memberi alasan penaja tarik diri saat-saat akhir. Sebab tu kerajaan terpaksa tanggung. Tahun depan bolehlah kita buat konsert K-Pop lagi ye. Jangan lupa jemput Wondergirls (yang pakai baju kurung masa show). Din, ko ingat tak yang ko pernah buat entry pasal grup ni masa diaorang wat show kat Malaysia dulu. Ko jangan nak tipu aku yang ko tak minat Wondergirls.

....................
Reply To This Comment ...................
October 4, 2013 at 4:43 PM

@Anonymouswondergirls pakai baju kurung - comel tuh !

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
October 4, 2013 at 5:02 PM

Saya sebagai pejr di tingkata 5 tunggu lagi 5 tahun bila saya dibenarkn mengundi pasti saya akn tukr pemerintah. memng betul kerjaan bnyak mmberikn wng kepada peljar2 tetapi. Saya kalau boleh kerajaan mintalah check aaciunt dan audit di JABATAN Imegeren pulau pinang yg pernh org dlm dia bnyak makan rasuah.

....................
Reply To This Comment ...................
October 4, 2013 at 5:12 PM

Bersedialah semua untuk menumbangkan kerajaan slogan retotaik ni.

Sekian

Harap Maklum

....................
Reply To This Comment ...................
Areyougonnagomyway
October 4, 2013 at 5:14 PM

Hang pun sama macam Syed, hari2 cerita sedih. Aku dah tak larat nak dengaq dah. Ubat darah tinggi pun dah tak berkesan. Malaysia dah mati Din, Umno dah mati Din, Melayu duk tidoq....Din. Yg ada skrg ni hanya Film....lah Din... Duk sangkut dalam DVD player tu.....duk main repeat repeat repeat.... Kita dah kena pukau lah Din....ini bukan realiti lah....bukan. Takan lah realiti macam ni. Confirm kita tengah kena pukau oleh bomoh dari mana ntah...mesti bomoh import.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
October 4, 2013 at 6:08 PM

Naik gaji goverment, tarah semacam aje tiap2 tahun bukan semua tapi segelintir shj.Apa punya teori nie.Kos hidup meningkat top up gaji.Pi mai pi mai,adjust sana adjust sini,tambah hutang jahanam malaysia.Zaman kegemilangan tamadun kerajaan islam,hanya mengaji pegawai polis dan tentera shj.Dasar penswastaan ketika itu,lebih dasyat dari malaysia.Tapi dlm konteks ekonomi islam bkn kapitalis.Betapa bijaknya pemimpin islam ketika itu.Tak perlu ubah2 nama.Harap din turtle dpt buat pencerahan ttg ekonomi kapitalis/islam utk menemui titik persalinan.

....................
Reply To This Comment ...................
October 4, 2013 at 6:11 PM

Bro Din
Setiap tahun sama aja. Letih dah nak komen.
Yang paling boros sekarang islah PMO dengan pasukan pemandunya.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
October 4, 2013 at 6:32 PM

Salam,
subsidi dipotong krn kakitangan awam kelas istimewa dan glc nak bermewah. Kad kredit guna tanpa had, wow, ada tak lagi jawatan kat khazanah. Pi melancung atas tiket kerja, tinggal kat us krn kerja melancong. Memang best kerja yh berpower. Semua menteri dan pm jawab. Syoknya joli duit yg bkn dtg dr titik peluh sendiri. Nanti ketua pengarah sprm dpt peluang kad kredit tanpa had, melawat ke eropah utk belajat basmi rasuah asalkan jgn siasat. consultan bg anugerah murah, dpt projek berjuta. Consultan lambung puji. Dpt tender beratus juta. Wow memang mudah kerja kalau ada consultan. Consultan cara potong rumput, buat jalan,.bina bangunan tak mau order ke?

....................
Reply To This Comment ...................
October 4, 2013 at 6:36 PM

Kalau di sektor swasta mereka yg didapati bersalah akan diberhentikan. Tapi ini tidak berlaku kepada pegawai2 kerajaan. Mungkin hsnya ditukar tempat kerja. Sudah sampai massnya peraturan ini diubah.
Kakitangan kerajaan mesti ikut apa yg dilskukan oleh swasta tak kira apa pangkat
.Bila ada yg dibuang kerja baru kes2 seperti ini akan berhenti.
Aku belum dengar lagi komen Presiden CEUPAC mengenai hal ini.
Yang aku dengar semalam fia mahu pembantu pentadbir naik pangkat. Sebelum bajet nanti dia mahu bonos.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
October 4, 2013 at 7:16 PM

jap.. jap..
aku nak bayangkan jika sorang kerani cabuk bayar RM381 untuk sbijik jam dinding dimana harga pasaran untuk jam tu lebihkurang RM100 je..

sah sah esoknya akan kluar muka depan akhbar arus perdana..
siap bergari !! ..

ohh malang sungguh nasib mu wahai sang kerani !!

....................
Reply To This Comment ...................
October 4, 2013 at 7:51 PM

ada sesiapa pernah dengar najib cakap pasal benteras rasuah, atau menegur benda benda begini? Seingat aku najib langsung tak ernah sebut

....................
Reply To This Comment ...................
October 4, 2013 at 8:13 PM

@Esa AdamTu yang paling menghairankan - SETIAP tahun SAMA saja !

....................
Reply To This Comment ...................
October 4, 2013 at 8:16 PM

Susah sangatke untuk SPRM siasat ? Kan ada money trail. Ada borang disain oleh siapa yang mohon, saiapa yang luluskan.

Ini kes mencuri wang rakyat !

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
October 4, 2013 at 10:11 PM

ANON 4:04PM

SUDAH GAHARU CENDANA PULA..SUDAH TAHU BERDALIH PULA..MASAKAN POKOK BERGOYANG JIKA TIADA MONYET KASI GOYANG..
AKU BUKAN TAKBUR RIAK MAHUPUN HARAM JADAH KERANA AKU KERJA CARI REZEKI HALAL..AKU JALANKAN TANGGUNGJAWAB AKU SBG WARGANEGARA MALAYSIA..DAN AKU BUKAN PEMAKAN HAK RAKYAT!!! JADI BERBALOI KE DUIT CUKAI 60K YG AKU BAYAR DIGELAPKAN SEDEMIKIAN RUPA? APA PERASAAN KAMU JIKA KAMU BAYAR TAX SEBANYAK AKU?
SO SI PEMAKAN HAKBRAKYAT ITULAH YG HARAMJADAH...MASIH NAK NAFIKAN?

....................
Reply To This Comment ...................
Otak geliga
October 5, 2013 at 12:36 AM

TIRIS sikit je, bukan bykpun....kan ke PM dah JANJI nak beri mcm2 kat Melayu/Bumi, ok lah tu....Rakyat didahulukan, JANJI DITEPATI.....kan ke kerajaan skrg dah tunaikan JANJI mrk utk utamakan rakyat?

biar la depa nak LUPUS kasut2 tu, nak beli jam MAHAL, nak tour kat mana2 tpt guna duit rakyat....kan ke mrk dah PENAT bekerja utk KITA, rakyat Malaysia?

bersyukurlah dgn keAMANan Malaysia.....jgn jadikan negara kita spt Timur Tgh yg bergolak hebat skrg....HALALkanlah segala keTIRISan yg berlaku....."MEREKA" dah penat bekerja utk KITA.....KITA cuma mampu beri BANTUAN kewangan utk kad kredit mrk shj.....adakah berbaloi utk penat lelah mereka?

apa yg rakyat HARAPkan adalah supaya keTIRISan ini diGANDAkan lg pada masa akan dtg....takdelah duit cukai atau so called duit rakyat yg KONONnya BERLAMBAK utk pembangunan negara terPERAP tidak diguna

kpd "MEREKA"....harap selepas ni belilah GAMBAR2 berharga JUTAan RM, belilah JAM JUTAan RM, berbelanjalah sehingga menCECAH angka JUTAan RM....KAMI sesungguhnya BANGGA & amat BAHAGIA jika duit JUTAan itu digunakan atau diCAIRkan utk kepentingan "KAMU" semua

GUNAlah duit itu semahunya krn itu adalah HAK kamu setelah memastikan Malaysia ini AMAN, CEMERLANG, GEMILANG & TERBILANG....tak gitu DS Ah Jib Gor?

....................
Reply To This Comment ...................
Otak geliga
October 5, 2013 at 1:01 AM

@dinturtle
Jerung bukan sebarang jerung....ini King of Jerung bernama Megalodon

ada sesiapa berani nak siasat & tangkap jerung2 ni....bukan tugas yg mudah spt mengaudit hasil2 tangkapan di jeti....takat bilis,sardin ok la bro DT....:)

....................
Reply To This Comment ...................
Otak geliga
October 5, 2013 at 7:51 AM

@Anonymous
Generasi Y spt inilah yg negara mahukan....dlm sibuk nak menghadapi SPM masih ada masa lagi menyiasat/ambil tahu ttg RASUAH yg PERNAH berlaku dlm jabatan imigresen kat PULAU PINANG

Bang/kak, saya pelajar tabika...baru je keluar PASTI semalam, yuran mahal la

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
October 5, 2013 at 8:37 AM

Alhamdulillah bro 4:13pm..rezeki ALLAH. atas usaha keras, doa dan tawakkal. Allah curahkan rezeki. sape kata melayu bumi terlalu malas dan bergantung pada tongkat?

aku tahu semua yang aku dapat bukan hak aku semata2. ada hak kepada saudara, jadi aku keluarkan zakat. ada hak pada pemerintah, jadi aku byr tax. apatah lagi aku penyokong kerajaan.. tapi berbaloi ke jika setiap tahun asyik dihidangkan dgn berita2 pemakan hak rakyat seumpama ini? sekian

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
October 5, 2013 at 11:07 AM

aku rasa langkah terbaik adalah wujudkan pegawai bertanggungjawap terhadap setiap pembelian..ini kerja org dalam kementerian bukan kerja menteri..kakitangan kerajaan yang beli dan tanda tangan surat pembelian tu xkan x tahu pembekal mark up harga terlalu tinggi..aku rasa ini mesti ada komisyen yang diorg terima ni....

....................
Reply To This Comment ...................
October 5, 2013 at 12:41 PM

Din
Mengapa setiap tahun sama aja? Ini kerana tiada siapa yg diperyanggungjawabkan. Kita suka bashing org politik dan dlm hal ini tentulah BN.
Sudah sampai masanya Ketua Setiausaha Negara/Ketua S/U kementerian2 memikul tanggungjawsb ini. NAikkan gaji mereka tapi mesti bersedia diturunkan pangkst jika terdapat kecuaian atau dibuang kerja. Mereka juga diberi kuasa hire and fire.
Peraturan yg ada menjadiksn peg2 kersjaan ni naik lemak. Untouchable. This must change. Gsji peg2 kerajaan pun sudsh hsmpir sama dgn swasta.
Jika tak da perubshan ini laporan ketua odit negara akan kekal sebagai buku cerita penghibur lara untuk rakyst setiap tahun.

Post a Comment